FOLLOWERS

Showing posts with label my amal. Show all posts
Showing posts with label my amal. Show all posts

Wednesday, November 13, 2019

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut - A special birthday treat for my amal.

Assalammualaikum =)

update blog laju2 di malam hari untuk menyimpan kenangan di sini.

alhamdulillah 5 Okt 2019 yg lalu genap amal 10 thn. mama abah taktau nak bg hadiah apa dah utk birthday anak2. bila tanya anak nak hadiah apa, depa pun dah taktau nak apa. maka sejak 2-3thn kebelakangan ni, kami akan bg special birthday treat dalam bentuk bercuti ke mana2 yg mama anak suka. 
maka utk birthday amal, kami ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut for 2D1N. 
perjalanan ke sini hanya mengambil masa 1 jam 30 minit dari villacomelkami. maka jam 12 tgh baru kami keluar dr rumah. 

 add-on 1 extra bed letak kat tgh between this two super-single bed - just nice for 5 of us.

anak aku siap angkut x-box ke sini. suka hatilah nak, dah namanya birthday treat..mama layankan aje apa korang nak selagi tak melampau. tgk lah tu bukan main seronok 3 beradik ni mengadap x-box sebelum terjun pool.

pool di resort ni mmg awesome! gonna repeat for sure. bukan anak je suka, mama abah pun sama.

tak silap ada 4-5 different pool kat sini tapi semuanye berdekatan aje. setiap pool ada keunikan tersendiri dan mengikut kesesuaian umur. mcm yg dlm gambar ni, infinity pool with awesome sea-view utk dewasa which is paling dalam. 

 irfan paling suka kat pool yg ni.

 cantik sgt view ni.

 pool yg ada slide di kiri kanan ni pula pilihan utama birthday boy dan abg iman. depa lama kat pool yg ni.

 lanskap sekitar resort mmg sgt indah.

 anaother pool yg ada slide yg lbh kecil, sesuai utk irfan.


3 panglima di hati mama

taadaaaa! amacam? seriously best sgt dah resting kat sini sambil menikmati view yg sgt indah ni. 
1st day, aku join anak2 mandi pool sepuasnya. 
2nd day, malas dah. just relaxing kat sini. 

hari ke-2 en.suami melayan isteri bergambar sekitar resort while anak2 mandi pool dengan pengawasan abg iman dan peringatan pjg lebar dr mama. alhamdulillah everything went well.


dah puas melayan isteri bergambar sekitar resort, baru ler en-suami join anak2 mandi pool. thank you sayang ❤️



 takde apa sgt aktiviti kami di sini melainkan spent masa mandi pool dan relaxing by the beach. 
malam tu kami keluar dinner di lumut dlm setengah jam dr resort. apa tah nama kedai ikan bakar ni lupa dah aku..tp mmg awesome lar lauk dia, sedap!



so tiga menu utama kami adalah seperti gambar di atas. 
makan besar alhamdulillah semua kata sedap.

aktiviti wajib sebelum check-out dah tentulah ronda sekitar resort dan bergambar. 
kat resort ni ada juga gym dan kids club. dpt lah si kecik ni spent dlm 20 minit main kat club ni.


view sekitar resort mmg sgt cantik. puas hati sgt. 




resting kat sini pun best. tgk lah tu my husband bkn main santai. 

ni kawasan pokok rhu, x silap kawasan ni untuk aktiviti 'burung hantu' di malam hari..tu ada tali berikat2 di setiap batang pokok tu.

kat belakang tu small animals farm. kami tak ke sana pun, just layan si kambing hitam ni aje. bukan main jinak. takde tali tu...lepas bebas aje.


kul 12tgh 6 Oct 2019 check out, singgah lunch di manjung dan berdesup balik. sempat solat zohor di rumah. kadang terfikir, dok selalu pi jalan jauh2 rupanya ada je resort best2 yg tak jauh dr rumah. tp mcm tu lah biasanya kan, yg jauh tu lah kita pi. yg dekat ni tak pernah smpi pun huhuhu.

sebenarnya sgt byk gambar menarik kami di sekitar resort ni. 
tapi cukup kot yg ini utk di simpan sebagai kenangan di blog.
selebihnya ada juga di instagram. 

nnt bila mama abah dah takde, bila anak2 rindu..blh lah baca blog mama ni kan =)

Happy Birthday abg Amal! 
doa mama sentiasa yg terbaik utk amal. 
mama selalu je baca catatan kelahiran amal dlm blog mama ni.
sgt mengimbau kenanangan.
itu aje...bye semua!

Thursday, September 26, 2019

Muhammad Amal Hafiy menuju 10 Thn

 assalammualaikum =)

TA bersiaran dari SALAM Specialist Hospital.
pelik kan tetiba awal pagi mcm ni ada pulak aku masa nak update blog haha. 
kisahnya begini, abang amal dah hampir 3 bulan batuk. berulang-alik ke klinik, berbotol dah ubat batuk dan 2x antibiotik sepanjang tempoh ni. masih lagi tak ok. datang pulak jerebu, lagi teruk jadinya. maka semalam kami bawa dia bertemu pediatrician di sini. kenapa baru semalam? sebab sblm tu en.suami os ke jepun 2 minggu. so mmg nak tunggu dia balik baru nak bertindak. dlm tempoh tu, aku pantau lah keadaan amal, tidak lah biar begitu saja. aku bukan ibu yg kejam ok haha.

di pendekkan cerita, amal admit ward utk buat x-ray, blood test, phelgm test dll utk find out problem dia. so ok ajelah kan. ptg smlm doc dah dtg ke ward bawa result x-ray amal. alhamdulillah lungs clear tiada tanda2 TB. ini dah cukup melegakan mama. so doc kata most probably asthma lah ni. smlm buat breathing test yg tiup2 tu pun, pendek je nafas dia x smpi 100. bacaan normal 150. 
pesakit asthma, klu time jerebu mmg sgt terkesan kan. 



kami masa check in ward semalam. 


amal kena cucuk 3 tempat utk ambik darah. nurse kata darah dia sgt pekat tu susah nak dpt. haaaaa tu lah akibat kurang minum air, mama dah ckp byk kali kat dia suh minum plain water byk2 tp ya ampunnnnn susah btl utk dia. 


sehingga jam 8am ni, dah 5x ambil neb. amazingly bgn pagi ni tak dgr lansung dia batuk. klu tak masa kat rumah..batuk memanjang terutama belah pagi dan malam. 

boring dok wad taktau buat apa, makan aje lah dia. lama lagi ni kita kat sini amal. bertabahlah. 

photo terbaru dia pagi ni selepas mandi. kelihatan lbh sihat dan ceria alhamdulillah. tak dgr batuk lansung, mcm tak dpt je nak ambil sample kahak dia. 

ok itu ajelah. nak tamatkan entry yg pendek ni pun byk kali pause. kejap dia nak minum. kejap dia nak makan. kejap nurse dtg masuk ubat udah menangis pulak dia sbb sakit. kejap sejuk sgt econ mintak increase temperature. adaaaaa je lah hehe.

doakan  abg amal cepat sembuh dan kami cepat dpt balik ke rumah ya?
bye semua!


Tuesday, December 22, 2015

2015: tahun cemerlang iman dan amal

assalammualaikum =)

walau cerita dah lama, tp tetap segar dl, minda mama.
2-3bln sblm final year exam abg iman, kami suami isteri cabar dia untuk dapat nom 1 nnt.
dia x pernah dpt nombor 1 dlm exam. sebagai mama, dah tentu aku kepingin nak anak dpt nom 1 kan? mcm2 kami janjikan utk dia kalau final exam nnt dpt nom 1. nak tau apa kami janjikan? hset seperti yg dia request. berkobar2 dia ok.
tp sy dan suami, dah berpakat...takdenya nak bg hset. lgpun masa birthday dia dah dpt tab. dah masukkan sim card pun. cukup lah. nak buat apa lg hset. tab tu pun jenuh mama nak pantau, tak pepasal mama join sama dlm group whats app kelas dia hahaha...
sesekali tersengih2 mama baca perbualan anak2 yg masih blm puberty ni. 

ok sepanjang 2 minggu sblm exam dan sepanjang minggu exam, mmg kami pantau dia bljr btl2.
en.suami teruatamanya...sgt2 mengambil berat pasal ni. yerlah, klu x dpt kerjasama en.suami, mana mungkin aku dpt bantu abg iman belajar dlm keadaan irfan yg tgh ligat tu.
abg amal, dia rilex aje sbb pra takde exam. masa iman belajar, amal pun mesti belajar sama, terutama utk melancarkan dia membaca. dpt bertahan setgh jam utk amal pun dah cukup baik. 
emmm ada kawan tanya tips mcm mana aku control iman utk belajar.
honestly, aku takde tips yg btl2 blh nampak lain dr lain.
aku guna kaedah yg org lain guna juga
wajibkan dia hafal sifir
masa dia belajar, mama/abah kena dok sama utk bantu dia
explain apa yg dia tak paham. bab ni klu subjek bahasa arab mmg jenuh huhuhuh..dia lagi pandai dr mama
jadualkan waktu belajar dia...kena disiplin. mcm tu lah.
selebihnya, doa doa dan doa...ikut nasihat ustaz, sebut nama dia dlm doa kita.

alhamdulillah...abg iman berjaya dapat nombor 1.
ingat lg mlm tu masa kami check saps abg iman.
tup tup dpt nom 1 semua menjerit2 ok!
semuaaaaa sampaikan irfan terpinga2 terkejut nape kami menjerit2 kegembiraaan..
siap peluk2 lagi.
empunya badan lg tak percaya dia dpt nom 1..lg mcm cacing kepanasan dia masa tu menjerit melompat tak percaya dia dpt nom 1. 
mma?...meleleh air mata i tell u.

phewwwww sape tak bangga wei anak dpt nom 1 dlm exam. 
bila tgk btl2, alhamdulillah dia satu2 nya pelajar thn 3 yg dapat 5A. matematik dia sorang je dpt A. tu yg terus dpt nom 1. ikut peratus, sama je dgn kwn dia yg dpt nom 2, beza hanya pada matematik.
btl, abg iman mmg minat dgn subjek matematik. ikut abahnya.
kalau ikut mama, lingkup muahahaha
another best thing is, selama ni paling tinggi sains dia dpt C aje, 
alhamdulillah final exam dia dapat A. malu wei mak cikgu sains tp anak tak perform, so aku ajar ler dia utk hafal semua fakta2 dlm sains tu.
sains...selain faham, u kena hafal. itu aje. 

hari anugerah sekolah abg iman dan amal serentak dgn hari ulang tahun perkahwinan kami yg ke-10.
19 november 2015
hadiah paling bermakna...
tak rasa apa dah wlu masa ni tak dapat hadiah dr en.suami.
yg penting, mama dah dpt hadiah paling best, kejayaan anak2 mama. 

 abg iman masuk persembahan dikir puteri.
tu yg kena pakai mcm pahlawan melaka tu hehe


majlis di adakan di dewan ipn, yeayyyy ada econ. mama is happy.

 alhamdulillah...anak manja mama ni pun berjaya menamatkan pra dgn baik
dah blh membaca dan mengira yg basic.
enough for him

 mcm x percaya thn depan dia dah nak masuk thn 1, kecikkk je lagi ni.
manja sgt2.
suka merengek huhu

 ni masa abg iman terima hadiah dpt nom 1 dan subjek terbaik matematik

 really proud of him

 masuk persembahan dikir puteri

 masa terima sijil pengawas

 susah agaknya soalan math, iman paling tinggi pun dpt 87% aje.



doa mama, moga tahun 2016 ini membawa kejayaan yg lbh baik buat anak2 mama.
kita usaha sama2 ya?

UPSR 6A..bukan 1 kerja yg mudah.

emmm tapikan, itu utk 2016...nnt 2017 tukar lg. 2018 tukar lagi.
kan sistem pendidikan di malaysia ni suka tukar2..kan???

krikk krikk krikk....

itu dulu, bye semua!

Thursday, April 05, 2012

get well soon

my love amal...
Love, I hate seeing you sick. 
Will you please get well soon, please?
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH