FOLLOWERS

Friday, January 31, 2014

Happy CNY 2014

Assalammualaikum =)

Cuti panjang ek? Suka lar tuuuuu hikhik. Sy dan en.suami cuti khamis-ahad. Abg iman jumaat-ahad jer. Amal plak jumaat-selasa! Dia plg lama cuti suka bebenor budak kecik tu hahaha...padahal mana ada budak cina pun sek dia :p
So ramai ek yg pi holiday or balik kg cuti panjang ni? Sy and family jer tak ke mana huhu...takpe2..habis pantang nnt kita balas dendam ya anak2. Sabar...tak lama jer lagi. Pejam celik pejam celik lahir ler baby ni nanti :-)
Kakak2 sy ajak juga berkumpul di rumah kak cik di proton city, mak pun ada kat sana. Tapi sy btl2 x larat nak jln jauh skang ni kecuali lar klu ada hal yg btl2 penting. Nak blk kk? Lg ler jauh tu huhu...so duduk jer rumah diam2 main dgn anak2 sudah...
Td dpt potong kuku semua org dlm rumah ni. Pastu cuci telinga anak2. Ni rutin weekly ni :-) masa mandi cuci sekali bilik air..fuh semput mak buyong! Nape en.suami tak tlg cuci blk air? En.suami sy tu...dia lagiiii suka memasak hikhikhik...i ok ajer. Tu pun mcm2 dah dia tlg sy buat kerja rumah pagi ni. Terima kasih byk2 ya abg. Xkan nak harap dia semua...sian dia...
So itu jer lar nak bebel pagi ni! Happy CNY semua! Tempek sekeping gambo mak buyong ni ya. Ramai tegur sy makin kurus. Dr blkng lg ler x nmpk sy pregnant. Takpelah kan...asalkan baby sihat syukur alhamdulillah..insyaallah mama pun kuat sama. Bye bye!

Tuesday, January 28, 2014

urusan renyah

assalammualaikum =)

percaya tak kita tak penah buat e-filing tu seumur hidup dush! dush!
blogging sempat, e-filing tak terbuat... mmg teruk kan huhu
ni bila tgk PCB dah makin banyak baru gelabah nak buat e-filing
pastu nak pi tambah potongan zakat tiap2 bulan plak
daripada RM kita pi ke PCB, baik ler kita tambah potongan zakat tu. sejuk rasa hati...
ok kita dah punya kekuatan aka kerajinan utk uruskan semua ni. 
target dlm 2minggu mesti siap semua insyaallah...
go go cayuk!

tu jer nak bebel...bye semua!

Sunday, January 26, 2014

Hati gembira: jubah dan swim suit baru

Assalammualaikum =)

Hubby takde since jumaat. Pi perlis attending open rugby tournament. Gundah gulana rasa hati kena tinggal dgn anak2. Masa sy taip entry ni pun mereka masih di perlis sbb 1 of the student cedera, kena terima rawatan di hospital. Tah pukul berapa nak gerak balik tu. Sy rasa plg cpt dia blh smpi cni kul 4am esok. Bertabahlar huhuhu...
Tp hati terubat bila ptg td acik cikin whatsapp dari jakarta bgtau dia dah belikan jubah2 dan swim suit yg sy kirim. Siap send pic lg! Kita happy sgt! Jubah yg dibeli mmg kena sgt dgn taste kita hikhik... kita mmg suka pakai jubah pi sek. Tiap hari jumaat mesti pki jubah. Masa pregnant ni, jubah dah jd pakaian rasmi kita :) dlm koleksi dah ada 17 helai jubah so sy kirim 3 helai dgn acik cikin. Cukup 20helai dah..suka sgt! Syukur!
Acik cikin ni mmg selalu os oversea. Full sponsored plak tu. Rezeki dia kan alhamdulillah sy tumpang gembira. Dia pun bermurah hati terima kiriman kwn2. Tq sgt ya cikin. Really appreciate ur effort. Sy suka berkongsi cerita dan mslh dgn acik cikin..wlupun kami x pnh keluar bersama tp keserasian tu tetap ada utk berkongsi cerita. Syukur punya bff mcm dia.
Harga 3jubah + 1 swim suit ni??? Perghhhh murah ok. Patutlar org yg business online ramai ambik stock dr sana terutama tanah abang. Jubah mcm ni klu beli kat sini mau rm100++. Swim suit ni plak mau cecah rm200++. Tp beli kat sana rm50 jer selai! So total rm200 mmg berbaloi!.
Lagi buat sy gembira bila en.suami setuju nak bayarkan ngeh ngeh ngeh...suka tau!
Saja share print screen sy membodek en.suami kat sini. Bodek masa dia dah tgglkan kita hampir 4 hari. Klu tak dapat mau tarik muka 18in kita tau hikhikhik apapun tq ya abg.... :D
Itu dulu...bye semua!!

Friday, January 24, 2014

my 3rd pregnancy @ 25 weeks

assalammualaikum =)

salam hari jumaat buat semua
esok kena kerja lagi sebab ada LADAP huhuhu
****************
ok nak citer tentang pregnancy.
alhamdulillah dah 25 minggu pun. baby bergerak dgn sgt aktif terutama masa mama lapar hehe
tak sabar nak tunggu cukup bulan utk lahirkan baby ni
keadaan sy..alhamdulillah morning sickness dah takde. tapi badan rasa makin teruk. sakit kaki sakit badan sakit segalanya. blm 7 bln ni huhu
mungkin sebab badan sy yg kurus sgt, x larat nak bawak perut yg semakin membesar.

berat sy sekarang ni baru 52kg dgn ketinggian 162cm
selera makan mmg sgt2 merudum terutama mlm. biasanya mkn malam sy hanya yg ringan2. 
klu makan nasi pun ambik sikit sgt, hujung senduk jer. tu pun cukup susah nak habis kan.
perut sering kali mengeras bermula waktu petang bawak ke malam. seksa sgt rasanya..berjalan pun mcm penguin. mmg pregnant kali ni kena letak kesabaran di tahap yg tertinggi.
dengan pelbagai dugaan yg dtg, teringat pesanan ustaz kazim: sentiasa bersangka baik pada Allah SWT.
nasihat mak jugak sy tanam dlm hati: sabar, pasti ada hikmah yg dtg suatu hari nnt. moga dgn pelbagai dugaan yg dtg semasa sy pregnant ni, Allah permudahkan pula urusan melahirkan kelak insyaallah. apa yg paling sy yakin sgt, dgn dugaan ni semua, Allah sedang menghapuskan dosa2 lalu sy insyaallah. tak putus doa sy moga diberikan kekuatan sehinga melahirkan kelak dan dikurniakan anak yg sihat sempurna...amiinnn.
persiapan untuk menyambut org baru juga dah bermula. kira dah 80% siap. wlupun nampak masih awal, tp sy tahu sgt badan sy ni. makin lama makin tak larat. so sementara masih ada sisa daya pada badan ni, baik sy uruskan persiapan utk baby baru ni :-) excited wei hehehe...

dah beli plastik drawer ni utk baby
nanti dah besar baru mama belikan almari yg lbh proper ok :-)
bakul for laundry purpose.. bakul kecik utk alat make up baby dan botol penyembur senang nak cuci poo poo baby dlm pantang. kain lampin, barut dan beberapa helai baju lama abg amal pun sy dah cuci bersih2 dan susun dlm drawer ni. tak byk pun yg tinggal, byk dah sedekah pada org. dulu ingat nak tutup kedai dah hehehe...


kain bedung baby sy dah beli online jer. oh comel2 sgt!

beli sekali dgn tungku baby ni

 weekend lepas kebetulan en.suami ada hal di kuala selangor. so kami semua follow dia. sementara tunggu hal tersebut selesai, kami pi aeon bukit raja jap utk shopping baju2 baby dan beg baby
penat gila ok! smpi umah ptg tu sy terus flat huhuhu

pasal baju baby, mak oi mahal2 nya baju baby sekarang!! ke dulu pun dah mahal? dulu mcm tak rasa apa jer shopping baju iman dan amal byk2. nape skang sy rasa dah makin mahal? ok nnt lepas habis pantang mama msti kena terjah puren warehouse sale utk borong baju baby byk2 yer hikhikhik..nak pegi sekarang ni tak larat woi, so tggu lps baby lahir nnt jer.

 tu dia punya dah lama tak interframe..ni jer lar kot gambar masa pregnant yg sy ada huhuhu...
kurus kan?? sgt tak suka bergambar masa tgh pregnant ni sbb sy rasa sy sgt2 lar tak cantiknya. muka pun dah jadi mcm permukaan bulan. rasanya setiap hari mesti ada 1 jerawat yg muncul. emmm nasib baik bulan tu sentiasa bersinar2 kan..ecececece..menyedapkan hati sendiri :P
nampak plastik aeon tu?? kecik jer tp nilai nya rm314! hahaha..bkn byk pun baju yg sy ambik.

 tapi tu nilai termasuk habuan anak2 ni lar.
abg iman and amal ni klu tak pau mama abah tak sah huhu

 pi mkn kat KR jap pastu terus keluar dr aeon. mama dah tak larat sgt masa ni

 sementara tggu order KR sampai, en.suami melayan kerenah anak2 bujang dia.

haaaaaa ni nak citer satu-satunya kegilaan sy masa pregnant ni. blh kata mengidam kot?? 
sy cukuppppp suka mengunyah beras huahuahua...rasa sedap dan puas btl dpt kunyah beras.
lepas mkn jer mesti nak kunyah beras
org kata tak elok sgt, nnt baby lahir penuh badan dia dgn tompokan beras.
tapi nak buat mcm mana...sedap gila beras tu utk dikunyah!

siap bawak bekal beras ke sekolah hew hew hew..

last but not least, saja nak share artikel ni hikhikhik
alhamdulillah en.suami tiap2 mlm mesti urut isteri dia ni. 
lega sket...

semalam pun sy panggil tukang urut dtg ke rumah utk berurut. 
perghhhhh sedap rasa badan dpt berurut.

ok apa lagi nak citer ya...tu jer lar kot.

oh ya!! sy dah tau pun jantina baby sy ni hehehe...
insyaallah kami akan dapat baby boy lagi ngeh ngeh ngeh

BOBOIBOY KUASA TIGA!!
confirm mama bertambah kurus nanti mcm zaman anak dara dulu ecewahhhh hahahaha

selamat berhujung minggu semua!
bye!

Wednesday, January 22, 2014

penat sgt rasanya ni

assalammualaikum =)

jom bebel2 sementara tunggu jam 5pm utk thumb print dan ambik anak.
penat sgt rasanya ni wei.
hari ni ada koko smpi 4.30pm so alang2 terus stay tggu anak balik sekolah agama.
kebetulan en.suami ada hal hari ni so semuanya sy kena handle sorang2 uwwaaaaa!!! letih bangat!
dah lar byk kelas hari ni
kul 2pm td ada contact hour plak smpi 3.15pm
pastu terus sambung koko smpi 4.30pm. 
dr pinggang sampai hujung kaki dah rasa kejung sgt ni adeh...
bgn pagi 5.30am smpi ler sekarang tak dpt lagi nak berehat apatah lagi nak merebahkan badan.
dah ler masa lunch td tak mkn. bkn apa masa tu tak lapar lg sbb sarapan pun dah lewat kul 9am. mkn byk plak tu masa sarapan. lepas contact hour td br rasa lapar terus smpi shaking 1 badan huhuhu...
baby dlm perut pun bkn main kuat bergerak sbb lapar sama kot.
sempat pi beli laksa dan pisang grg jap sblm jumpa budak2.
tapi mkn tak sempat lg.
ni haaaa baru dpt mkn dah 4.30pm huhuhu...
akibatnya sekarang ni perut rasa bentak ya amat. full tank. rasa nak berjalan pun tak larat ni. berat.
tapi kena jalan jugak..takkan nak tido sorang2 kat sekolah kot :P
jalan mcm penguin huhuhu...
actually dah lama nak update cerita pasal pregnancy tapi tak berkesempatan lg. next time lar ek. 
ok itu dulu. nak tepek gambar pun tak tau nak tepek gambar mana. takyah gambar lar hehe..

bye semua!

Tuesday, January 21, 2014

drama air mata Muhammad Amal Hafiy

assalammualaikum =)
last week sekolah 3 hari, tapi amal pegi sehari jer
takleh jadi ni
biasanya sy hantar amal ke rumah pengasuh dulu. kang dah kul 8am baru pengasuh hantar ke pasti.
sy nak hantar terus mcm awal sgt, pasti dia pun tak bukak lagi.
ceritanya 2 hari tu, dia stuck kat rumah pengasuh. menangis meraung taknak pi sekolah. padahal bgn pagi siap2 kat rumah mmg takde mslh. bila di tanya kenapa tak nak ke sekolah? jawapnya amal bosan.
so semalam dan hari ni kami hantar dia terus ke rumah ustazah pagi2 tu. kang dah dekat kul 8 ustazah bawak dia ke kelas. ada lagi sorang anak kawan sy pun mcm tu jugak, pi rumah ustazah dulu.
nak dekat2 smpi rumah ustazah, drama air mata pun bermula. bkn nanges sket2 ok, dia bantai meraung2 meronta2 taknak masuk rumah ustazah. en.suami angkat jer dia bg kat ustazah. ustazah terus peluk kuat2 bg jgn lepas sementara kami naik keta and gerak dr situ. mata mama ni tak lepas memandang si anak yg sdg meraung2 meronta nak lepaskan diri nak ikut kami. hati, jantung, hempedu, limpa mama bagaikan disentap2. ikut hati mama nak bawak dia balik. kecikkkk jer lagi rasanya amal tu. suara pun halus jer. kesiannnnnnn sgt!! mama rasa nak nanges sama sob sob sob
smpi sekolah, sy terus call kawan lg sorang yg hantar anak dia ke situ. dia kata ustazah dah bawak amal ke kelas, amal dah ok tak nanges. main jer. alhamdulillah...drama sungguh lar dia ni. dah 2 pagi dia mcm ni. agak2 nya sampai bila dia nak berdrama pagi2 ya?? baru jer bln oct last year dia masuk 4 thn huhuhu...kecik lg tu. itu kisah di pagi hari.
ni kisah mlm td plak.
dia bawak balik 3 buah buku. 1 buku utk tulis huruf A dan B. ok berjaya buat dgn baik, terima kasih en.suami yg tlg ajar.
buku ke-2 dan ke-3: kena baca bahasa arab dah bahasa melayu. part yg bahasa arab tu yg tak tahan tu. amal suruh mama nyanyi mcm mana cikgu nyanyi!
mana lar mama tau!!! bukan mama yg pegi sekolah huahuahua
dia bantai menanges sekuat hati bila mama kata mama taktau mcm mana ustazah nyanyi. klu nasyid kanak-kanak tu takde mslh, ni bahasa arab utk kenal ibu ayah datuk nenek kakak abg yg dilagukan oleh cikgunya.
naik tension plak rasanya time tu. mama ajar tanpa lagu dia marah plak. salah katanya! mesti nyanyi mcm cikgu. uwwwaaaaa!!!!
so sy call kwn td, mama iskandar.
kwn sy tu suruh iskandar nyanyi kat hs guna loud speaker. iskandar pun lupa2 jgk. tapi dptlar tangkap word 'hormat' yg digunakan. rentak lagu tu pun blh lar diajuk sket2. so lps tu mama pun nyanyi lar sungguh2 seperti yg amal nak. baru dia diam. alahai anak...
pastu masuk plak muka surat baru: belajar warna dlm bhsa arab. mama ni dah ler buta bahasa arab, dgn confidentnya mama ajar dia: "ahdarun daun"
dia jerit lagi: SALAHHHHHH LARRRR MAMA!!! HIJAU LAR!
ooo warna rupanya....mama ingatkan objek tu huhuhu
pastu bila masuk buku bahasa melayu: ok nasib baik mama lulus ajar dia baca ABC dgn lancar :P
masa dia nanges2 tu sy siap ckp: dah lar amal tutup buku esok suruh cikgu yg ajar
dia jawap: tak blh cikgu suruh baca kat rumah jugak!
pulak....
itulah kisahnya 2 hari ni....:D

sayuuuuu rasa hati bila tgk anak2 tido lena mcm ni. nak kejut pagi2 kul 6.15am tu rasa tak smpi hati jer huhuhu

 antara aktiviti on weekend hari tu: abg iman buat kerja sekolah and abg amal ber home-schooling (face drawing.

 nampaknya kena beli lagi 1 meja mcm ni. 

itu dulu...bye semua!

Sunday, January 19, 2014

Work station en.suami @ bilik nom.3

Assalammualaikum =)

Best btl cuti 3 hari kan...mcm2 blh buat. Tu pun badan x berapa nak lalu so aktiviti agak terhad. Takpelah...yg penting semuanya ok.
Hr ni selain kerja2 biasa mengemas rumah, sy dpt tlg en.suami kemas bilik nom.3 kami. Bilik ni asalnya kami jadikan bilik kerja kami berdua + mini library keluarga. But lately ni en.suami dah conquer sorang2. Dah jd mcm store dia pulak huhuhu....tapi sy tak kisah sbb sy bknnya larat pun nak buat extra kerja sek di rumah. Plg best sy blh conquer bilik utama terutamanya katil...tido! Mmg heaven dpt tido time pregnant ni kan hikhikhik.. So biarlah dia guna bilik nom.3 tu sepenuhnya. Jgn tido kat situ sudah. Anak2 plak dh tentu conquer ruang tamu dan tv.
Berbalik kepada bilik nom.3 tadi, Yg penting mesti kemas sentiasa. Tu lar yg jadi mslhnya nak pastikan sentiasa kemas tu huhuhu....paham2 dah ler :p
So hr ni kami pulun kemas semula seadanya...


Dan inilah hasilnya...alhamdulillah. dpt bertahan seminggu mcm ni pun dah cukup baik hehehe :p wlupun vck ni ada 4 bilik, kami takde store, means semua bilik digunakan full time. So brg2 peradak tu kena pandai2 susun dan kemas mengikut kesesuaian :-)


Bilik ni sekali dgn mini library kami. Anak2 dah lama tak main ps2 ni sbb satu controller dah rosak. Nak beli baru tak terbeli, asik lupa jer.

Tu jer lar nak bebel di hujung minggu ni. Oh ya, since thn baru ni sy dpt pembantu rumah yg dtg seminggu sekali setiap sabtu @ ahad just utk iron baju dan lipat baju. Legaaaaaa sgt. Terima kasih byk2 kak fida sudi tlg sy. Ingat nnt dlm pantang nak mintak dia dtg setiap hari utk bantu apa patut. Maklumlah kali ni akan berpantang di rumah sendiri.

Ok itu dulu...bye semua!
posted from Bloggeroid

Friday, January 17, 2014

Bila anak2 di rumah

...janganlah harap rumah nak berada dlm keadaan teratur dan bersih. Dah namanya budak2, aktiviti mereka mesti menyepahkan mainan, melekitkan rumah dgn sisa makanan dan bermacam aktiviti lain yg klu blh semuanya nak dibuat depan tv. Klu masa aktiviti yg melibatkan gam dan tampalan, gunting2 kertas....lagiiii lar horror rumah dibuatnya. So hati kena tabah dan cekal dengan mengatakan: it's ok, it's good for them. Biasanya sy kemas rumah pagi2 buta sblm anak2 bgn. Setgh jam lps anak bgn confirm rumah dah jadi kapal karam. Then masa anak2 tido tgh hari (tu pun kalau tido), kemas balik sket. Tak pun sblm mlm kemas sket. Lps maghrib depa cont aktiviti smpi tgh mlm. Bgn pagi2....mama rotate balik yg di atas tu, semuanya dgn bantuan en.suami. macamtu lah.... ini baru 2 anak. X lama lagi nak masuk 3. Inilah meriahnya hidup berkeluarga di kelilingi anak2 yg sedang membesar....:-) sape setuju???

Thursday, January 16, 2014

Sambutan maulidurrasul + larian integrasi SBPISB

Assalammualaikum =)


Sekarang ni sedang berlansung sambutan maulidurrasul peringkat sekolah di sbpisb. Ada perarakan...ada persembahan nasyid...ada ceramah. Dalam sejam lebih jer majlis ni. Lps ni PdP seperti biasa.


Semalam plak ada larian integrasi ( merentas desa) peringkat sbpisb. Tahniah buat rumah kripton yg menjadi juara. Kesian radon, ketinggalan 3 mata jer utk bergelar juara.

P/s blog TA ni lbh kpd penulisan mengenai kehidupan sy sbgi seorang isteri dan ibu. BUKAN sbgi seorang guru. So sesekali blh lar up citer pasal keje ni...tu pun surface jer cukup :-)

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 15, 2014

tribute to mr.innova: hari-hari terakhir bersamamu

Assalammualaikum =(

kita rasa sedih sgt sekarang ni sbb tak lama lagi nak berpisah dgn mr.innova
berpisah atleast for 4 years
lama tu!
jangan di tanya kenapa dan ke mana mr.innova akan pergi huhuhu...
hati berat untuk merelakan pemergian dia
tapi kita tiada pilihan lain
demi kebaikan semua...hati jadi redha
pergilah sayang....jaga diri baik2 ok
jaga diri luar dan dalam
panjang umur kita berjumpa lagi selepas 4 tahun
uwwwwaaaaaaa!!!!!!!
kita sedih sgt sbb mr.innova ni is the best car yg penah kita ada
he is perfect inside and out.
banyakkkkkk sgt jasa dia pada kami sekeluarga
walaupun dia 'kuat makan' tapi kita tak kisah sebab kita sayang dia
sob sob sob sob...
dan sekarang...kita sedang melalui hari2 terakhir bersama mr.innova huhuhuhu
kita doakan moga mr.innova masih kuat dan gagah perkasa walaupun selepas 4 thn nnt.

ini...hari pertama bertentang mata dgn mr.innova 
hati sgt berbunga2 masa ni sbb nak bawak mr.innova balik ke rumah :)

banyak sgt kenangan kami sekeluarga dgn mr.innova:

Aidilfitri tahun 2012

mr.innova menjadi prop utama fotografi aidilfitri kami

mr.innova yg selalu menjadi saksi gelagat anak2 sy bermain di luar villa comel kami

mr.innova yg sgt berjasa menjadi pengangkutan utama abang iman ke sekolah

rasanya antara sy dan suami, sy lagi rajin bawak mr.innova main air
sayang sgt wooooo!!!

mr.innova yg bakal dirindu huuuwwwaaaaaa!!!

amal yg sgt teruja diberi peluang utk drive mr.innova masa ni

mr.innova juga sentiasa mengiringi percutian kami ke mana2 since dia ada bersama
apapun, kita yakin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku
insyaallah...lepas 4 thn nnt, kita bersua kembali wlu tak tau bagaimana keadaan dia masa tu dan apa yg akan berlaku seterusnya..silap2 kita pun dah  takde lg kat dunia ni masa tu huhuhu sedey ok!!
nampaknya takde rezeki nak bawak balik baby baru dr hospital naik mr.innova :(

mr innova: november 2011 - januari 2014
jasamu di kenang selamanya
panjang umur kita bersua kembali
plz plz plz plz...jaga diri baik2 ok huhuhu  sedih sgt ni ok huhuhu

itu dulu...bye semua!

Friday, January 10, 2014

mari mencari kebahagiaan

assalammualaikum =)

salam hari jumaat yang mulia
hari jumaat yang penuh keberkatan dari-Nya
hari jumaat yang sejukkk...sebab petang smlm dan subuh tadi hujan turun dengan lebat di sini
me is suka sgt! syukur alhamdulillah..

sekadar perkongsian di pagi hari jumaat =)

***************************************************
update about my pregnancy:
dah pun berusia 23 minggu alhamdulillah
minggu depan dah 6bln dah...tak sabar rasanya menantikan saat kelahiran baby ni ke dunia :-)
berat sy sekarang 51.5kg. kurus jer huhuhu...perut jer yg semakin membesar.
baby dah mula bergerak2 dengan aktif.
batuk mama masih lagi kuat...sabar jer lar.
org keliling tiada yang mengerti apa perasaannya batuk kuat ketika pregnant ni
takpelah...sabar jer lar hehehe

itu dulu...bye semua!

Tuesday, January 07, 2014

lagi gambar amal di PASTI

Assalammualaikum =)

saja mama nak abadikan pic hari pertama amal ke sekolah di sini
maybe blh jadi tatapan amal bila mama dah takde nanti insyaallah

 permata hati yang tiada galang gantinya...
sayang amal sgt2


itu dulu...bye semua!

Monday, January 06, 2014

hari pertama amal di sekolah

assalammualaikum =)

mama masih batuk teruk dan selsema 
sedey..
pagi td masuk kelas, tgh2 bercakap blh tersedak dan batuk kuat smpi meleleh2 air hidung air mata.
can u imagine depan 28org budak teacher azimah dok batuk2 sambil pegang perut menahan sakit???
pastu lansung muntah kat luar kelas huhuhuhu...haru!
semua budak terdiam!
maybe diorang dok pk ni kalau cikgu pengsan depan kelas ni apa patut aku buat?? hahaha
pengalaman sungguh blh muntah kat luar kelas.
ok tutup citer mama

***************************************************
yeayyy!!!! akhirnya abang amal dah bersekolah!
dah besar anak manja mama ni
tak lama lagi nak dapat adik dah pun
thn lepas cubaan nak hantar dia ke sekolah gagal
tapi tahun ni syukur alhamdulillah..Allah permudahkan semuanya
bangun pagi senang, siap2 pi sekolah pun senang
hari ni abg amal jadi anak bapak, semua nak abah yang urus.
so mama take over abg iman yg demam hari ni...kesian dia. tak dapat pi sekolah.

 masa sy uruskan pendaftaran, en.suami yg snap gambar2 amal.
kelas ni cukup besar dan selesa utk menampung lbh kurang 20 org pelajar PASTI 4-6thn.
sket jer bilangan pelajarnya.
amal sgt2 excited masa mula2 masuk kelas pg td hehehe...seronok mama tgk dia tau
actually dia dah ada sorang kwn, iskandar iaitu anak kwn sy yg mengajar di SBPISB
eh bkn budak yg sebelah dia tu, yg tu sy tak kenal huhu

 tu ha iskandar yg ber t shirst merah. 
mungkin sebab dah ada kawan, budak2 ni selamba jer takde takut2
budak2 lain semua berkepit dgn mak bapak huhu
selesai urusan pendaftaran, tgk2 amal jap dlm 10 min, tunjukkan tempat dia, sy dan en.suami pun keluar pi sbpisb semula. elok jer amal takde nak babai2 mama pun. mama yg terlebih babai kat dia tp takde respond hahaha

 ni plak masa nak balik td...dlm kul 12tgh hari. elok jer kopiah melekat atas kepala
excited dia masuk keta cepat2 nak tunjukkan apa yg dia belajar kat sekolah hari ni

 utk budak 5thn, yg pertama kali ke sekolah, dpt A dan 4 bintang ni mama bangga dah

 ok fine, klu sy jadi ustazah dia pun tak tergamak nak bagi lbh dr 3 bintang hahaha

cantik!!

bila tanya esok amal nak pi sekolah lagi tak?
cepat2 dia jawap...nak lar! seronok mama kat sekolah!
fuh...lega hati mama!

syukur ya Allah...kau permudahkan urusan anak2 ku.

itu dulu...nak masuk kelas ptg ni smpi kul 4pm. moga diberikan kekuatan. 
amiinn!!

Friday, January 03, 2014

Selesai masalah kain tak berlipat

Assalammualaikum =)

Akhirnya terpaksa juga memilih cara ni huhu...atleast tak sakit mata tgk kain menggunung atas katil bilik blkng. Nak cari baju pun senang. Sblm mula kerja hr tu minta tlg en.suami belikan 4biji bakul kain bersaiz besar. Sekali dia belikan yg serius besar setinggi amal omg! Redha jer lar hahaha...mahal ni wei 1 for rm22. Rabak rm88 duit mak buyung ni huhu.
Alkisah mengenai selsema...
Pregnant kali ni sgt lar mcm2. 2x pregnant dulu sy x pnh kena demam batuk selsema ni. Tp kali ni Allah bg plak suruh sy rasa...alhamdulillah. masa mula mabuk dulu kerap jgk demam2. Skang ni tgh batuk dan selsema yg sgt2 teruk. Tak baik2 lg wlupun dah 3 hari. Bila batuk dan bersin dtg...menekan perut ni..aduhai sakitnya. Sabar..sabar...sabar...asalkan baby sihat dan sempurna, mama ok jer. Stay healthy ya baby...mama kuat demi mu sayang... doakan mama sihat ya :-)
Itu dulu bye semua!

Thursday, January 02, 2014

2nd day of 2014

assalammualaikum =)

diserang batuk since last day of 2013
dan hari ni selsema pun turut serta utk melengkapkan pakej
mlm tadi tak blh nak tido
seksanya rasa bila batuk dan bersin menekan perut yg semakin membeso
menjadikan sy agak slow di hari pertama bertugas 
letih weiiiii...ni rindu sangat kat katil
tapi apakan daya ada meeting plak kul 2pm nnt
ramai kwn2 menegur kenapa suara lain garau semacam hahaha

pagi td bgn kul 5.45am
takde ler kelam kabut sgt 
anak2 pun ok jer bangun kul 6.15am untuk mandi bersiap2 ke sekolah


hari ni hari pertama amal ke sekolah!

dia excited...mama lagi excited! hehehe...
since pendaftaran PASTI bermula jam 8am, mama bawak di ke perhimpunan sekolah mama dulu
jadilah dia the little star of the day hari ni

kul 8am...kami gerak ke pasti
tuptup sekolah pasti sunyi sepi
arghhhh sudah
tertulis di whiteboard depan kelas, pendaftaran bermula 6 jan 2014
hampeh.com
haritu i call ustazah dia bgtau pendaftaran 2hb jan
ni bila masa plak tukar ni suka suki jer...
kat banner yg tergtg depan pagar pun takde tulis tarikh pendaftaran
saborrrrrr jer lar....
terus bawa amal sarapan sbb mama dah shaking kelaparan
byk amal mkn roti canai

then hantar amal ke rumah pengasuh
pastu pi ke pejabat haiwan plak utk pendaftaran sekolah petang iman
sepatutnya pendaftaran bermula jam 8.30am
tapi sehingga jam 9am ustazah kelas iman tak muncul lagi
spoil betul...
ok kami pikir positif, dia hantar anak ke sekolah thn 1-then anak dia menangis melalak-tu yg jadi lambat-ok maafkan dia

hari ni kat sekolah sy cuba utk kurangkan pergerakan utk kurangkan penat
tapi penat jgk sbb asik bersin dan batuk jer huhuhu
penuh dah bakul sampah dgn tisu

ambik abg iman dr seklah td, dia nampak sgt gembira
excited bercerita itu dan ini
abg iman jadi ketua kelas! dia dpt vote paling tinggi dr kawan2 hehehe
mama proud of u baby


ok itu jer dulu...nak pi solat zohor. bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH