assalammualaikum =)
sape kata tgh cuti dok kat rumah ni tak penat oi!
penatttt jgk huahuahua
ni kalau dah start kerja nnt acane???
doa jer lar moga Allah permudahkan semua urusan insyaallah.
mcm semalam, ntah kenapa baby irfan renyah jer lepas kul 12tgh hari tu.
nak kata panas..mmg le panas. tp dah tumpu kipas 1 kat dia.
stop kipas on econ plak. stil tido2 ayam je tak mcm biasa.
ok maybe dia nak berak sbb smlm hari ke tiga dia tak berak.
fine dlm kul 3.30pm dia berak dgn jayanya syabas baby!
terus mandikan sekali dlm kul 4pm tu.
harapan mama besarrrr agar lps dia mandi blh tido nyenyak..mama letih nak oi
pun sama tak lena gak huhuhu
at last kul 5 lbh tarik buai keluar, masuk buai. fuh setel! tu pun nak berenjut jer.
padahan dah seminggu lbh tak masuk buai.
kul 8.30pm kita dah tumbang. serah tiga2 anak kat en.suami utk handle.
kul 10pm baru le bgn semula utk solat isyak, pastu temankan amal tido dulu sbb dia tak berapa sihat.
pastu baru take over baby irfan semula.
en.suami kata mmg dia tido2 ayam je before.
and mujurrrrrr sgt bila mama peluk dia, elok tido lena smpi ke pagi syukur alhamdulillah.
cuma 2x bgn utk bfd then tido semula. dapat ler mama lena sama lega rasanya.
pagi ni plak, iman tak bawak kasut sukan tak bawak kasut putih masuk keta.
aduh anak...kan mama dah pesan. takkan tetiap hari nak kena ckp anak oi.
kebetulan masa depa ke sekolah tu mama dlm toilet.
mmg dah salam cium semua cuma tak tgk le depa masuk keta.
tup2 tgk semua kasut tinggal.
call en.suami..emmm dalam kes ni bapak dia pun sama lar huhuhu geram hokay geram.
dah 2-3 kali kot kes ni berlaku.
pengsan mama wei semua mama nak ingat pasal hal rumah ni.
sebagai pengajaran, en.suami hantar jugak dia ke sekolah pagi ni dgn hanya pakai sandle.
moga lps ni lbh beringat lar ya anak.
abg amal plak, hari ni baru mula sekolah semolah selepas beberapa hari cuti sbb demam.
bila tggl dgn mama kat rumah semuaaaaa nak mama buatkan. semua!
nak pi tandas siang2 hari pun nak berteman apa cer??
maka jom kita ambik pengajaran citer brave yg korang tgk ahad lepas. kat 615 kot ya?
semua anak2 kena berani if not MAMA BERTUKAR JADI BERUANG MUAHAHAHA!!
ok lar blh pakai jugak taktik ni utk suh dia pi tandas sorang.
bkn jauh pun btl2 depan bilik ceh.
manja abg amal dgn mama menjadi2 lately ni, letih plak mama rasa, tapi kesian sbb tgh tak sihat so mama layannnnn kan aje. sesekali hilang sabar kena jgk lar huhu.
dryer rosak plak!!!! uwwaaaa!!! tension mama tension!
kat vck mmg takde ampaian yg proper. hanya ada ampai kecik jer.
udah ler pagi ni kena sidai kain dgn cara paling berhemah adoi...
ni kalau dah start keje acane? harap2 blh ler dibaiki dryer tu.
tp tu lar ntah bila, biasa lar en.suami punya nanti tu sangap jugak le menanti.
kalau takleh baik, kena pk panjang ni nak beli baru huhuhuhu
oh best plak bebel pagi2 ni wlu hanya di blog.
kesian korang kena baca...hahahaha
itu dulu, bye semua!