FOLLOWERS

Thursday, July 31, 2014

palestine ~ andai kita di tempat mereka

assalammualaikum =)

tersentuh rasa hati mendengar perkhabaran yang berlaku di Gaza. tak silap saya hampir setiap kali ramadhan gaza akan di serang oleh israel. kejamnya israel...sedih sgt rasanya. 


betapa sedihnya melihat nyawa2 kecil turut terkorban dalam serangan tanpa hala yang tetap ini. penempatan, hospital, kawasan perniagaan..semuanya dibedil sesuka hati.  kalau mati terus..sungguh syurga lah tempat mereka. 


tapi lagi sedih melihat mereka yang cedera parah menahan kesakitan. darah berlumuran di badan..aduh, apalah sgt yg mereka faham kenapa ini berlaku pd tubuh kecil mereka. sambil memangku ifran di riba, sy membayangkan perkara itu terjadi pada anak saya. Ya Allah..sungguh sy tak mampu menanggung saat2 getir begitu. 

tapi ibu ini? apa yang dia rasa? 

ke mana langkah kaki ibu ini untuk melindungi anak-anaknya?
ya Allah...ku mohon paduMu ya Allah...lindungi mereka di palestin ya Allah..
izinkan mereka lalui Ramadhan yang mulia ini dengan tenteram ya Allah..
berikan kekuatan pada mereka untuk terus redha dgn ketetapan Mu ini ya Allah..
berikan mereka yang terkorban sebagai syahid padaMu ya Allah..
ku hanya mampu berdoa padaMu ya Allah...

kawan-kawan...kita sgt kerdil untuk menghulurkan bantuan secara fizikal. silap2 haribulan kita dulu yang terkorban di sana. tapi ada caranya bagaimana untuk kita menbantu mereka..
klik LINK INI untuk mengetahui bagaimana cara kita untuk membantu palestine. 
penulisan dr.harlina ini sgt2 menyentuh hati...
kita lakukan bersama-sama ya..insyaallah.

itu dulu, bye semua!

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya 2014

assalammualaikum =)


salam aidilfitri 2014 dari kami sekeluarga:

en. ismail ali bin mohamed alipiah
pn. norazimah bt arshad
muhammad iman kasyfi
muhammad amal hafiy
muhammad irfan hadiy

berhati-hati di jalan raya ya semua...

bye!

Friday, July 25, 2014

last day kerja: mood raya on!! yeayyyy!!!

assalammualaikum =)

haaaaaa barulah rasa free sket blh update blog. 
wlupun hakikat sbnr tak free sebab TA kena bawak balik sebeban kertas soalan TIMSS sumatif 2 untuk di tanda, tapi takpe marilah kita freekan kejap otak ni utk enjoy hari raya yeayyy!!!
emm hakikatnya takdelah excited mana nak raya dah tua2 ni, lbh kepada tumpang gembira untuk anak2 lar kan. so mesti kena happy walaupun raya thn ni takde baju baru, takde kasut baru. tudung aj baru jer yg byk huhuhuhu 

so thn ni sy akan beraya di kg in law dulu di kuala kangsar. 
pagi ahad gerak balik kk, pagi raya ke-3 balik sekinchan pula.
hari tu dlm keta otw bawak mak ke klinik, borak2 dgn mak.
mak kata thn ni tak buat ketupat sebab anak bongsu dia ni takde. kalau dah raya ke-3 dah basi katanya. so buat ketupat segera jer. aku yg mendengar nya masa tu terus rasa sebak huhuhu
adoiiii sedih ok. ikut hati nak jer beraya dgn mak thn ni. tapi apakan daya...en.suami juga wajib dipatuhi. maka beraya lar kami di kk dulu seperti biasa bergilir2 huhuhuhu

beberapa hari lalu en.suami bawak balik ni ha
amboi byknya dapat...hehehe..rezeki kami alhamdulillah.

2 hari lepas set up songkok raya ni untuk en.suami iman dan amal.
sambil2 tu berangan lar otak ni..
raya tahun depan insyaallah ada 4 songkok plak, tambah 1 untuk baby irfan.
eh eh...kesian kat diri sendiri takde geng yg pakai tudung? eh nnt dah tua, nak turunkan pada sape ya semua tudung2 dan baju2 gojes i? oh gojes lar sgt huhuhu
emmm ya aku akan jadi mak mertua yg paling cool nnt, blh geng dgn menantu insyaallah..so nnt byk ler yg blh diturunkan kepada menantu aku. untunglar depa..kan? 
1 jer syarat yg aku bg, nak jadi menantu kena pandai masak hahahaha
tu dia punya jauh aku berangan masa ni hikhik
hari tu masa tgk citer kerana terpaksa aku relakan, pun aku berangan jugak.
membayangkan nnt anak2 dah besar mungkin ke jadi mcm citer tu?
kan depa ada 3 beradik lelaki...3 tajul tu.
mungkin ke smpi berebut girlfriend plak nanti? oh..mintak jauh lar kan..
selalu doa moga2 Allah rapatkan mereka  3 beradik ni hingga ke hujung nyawa insyaallah.

bestnya dah cuti panjang semula! blh gomol2 dgn budak tecik ni selalu hikhik
so raya kali ni kami sedondon warna purple insyaallah
cuma baby irfan jer takde baju purple, dia kira tema bebas lar kan.
mama cuba gak cari baju baby purple, emmm nan hado utk baby boy. semua utk baby girl huhu
korang dah siap packing untuk balik kg?
TA blm siap lagi.
bkn senang nak packing utk 5 org ni.
lain lar kalau anak2 dah besar blh packing sendiri. ni semua masih harap mama..
moga tabah! penat hokay nak packing and unpack ni.
haaaaaa kain baju yg blm berlipat pun berlonggok lagi kat rumah tu
parah wei nak melipat. redha jer lar 

ok lar korang semua
berhati2 di jalan raya ya.

akhir kata saya mohon maaf zahir batin buat semua pembaca blog TA ni
0-0 ya?
itu dulu...bye semua!

Tuesday, July 22, 2014

semesti 93-97 kembali dalam ingatan

assalammualaikum =)

jom cerita laju2 sebelum masuk kelas jap lagi.
dipendekkan cerita, sabtu lepas saya ke sekolah menengah sains teluk intan bersama dgn nadia untuk mewakili batch 10 semesti dlm program ASTI (alumni sekolah) bersama pelajar sekolah. 
ada talk and bengkel bersama pelajar, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan pelajar yg memerlukan, berbuka puasa bersama2, solat tarawih dan qiamulail. 
tapi saya dan nadia tak dapat nak joint semua.
kami hanya attend majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bersama2 je. 
tak silap tahun ni batch spm 1992 yang in charge program ni.
dah 5thn berlansung program ni di semesti alhamdulillah.

cantik kan my friend ni? nia ni anak sulung omar abdullah
kenal tak omar abdullah?
pi google.. hikhik

siap jadi model tudung muslimah haaa
cantik!
eh apa hal citer pasal nia lebih2 ni hahaha

jom tgk semesti selepas 17 thn ditinggalkan
sebenrnya vck ke semesti cuma lbh kurang 30minit hehehe


view asrama puteri

menuju ke asrama putera

tempat dating hahaha



tangki air yg menyimpan 1001 kisah remaja kami.
paling takleh lupa kisah kami mandi di bawah tangki ni.
rupanya ada yg lagi advance siap panjat tangki ni naik atas lelaki pompuan huhuhu

public speaking kat sini



gimnasium merangkap tempat utk solat terawih 
zaman saya dulu takde surau besar lagi.
panas wooo solat kat sini


taman astakona yg juga menyimpan ceritanya tersendiri
tapi sekraang dah mcm taman di gurun plak huhuhu

dewan besar

kantin

cikgu daud!! ya Allah cikgu ni mcm tak tua2 plak

majlis penyampaian sumbangan di surau

dua org kakak belah kiri ni tak silap dari batch spm 88.
ish..kipas kuat sgt masa ni habis senget2 tudung cupcake i tau :p

dari kiri: cikgu idris, tn. pengetua dan cikgu gaban. ops!! hihihi
cikgu kamaluddin ni suka masuk kelas cepat2. dlm tempoh 0.03saat dia dah terpasul depan pintu. 
masa tu kan citer gaban tgh glemer.
ya ampun cikgu :D

dari kiri: ustaz jamatolaial @ ayahanda (sekarang sy mengajar anak dia plak di sbpisb), cikgu azlan dan cikgu idris.

us. 
ish ish..lebar btl muka TA skang huhuhu nanges!!!

cantik dah lanskap di tgh2 asrama puteri ni

best tul mandi ramai2 kat kolah ni dulu hehehe
dulu takde bumbung lagi.
mandi masa tgh hujan perghhh
lagi tragis bila dpt tau boys dari asrama putera tingkat 3 blh nampak kami mandi kat sini
APTB!!

Dewan makan

takleh lupa kisah kami berdua yg terdengar bunyi tangisan mendayu2 dari toilet asrama tingkat bawah sekali jam 3am. 
kenangan masa tingkatan 3 yg sgt best kan nia? hehehe

abang uda ni form 5 masa kami form 1. 
serius tak ingat siapa dia huhu

semesti 93-97 meninggalkan kenangan yg sgt best 
kenangan zaman remaja..

bak kata ogy ahmad daud:

DALAM KEHIDUPAN INI YANG TERINDAH
MELALUI USIA REMAJA...
LALALALA

itu dulu...bye semua!!

p/s: kalau ada ex-student semesti tak kira batch mana yg baca entry ni, sila tinggalkan komen ya korang. moga terjalin ukhuwah antara kita insyaallah.

Monday, July 21, 2014

mengantuk beno

assalammualaikum =)

payah beno nak update blog sekarang ni huhu
korang, TA rasa mengantukkkkkkkk sgt sekarang ni. menguap 18x dah.
kat mata ni mcm ada batu beso nak suh tutup. 
kepala rasa weng weng jer.
tu yg stop jap buat keje, blogging jap.
kelas lmbt lg 10.35 nnt baru mula.
kalau dpt tido sedap ni huhuhuhu

sedihkan dgn apa yg berlaku pd mh17
sy suka nak membayangkan klu sy berada di tempat ahli keluarga mangsa
oh sedih sgt2..dah lar nak dekat raya ni.
dah hari ke-5, mayat msh bln dapat diuruskan dgn baik.
terutama yg beragam islam, ish...sedih lar.
mesti dah berbau semua tu.
dah lar ramai lg yg blm dijumpai mayatnya.

semalam tak semena2 jerebu kuat kat sabak bernam ni
nmpk tak lps satu...satu yg dtg, emmm musibah?
ntah lar. doa jer banyak2.

 budak tecik ni sekarang kenal sgt dgn mama dia
bila dok dgn abah, bantainya menangis serba tak kena
bila mama ambik, diam. 
mama buat lar apa pun kat dia elok jer dia diam.
ptg smlm balik berbuka puasa kat kg, pun sama menangis cebik2 bila atok pegang dia. 
bila mama ambik dia semula, diam
ewah ewah...pandainya dia. kenal sgt dah dgn mama ya sayang

dah pandai bersembang..ake..ake..
satu lg peel terbaru dia bila masuk keta dok kat pangkuan mama, dia nanges.
letak kat baby car seat terus senyap..pastu tido.
dia lbh selesa kat baby car seat sekarang ni.
dah tau tempat dia kat mana bila masuk keta.
ate mama kena dok blkng plak skang ni apa hal huhu..
ni nak balik kg raya ni ingat takmo bwk baby car seat, sempit.
oh taktau camne keadaan nnt.

itu dulu, bye semua!

Thursday, July 17, 2014

parcel kejutan

assalammualaikum =)

hari ni balik kul 5pm, dlm 5.30pm baru sampai rumah fuh fuh bertabah lar wahai azimah ya. 
actually kalau takde apa2 hal sekarang dah blk balik sbb contact hour dah habis
tapi kena jaga exam sumatif timss plak 3-4pm nnt.
pastu alang2, kena tggu iman balik sekolah agama terus kul 5pm huhuhu
dah keje mcm ni ler gayanya.
no more nap at noon..nanges!

ni nak citer kisah berlaku jumaat lepas.
dlm kul 1pm dpt call dr nom tak dikenali.
ripanya dari airpax
eh eh ada parcel utk kita?? biar btl? takde online shopping pun 
ntah ntah surat saman tak???
sebab penah mcm tu...ada pos laju kena ambik kat pjbt pos
punya lar excited, tup tup surat saman cessssss!

ok berdebar menanti

 parcel dari kawan blogger!! rasa nak nanges terharu dpt ni hokay!!
teka2 ni mesti coklat sbb kat blog dia citer pasal holiday kat langkawi kan
baikkkkk punya teka hahaha
bila buka...

alololololo comel sgt kamu ni elly tau.
kasut merah utk baby irfan!
akan mama simpan dgn baik supaya nnt irfan blh pakai kasut ni.
elok lembut dan ringan kasut dia.
pastu ada juga elly hadiahkan lego untuk iman amal.
suka sgt budak2 ni.
eh utk mama pun ada!! pin tudung!
elok mmg kita tgh belajo lilit tudung aj style datin juma tu.
blh ler guna pin ni nanti. 
pernah sekali jer pakai tudung lilit guna pin ni pi berbuka kat kfc dgn anak.
nak pakai ke sekolah tak sempat nak melilit hahaha

tgk excitednya muka dia dpt lego

buat elly, terima kasih daun keladi..
sungguh rasa terharu sgt di hati ini
indahnya dunia blogging...kan elly?
moga persahabatan kita kekal hingga mati
kalau dah mati pun sedekahkan al-fatihah ya?
hari tu dpt hadiah tudung aj dari mummyhaza
pastu dpt handbag dari kak sue..
ni parcel kejutan dr elly plak
murah rezeki...happy sgt rasanya.

terima kasih kawan2 semua!
sayang korang sangat2.


kan??
at least it's soooo true for me :-)

itu dulu...bye semua!

Wednesday, July 16, 2014

mula kerja

assalammualaikum =)

alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
paling best kerja masuk bertubi2 dlm otak ni
takpe takpe TA ok aje hehehe
baby irfan pun insyaallah ok aje kat rumah pengasuh
dia makin selesa duduk kat baby car seat ..tak menangis pun alhamdulillah
kena biasakan dari kecik kan.

emmm..ok lar..nak sambung buat kerja
itu dulu ya.. bye semua!

Tuesday, July 15, 2014

musim buah di batu kurau

assalammualaikum =)

sblm kita kemas2 laptop ni sebab esok dah keje, marilah kita update blog dgn cerita2 tertangguh. kang dah mula keje blm tentu dpt update. ecewahhhhh poyo ya amat bunyinya. kang sampai2 sek blog jugak yg aku hadap kekeke
sblm masuk ke tajuk sbnr, meh kita borak pasal lain jap. kita ada 1 azam sempena nak mula keje esok. kita takmo jd cikgu yg garang lg. nak senyummmmmm jer. masa pregnant mmg garang semacam yer lar tak berapa sihat kan masa tu so bila ada silap jer sket mmg rasa marah tu akan dtg. tapi terkawal lar..idak ler smpi kita jadi harimau jadian dlm kelas. paling2 hebat pun TA akan dok diam sambil mata merenung tajam ke arah budak yg buat salah tu. masa tu mmg satu kelas akan senyap sunyi hahaha..
masalahnya...boleh ke? akan ku cuba insyaallah...

ok moh citer pasal balik kampung kuala kangsar on last weekend. balik jumaat ptg so sempat ler berbuka di kk. hari sabtu kami balik batu kurau plak untuk berbuka di sana. haaaaa ni nak highlight tentang musim buah di batu kurau. 9 thn dah kawen, ni 1st time balik batu kurau trekena musim buah...tapi kat bulan puasa pulakkkk huhuhuhu..tak dpt menikmati sepenuhnya kenikmatan buah-buahan tu. mcm tak bersyukur plak bunyinya. tak tak...tetap bersyukur dpt mkn buah free dari dusun tok nek. 
eh tgk gambo lar..biar gambar berbicara...

 btl2 depan umah tok jer pokok manggis yg sedang lebat berbuah ni. actually dah ramai anak cucu tok kait buah dr pokok ni tapi yg tggl utk turn kami pun masih tetap byk alhamdulillah

 maggis yg blm masak pun byk lagi. rezeki utk mereka seterusnya

 blh petik dgn tangan jer sebab pokok ni rendang. excited benar sy memetik uah maggis sambil ambik gambo hehehe

durian yg dah gugur pun byk

berlonggok sana sini

 en.suami dan my FIL

 byk pokok bunga raya sekitar rumah tok ni. semuanya sedang mengeluarkan bunga dgn cantik

ni baru sket...penuh bakul ni kami dpt

 walaupun sy dok kampung di sabak bernam ni, tapi rumah toknek di batu kurau lagiii kampung. keliling rumah adalah dusun buah-buahan. cuaca tak panas sbb bukit bukau byk kat sini
pendek kata best arr bila sesekali balik tu

kalau bkn bulan pose, petik2 buah kopek terus ngap hehe

belakang rumah tok. nampak yg berbaju oren tu meneruskan misi mencari manggis durian dan langsat di dusun keliling ni.

 belakang rumah tok. pokok banyak tu sebab tak panas kot

misi diteruskan mencari buah langsat pula

 dari jauh dah nampak


yang rendah pun ada...petik guna tangan jer takyah kait

wahhhhh best best

sebahagian hasil tangkapan yang diagih agihkan antara adik beradik suami

raya tahun ni turn beraya kat kk dulu 
huhuhu

itu dulu...bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH