FOLLOWERS

Friday, February 25, 2011

membesar bagai juara part 2

ok2 ni bukan lagi cerita pasal ikan oscar. asik pasal oscar jer bosan plak org nak baca hehe... tp sy dah takde idea nak guna title lain. so guna title yg sama, letak 'part 2' sonang hehe....
time ke cameron highland hari tu hubby belikan sy pokok kaktus, suh jaga elok2. kira2 mcm lambang cinta dan kasih sayang lar ni eceecceece.... eh tp tak bermakna bila pokok kaktus ni mati maka kasih sayang kami pun stop tau. alarr....ni sesaja jer, dah hubby nak bg, mestilah sy suka!

sy letak pokok kaktus ni kat meja sy di bilik guru. seminggu lepas beli, dah nampak yg dia mula growth dgn baik. suka sgt! nyonya yg jual pokok ni pesan siram seminggu sekali jer. so setiap pagi isnin sy bg pokok ni minum sket then dedahkan dia pd sunlight for about 2-3 hours (sila buat photosynthesis!)

alhamdulillah skang ni semua pokok kaktus ni semakin membesar bagai juara! (haaaaa kan sesuai jer tajuk ni kan...) cuma yg mcm telinga mickey mouse ni mcm dah di serang virus smpi patah telinga dia sebelah. tp sy dah buang bhgn yg diserang virus tu and now dah kuar telinga baru dia ;D... tp dah tak balance lar plak sebelah telinga dia kecik sgt huhu... kat meja office korang ada kaktus tak??

busy friday...

dah jumaat pun!
patut sy happy hari ni
tp ni rasa kalut semacam lar!
banyak kerja perlu disiapkan hari ni.
sempat ke ni????
petang ni dah nak blk kg...
aduhh....
maaflar kwn2 semua...
tak dpt nak bercerita panjang kat sini
tak dapat juga nak blog walking to ur home
tapi nnt sy cuba2 juga curi masa busy sy ni ya...
ok itu dulu...bubbai!



Wednesday, February 23, 2011

nilai RM150.00

apa yg sy blh beli dengan wang RM150?
  • 3 kotak susu amal (stock sebulan ni huhu...3 kotak je ke? yerlar coz amal kan still bfd ;) )
  • handbeg sembonia (uwwaaaaaaa....)
  • kalau beli toys iman-amal dgn jumlah RM150 ni mesti melangit pujian sy dpt dr anak2..
  • sama nilai dgn yuran pasti iman utk 3bln ni ermmmm
  • oh sama nilai dgn 6 bulan bayaran wifi sy kpd cikgu farid!
  • blh dpt 3 pasang kasut ni isk isk...
  • klu bwk pi tesco pun blh dpt brg dapur utk stock stgh bulan ermmm (mengeluh lg)
  • klu buat belanja kfc students sy ni mesti terus dpt title 'cikgu favo' students ni ermm
  • blh buat byr bil astro umah ni n umah mak
  • byk lagi sbnrnya UWWAAAAAAAA
apa citer sbnrnya ni? uiiks...
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ni haaaaaa nak tak nak ptg smlm terpaksa gak setelkan saman ni coz taknak black list 1 mac ni memandangkan road tax cik viva mati 1 mac. huahuahuahua....RM150 tu free2 bg kat pak polis tuh. tension tul... sbnrnya byk nak luahkan rasa tak puas hati kat sini..tp kang tak pasal2 jd isu. so takpelar...akan ku pendam saja dlm hati huhu...

P/S kesian kat mr.hubby ku itu yg punya 15 saman nak kena bayor. haa....15? ya 15!! yg dah
tentu jumlahnya mencecah ribu raban uwwaaaaaaaaaaa...(klu bwk pi holiday RM tu mesti
sonok tak terkata tau)

Tuesday, February 22, 2011

membesar bagai juara

untung betul jd 'mereka2' ini....makan cukup, tempat tinggal free, ada 'tukang cuci' free... pendek kata mcm takde masalah jer hidup depa. tu yg bila sesekali di tenung....uiks dah beso!! dah makin lawa plak tu!! ni silap2 kang ada yg tergoda plak ni huhu.... ada sesape yg berminat ke? a BIG no lar hehe....sayang sgt ni wei.... tu pun one of them dah pergi dahulu menemui ajal...tinggallah mereka bertiga bersama 'si buruk' yg blh tahan tumbesaran dia. isk yg ni takleh tenung lama2 geli!

inilah 'mereka2' yg sy maksudkan hehe...ikan oscar. dulu ada 4, dah mati sekor. yg mati tu adlh yg paling cantik sisik dia. nak bagi sisik ikan oscar ni cantik berkilat senang jer, rajin2 bg dia mkn anak ikan. murah jer pun, rm1 utk 10ekor. cukup lar depa share bertiga kan. bg sebulan 2x dah cukup. oscar yg mati tu dah sebesar tapak tgn pun...sedih tau. so tinggallar 3 beradik ni yg terus membesar bagai juara. kerap kali jugak depa ni bergaduh, berkejaran sesama sendiri. sampai bergegar aquarium dibuatnya huhu. so siapa pulak 'si buruk'? ikan lumut @ bandaraya lar...mula beli dulu sebesar jari telunjuk jer. skang ni dah besar 3jari telunjuk! geli arr tgk dia lama2...mcm anak buaya pun ada huhu...

minggu lepas si tukang cuci rumah depa ni (mr.hubby lar saper lagi huhu...) dah selamat mencuci rumah kecik ni dgn jayanya...maka bersinarlarlah hidup2 mereka ini setelah lama duduk dlm kegelapan hehehehe.....
errr.....korang rasa perlukan bagi nama kat oscar2 ni?? yerlar oscar ni bukannya rabbit atau cat yg blh dipanggil nama, then dia dtg dekat kita hehehe.....

Bloglist Sahabat BPM

dunia blog ini semakin menyeronokkan saya....
insyaallah takkan sampai alpa dgn tanggung jawab pd Allah, keluarga dan kerjaya...:)

this time nak joint yg ni plak: Bloglist Sahabat BPM. (bkn contest ya)
  • pengasas blog ini adalah en. azman roslan
  • klu blog sy masuk dlm bloglist BPM, insyaallah saya akan dapat ramaiiiiii kawan di alam maya ni....sweet kan? =)
#### jom kita joint ramai2 ya! ####


p/s: sy punya banyak kerja nak kena siapkan ni huhu... tp sesekali curi2 juga mengadap dan meng'update' blog kesayangan ni...sempat jgk bw sket2 :p

Monday, February 21, 2011

i am the winner!


*
*
*
*
*
*
*
*
*

ME =)

alhamdulillah....rasa mcm menang grammy award pun ada haha... menang apa ni TeacherAzimah? dalam entry ini sy telah menyertai contest ucapan romantis untuk kekanda / adinda anjuran blog pilihan malaysia. baru sebentar td pemenangnya telah diumumkan dan sy menjuarai kategori ucapan buat suami / isteri =) APA TAK PERCAYA?????? ok u all blh tgk result kat SINI ok ;)

skang ni rasa besttttttt sgttttt!!!!. ni tgh tggu husband balik dr surau, nak bgtau kat dia hehe... pastu skang ni rasa tak sabar nak tggu hadiah tiba :P

apapun terima kasih byk2 buat penganjur dan penaja...tanpa anda siapalah sy huhu....

nak mula yg mana satu ni?????

it's MONDAY! means today is a BUSY-DAY!
alahai banyaknya kerja menanti...
bila nak setelkan ni..
tak tau nak buat yg mana satu ni...
sudahnya semua tak tersentuh lg.....
  1. soalan sains us1 form 2
  2. min. mesyuarat HEM (lama dah tertangguh ni aduhai....)
  3. update fail panitia (uwwaaaaa konon nak lwn panitia sejarah huhuhu)
  4. sediakan bhn utk sn camp
  5. discuss with ust amir - meeting pibg
  6. cari tarikh utk easy-science
P&P tetap terus berjalan so kena juga buat preparation....
oklah stop online
jom buat kerja dulu!

Wednesday, February 16, 2011

makan-makan bersama students

dalam entry ini, saya ada story mengenai kelas 3h yg dpt 2nd place dlm pertandingan 3k peringkat sekolah dan hadiahnya dpt rm75.00. my students plan nak buat mkn2 to celebrate kmnangan ni. saper lg yg kena uruskan klu bkn teacher kesayangan depa ni hehe...dah lama sgt tertangguh so ptg isnin lepas sy outing utk beli kfc. mana cukup rm75 utk 33org pljr so collect duit kelas + sponsor dr teacher sket. oklar asal budak2 ni happy.....

teacher with this 'gila-gila' girl students....

boys are more crazy then the girls!
(don't ask me about the smell when sit among the students like this haha....)

kbtln hari isnin lepas (14feb) adalah hari jd irfan, so nyanyi sekali besday song utk dia.
tu irfan, yg malu2 smpi senget kepala kat belah kiri tu...

me and the besday boy + besday girl (her besday is a day before irfan's)
comey budak berdua ni kan hehe...

sesekali bergumbira dgn budak2 ni, teringat zaman persekolahan sy dulu2. sy pun ex-student sbp so tau sgt apa yg budak2 ni lalui di zaman yg sgt menyeronokkan ni hehe.....
buat semua students teacher (including ex-students teacher from 2005) teacher love you!!

Tuesday, February 15, 2011

apa kan daya....

masa husband amik anak dekat2 kul 4 td sy kat umah sibuk siapkan itu-ini nak bwk pi picnic di dataran tonggak 10. stlh berbincang dgn hubby, cancel plan nak pi bukit melawati, kita picnic kat tmpt yg lbh dekat jer. plan asal nak kuar lepas asar, sekitar jam 5.

tgk ni dah penuh pun bakul picnic ni, mcm2 ada

masa mr.hubby tgh cuci aquarium sy sempat buat serawa durian ni.
mkn dgn roti mmg nyum nyum!

dah siap pun beg anak, meja picnic, scooter and bug scooter dan ball utk anak2 main kat dataran tu nnt. excited ni nak pi hehe....
sekali tu bila iman smpi kat umah: 'mama kita tak jd pi tgk monkey ke?" sy jwp aah tak jd. kita picnic di bla bla bla.....
iman: taknak lar mama...kita picnic kat bwh jer lar (merujuk kpd kwsn permainan di bwh kuaters guru ni)..blh iman main dgn kwn2 iman....
UWWAAAAAAAAAAAAAAA.... mama dah siap iron baju tau iman. aduhai...guling2 dia tak nak pegi. adik pun nmpk mengantuk jer tuh. ermmmmm putus harapan mama nak berjimba2 kat luar ptg ni huhu... dan kesudahannya:

amal tido dlm buai....

iman tido depan tv.....

terpaksalar sy n hubby mkn roti dgn serawa durian kat dpn tv jer huhu... skang ni dah kul 6.10pm and iman-amal masih lg lena. confirm mlm ni dua2 tido lewat nayalar abah depa hoho...(kes mama tido dulu ya :p )

tika ini....

sy sdg online seorang diri di rumah. MIL and FIL dah blk kk sekitar jam 9.00am td. dekat kul 10, hubby antar anak2 ke rumah pengasuh, then dia ke sekolah utk siapkan kerja. sy plak pulun setelkan kerja rumah. setel kerja di dapur, kemas tiga2 bilik, cuci baju, kemas toys anak2, menyapu 1 rumah, mop 1 rumah, kain siap cuci terus masuk dryer. wahhhhh dah ada dryer ke?? alhamdulillah dah beli dah ujung bln 1 hari tu =)

ni ha rupa dryer pilihan saya: elba 6.0kg. cukup puas hatiiiiii.... skang ni kat luar tgh ribut nak hujan, tp sy tak kisah, kain2 pasti kering. (sila byr bil elektrik yg bakal naik mendadak nnt haha...)... saya suka hujan!! sejuk jer rasa smpi ke mlm....
ok2 berbalik kpd kerja rumah td, dah masak ke? lauk smlm ada lg....so pns kan je. masak nasi sat lg lps buat entry ni. ptg ni buat apa? plan asal nak bawa iman-amal tgk monyet di bukit melawati kuala selangor, then terus ke tesco. tp td tb2 rasa tak larat plak coz dah penat kemas umah. rasa nak rehat jer kat umah. tp kang jenuh arr nak bgtau iman...dia dah beria2 nak jalan tuh. so kptsnnya tgk lar mcm mana kul 3 nnt, klu larat kami pi. tak larat, dok umah jer :)

Monday, February 14, 2011

salam maulidul rasul

esok kita semua akan menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW. sambutan peringkat sekolah telah diadakan sebentar td. ceramah yg disampaikan oleh imam besar masjid kuala selangor itu amat menyentuh hati. terasa betapa kerdilnya diri ini...

deep in my heart:
  • Moga Allah terus memberi petunjuk dan hidayah-Nya agar aku mampu menjadi umat Rasulullah SAW dlm erti kata sbnr..
  • moga masih blm terlambat untuk aku menjadi seorang anak, isteri, ibu dan guru yang terbaik insyaallah..
  • moga Allah SWT meningkatkan kesabaran ku dlm melayan kerenah anak-anak yg pelbagai itu...

Friday, February 11, 2011

happy weekend!


masa sekolah hari jumaat dah pun tamat seawal 12.15pm td... lepas ni nak lunch, balik rumah rehat jap then petang ni ada extra class pljr form 3. opah and tok ali dah otw ke sini...mesti meriah weekend kami nnt! excited ni...lbh2 lg bila dpt tau opah bwk durian dr bt kurau wahhhhh best sgt!! lg 1 best sbb opah and tok ali ada blh layan cucu2 dia main, so i hv enough time to settle semua kerja rumah, blh online... dan lain2... ermmm nak masak apa yer ptg ni for our dinner tonite? ke nak bwk depa mkn kat luar jer? huhuhu...sungguh lar...

APAPUN HAPPY WEEKEND TO YOU!!

Ucapan Romantis Untuk Kekanda

eh eh...apsal tempek gambar romantis (ececececce) tiba2 ni? actually sy tgh joint contest ucapan romantis untuk kekanda anjuran:

mana lar tau rezeki sy untuk menang...mudah-mudahan....amiinnn

  • suami saya: Ismail Ali Bin Mohamed Alipiah, (a.k.a cikgu mael) berasal dr Kuala kangsar. dia takde blog, tak minat sgt online ni pun. apa yg dia minat adalah ragbi, ragbi, dan ragbi lg.....
  • saat mula perkenalan adalah pd 3 januari 2005, hari pertama sy melaporkan diri di sbpisb. dlm mesyuarat guru yg pertama tu, 1st impression sy bila nmpk dia: dia ni mesti dah ada 3 anak (base on his chubby tummy hahaha....)
  • so sy kenal dia sbb sama tempat mengajar. tp mula2 kenal tu cuma sbgi kwn sesama cikgu lar. sy pun dah ada bf time tuh. sy break of dgn bf end of jan. dlm bln mac 2005, kbtln sy dan dia ditugaskan untuk bawa students training bowling di setiawan. sy tumpang keta dia...dan bermula saat itular sy semakin close dgn sidia... (hahaha rasa lawaks plak bila tetiba terkenang semula saat2 bercinta ni)
  • peristiwa manis di saat mula kenal??? aiyakkkkk apa ya??? tak berapa manis blh tak? blh ya???? ok, kami bertunang pd bln jun 2005. peristiwa ala2 manis ni berlaku dlm bulan julai tak silap sy. malu wei nak cerita....hoho...actually sy dah lama ada lesen keta. tp ketanya takde so mmg tak berapa reti nak bwk keta. en.tunang masa tu beria2 nak suh sy bwk keta dia...supaya tak rugi jer ada lesen tp tak reti bwk keta. ok org dah bg bawak keta, sy pun apa lg...tunjuk2 teror haha... pd satu senja yg 'manis' tu, sy dgn penuh confident nak parking keta en.tunang kat car park bwh kuaters guru. sekali...............damn!!!!! sy telah over speed ketika masuk parking dan telah pun melanggar DUA biji keta, diulangi, Dua biji keta cikgu khairuddin: waja and kancil. uwwaaaaaaaaaaaaa.....sungguh i takut masa tu!! kira dgn keta en.tunang, 3keta rosak wei! udah ler time tu nak guna byk duit nak kawin nov ni. sungguh lar 'manis' bila dikenang cerita ni haha.... dek kerana masa tu br bertunang, so takde lar kena marah hehehe...berani nak marah? tak jadi kawen kang hahahaha......
  • oklar.....ini dia ucapan romantis untuk sang suami:
i want you to know that every moment spent with you
have been the best part in my life.
I love you because I know you're always there,
there to catch me when I fall,
there to listen when I need you,
there when I feel alone.
i really love you sayang....


Thursday, February 10, 2011

masa utk balik rumah

ALREADY TIRED FOR TODAY.....
MASA UNTUK BALIK SUDAH TIBA.....
MASA UNTUK REHAT.....


ALANGKAH BESTNYA KLU BLH JD MCM KUCING DI ATAS....
BLH BERBARING SAMBIL TGK TV....


HAKIKAT SEBENARNYA NANTI:


BEING A BUSY MOMMY HOHOHOHO.......

REFLECTION of ur life

hehehe suka jer bg tajuk lain dr topik sbnr. actually nak share cerita last week. pnp bersama pljr 2r di makmal. this time pljr kena buat eksperimen 'reflection and refraction of light'. seronok tgk budak2 ni enjoy bereksperimen bersama ray box itu. sempat teacher azimah snap pic mereka. kamera ni mmg sentiasa ada dlm handbeg sy. nak buat eksperimen ni mesti dlm bilik gelap, barular blh kira dgn jelas sudut pantulan dan pembiasan cahaya.

pljr no 2 dr kiri itu favo student sy: ayub. melentik kening dia wooo

seronok budak2 ni bl teacher nak snap gambo depa

mcm berlakon jer....

dulu2 sy dikenali sbgi seorang guru yg garang. serius garang okay! but now dah lama mengajar ni, sy dah tak larat nak garang2 hehe...tp kat budak f1 terpaksa juga garang klu tak diorang tak jd MANUSIA. mana tahan wei klu dpt soalan: teacher, nak buang sampah ni kat mana? nak garis guna pen ke pensil? huaaaaaaaaaaaaaa klu jd baikkkk sgt alamatnya takde beza budak f1 and budak sek ren. so nak tak nak sy kena 'garang' dgn budak2 f1 ni. bila dah naik f2, br ler depa nmpk true colour of me hehehehe..... teacher azimah baik tau....

Wednesday, February 09, 2011

saya selsema....

uhhhhhhhhhhhhh sgt lar tak larat. dah 2 hari ni. rasa mcm nak tercabut jer hidung. dah mkn ubat selsema yg tak mengantuk, tp sy tetap mengantuk. khayal jer rasa ni. nak mengajar pun tak larat...tp terpaksa ku gagahkan jua demi anak bangsa....... chewahhhhh sila muntah. adehhhhh serius ni kepala pusing.. mata berat...tlg... blh tak nak balik skang? nak rehat? tp ada kelas lg huaaaaaa.......hidung rasa nak tercabut ni.

Tuesday, February 08, 2011

photobook: the story of us

alhamdulillah...smpi juga akhirnya. tak smpi semggu pun. apa ni azimah? ok2...citer btl2. kan dah kata sy mmg suka online shopping. dah tak tau nak beli apa, teringat photobook ni. kbtln dah lama tak cuci gambo. so sy dgn pnh semangat siapkan photobook sy - buat payment through maybank2u- upload semula- tunggu dgn penuh kesabaran- akhirnya smpi juga ke tangan semalam...sungguh happy!

excited sgt masa dpt parcel ni

front page

back page

sy pilih yg paling murah jer, soft cover... after 40% less for januari promotion lbh kurang rm85.00 termasuk byrn pos. cantik tak photobook sy? cover, tajuk, susunan gambar semua buat sendiri ya. template yg disediakan tak cukup menarik perhatian sy....

photobook ni mengandungi 40 pages. jenuh jugak nak masukkan gambar...dah last2 tu, bila dah tak larat mula lar sy letak gambo besar2 hehe....

bila tunjuk kat mr.hubby and anak2, semua sgt excited tgk pic dlm buku ni...si kecik amal pun teruja! jenuhlar abah jd tukang karut hehe....
kawan2 kat sekolah pun masing2 mula berminat nak buat photobook ni...ok buat jgn tak buat... sungguh berbaloi-baloi ok :)

tok guru berjanggut panjang

mama: kenapa iman takut sgt dgn org tu td?
iman: sebab janggut dia panjang sgt mama....siapa dia tu mama? iman takut lar...
mama: ....errrr.....tok guru dung dung cheng lar tu (huhuhu...actually mama dia ni pun tak tau siapa dia) yg pasti amal pun meraung ketakutan bila di sapa oleh 'tok guru berjanggut panjang' ini.

SIAPA DIA????????????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


ni ha dia.....terkedu amal wei. sejurus selepas mama snap pic ni dia terus meraung hahahaha......

Monday, February 07, 2011

tahun arnab

sbnrnya bkn nak citer pasal tahun arnab pun, saja jer nak buat tajuk pelik sket haha.... ni nak citer pasal kami bawa anak2 ke taman arnab bukit badong sabtu baru ni. sgt berbaloi2...masuk cuma rm2 per head. amal tak kena pun. duduk ler selama mana kita nak dlm tu, smpi waktu tutup 6.30pm pun blh hehe... best ke tgk arnab? klu setakat TENGOK mmg ler tak best, ni kita blh buat apa saja kat arnab tu tau. sembelih buat sate jer tak blh haha...(tp nak beli daging arnab blh tau.) iman-amal ler yg paling seronok. bg rabbit makan carrot, kejar rabbit, angkat rabbit, amal smpikan tendang rabbit!! hohoho sian rabbit2 itu. amal asik ketawa sepnjg kami kat sini. sungguh seronok!

tempat dia simple jer tp menarik, bersih dan cantik. taman ni dibuat kat halaman rumah jer sbnrnya. bagus btl owner dia...mmg otak bisnes. selain taman arnab ada juga taman pameran arnab (blh beli arnab ya), pameran burung, ikan, kuda...mmg ala2 mini zoo ok. rm2 jer tau ;)

ha tgk ni aksi abg iman mengejar rabbit. gumbira sungguh!

haaaaaa nak lari mana??

alahhhhh terlepas plak....

so kwn2....sy sgt2 suggest kan anda semua bawa anak2 ke taman rabbit bukit badong ni. best tau!! mama and abah dia ni pun tumpang sekaki main dgn rabbit haha...

Thursday, February 03, 2011

bersiaran dari....


cuti thn baru cina ni kami sekali lagi berkumpul di proton city, rumah kak cik. mr.hubby ada keja sket kat sini.. tp kak cik takde plak, baby dia warded di demc akibat jangkitan bakteria di muka. sian sgt kat maryam....
best kat sini coz kwsn ni dikelilingi bukit. sejukk jer. ada tasik blh bawa anak2 jalan ptg2. best!
oklar, entry pendek jer kali ni. nak bawa amal balik,nak mandi. bubbai semua!

Tuesday, February 01, 2011

selagi masih muda

itu tajuk buku yg sy baca skang ni. ntah bila nak habis baca hehe.... buku ni mengisahkan pengalaman sebenar guru-guru cemerlang di malaysia. salah seorang penulisnya adalah tn.hj rizuan bin atan: guru pakar bahasa melayu di sini. best cerita yg tn hj tulis!!
knp teacher azimah baca buku ni?? sy mmg suka membaca...cuma sejak jd mama ni, hobi tu agak terbatas. ermmm ada jgklar cita2 nak jd guru cemerlang hehe.... cita2 mesti tinggi ok haha...
ni kira hadiah utk diri sendiri jugak lar..rm28. beli dikala gaji masuk, kira ok lar ;)
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH