FOLLOWERS

Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Thursday, January 17, 2019

14 Januari 2019: tarikh keramat 1st time anak masuk sekolah berasrama

assalammualaikum =)

haish..bila keluar #10yearschallenge kat instagram, baru terasa kepentingan blog. excited cari gambar 2009 konon nak buat comparison jugak and join the challenge. sekali rupnya 2009 daku pregnant amal daaaa terus takut tgk gambar diri sendiri hahaha. terus tak jadi join the challenge :P

ok nak letak kenangan di sini kisah abg iman masuk ke sekolah berasrama dan bagaimana mamanya yg tak blh tido mlm. teruk btl.

mmg dr awal daku dan suami plan nak masukkn iman ke sek aliran agama. mmg nak sgt. so apply sbpi rawang dan mrsm ulul albab. bila keluar result upsr, iman dpt 3A 2B 1C so daku tau dia tak layak masuk sbp or mrsm. takpe, bukan rezeki dia. kami ok dan redha wlu ada secalit rasa kecewa. biasalah kan mak2 yg letak high expectation kat anak..daku ler tu huhu. so apply SAM dan SMKA. 
target SAM Muhammadiah Sabak Bernam yg jaraknya cuma 5 min dr rumah. yahoooo ada at least 3 thn lagi abg iman dgn kami.

tup tup dpt SAM Parit Baru. arghhh sudah jauh tu nak berulang sdgnkan amal dan irfan dah tak bersekolah di Parit Baru. tapi kami takde pilihan lain, hantar jugaklah..2 minggu juga kami upah pemandu utk hantar dia ke sekolah. at the same time buat rayuan pertukaran ke sam muhammadiah sabak bernam dan rayuan smka. 

alhamdulillah 7 Januari 2019, result rayuan SMKA keluar dan iman dpt masuk ke SMKA Tun Rahah (ambilan ke-2). nama lama sek ni SMKA Simpang Lima. 30 min dari rumah, daku sukaaaa.

14 Januari 2019, hari pendaftaran iman di SMKA Tun Rahah. kami ambil crk utk uruskan pendaftaran iman. ni pic dr google aje. ooo rupanya ni sekolah kluster kecemerlangan, not bad. bila google lagi, rupanya ni SMKA KE- 11 terbaik di malaysia. alhamdulillah..ada rezeki iman di sini.

bersama adik2 di pagi 14 Januari 2019.

 seawal 8.30am kami dah pun memulakan pendaftaran. sempat singgah mamak sarapan roti canai td.

abg iman mmg nak sgt masuk sekolah berasrama so dia nampak ok aje. excited lagi.

rupanya ramai juga guru2 sekolah ni yg daku kenal. kawan2 belaka. tu husband kena dok atas stage mewakili ibu bapa utk menyampaikan ucapan. mujur dah biasa berucap di perhimpunan sekolah hehehe.

terbaik

abg iman pula terpilih mengetuai bacaan ikrar pelajar. 

proud of you my baby

 selesai urusan pendaftaran di dewan besar, kami ke asrama pula. syukur sekali lagi abg iman dpt dorm yg baik. siap dpt tilam dan bantal baru.ok sgt dah tu. mana blh expect lbh2 kan. mama pun dulu 5thn dok asrama, tau sgt dah hitam putihnya. ni locker iman setelah kami bertungkus lumus set up supaya proper utk iman. contengan marker pd drawer tu pun dah kami padam. taktaulah skrng apa jd...al-maklumlah budak lelaki :P

tepek sini buat kenangan abg iman. 

nampak tu dia ok aje 

katil abg iman. tepi dinding, jauh dr kipas. takpe, bila berpeluh cepat sket kurus kihkihkih

 selesai kemas katil dan locker, masa ni dah jam 1.30pm. lapo wooo..kami bawa dia mkn mcd di sg besar. tu muka tgh panas, bkn sbb dia sedih ke apa. eh sblm tu kami tlg hantar buku2 dia ke kelas dulu. dpt tgk kelas dia alhamdulillah ok. 





lepas makan dan solat, hantar dia ke asrama semula. ok masa nak berpisah dah tiba. dia ok tp daku yg dah mula libang libu di jiwa. mcm2 pesanan dah ni kat dia. janjinya mlm ni mesti call mama.

sekali tu hambek kau dia takde call pun mlm tu. mcm2 yg daku fikir smpi takleh tido. serious wei takleh lelap mata. dok ingat dia je. rindu amat sgt. at last daku masuk bilik dia tido kat tilam dan guna bantal selimut dia..tido dgn amal lah. baru lah blh lelap mata ni itupun dah jam 12 tgh mlm lbh.

esok pagi2 dlm kul 7am aku wasap guru kelas dia minta kbnrn nak berckp dgn iman kejap. malu wei tp aku takde pilihan lain. cikgu fiza sgt baik. dia kata kelas dia 10.20 dgn iman so 10.30 aku blh call.
dpt lah berckp dgn iman. seperti yg dijangka, dia ok aje. dia terlupa nak call mlm td katanya. ya mama faham, dia busy nak menyesuaikan diri dgn suasana asrama. kau ingat senang?? aku dulu sethn tau homesick asik nangis aje nak balik huwahuwahuwa


 dipendekkan cerita, ptg selasa tu kami pi jenguk iman kihkihkih
alar kan ke dekat aje dgn rumah.
terubat rindu mama.
lena daku tido dah sekarang.

 esok jumaat, nak ambik abg iman cuti 3 hari.
tak sabarrrrr

tak putus doa mama agar iman baik2 aje dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT aamiin.

ok itu dulu...bye semua!

Saturday, August 20, 2016

abang iman 10 tahun dengan panda

assalammualaikum =)

mengantuk sgt marking paper ni. sgt mengantuk.
maka update blog ler kejap. 

20 ogos 2016
genap usia anak sulung mama 10 thn.
masih terkenang2 saat melahirkan dia.
berat dia 3.46kg masa lahir.
lepas 10thn, dah jadi 40kg OMG sgt! hahaha
alahai anak mama...bg mama kamu masih baby, always and forever.
 so birthday dia tahun ni, dia request nak tgk panda.
toys dah banyak dpt kan...takyah tunggu birthday pun dpt toys. 
so mama cakap kat dia, request something else selain toys sebagai hadiah birthday.
dia request nak tgk panda kat zoo.
maka marilah kita beramai2 sabtu lepas menerjah zoo negara.

tadaaaaa
udah mcm muka panda jugak anak mama ni
bulat semacam hahaha
tgk lah tu, betapa happy nya muka dia dpt tgk panda secara live.
walaupun panda asik tido aje hahaha
tp tulah...smpi je kat umah malam tu, 
mama keluarkan jugak parcel toys utk dia.
gembira tak terkira dpt figurine idaman hati.
adik2 dia pun tumpang sekaki hehe..

itu aje lah.

selamat hari jadi abang iman! 
muargh muargh muargh

mama sayang abang iman lbh dr segalanya...

bye semua!


Sunday, February 02, 2014

abang iman berurut

assalammualaikum =)

salam hujung minggu semua!
seperti yang dijangka harini kaki saya sakit sgt huhuhu
dapat berurut best ni
haaaa cakap pasal berurut, khamis lepas iman mengadu jari kecik kaki dia terseliuh main bola masa pj
kawan terpijak katanya
bila sy check, mmg btl bengkak jari kaki dia
terpaksa dia solat duduk atas kerusi sebab tak tahan sakit masa duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir
so ptg jumaat abah bawak abg iman berurut
pasu dia whatsapp gambar ni kat saya

 inilah kakak yg selalu urut saya
best sgt sbb tgn dia kuat

 muka menahan sakit, kesian anak mama
sy pesan kat iman urut dua2 kaki
en.suami kata iman taknak, dia suh urut kaki yang sakit jer
alahai...
alhamdulillah...sekarang dah ok dah kaki iman

iman ni selalu sgt sakit2 kaki kalau lepas pj.
haritu ada sekali balik sekolah lepas pj mengadu kaki dia sakit dua2 belah kat pangkal peha
bila mama tanya kenapa
dia jawap: sebab iman pilih jadi singa masa pj tadi. so iman kena lar merangkak buat aksi mcm singa jalan tu
mama balas balik: lain kali jangan lar pilih singa, kan susah. sakit dah kaki. lain kali pilih jadi ikan jer
iman tanya: aksi ikan mcm mana mama?
*mama pun buat lar gaya ikan*
iman jawap: taknak lar, lain kali iman pilih jadi memerang jer lagi senang
*pastu dia buat aksi memerang berenang*

hahaha...ketawa besar mama masa tu
macam-macam tau abg iman ni 
kalau balik dr sekolah mcm2 cerita dia bawak
moga abang iman berjaya dunia dan akhirat insyaallah..

itu dulu..bye semua!

Wednesday, August 21, 2013

koleksi b-daman iman amal

assalammualaikum =)

nampaknya demam b-daman sedang melanda skang ni ya
ingatkan anak2 saya jer
rupanya anak2 kwn sy pun ramai yg dilanda demam ni hahaha
koleksi ultraman, power rangers dan ryokendo dah lama tak berusik
koleksi bay blade juga dah tersimpan rapi
skang iman amal 'busy' dgn b-daman plak

 saya mengaku toys anak2 sy mmg banyak
kalau u all rasa perkara ni salah, jgn tiru ok
sy dan en.suami memandang dr sudut positif
byk kelebihannya pd tumbesaran anak2
malas arr nak berdebat pasal ni hehehe

 close up sket. yg warna hijau turquoise belah kiri ni b-daman burung merak. cun wooo
kiri dia, scorpian
pastu buaya
pastu harimau putih 

kami belikan iman amal box ni utk letak segala mcm spare part dan guli2 b-daman ni
iman suka bedah2 b-daman ni. 
badan buaya sambung dgn kepala lebah dll...

agaknya apa lar yg iman amal rasa bila dia baca entry ni time depa dah jadi bapak nnt hehehe

ok itu dulu kisah koleksi b-daman iman amal
jumpa lagi nnt...bye semua! 

Tuesday, December 11, 2012

shopping barang persekolahan Muhammad Iman Kasyfi

assalammualaikum =)

hehe saja letak nama penuh abg iman kali ni
mcm2 pronounce yg mama penah dgr bila tang 'kasyfi' tu
nnt dah sekolah ntah apa plak yg cikgu dia pronounce nama ni hehehe
jumaat - ahad lepas kami berkumpul beramai2 di rumah kak cho memenuhi agenda keluarga
citer kemudian lar ya
ahad pagi sblm balik, sy dan hubby bawa anak2 ke mydin usj terlebih dulu untuk shopping barang2 persekolahan iman
excited wei anak nak mula sekolah dah
kang tup tap tup tap dah besar...nak terima menantu plak kekeke
itupun klu panjang umur insyaallah...

 sorry gambar ni blur sket. mama suh dia pilih sendiri beg sekolah
dah pusing2..beg boboiboy ni yg dia nak
haaa beg paling mahal kat sini tuh!
rm69.90
sy tanya hubby kenapa brand malaysia plak yg melampau mahal?
klu brand lain mcm ben10 semua tu plg mahal pun rm59.90 (berbeza mengikut saiz)
hubby dgn selamba jawap: sebab buat kat malaysia. kalau buat kat cina confirm murah
kekekeke..logik ok!
mama pujuk2 iman suh pilih beg lain yg murah sket
dia ok jer..so pusing lagi, dia pilih beg ben10. tp beg tu agak besar utk dia
mama plak yg tak berkenan
at last ckp kat iman, takpelah iman ambik jer beg boboiboy tu
iman kata: cukup ke duit mama?
alolololo comelnya dia ni.
kerana mu nak, apa saja mama usahakan ok!

 kemeja sekolah ok. tapi seluar sekolah pagi dan ptg kena potong sket. 
tgk body iman lar kan :D

jenuh jgk mengawal dia ni ni sepanjang kat sini
merengek pun ada sbb lapar
tu lar mama suh breakfast pagi td xnak
pastu terjebak gak beg sekolah ben10 utk dia. 
nakkk begggg sekolahhhh tarikkkk jugak. layan kan ajer.

 kasut sekolah ben10

beg sekolah mickey mouse club house tu dapat free masa beli set groulier dulu.
blh digunakan untuk beg sekolah agama petang. 
all of this set + 2 helai jeans iman amal cost me RM503.90
pengsan!
ni tak masuk set alat tulis lagi
sbb abah kata set alat tulis beli kat kedai abah jer kang
beli ke bang? ambik jer tak blh ke? kekekeke
patutlar kakcik kata dia perlukan sekurang2nya rm2k utk 4org anak yg dah bersekolah
tu paling kurang ok
perghhhh mmg kena ubah cara hidup ni.
smlm pi hantar alter seluar sekolah iman, baru perasan kekurangan sepasang baju melayu untuk sekolah pagi hari jumaat
apalar mama ni huhu...kang kita beli kat sungai besar jer lar yer sekali dgn beli songkok
sbb songkok hitam haritu takde saiz kat mydin
3minggu sebelum cuti sekolah hr tu dah beli kasut sekolah iman sbb kasut sekolah masa tu dah teruk beno
so kasut tu elok lagi. 
cukuplar 2 pasang kasut

jumaat ni insyaallah siap alter, then blh cuci semua
pastu mulalah aktiviti iron baju sekolah anak
bayangkan thn dpn bertambah lagi bilangan baju nak kena iron dlm seminggu
pastu tiap2 weekend basuh kasut sekolah...
wahhhhhhhh mcm ni mau tggl 45kg jer berat mama ni kang kekeke

alhamdulillah...rezeki untuk anak2 itu sentiasa ada insyaallah..
doa..doa...dan terus berdoa :-)

mari mari tempah tudung lagi!

Wednesday, July 18, 2012

wordless Wednesday: Iman's 1st medal

assalammualaikum =)

 tempat ke-4 futsal tempoh hari. kalah sbb tak pi lawan pun team dia ni huhu

 anak bujang saya: muhammad iman kasyfi. besor dah anak mama 
kang pejam celik pejam celik dah dapat menantu...eh?

Friday, April 13, 2012

demi anak-anak

assalammualaikum

jumaat dah nak habis br ada kesempatan nak update blog huhu... masa angkat amal dr buaian pg td utk hantar ke rumah pengasuh, abah kata badan amal agak panas. oh no!! demam semula? bila mama rasa dahi amal, ya agak panas.. alahai. br plan nak stop semua ubat2 yg doctor bg tu. apapun tetap hantar juga ke rumah pengasuh berbekalkan sebotol ibuprofen. jam 9.30am, sy sms k.ida bertanya keadaan amal. k.ida kata amal br bgn tido, bdn masih panas sdgkan 7.30am td dan bg ubat demam. tak blh jd ni, must do something. after bincang dgn hubby and tanya pendapat kwn2, jam 10am sy minta kbnran pk utk keluar bawa amal ke hospital. ya...i'am talking about that hospital yg xde org suka pi sana kecuali nurse and doctor. sy cukup kagum pd ibu bapa yg sering berulang alik ke hospital utk mendapatkan rawatan anak2 mereka yg sakit. like k.midah, u r very strong women kak. syabas n jgn putus asa demi anak2 ya. klu sy di tempat akak, blm tentu sy sekuat itu. blm lg bercakap mengenai ibu bapa yg hanya dipinjamkan sementara anak2 kpd mereka, mereka jauh lbh hebat. 
ok ini kisah ketika bersama amal bertemu doctor td. isk, kelakar pun ada huhu.. blh plak dlm bilik doctor tu amal jd active berlari ke sana sini mcm org tak sakit ok. sy explain everything about amal's health problem. batuk n selsema yg dah lama sgt- HFMD-kejap demam kejap kebah-allergic and bla bla bla... and this is what doctor said:
  • stopkan pengambilan ubat dr klinik or hospital sbb dikhuatiri amal dah immune dgn ubat tu semua. dah lama sgt mkn ubat. dah jd xde kesan apa kat amal.
  • mengenai batuk berkahak: jlnkan fisio dgn cara urut dan tepuk2 blkng amal terutama ketika dia batuk supaya dia blh muntah utk keluarkan kahak. x perlu risau sbb dia bkn batuk sentiasa (kot2 lar tb or whatever yg lain). batuk sesekali ni sbb problem dia tak reti nak kuarkan kahak dia tu. so try to ajar amal cara nak buang kahak. WHAT??? HOW DOC?? hehehe.. lgpun dah pnh xray dada last 2 weeks and his lung clear. 
  • mengenai selsema: kena jaga nutrisi amal supaya daya imunisasi dan antibodi bdn dia kuat utk lwn serangan virus. consistent bg dia supplement like fish oil, pure honey, multivitamin with lysine to increase his appetite and bla bla bla.. hehehe ok doc we will do!
  • when i talk about allergic, yes this doctor agree with the previous doc. both iman-amal got the allergic problem from their gorjes mama ni ha uwwaaaaaa. so avoid dr expose pd semua yg allergic tu.
  • mengenai demam: doc kata kalau kurang minum air pun suhu badan anak blh naik due to dehydration. so make sure bg amal minum air masak dgn byk, or jus or fruits like apple bla bla bla... pulak!! sblm ni doctor lain kata avoid taking fruits buat sementara waktu ni utk hilangkan kahak. 
so kami keluar dr bilik doctor dgn mcm2 perasaan bercampur baur. apapun alhamdulillah kami lega dgn explaination doc td. padahal masa otw ke sana, hati mama dah berkira2 apa akan jd klu amal warded mcm iman dulu. dlm keta, sy n hubby discuss lg mengenai kesihatan anak2 ni. so here some of our effort base on nasihat dr doctor dan rakan2. 


en.suami belikan air purifier ni td. brand sharp. (warna light pink hokay!) moga dpt mengurangkan masalah allergic isteri dan anak2 dia ni ha hehe... thanx ya bang. sayang abang ;-) pastu ptg td en.suami juga bertungkus lumus bersihkan habuk kat semua kipas n air-cond sblm turn on air-purifier  ni. honestly after few hours turn on this air-purifier dlm bilik, terasa kelainan pd air circulation. rasa segarrrrr sgt serious! air purifier ni kami decide bkn tetap dlm bilik jer. bila semua tgh lepak kat living hall, we will letak dia kat living hall lar :-)

then, we will start giving this colorful supplement kpd anak2, amal terutamanya. multivitamin with lysine tu special utk amal ya. naya klu bg iman nnt dia semakin booolaatt hehe... pastu sirap ubat batuk hurix tu utk amal. base on herbs. harap blh sembuhkan batuk n selsema amal lar. 

dan ini 2 botol minuman baru utk iman-amal. yg lama dah kotor straw dia tu dah slmt di buang ptg td.

kawan2, terima kasih ya utk semua idea dan doa kalian buat anak2 saya. i really appreciate that serious. appreciate sgt!


Saturday, March 17, 2012

iman's progress at pre-school

assalammualaikum =)

ni cerita lama yg baru sempat sy upload dlm blog ni. last day sekolah jumaat lepas, sy menerima jemputan cikgu baidah, guru pra sekolah iman untuk dtg ke sekolah melihat sendiri progress iman. so far semua ok, xtau nak komen apa sbb iman repeat semula apa yg dia belajar thn lepas (ini thn ke-2 iman di pra sekolah). alhamdulillah sy puas hati utk semua perkembangan iman di sini. so dtg sekali dgn en.suami ke sini, minta tlg dia jd cameraman hihi..






tinggi harapan mama untuk iman.. 
doa mama selepas solat, 
moga anak2 mama dipelihara kesihatan dan keselamatannya
menjadi anak2 yg mudah diurus
dan membesar menjadi anak2 yg berjaya di dunia dan akhirat
ameennnn...

Friday, March 16, 2012

rindu vs travel mood

assalammualaikum =)

mama rindu sgt pada dia..
since semalam hinggalah ahad ni iman bercuti di rumah sepupu dia di teluk panglima garang
hari ni iman ke port dickson mandi manda di sana. 
wah best sgt cuti iman kali ni
2x dia dapat mandi di pantai
ptg td mama call, dia bgtau "encut iman kena sepit ketam"
WHAT??? hahaha so cute lar that statement.
dah tanya pd my sis, dia kata xde apa sikit jer, saja bgtau iman, ketam yg sepit hehehe
mlm td abah pulak call
mama tanya kenapa x tangkaP ketam yg sepit encut iman
dia jawap: " masa tu iman dlm air, x nampak ketam tu"
hahaha...geli hati mama ok
rinduuuuu sgt pd keletah iman
tu lar mama, masa iman ada selalu jer marah iman (mama rasa bersalah ok)
tak sabar nak tggu ahad ni nak pi amik iman. 
sian adik amal xde kawan nak main.

ok sekarang ni ntah knp sy dah mcm GILA TRAVEL
dah boring kot pi shopping complex jer
tak sabar nak ke MATTA FAIR at PWTC ahad ni
pastu skrang ni juga tgh berlansung ONLINE TRAVEL FAIR di SINI
aduhhhhh serius sy tak tahan tgk semua deals yg murah2 tu...
camni ni???

Sunday, March 11, 2012

short course at Kolej Komuniti- English for kids (6-7yrs old)

assalammualaikum =)

bagi sesiapa yg tggl berdekatan dgn kolej komuniti, jgn lepaskan peluang utk menghadiri kursus pendek yg dianjurkan pd hujung minggu ya. sangat bermanfaat utk semua peringkat umur. bayaran pun murah. sbnrnya tenaga pengajar di kolej komuniti wajib mengadakan short course ni sbb dioranag kena buat lapran bagai...dapat peruntukan pun. jd kita sbgi pengguna yg tinggal berdekatan rugi klu tak rebut peluang ni. mcm2 kursus diadakan dr pd kelas masakan, pertukangan, kelas utk kanak-kanak dll. search website kolej komuniti kawasan anda di google ya.
semalam (10 mac 2012) pertama kali sy ke kolej komuniti sabak bernam bawa iman attending short course- english for kids (6-7yrs old) dr jam 8.30am-1pm. fuh lama! tp byrn cuma rm5.00 per head. berbaloi2 kan? klu mama pun dah mula letih menjelang kul 1pm tu, iman apatah lagi. mujur dah siap2 bawak bekal mknn hihi... so far iman enjoy sepanjang kelas ni berlansung. mula2 jer dia mcm malu2 pelanduk. bila dah dpt kawan...dia ok jer. jom tgk gelagat iman di sepanjang kelas ini. alar korang x nak tgk pun xpe. ni entry untuk ingatan kpd anak2 bila dah besar nnt. in fact blog ni pun untuk mereka baca nnt. eh, nak ke budak berdua tu baca blog mama nnt? hahaha...alar kira peninggalan utk diorang bila mama dah tutup mata nnt lar...nak tggl kan harta xde huhu..





sekurang-kurangnya cuti sekolah ni bermanfaat utk anak2. honestly klu x cuti mmg sy x dpt sgt nak layan anak2 beraktiviti. lepas maghrib jer mulut menguap mata kuyu. siang dah tentu x dpt lar kan...
harap anak2 faham keadaan mama dia ni.
itu dulu...jumpa lagi nnt! bubbai...

Wednesday, January 11, 2012

rajin abang rajin...

assalammualaikum =)

rasa dia comel sgt belajar sambil pakai kopiah ni haha.. actually masa ni dia baru balik dr mengaji, sempat main dan gaduh dgn adik then baru start belajar. dia tak sedar kopiah blm ditanggalakan hahaha

*gambar tak berapa clear sorry :P

Published with Blogger-droid v2.0.2
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH