FOLLOWERS

Showing posts with label sekolah iman. Show all posts
Showing posts with label sekolah iman. Show all posts

Thursday, January 17, 2019

14 Januari 2019: tarikh keramat 1st time anak masuk sekolah berasrama

assalammualaikum =)

haish..bila keluar #10yearschallenge kat instagram, baru terasa kepentingan blog. excited cari gambar 2009 konon nak buat comparison jugak and join the challenge. sekali rupnya 2009 daku pregnant amal daaaa terus takut tgk gambar diri sendiri hahaha. terus tak jadi join the challenge :P

ok nak letak kenangan di sini kisah abg iman masuk ke sekolah berasrama dan bagaimana mamanya yg tak blh tido mlm. teruk btl.

mmg dr awal daku dan suami plan nak masukkn iman ke sek aliran agama. mmg nak sgt. so apply sbpi rawang dan mrsm ulul albab. bila keluar result upsr, iman dpt 3A 2B 1C so daku tau dia tak layak masuk sbp or mrsm. takpe, bukan rezeki dia. kami ok dan redha wlu ada secalit rasa kecewa. biasalah kan mak2 yg letak high expectation kat anak..daku ler tu huhu. so apply SAM dan SMKA. 
target SAM Muhammadiah Sabak Bernam yg jaraknya cuma 5 min dr rumah. yahoooo ada at least 3 thn lagi abg iman dgn kami.

tup tup dpt SAM Parit Baru. arghhh sudah jauh tu nak berulang sdgnkan amal dan irfan dah tak bersekolah di Parit Baru. tapi kami takde pilihan lain, hantar jugaklah..2 minggu juga kami upah pemandu utk hantar dia ke sekolah. at the same time buat rayuan pertukaran ke sam muhammadiah sabak bernam dan rayuan smka. 

alhamdulillah 7 Januari 2019, result rayuan SMKA keluar dan iman dpt masuk ke SMKA Tun Rahah (ambilan ke-2). nama lama sek ni SMKA Simpang Lima. 30 min dari rumah, daku sukaaaa.

14 Januari 2019, hari pendaftaran iman di SMKA Tun Rahah. kami ambil crk utk uruskan pendaftaran iman. ni pic dr google aje. ooo rupanya ni sekolah kluster kecemerlangan, not bad. bila google lagi, rupanya ni SMKA KE- 11 terbaik di malaysia. alhamdulillah..ada rezeki iman di sini.

bersama adik2 di pagi 14 Januari 2019.

 seawal 8.30am kami dah pun memulakan pendaftaran. sempat singgah mamak sarapan roti canai td.

abg iman mmg nak sgt masuk sekolah berasrama so dia nampak ok aje. excited lagi.

rupanya ramai juga guru2 sekolah ni yg daku kenal. kawan2 belaka. tu husband kena dok atas stage mewakili ibu bapa utk menyampaikan ucapan. mujur dah biasa berucap di perhimpunan sekolah hehehe.

terbaik

abg iman pula terpilih mengetuai bacaan ikrar pelajar. 

proud of you my baby

 selesai urusan pendaftaran di dewan besar, kami ke asrama pula. syukur sekali lagi abg iman dpt dorm yg baik. siap dpt tilam dan bantal baru.ok sgt dah tu. mana blh expect lbh2 kan. mama pun dulu 5thn dok asrama, tau sgt dah hitam putihnya. ni locker iman setelah kami bertungkus lumus set up supaya proper utk iman. contengan marker pd drawer tu pun dah kami padam. taktaulah skrng apa jd...al-maklumlah budak lelaki :P

tepek sini buat kenangan abg iman. 

nampak tu dia ok aje 

katil abg iman. tepi dinding, jauh dr kipas. takpe, bila berpeluh cepat sket kurus kihkihkih

 selesai kemas katil dan locker, masa ni dah jam 1.30pm. lapo wooo..kami bawa dia mkn mcd di sg besar. tu muka tgh panas, bkn sbb dia sedih ke apa. eh sblm tu kami tlg hantar buku2 dia ke kelas dulu. dpt tgk kelas dia alhamdulillah ok. 





lepas makan dan solat, hantar dia ke asrama semula. ok masa nak berpisah dah tiba. dia ok tp daku yg dah mula libang libu di jiwa. mcm2 pesanan dah ni kat dia. janjinya mlm ni mesti call mama.

sekali tu hambek kau dia takde call pun mlm tu. mcm2 yg daku fikir smpi takleh tido. serious wei takleh lelap mata. dok ingat dia je. rindu amat sgt. at last daku masuk bilik dia tido kat tilam dan guna bantal selimut dia..tido dgn amal lah. baru lah blh lelap mata ni itupun dah jam 12 tgh mlm lbh.

esok pagi2 dlm kul 7am aku wasap guru kelas dia minta kbnrn nak berckp dgn iman kejap. malu wei tp aku takde pilihan lain. cikgu fiza sgt baik. dia kata kelas dia 10.20 dgn iman so 10.30 aku blh call.
dpt lah berckp dgn iman. seperti yg dijangka, dia ok aje. dia terlupa nak call mlm td katanya. ya mama faham, dia busy nak menyesuaikan diri dgn suasana asrama. kau ingat senang?? aku dulu sethn tau homesick asik nangis aje nak balik huwahuwahuwa


 dipendekkan cerita, ptg selasa tu kami pi jenguk iman kihkihkih
alar kan ke dekat aje dgn rumah.
terubat rindu mama.
lena daku tido dah sekarang.

 esok jumaat, nak ambik abg iman cuti 3 hari.
tak sabarrrrr

tak putus doa mama agar iman baik2 aje dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT aamiin.

ok itu dulu...bye semua!

Tuesday, December 22, 2015

2015: tahun cemerlang iman dan amal

assalammualaikum =)

walau cerita dah lama, tp tetap segar dl, minda mama.
2-3bln sblm final year exam abg iman, kami suami isteri cabar dia untuk dapat nom 1 nnt.
dia x pernah dpt nombor 1 dlm exam. sebagai mama, dah tentu aku kepingin nak anak dpt nom 1 kan? mcm2 kami janjikan utk dia kalau final exam nnt dpt nom 1. nak tau apa kami janjikan? hset seperti yg dia request. berkobar2 dia ok.
tp sy dan suami, dah berpakat...takdenya nak bg hset. lgpun masa birthday dia dah dpt tab. dah masukkan sim card pun. cukup lah. nak buat apa lg hset. tab tu pun jenuh mama nak pantau, tak pepasal mama join sama dlm group whats app kelas dia hahaha...
sesekali tersengih2 mama baca perbualan anak2 yg masih blm puberty ni. 

ok sepanjang 2 minggu sblm exam dan sepanjang minggu exam, mmg kami pantau dia bljr btl2.
en.suami teruatamanya...sgt2 mengambil berat pasal ni. yerlah, klu x dpt kerjasama en.suami, mana mungkin aku dpt bantu abg iman belajar dlm keadaan irfan yg tgh ligat tu.
abg amal, dia rilex aje sbb pra takde exam. masa iman belajar, amal pun mesti belajar sama, terutama utk melancarkan dia membaca. dpt bertahan setgh jam utk amal pun dah cukup baik. 
emmm ada kawan tanya tips mcm mana aku control iman utk belajar.
honestly, aku takde tips yg btl2 blh nampak lain dr lain.
aku guna kaedah yg org lain guna juga
wajibkan dia hafal sifir
masa dia belajar, mama/abah kena dok sama utk bantu dia
explain apa yg dia tak paham. bab ni klu subjek bahasa arab mmg jenuh huhuhuh..dia lagi pandai dr mama
jadualkan waktu belajar dia...kena disiplin. mcm tu lah.
selebihnya, doa doa dan doa...ikut nasihat ustaz, sebut nama dia dlm doa kita.

alhamdulillah...abg iman berjaya dapat nombor 1.
ingat lg mlm tu masa kami check saps abg iman.
tup tup dpt nom 1 semua menjerit2 ok!
semuaaaaa sampaikan irfan terpinga2 terkejut nape kami menjerit2 kegembiraaan..
siap peluk2 lagi.
empunya badan lg tak percaya dia dpt nom 1..lg mcm cacing kepanasan dia masa tu menjerit melompat tak percaya dia dpt nom 1. 
mma?...meleleh air mata i tell u.

phewwwww sape tak bangga wei anak dpt nom 1 dlm exam. 
bila tgk btl2, alhamdulillah dia satu2 nya pelajar thn 3 yg dapat 5A. matematik dia sorang je dpt A. tu yg terus dpt nom 1. ikut peratus, sama je dgn kwn dia yg dpt nom 2, beza hanya pada matematik.
btl, abg iman mmg minat dgn subjek matematik. ikut abahnya.
kalau ikut mama, lingkup muahahaha
another best thing is, selama ni paling tinggi sains dia dpt C aje, 
alhamdulillah final exam dia dapat A. malu wei mak cikgu sains tp anak tak perform, so aku ajar ler dia utk hafal semua fakta2 dlm sains tu.
sains...selain faham, u kena hafal. itu aje. 

hari anugerah sekolah abg iman dan amal serentak dgn hari ulang tahun perkahwinan kami yg ke-10.
19 november 2015
hadiah paling bermakna...
tak rasa apa dah wlu masa ni tak dapat hadiah dr en.suami.
yg penting, mama dah dpt hadiah paling best, kejayaan anak2 mama. 

 abg iman masuk persembahan dikir puteri.
tu yg kena pakai mcm pahlawan melaka tu hehe


majlis di adakan di dewan ipn, yeayyyy ada econ. mama is happy.

 alhamdulillah...anak manja mama ni pun berjaya menamatkan pra dgn baik
dah blh membaca dan mengira yg basic.
enough for him

 mcm x percaya thn depan dia dah nak masuk thn 1, kecikkk je lagi ni.
manja sgt2.
suka merengek huhu

 ni masa abg iman terima hadiah dpt nom 1 dan subjek terbaik matematik

 really proud of him

 masuk persembahan dikir puteri

 masa terima sijil pengawas

 susah agaknya soalan math, iman paling tinggi pun dpt 87% aje.



doa mama, moga tahun 2016 ini membawa kejayaan yg lbh baik buat anak2 mama.
kita usaha sama2 ya?

UPSR 6A..bukan 1 kerja yg mudah.

emmm tapikan, itu utk 2016...nnt 2017 tukar lg. 2018 tukar lagi.
kan sistem pendidikan di malaysia ni suka tukar2..kan???

krikk krikk krikk....

itu dulu, bye semua!

Wednesday, May 15, 2013

hadiah hari guru dah siap

assalammualaikum =)

esok 16 mei 2013 ada sambutan hari guru di sek abang iman
kat sbpisb ni sambutan hari guru akan diadakan pd hari rabu minggu depan, lepas habis exam.

hadiah untuk cikgu2 iman dah pun mama sediakan
sejujurnya, hadiah ni terlalu kecil nilainya jika dibandingkan dgn jasa dan pengorbanan guru2 abg iman mengajar dia di sekolah
tapi sy percaya, cikgu2 pasti akan gembira bila dpt hadiah dr anak murid :)


itu dulu ya...bye semua!

EMAIL SAYA JIKA BERMINAT NAK TEMPAH TUDUNG.

Friday, January 04, 2013

tentang iman lagi...

assalammualaikum =)

salam hari jumaat buat semua
yeah esok cuti!
hari ni ada satu kelas jer so sempat update blog jap
masih mengenai iman di sekolah
cerita tentang sekolah petang plak
iman sekolah agama di sekolah rendah agama parit baharu
sekolah agama di bawah JAIS

 ni gambar hari pertama we all hantar dia ke sekolah petang rabu lepas
mama yg over sengih hahaha
kalau di sekolah pagi iman jadi pen.ketua kelas
sekolah petang iman jadi ketua kelas pulak alhamdulillah...
siap demo kat mama lg camne dia jadi ketua kelas bagi salam kat ustazah tehehe

ni gambar masa balik dr sekolah sekitar jam 5.45pm
diorang solat asar siap2 kat masjid
masih mampu senyum, kira best lar tu kan? 
hari pertama sekolah, dia ok jer. 
balik sekolah pergi mengaji mcm biasa, then tido mlm sekitar jam 10mlm
tp hari kedua semalam, belum sempat solat maghrib dia dah tertidur atas sofa
oh penat sgt lar tu...sian anak mama

dan ini pula gambar fresh pagi td.
sekitar jam 6.45am seblum masuk ke kereta.
dia nampak ceria sgt pagi td...

tgk lah gelap lagi kami dah keluar rumah.
sepanjang dlm kereta bukan main becok dia bercakap tot tet tot tet...
mama and abah layankan aje hehehe...

alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya untuk kami

jap lagi lepas kelas sy nak menyusun order tudung 
petang ni nak hantar tempahan
sekaligus ambil tempahan last week yg dah siap
so sesiapa nak tempah sempat lagi ni yer

itu dulu...jumpa lagi nnt!

Wednesday, January 02, 2013

hari pertama persekolahan iman tahun 1 2013

assalammualaikum =)

masih bersiaran dr sekolah. tak percaya? silalah percaya! huhuhu...mujur ok jer tak mengantuk. hari ni both of us stay kat sekolah smpi petang. that means kul 5.30pm nnt baru ambik amal dan abg iman dr sekolah then berdesup balik ke rumah. saja arr nak sama2 ambik abg iman hari ni. hasilnya...fail persediaan mengajar  saya dah siap hehehe...complete ok! 
so apa citer saya hari ni? sy bgn tido seawal jam 5.30am. cuci botol susu dan buat apa yg patut. sy bg iman susu kul 6am, pastu terus kejutkan dia untuk bgn mandi dan solat. senang jer dia bgn tak byk bicara. lepas solat, siap2 kan iman, mmg mcm lipas kudung arr mama pagi td, siapkan iman, siapkan diri sendiri hehehe..
semalam iman request roti sapu kaya sebagai breakfast. tp pg td dia hanya mampu telan segigit jer roti tu. 6.45am kami semua dah keluar dr rumah. sepanjang perjalanan iman tak tido, membebel2 tanya itu ini. ayat favo dia pg td: eeee tak sabarnya nak sekolah! sungguh dia sgt excited nak ke sekolah pg td. jelas nmpk dia seronok sgt kat sekolah...syukur alhamdulillah. 

my handsome boy at this morning. tie tu, abah yg tlg pakaikan sbb mama tak reti hehe...
nmpk jam tgn tu? dia pilih sendiri kat pasar karat JB tempoh hari. 
alhamdulillah iman dah pandai baca waktu. 

 masa ni baru turun dr kereta kat depan sekolah.

 dia antara yg terawal smpi hari ni. tu semua kawan2 dia di pra sekolah. tu sbb dia seronok jer hehehe...jumpa geng ok!

 tgk tu, pelajar perempuan sikit jer.
mmg kat pra dulu, 19 pljr lelaki dan 6 org jer pljr perempuan
masa ni meja pun tak bersusun lagi

 di perhimpunan sekolah. sikit jer pelajar sekolah ni
kelas tahun 1 pun cuma ada 2 kelas. purata dalam satu kelas cuma 25-27org. :-)
syukur...keadaan ni sgt selesa untuk dia belajar
cikgu pun senang nak kawal kelas

 itu dia guru kelas iman
minggu depan ada ujian penentuan kelas untuk pelajar thn 1. 
sekolah ni mengamalkan sistem streaming class.
mudah-mudahan iman dpt masuk kelas 1 bestari  insyaallah...ameennn...
dlm 8.30am sy gerak meninggalkan iman di sekolah.
iman ok jer, siap babai2 dgn senyuman
oh ye, sy beri iman rm2 untuk duit belanja
pastu bekalkan juga dia dgn air masak dr rumah
mlm td en.suami dah ajar iman cara2 menggunakan duit di kantin
selebihnya biar dia belajar sendiri dari pengalaman hehehe...

lepas keluar dr sekolah iman, sy dan suami terus menuju ke sekolah agama untuk urusan pembayaran yuran sekolah petang.
pastu breakfast jap then terus ke sbpisb...

dan ini senyuman iman masa sy ambil dia dr sekolah jam 12.30tgh  td. masih senyum walaupun tie dah senget2 dan dia nampak letih. alahai kesian sgt!
tp senyuman di wajah iman dah menggambarkan betapa dia gembira di hari pertama persekolahan ni alhamdulillah...syukur sgt2 ke hadrat Ilahi.
tu yg sebelah kiri tu kawan baik iman, haikal.

otw ke kereta iman bgtau dia cuma belanja rm1 jer kat kantin td. dia mkn nasi lemak telur mata kerbau.
bagus!
tp sebelum naik kereta dia pow mama aiskrim cup. 1 for rm1 and dia beli 2. 1 lg utk amal nnt...
persoalannya di sini..berapakah jumlah duit belanja iman di sekolah pagi hari ini???
haahahaha sabar jer lar!
tp dah janji, hr ni jer beli aiskrim. esok tak blh. 

itulah cerita iman di sekolah pagi hari ini...
ok lah..sy nak solat asar jap then nak pi ambik iman dr sekolah ptg.
apa plak cerita iman nnt yer hehehe tak sabar!

bye semua!

P/S MASIH SEMPAT UNTUK TEMPAH TUDUNG YER! EMAIL JER SAYA OK 

Monday, November 12, 2012

jamuan akhir tahun pra sekolah dan pengambilan buku pelaporan murid

assalammualaikum =)

ini kisah hari last iman di pre-school
ada jamuan kfc dan kami ibu bapa di jemput sekali dengan mengambil buku pelaporan murid.
sekali lg mama emosi huhu

 dia mmg suka sgt dgn kfc





 mama jumpa cikgu baidah di bilk mesyuarat utk menerima buku pelaporan murid
cikgu baidah ni guru cemerlang pra sekolah
byk jasa dia pada iman. syukur alhamdulillah...hanya Allah SWT yg dpt membalas jasa cikgu

cikgu baidah siap bekalkan kerja rumah utk iman. katanya ini sebagai persediaan utk masuk thn 1.
nnt thn 1 ada ujian untuk menentukan kedudukan kelas
dlm fail tu adalah cenderahati yg semua pelajar dpt. 
set alat tulis dan kamus bergambar
thn lepas pun iman dpt jgk yg sama :-)

terima kasih yg tak terhingga buat semua guru pra sekolah parit baharu yg telah mengajar dan mendidik iman

itu dulu yer...jumpa lg!

Monday, November 21, 2011

jamuan akhir tahun pra sekolah sk parit baharu

assalammualaikum =)

tu lar kan dah kata sy sukaaaaa school holiday sbb sy punya extra masa bersama family dan melakukan perkara2 yg membahagiakan hati.. seperti berblogging :D so sementara dok kat rumah ni dgn full bar wifi signal, baik sy update blog sepuas hati hehe. next week nak balik kg dah. kat kg takde internet. emm harap2 next week wifi keken dah install. blh sy tumpang sekaki ngeh ngeh...
minggu kedua terakhir sblm cuti sekolah tempoh hari, dlm pada sy busy dgn kerja2 di sekolah, sempat juga meluangkan masa mhadiri jemputan jamuan akhir tahun pra sekolah sk parit baharu (sek iman). GOLLLLLLLL!!!!! (mode tgh tgk bola malaysia vs indonesia hahaha). apa yg penting, mama memenuhi keinginan iman supaya hadir ke jamuan tersebut :-). ok jom tgk photo yg sempat mama snap tempoh hari..

masa sy smpi, tetamu dah ramai. sy suka tgk dekorasi kelas iman ni. sgt ceria. inilah penyebab amal menangis setiap pagi nak ikut abg iman masuk ke kelas hehehe

menu yg disediakan juga superb! ada kfc..wahhh suka sgt lar iman mkn. ni mesti cikgu dia nak habiskan peruntukan tahunan yg pra dapat :D

nampak x di mana iman??

close up sket. tu diaaaaaa tak peduli pun mama dtg hahaha.. dr photo ni pun kita semua dah tau betapa sonok dia mkn nasi berlaukkan ayam kfc, sehingga menjilat pipi! hahaha
wahh berterabur iman makan hehe. cikgu dia sempat bisik kat sy: iman dah pandai suap sendiri dah sekarang. hehe... kat rumah iman masih makan bersuap tau shhhh diam2 hahaha

dah kenyang... minum plak. baru perasan mama snap gambo dia hehe

iman baru 5 thn so rekod pencapaian dia x diambil kira lg. tapi cikgu baidah still ada record tahap pencapaian iman. tak dpt amik lg personal file dia sbb minggu terakhir sekolah haritu iman dah cuti dek kerana serangan chicken pox. takpe, buka sekolah nnt sy ambil file dia untuk simpana peribadi sy. doa mama moga iman menjadi anak yang berjaya dlm hidup dunia dan akhirat insyaallah... ameeennn.. tahun depan mesti jd best student of pre-school ok ;-)
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH