FOLLOWERS

Showing posts with label aidilfitri 2016. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri 2016. Show all posts

Thursday, July 21, 2016

Aidilfitri 2016

assalammualaikum =)

dapat satu tajuk pun entry raya 2016 jadilah bahahhaha. walaupun hr ni dah 17 syawal, tapi hr ni lah aku baru ada masa free sket nak update blog. tu pun sebab kelas pagi ni ada cikgu lain ambik. ikutkan lesson plan tak siap lagi. tp jap lagi lah, hadap blog dulu huhu... cerita pasal lesson plan, stress plak aku. punya lah berkali2 aku hntr lesson plan tak pernah culas setiap jumaat, tetiba last wk aku x hntr sbb x sempat siap. masa tu lahhhhhhh pk naikkan nama cikgu2 yg hantar lesson plan dgn ucapan tahniah bagai. mmg bad luck btl aku. 
so raya tahun ni sedondon merah lagi. walaupun x berapa nak dondon, sebab merah kami husband and wife berbeza sket dgn merah baju anak2, tp kira merah gak lah. aku dgn husband beli baju ready made online while anak2 beli baju melayu upin ipin kat jakel tu yg merah dia x berapa nak sama.

makin besar anak2 aku makin susah nak kawal utk semua nmpk steady depan kamera. kena plak kamera samsung j7 ni mmg teruk..maka redha ajelah. tahun ni beraya kat sekinchan dulu. pagi2 raya ke dua baru balik kuala kangsar. i suka aje..janji raya pertama kat umah mak sendiri hehe

dah semua elok tgk kamera, gambar goyang plak. pastu aku pun confuse nape aku kepak tgn lagu tu hahaha






percaya atau tak, raya ke-2 pun kami bantai pakai baju yg sama. ni gara2 keluarga besar belah husband nak ambik gambo raya kat studio. so lepas je ambik2 gambo kat sekinchan ni, kami semua tukar baju lain. husband dan iman dan amal dah pakai baju tu ke masjid, so hangit lar jugak tp dah angin2 kan ok kot hahaha. pelik beno rasanya raya pertama dgn kedua kami pakai baju sama. so mmg takdelah gambo raya hari ke-2. ni aku up gambo kami 5 beranak aje. gambo keluarga beso, gambo salam2..semua ada. ntah bila nak up pun aku tak sure kihkih...
itu ajelah. nnt2 bila berkesempatan aku update blog lagi. bye semua!

Friday, June 24, 2016

checklist persiapan raya yang belum selesai

assalammualaikum =)

stress dgn kerja2 kat sekolah.
aku bukan jenis yg bertangguh kerja. tapi still berderet kerja dlm to-do-list
sbb kerja tu tak pernah habis.
asik bertambahhhhhh jer.
aku bukan robot.
aku manusia yg kenal erti penat dan sebagainya.
Allahuakbar.
stress.
moh ler kita layan benda yg indah2...cthnya persiapan nak raya ni miahahahaaa

ada beberapa je lagi yang belum selesai:

~ songkok raya all boys
~ sampin irfan dan abg iman
~ seluar raya en.suami. penting ni sbb nak match dgn kurta dia. 
~ masuk duit raya dalam sampul raya

ahad ni cleaner dtg rumah untuk cont cuci rumah.
last wk dah dtg sekali untuk buang sawang, cuci kipas lap habuk2 yg suka je dtg balik habuk2 ni.
ahad ni dtg lg utk cuci tingkap dan grill serta cuci toilet..maybe cuci peti ais sekali.
setel urusan rumah sendiri.

sabtu depan plak cleaner akan dtg ke rumah mak di kg juga untuk urusan pembersihan rumah.
heyyyy kata nak raya! hahaha

oh ya, kat villa comel kami tahun ni takde ganti apa2 yg baru pun melainkan hamparan baru di ruang tamu. tikar lama tu dah teruk sgt dah tercabut2 dan tajam..agak bahaya utk anak2.

kami plan hujung tahun ni nak cat wall dalam rumah and tukar sofa. sebelum raya tak sempat buat. 

the best part is deco raya tahun ni bertemakan #ToysEverywhere

mana tak nya..anak2 aku gasak main kat ruang tamu
layan je lah.
tapi mama akan pastikan toys tu semua dlm keadaan tersusun dgn baik.
bila ada yg nak dtg beraya nnt, hangkut je semua sumbat dlm bilik anak2 hahaha

ni sebahagian toys kat ruang tamu. 
nmpk tu leka dia bermain kat situ.

itu ajelah. 
nak hadap kerja ni.
bye semua!

Monday, June 20, 2016

nak raya dah

assalammualaikum =)

alhamdulillah..dah 15 Ramadhan hari ni.
kejap je rasa masa berlalu.

malam td we all dah start main bunga api. mmg setiap tahun kami pasti akan main bunga api..salah satu cara nak rasa kemeriahan bulan puasa dan menjelang raya. 
elehhhh tipulah kalau korang tak pernah main bunga api kecik2 dulu kan??
saya, mmg puas main bunga api. mercun lagi byk ok.
mmg pengalaman tu sgt2 berharga bagi sy. pengalaman tu juga buat sy rindu sgt dgn arwah uwah (abg saya).
rugi rasanya kalau sy tak beri pengalaman seronoknya bermain bunga api kepada anak2
so setiap tahun ni dah jadi acara wajib.
ishhh susah btl guna ayat skema.
korang...rugiiiiii sgt kalau tak main bunga api hokay.
bila lagi nak bg anak2 rasa main.
sambil main tu ko pasang lagu raya kat handset perghhhhhhh best hokay.
mmg agak mahal dah bunga api skrng ni, tp bukan selalu, sethn sekali kannnnn

 tgk tu sengih panjang abg iman dpt main bunga api. 
dah berpuasa seharian, malamnya kita reward anak2 dgn bunga api.

 kalau dah ada bunga api, haruslah pasang pelita keliling rumah.
gigih en.suami check pelita lama kami, isi minyak bagai tgh hari semalam.
mujur cuaca tak panas. 
wahhhhhhhh meriah nak raya!

 kami susun pelita di atas pagar

 dan ada 3 yg dipacak kat sini supaya senang anak2 nak nyalakan bunga api.


 ni tahun pertama irfan enjoy main bunga api. last year dia masih takut. this year dia siap pegang percikan api tu huhuhu..
takpe, biar dia tau api itu panas. so lepas dah kena sekali tu, takdelah dia nak pegang lagi. just pegang di tempat sepatutnya.

 mcm2 gelagat anak

meriahnya raya! 

itu aje..bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH