FOLLOWERS

Thursday, April 30, 2015

30 April 2015 ~ happy 1st birthday my baby irfan!

Assalammualaikum =)

30 APRIL 2014 - 30 APRIL 2015

HAPPY 1ST BIRTHDAY MY LITTLE BABY!

Allahuakbar..terasa begitu pantas masa berlalu.
sakit lutut ketika mengandungkan baby irfan pun masih tak hilang
but now he's already 1 yr old.
mcm tak percaya!
syukur alhamdulillah.
jauh di sudut hati mama berkata, "kenapa irfan cepat sgt besar ni?"
irfan, u will always be my little baby forever and ever! 
mama sayang sgt pada kamu.

first pic or Muhammad Irfan Hadiy taken just after his birth. 
fresh from mama's uterus.

pengalaman kelahiran baby irfan ada mama catatkan di sini

jom kita tgk wajah irfan setiap bulan!

wajah yg masih bengkak, baru sgt dilahirkan masa ni
oooo ni budaknya yg suka golek-golek dlm perut mama hihihi
sy adak rakam video pergerakan baby irfan dalam perut mama.
bila tgk balik sekarang ni alahai...indahnya saat itu. mama rindu!

day 1. bengkak dah kurang.
dah mula nampak iras abang iman masa baby.

day 2. "mama, switch off the flash please!"
hahaha nasib kamu ler dik dpt mama yg suka ambik gambo.
and now..baby irfan sgtttt mesra dgn kamera hikhikhik  

ok mama dah switch off flash dah.
wajah day 2 baby irfan.

day 3

day 4. tetiba pipi dah labuh hehehe

day 5. lena di ulit mimpi 3 beranak ni

1 bulan. dagu dah start berlapis

2 bulan..dah botak. terus nampak makin bulatttt

3 bulan. tetiba jadi budak hitam hahaha
masa ni baby irfan sgt iras dgn abg amal masa kecik

4 bulan. yeayyy dah meniarap!

5 bulan.

6 bulan. oooo masa ni baby irfan dah laju mara ke semua hala. 
mmg cepat btl dia ni nak besar, nak join abg2 main.

7 bulan.

8 bulan

9 bulan. demam nak tumbuh gigi

10 bulan. "look at my 1st teeth!"


11 bulan. warded haritu tu 3 hari 2 malam. dah nampak kurus masa ni huhuhu

"mama please lah! this entry is about ME! mama jgn selfie dlm entry irfan blh?"

-ok lah ok lah huhuhu-


dan ini irfan latest yg memasuki umur 1 tahun hari ini
syukur alhamdulillah
nampak tak betapa dia nak cepat membesar utk main dgn abang2 dia.
dah blh main pedang lawan2 you all!
klu berdiri kat tepi2 ni mmg dah laju melangkah.
sesekali lepas tangan.

"new ride for me yeayyy!!!"
"thank you mama for giving me this colorful ride as my birthday present."

- no irfan. u are the 3rd owner of this ride muahaha-
#irfanbuatmukasentap

dah pandai main lawan2 sendiri mcm ni
mmg dia sgt suka observe apa yg abg dia buat, then dia plak buat.

inilah style duduk irfan.
ikut style opah duduk

alolololo comel sgt kamu nak

doa mama tak pernah putus agar baby irfan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yg bijak pandai, yang sentiasa menyenangkan hati mama abah.

happy birthday sayang
mama sayang irfan sgt2.
tiba masa irfan baca entry mama ni, mungkin mama dah tiada lg di dunia.
sedekahkan bacaan al-fatihah buat mama ye sayang

jd orang baik2 yer.
paling penting, jangan pernah melupakan Allah SWT dalam setiap nafasmu.

itu dulu..bye sayanG!

mama sayangggg irfan sgt! muarghh!!

Tuesday, April 28, 2015

sakit lutut

assalammualaikum =)

terasa benar dah tua badan ni huhuhu
sy start sakit lutut masa pregnant ke-3.
ingatkan lepas bersalin irfan, sakit lutut akan hilang.
rupanya tidak.
sampai sekarang masih ada malahan kdg tu semakin teruk, terutama bila byk berjalan.
tapi itulah...

...apa lah sgt sakit lutut jika nak dibandingkan dgn budak comel lote amanah Allah pd sy ni kan?
tak terbanding apa you all.
perbandingan langit dan bumi pun kalah.
inikan pula dgn sakit lutut.
syukur sgt2 Allah bg sakit lutut seiring dgn budak comel lote ni ha.
sedap buat gomol2 peluk cium alololololo geram!

nak dijadikan cerita, sabtu baru ni sakit lutut kembali kuat.
hr tu dah lega sket bila sy amalkan makan kalsium.
tp tu lar, susah sgt nak disiplin makan supplement.
bila dah hilang rasa sakit, tak mkn dah.
contraceptives pills blh plak ingat makan tiap malam muahahha
dasar btl.
isnin ke sek mcm biasa.
eh klu dah kat sek blh ke aku dok diam tak berjalan.
turun naik tangga ke hulu ke hilir, akhirnya berdengkut huhuhu
bila naik tangga tu dia punya ngappp menangkap ka lutut woi sakit!
meeting kewangan habis kul 5.30pm semalam. 
jamuan sket, ambik anak, 6.30pm br smpi umah.
lepas maghrib gagahkan juga lar drive sendiri ke klinik sbb tak tahan sakit sgt dah.
stock ubat pun dah habis. 
so anak2 tinggal dgn husband jap.
jumpa doctor-kena injection-pastu doc offer utk mc hr ni.
eh bkn aku yg mintak tau, doc yg offer so mestilah aku terima kannnnn
hahaha
maka mc lar hr ni dok kat umah diam-diam.
emmm udah namanya TA blh ke ko dok diam.
ligat buat keje kat umah. best best!

lagi best sbb husband pun ada kat umah pagi ni siap2 nak ke summit hotel for 3days 2 nite utk kursus lk.
dpt ler sy tlg packing, sarapan sama2.
then ajak husband selongkar tong khazanah baju anak2.
sabtu ni nak outing meneruskan misi mencari seluar raya iman amal kat sogo, maka haruslah di selongkar stock lama dulu hehehe..

 nahhh ini hasilnya!
baby irfan yg dapat byk hahaha
ni dah siap basuh, baru dikeluarkan dr dryer tu yg bergumpal2 tu.
dah siap lipat pun.
baju raya irfan dah ada, tambah lg yg ni haaaaaa terlebih sudah hahaha
inilah kelebihan anak semua lelaki muahahaha

baju2 amal pun dpt gak td, masih blm berlipat. lepas ni lah.
so kesimpulan nya, tinggal nak beli seluar abang iman yg mmg dah kritikal sbb dia membesar bagai johan sekarang ni.
seluar amal pun kena beli gak selai dua buat tukar.
baju semua dah lengkap.
tp tu lar...bak kata en,suami: blh ke nnt kat sogo ma beli seluar iman amal aje?
huhuhuhuhu
wellllll he knows me inside and out hahaha

actually ada 1 lg misi utk ke sogo sabtu nnt.
citer kemudian lah hehehe

so berkemas hari ni,
sy jumpa ni ha.

 rupanya SEMUA jam tgn en.suami dah rosak
lorrrrr kesian nya laki ku ini.
isteri dok shopping sakan, rupanya en.suami jam tgn pun dah takde huhuhu
ok jom kita beli jam tgn sabtu ni, hadiah birthday yg semain hampir.
haaaaaaaa itulah tujuan utama outing sabtu ni ;-)

 pastu hr ni, dpt juga pi car wash bawak cik merah ni.
lama dah tak mandi, asik lar mandi hujan, kotor!
so hr ni kita bg dia mandi buih pula. 

tak sabar nak cuti 4 hari weekend ni!
ooo by the way khamis ni my little baby will turn 1 yr old!
alolololo cepat sgt beso nya huhu

insyallah will celebrate his birthday kat kfc bersama family pengasuh.
takde le celebrate mana pun, tp mmg dah niat nak celebrate dgn family emak nya.
bawak le kek seketul ke kfc nnt.
dah tempah pun kek kat my friend.
eeeeee excited! tak sabar hehehe

itu aje, bye semua!
jumpa lagi lain kali insyaallah. 

Monday, April 27, 2015

pic iman amal dr cikgu2 sekolah dia. terima kasih cikgu!

assalammualaikum =)

TA busyyyyyy wuhuhuhuhu
kat sek busy
kat umah busy
weekend baru ni en.suami OS so lintang pukang TA sorang2 handle anak 
aishhhhhhhhh tak sabar ni nak cuti 4 hari weekend ni

ok ok...ni nak share gambo anak2 di sekolah. 
terima kasih sgt2 pada cikgu pra amal, cikgu nennie yg wassap pic amal dan kawan2 nya pada sy.
begitu juga dgn teacher huda dan teacher safiyya yg send pic iman
tp pic yg teacher safiyya send dah terdelete huuuuuuu nak mintak balik udah malu huuuuu sedih mama sedih huuuuuu

abang amal berlatih sukan.
sukan dah lepas sabtu baru ni. 
itu citer lain entry lar ya. 
ni citer pasal latihan sukan dulu

semangat bersorak, pipi udah bulat sket alhamdulillah.
best sgt tgk betapa excited nya dia setiap hari masa nak pegi sekolah x sabar2 nak berlatih sukan.

apa yg dia tgh buat pun mama taktau.
amal rumah merah dannnn ya johan!
ok citer lain yg tu kemudian hehe

berlatih sorak agaknya?

bersedia untuk latihan larian berhalang dgn bawa pundi kacang atas kepala.
3 rumah je...no more green for this year.

zaman paling indah dalam hidup tanpa sebarang masalah..kan? 
setuju tak?
seboleh-bolehnya sy nak anak2 lalui zaman ni dgn sgt gembira. 

latihan di tapak sebenar.
nnt klu sempat mama cerita tentang sukan sebenar pula ya.

*****

kisah abg iman pula

masa ni ada program english dgn kolej komuniti.
bagus paniti BI sek abg iman ni.
cari inisiatif utk pelbagaikan pdp dgn cara berkolaboratif dgn kolej komuniti.
apa yg pasti..pelajar semua excited!

ni utk tahap 1. 
dgr iman bercerita pun dah tau betapa seronoknya dia dan kawan2 semasa program ni berjalan.

alololololo montel sgt!!!

ni semua pic dr teacher huda.
kot2 teacher safiyya terbaca entry ni
dan masih simpan pic iman dulu tu..teacher wassap sy semula blh ke?
huhuhuhuhuhuhuhusy ter delete lar teacher uwwaaaaa!!!! 
sorrryyyyyy teacher jgn rotan saya ya hikhikhik

buat teacher huda, teacher safiyya dan cikgu nennie:
terima kasih tak terhingga kerana sudi send pic ni semua pd saya.
really appreciated your effort.
terima kasih cikgu.

ok itu dulu...
adeh bila meeting kewangan ni nak habis.
bosan.

sekian terima kasih.

Wednesday, April 22, 2015

feeling pengantin baru today~ its EARTH day!

assalammualaikum =)

its wednesday!! 

HAPPY EARTH DAY 2015 SEMUA!!!

mood happy sket..happy yg di cipta sendiri untuk mengumpul keberanian nak mengadap pn pengetua hahaha
opss!

pagi td punya cerita. 
en.husband biasa pi sek pakai tshirt and seluar track aje sebab dia ajar pjk
sesekali pakai kemeja
so hari ni kami dpt sedondon hehehe
feeling pengantin baru u all!
muahahha

 mula2 nak selfie berdua. berlari budak amal ni nak join sama
udah ler jadi bertiga haaa

 pastu mcm...ehhhh tak nampak sgt lar sedondon kita bang
jom2 kita mintak abg iman ambik kan gambo
jom ke bilik dia jom

abg iman yg tgh bersiap2 nak pakai baju nak solat subuh, merungut jugak lar tetiba mama minta tlg snapkan gambo hahaha

alar abang iman..bkn selalu. 
sporting ler sayang hihihi
eh sukaaaaaa lar tgk pic ni, terasa muda kembali hahaha

 sepanjang minggu ni iman amal pakai baju sukan ke sekolah untuk latihan sukan.
sukan sekolah akan berlangsung sabtu ni
sibuk nak bawa topi ke sekolah
topi ni sgt2 meninggalkan kenangan pd iman amal.
topi ni mama tempah khas sulam nama depa masa kami ke medan indonesia.
masa tu iman 5thn dan amal 2thn.
saja ambik topi beso sket masa tu
alhamdulillah smpi sekarang blh pakai.

buah hati pengarang jantung.
sorang lagi masih lena dlm buai.

ok itu aje coretan ringkas pagi ni.
buat hilang habuk kat blog hahaha

bye semua!

Wednesday, April 15, 2015

ahad di laman bestari vck

assalammualaikum =)

ahad bertambah ceria bila pagi mama dpt menikmati wajah comel ini dgn senyuman yg amat ikhlas di wajahnya

mama tgh lipat kain baju dia, tetiba dia merangkak masuk bilik sengih2 mcm ni kat mama
how sweetttt cairrrr hati mama tgk dia.
nampak sebatang gigi kat bawah tu ha.
gigi 4batang kat atas tersorok. 
cepat2 mama ambik hset and snap wajah comel milik arjuna mama ni
syukur ya Allah, syukur sgt2 kerana aku yg kau pilih untuk menikmati amanah mu ini.

dia dtg kat mama utk gomol2.
alolololo rindunya mama kat kamu dik.
cepat lar ptg hendaknya. kesian baby irfan, selsema lg. berjangkit dr mama agaknya ni.
seminggu je yg dia btl2 sihat. pastu dah selsema lagi. kesian sgt.

ahad terasa berlalu dgn cepat di kelilingi gelak tawa jerit tangis anak2.
en.suami, tetiba je mood rajin pagi ni dia decide nak potong rumput kat laman vck.
kira mmg berbaloi sgt mama hadiahkan abah mesin rumput ni masa birthday abah 2thn lepas tak silap. mmg sgt berguna.
birthday tahun ni ma bagi abg auto drilling machine plak nak? hahaha

laman ni panjang, so tgh hari tu en.suami stop kejap utk rehat. sambung lepas asar pula katanya.
tgk tu, dlm longkang pun tumbuh rumput.

laman di villa comel kami yg hijau hehehe

ptg tu sebelum tidokan baby irfan, mama bawa irfan tgk abah mesin rumput jap.
kebetulan cuaca redup je masa ni, tak panas.
tu yg blh join abah kat luar. kalau panas, mama surrender awal! hahaha

bising mulut baby irfan masa ni tgk abah mesin rumput. pelik sgt agaknya kat mata dia.
leka dia tgk abah.

abah chak kat anak
pastu mama masuk ke rumah utk tidokan baby.

                        bila baby dah tido, mama keluar semula dan tgk langit dah gelap mcm ni.
gelap sgt2 ni. kelihatan nya mcm langit nak runtuh sgt2 dah. tapi percaya tak korang, tak hujan pun ptg ni huhu..takat gerimis je. awan hitam ni sekadar berlalu di atas langit vck. bukan rezeki tempat kami agaknya masa ni.

tgk lar, gelap sgt2 kan? masa ni en.suami dah siap potong rumput.
so mama dapat ler tlg abah kemas apa patut cpt2 laju2 sebelum hujan turun. 
rupanya hujan tak jd turun, benar kata org, mendung tak bererti hujan hehehe

masa ni angin bertiup sgt kuat dan hari dah gelap.
anak2 yg mama paksa main basikal kat luar pun dah ketakutan, cpt2 masuk ke rumah masa ni.

en.suami tgh cabut rumput dlm longkang pula. niat nak beli dan pasang penutup longkang terkubur begitu saja huhuhu


ok cukup dah ambik gambo awan hitam
masa utk tlg en.suami kemas apa patut kat sini.

hasilnya, alhamdulillah.
kebetulan musim hujan skrng ni, cepat je naik hijau balik rumput2 ni kang.
cer teka apa ada di belakang pagar putih tu?
hahaha itu adalah hutan simpan kami sekeluarga hahaha

pokok besar sebalik pagar putih tu pokok hutan sbnrnya. bkn main cpt tumbuh dgn sihat dan besar mcm tu. insyaallah weekend ni en.suami akan kerjakan bhgn blkng ni pula. 
moga niat suci di susuli dgn tindakan ya en.suami hehehe


suka sgt tgk pokok2 ni semua

haaaaaa nmpk tu pokok pisang tanduk dan pokok pisang nangka dah membesar. harap2 dapat hasilnya nnt. 
jgn pula dah keluar hasil, tp di sambar si pencuri dr luar pagar..huhuhu sedih mama nnt.

itu aje nak citer tentang ahad kami.
lain2 semua berjalan seperti biasa.
seronok tgk anak2 tgh sihat masa ni

tp sekarang dah sedih balik bila baby selsema lagi huhuhu..
berjangkit dr mama huhuhu

ok itu dulu. bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH