hahaha...ye! hahaha
(konon).
sebagai langkah permulaan, aku dah left group AJ di fb.
tinggal 1 group aje lg, utk jeling2 manja gitu.
kenapa nak stop AJ?
Aku bkn stop pakai AJ, tp stop membeli AJ.
takleh jadi arr...byk sgt dah RM aku habis dok hunting AJ.
bak kata ELLY, gila! hahaha
takleh tahan, tgk je design baru mesti nak beli.
pastu siap hunting OS plak. tak ke gila namanya.
kalau blh semua design nak ada dlm koleksi huhuhu
bukan aje en.suami dok perli2, anak2 bujang aku pun dah mula mengata.
maka cukuplah sampai di sini.
selamat tinggal AJ huhuhu
tapiiiiiiii kalau dah dasar suka online shopping, ko ingat aku blh dok senyap mcm tu aje?
stresssss wooo tak dpt online shopping.
maka aku dah mula click poplook semula.
byk gila item yg menawan kalbu.
tinggal lg blm beli aje.
sebab apa? sebab ni ha
rasa mcm nak ke sini dulu kekeke
pastu pastu pastu u all...(ala kepoh sket)
mawaddah boutique buat warehouse sales hr ni kat cawangan bangi.
aku kan peminat tegar tudung mawaddah yg ada riben tu.
mawaddah tak setaraf dgn fareeda or pearl haya...tapi aku peduli apa.
tudung mawaddah mmg aku suka sgt selain aj.
nak pi bangi gateway dr sabak bernam pada hari jumaat sgt tak logik.
maka aku pun ala2 merayu mintak tlg kat elly utk ke sini belikan tudung yg tgh sales ni.
Allahhuakbar. baik sungguh elly. terima kasih byk sudi tlg aku belikan tudung ni.
really appreciated ur effort.
hanya Allah yg dpt membalas budi baik ko elly.
aku doakan moga ko dan family sentiasa berada di bawah rahmat Illahi insyaallah.
normal price tudung riben kat depan ni rm119 utk saiz L2.
ko tau berapa harga selai masa sale ni?
rm32 selai perghhhhhhhh takkan aku nak rembat 2 helai je kan?
buat penat je elly pi sini kalau takat beli 2helai.
maka aku beli 4.
eh tak jadi 4, 5 lar elly.
eh lawa gila dua2 design ni!
so total 7 helai hahahha hambik!
puassssss hati dpt 7 helai tudung riben comel hehehe
nnt next entry aku tayang tudung mawaddah baru aku ek?
maka hilang dah stress.
let it go..let it go..
anak2 pun dah sihat syukur alhamdulillah.
esok nak outing bawak anak2 yg tlh dijanjikan sesuatu masa kat wad hospital tempoh hari.
anak2 punya pasal..jom!
itu dulu..bye semua!







































