FOLLOWERS

Monday, March 31, 2014

welcome back working monday

assalammualaikum =)

moga Allah SWT merahmati kita semua sepanjang hari ini insyaallah...

saja nak share:
hehehe....btl sgt kan?
atleast betul untuk saya lar :P
maka marilah kita sama2 meniup kembali semangat yang semakin pudar ini

insyaallah...

tapi bagi saya lah, semangat mmg membara2
malangnya daya fizikal yang takde
serius sy semakin tak lalu
ni celah peha sakit sgt2
bayangkan nak kena bergerak byk hari ni
Ya Allah..beri ku kekuatan ya Allah...

itu dulu
bye semua!

Sunday, March 30, 2014

Berpisah tempat tidur, mama sedih sgt.

Assalammualaikum =)
Smlm sy dan en.suami berckp dgn anak2 mengenai keperluan mereka utk tidur di bilik sendiri. Explain btl2. Yerlar masing2 dah besar. Sorang 8thn sorang lg 5thn. X lama lg nak ada baby plak. Xkan semua nak sumbat dlm bilik kami? Tak sangka plak both of them setuju utk tido di bilik sendiri mlm td. Tp abg iman dr awal dah nmpk muka cuak dia. Alahai....dia ni mmg penakut sket. Dulu mula2 pindah masuk ke vck ada lar dlm sebulan dia tido sendiri kat bilik dia. Tp teruk lar...asik terjaga jer, mcm x lena. Sudahnya demam. Terus mama hangkut masuk bilik kami semula huhuhu...
tgh hari smlm pun amal tido kat bilik dia. Lena bkn main kul 5pm br bgn. Abg iman kul 5pm tu plak br tertido dpn tv. 6.30pm br bgn.
So citer mlm td, sy mcm biasa tido awal. Sblm jam 10 dah lena. Tup2 terjaga kul 1am, sy sendirian dlm bilik. Kat ruang tamu nmpk dah gelap. Bantal anak2 dah xde. Emm..sy agak abg iman masih blm lena masa ni. Cuti sek diorang bertiga mmg tido lewat. Mlm ni mula tido kul 10 semula. So tgh hr ni semua di larang tido hehehe...
Terjaga kul 1am tu, mata dah segar. Pastu lain btl rasa bila amal xde kat sblh. Biasa sy peluk cium usap kepala dia. Selimut dia, abg iman dan abah...tp ni xde. Sayu jgk rasa hati. 1.40am sy bgn pi hendap bilik anak. Seperti di jangka, abah dan amal dah lena. Abg iman blm. Kesiannnnnnn sgt kat abg iman ni. Muka dia sedih cebik2 jer. Sy pujuk2 dia. Pastu kejutkan en.suami. en.Suami kata takpe dia temankan iman dulu.
Kul 2am baru en.suami ke bilik. Tp iman blm lena katanya. Alahai.....kesian tau.
Kul 3am, abg iman dtg ke bilik kami. Sy masih x tido masa ni. En.suami lena lama dah. Abg iman kata dia panas berpeluh2...mamai masa ni. Sy bwk dia ke bilik dia semula. Saya rasa leher dia sikit peluh pun xde. Yerlar econ and kipas both are switch on. Sy tau dia takut...tgh mamai. Sy pujuk2 dia lagi...ckp xde apa jgn risau. Adik kan ada tido sekali dgn dia. Adik kat bawah..dia kat atas. Alhamdulillah amal lena x sedar apa. Sy off kipas, biar econ jer on. Selimutkan kaki anak2. Pastu alhamdulillah smpi pagi lenanya. Amal bgn jam 8.30am. Abg iman jam 10am. Tp saya? Kul 4lbh kot br dpt lelap. Asik pergi intai anak jer hahaha... parah jgk mama ni. Atau mama yg lbh? Adoi....sedey tau tak dpt tido dgn anak2 sekali. Kul 6 lps azan tu en.suami bgn pi off econ and on kipas bilik anak plak. En.suami kata both tido dgn elok alhamdulillah...
Ntahlar....sayu bnr rasa hati bila kena pisah tempat tido ni. Bg sy anak2 sy semua masih baby lg. Sy sukaaaa Tgk wajah mereka time tido. Suci bersih jer takde dosa. X sangka jugak amal ok jer tido sendiri sbb biasanya dia mesti nak peluk2 mama dulu...
Alahai anak...moga kamu semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT insyaallah...
Mama sayang sgt kamu berdua. Moga kelahiran baby muhammad nnt akan lbh menceriakan kita sekeluarga insyaallah.
Itu dulu...bye semua!

Saturday, March 29, 2014

robot + IA + kenny rogers

assalammualaikum =)

ok malas nak taip panjang2
masih citer dan gambar anak2 di tesco selasa lepas
mula2 beli robot kat mr.diy
pastu main kat game centre
pastu mkn aiskrim
pastu pi beli barang2 dapur
pastu pi solat
pastu pi makan kat kenny rogers

amal request nak mkn garlic bread cecah mushroom soup
byk dia mkn ok sampai sedawa hehehe
abang iman mcm biasa tetap cari nasi wlupun mkn di kenny rogers
jom layan gambar

 banyak dah koleksi robot camni pelbagai bentuk iman-amal punya

 satu tabiat anak2 saya ni, suka buat koleksi toys dlm kategori yg sama
cth: bdaman- nak kena ada semua jenis
ultraman dan rasaksa - dah berkg kat vck ni
bayblade - sekatung penuh
dan terbaru robot ni ha
mama abah layan ajer

 tak lama lagi bertambah lar hero di hati saya
4 heroes i ada hikhikhik

takde rezeki nak ada toys hello kitty, princess, teddy bear

lps mkn main menu, dapat desert aiskrim lagi.
2x anak2 mkn aiskrim hari ni hehehe

oklah...seronok mama tgk anak2 happy walaupun mama sakit kaki

ok itu dulu...bye semua!

riang ria anak2 di tesco

assalammualaikum =)

pejam celik kejap jer dah nak habis cuti sekolah seminggu
dah nak mula kerja balik isnin ni alahai...
sungguh, saya dah tak larat :(

*****************************************
selasa lepas kami bawa anak2 ke tesco setia alam
tujuan utama nak bg anak2 enjoy sbb dah lama sgt kami tak outing
kesian tau budak berdua ni, dok kira hari bila nak pi tesco ni
padahal tesco jer pun! dah teruja lbh2 hahaha kesian kesian
janji mama, nak belikan iman amal robot kat mr.diy
murah dr aeon hehehe

tujuan kedua plak nak beli barang dapur yg dah kering kontang!
beras pun dah habis masa ni hazab btl huhuhu
so mama gagahkan diri pusing 1 tesco
akibatnya nah rasakan...smpi rumah lbh kurang jam 5pm, kaki mama bengkak gila!
sakit toksah cakap lar...daru hujung kaki smpi ke pinggang sakittttt sgt terutama celah peha
lepas maghrib abah tlg sapu lotion mustajab
lepas isyak terus tido huhuhu
mujur bgn pagi rabu tu bengkak kaki dah kurang
tapi sakit masih terasa kuat
na taknak kena panggil jugak tukang urut ke rumah
alhamdulillah lps berurut ptg khamis tu, lega sket rasanya
ingatkan dah dekat nak bersalin ni takyah lar berurut dah kan..kena jugak huhuhu

tgk sket dulu kegembiraan anak2 sy di sini ya

 melabur rm20 kat game centre ni demi anak2 tersayang

 jelas nampak IA happy sgt masa ni

sampai rumah, berkali2 amal dok ulang cakap betapa dia gembira dpt pi tesco hari ni
dapat beli robot
dapat mkn kat kenny rogers
dapat main game

"best abah.. hari ni"
"syok mama.. hari ni"
bla bla bla..

alahai kesian anak aku

mungkin mama dah blh start survey dan booking hotel untuk outing lps habis pantang nnt
what say you?
hikhikhik...

itu dulu..bye semua!

Friday, March 28, 2014

abang amal yang manja

assalammualaikum =)

mama rindu budak kecik ni
mlm kot baru balik dr rumah pengasuh huhuhu
makin dekat nak dapat adik dia semakin manja
mama tau abang amal sayang sgt kat adik kan hehehe

ni gambar yg sy ambil sabtu lepas
walaupun cuti, dia tetap bangun awal
dah terbiasa kot
masa ni abang iman dan abah masih tido
so dia main sorang2 sambil mama mengemas apa patut kat dapur

hari ni dia pilih nak main ultraman dah rasaksa

dia dah kenal dan hafal setiap nama ultraman dan rasaksa ni

banyak perkembangan positif pada abg amal since dia dah mula bersekolah ni
asik menyanyi jer...mcm2 lagu dan nasyid
best mama dengar
kadang tu mama joint dia menyanyi sama

bacaan dalam solat pun dah byk hafal
syukur alhamdulillah

dah setel keje kat dapur, dia ikut mama ke depan dan meneruskan aktiviti membongkar dia..
dah namapun cuti sekolah, tak pi mana2 so sy biar jer lar dia nak kumbah toys dia
janji sebelum tido mesti kemas balik
pastu bgn tido esok pagi bongkar balik..
macamtulah hehehe...
barulah dikatakan rumahku syurgaku tak gitu?

itu dulu ya...bye semua!

Tak sabar menantimu

Assalammualaikum =)
Sy sedang menikmati my-own-time @ hari malas sedunia seorang diri di rumah, hanya ditemani si kecik di dalam perut. Sedikit bosan...tp ok aje. Another 3weeks++ to go and i start counting the day. Serius tak sabar untuk bertentang mata dgn my little muhammad. 99% of the preparation was done. Tggl lg nak beli botol susu and susu formula. Yg ni takpe nnt2 pun blh sbb susu cap gantung ada hehe...
Oh sayang...stay healthy ya. Lahir dgn mudah nnt ya.
Itu dulu, bye semua!

Hening pagi hari

Assalammualaikum =)
3.00am
Rupanya bila hati runsing, mata juga tak blh lelap. Emm tipu. Dah lelap td dr kul 9pm- 12.30am. Pastu smpi sekarang xleh tido dah. Otak terus ligat berjalan. Fikir mcm2. Mengenang perjalanan kehamilan ke-3 ini yg penuh dgn dugaan dr-Nya. Mcm2. Sikit sgt yg aku citer kat blog. Giler ko nak citer semua kat cni. Aku redha...ya sungguh aku redha sbb aku yakin amat sgt Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya. Allah tahu kemampuan hambaNya utk berhadapan dgn ujian. Jd aku redha. Cuma kdg hilang rasa sabar. Tp tetap kena sabar. What else should i do? Sabar. Ckp mmg senang.
Aku risau sgt klu baby ni lahir nnt, tiada senyuman di wajahnya akibat mama yg selalu bermuram dan berendam air mata. Apa yg aku pasti, baby muhammad kelak akan jd manusia yg cekal berhati waja, insyaallah.
Ya Allah...berikan kekuatan padaku ya Allah...plz?
Catatan tamat jam 3.08am.
Done.
Post entry.

Wednesday, March 26, 2014

open-concept laundry area + garage store @ VCK

assalammualaikum =)

ntah kenapa malas btl nak buat entry ni
malas nak taip panjang2
pendek kata sekarang ni cukup malas nak mengadap laptop
baringggggggg jer yg menyeronokkan sekarang ni huhuhu
takpe, sabar azimah sabar...lagi 3 minggu jer to delivered insyaallah

********************
kisah laundry area + garage store di vck pun bermula...
ada lar ruang sket kat belakang vck ni. 
nak pecahkan utk naikkan batu semua bagi luas lagi kwsn dapur, ongkosnya ngak ada hehehe..
so kami just pasang grill ajer. tu pun beribu. nyampah.
itu kisah 2thn lepas masa mula2 pindah masuk ke vck.
byk jer rumah jiran tetangga yg pecah dinding dapur ni dan naikkan batu tutup semua, so dapur jd luas.
takpelah, rezeki masing2.
so kami decide tempat ni nak jadikan laundry area + garage store
memang horror lar area ni sbb burung blh masuk melalui grill tu
kotor wei
nak tgk ke gambar sebelum make over?
jgn terkejut hehehe

 hazabbbbb hahahaha
sayang btl tak di jaga area ni sbb dah pasang tile cantik2 pun ha.
setiap kali nak cuci baju kena pakai selipar
teruk.

so...kan ke sekarang ni mood utk susun atur dan deco2 tgh membuak2..
maka marilah kita sama2 make over area ni
sy pun google lar utk mendapatka idea
perghhhhhhh tgk omputih punya laundry room mmg marvelous wa cakap lu
tak dapek lar nak buat mcm tu kan.

dapat penuhi 3 ciri ni pun dah cukup baik: bersih + kemas + ceria

pepehal kita pasang dulu jaring besi lubang kecik2 ni supaya burung takleh masuk. 
niat asal nak pasang jaring hijau tu jer...tapi mcm tak match lar pulak.
so terpaksalar kuar kan sket kos utk pasang jaring besi ni.
kata sayang rumah kan??

dah siap pasang....

so en.suami pun tlg angkat semua barang2 kat area ni keluar dulu
pastu kak fida tlg cuci lantai bagi bersih
sy ckp kat dia, bersih sehingga sy takyah pakai selipar utk pi cuci baju :-)
alhamdulillah mmg bersih kak fida cuci.

pastu dah kering lantai...kerja2 susun atur dan deco2 pun bermula
bab ni saya suuuukkkaaaaaa sgt hikhikhik

sy ni cakap jer nak deco camne, en.suami jugak yg tlg buatkan
tq abang ya...sayang abg!
haaaa cer tgk frame gambar tu. saya ada 11 keping frame tu hehehe
asalnya tu hadiah yg disediakan oleh ppd masa SBPISB jd tuan rumah kastek 2 thn lepas.
saya call pegawai tu tanya blh tak dihalalkan frame gambar hiasan yg berlebihan ni untuk sy guna?
alhamdulillah dia halalkan :-)

ok jom tgk pic laundry area + garage store kami yg dah bersih, kemas dan ceria... 

 ...seadanya. ampai kain letak luar jer

since kami byk guna dryer, so kami hanya sidai pakaian yg tebal2 mcm jeans tu jer.
blh hanger kat sini klu malas nak
keluar sidai kat ampaian. 
tudung berawning pun blh sidai kat sini.

kat sini pun ada penyangkut ni utk sidai baju

taaaddddaaaaa!!! ok tak?
kalau bakul kain tu dpt colour putih lg cun kot kan?
tapi dah beli hijau..ok jer lar kan.
masa snap pic ni stock byk dah habis

semalam kan gaji, kami dah pun terjah tesco
maka stock pun bertambah...

dah jadi mcm ni...
bekas penyepit kain tu disangkut di rak belakang dynamo, menyorok di situ, pemalu kot hehe
kalau rajin nnt blh lar di label...
kalau malas biar jer mcm ni pun dah ok

 ini plak decoration setentang dgn washing machine dan dryer td. 
haaaaa...frame yg byk2 td tu sy jdkan para seperti ini.
en.suami yg tlg pasang. DIY kekdahnya.
 pagi2 buka tingkap dapur kat area sinki tu, terus nampak deco ni. 
sejukkkkk mata tgk daun hijau wlupun fake hahaha

 kalau omputih depa suka letak tuala bersih gulung2 dalam basket mcm ni
tp sy mcm tak tergamak plak nak letak tuala bersih kat sini
so sy letak koleksi lapik kaki, dah kain lap bersaiz besar
terus dpt 1 ruang kosong kat kabinet dlm rumah hehehe
nmpk tu para ni masih menggunakan frame gambar hiasan td. 

 pastu gantung juga di dinding belakang pintu mcm ni, oh mmg ceria sy sukaaaaa

 deco buat sendiri ni, siap laminate lg

 begitulah ceritanya...
mmg sekarang ni suka benar buka pintu dapur utk tgk area ni
rasa best jer hehehe
terus kita jd rajin nak membasuh dan mengering hahaha

ok itu dulu ya...
moga blh dijadikan inspirasi buat anda semua

jumpa lagi nnt..bye!

if it's me in her shoe ~ MH370

assalammualaikum =)

sungguh...saya amat sedih dgn pengumuman PM mengenai MH370 semalam
selama ini sy mengharapkan yg pesawat tersebut di hijack, supaya masih ada harapan untuk mereka hidup.
walau tidak semua, sekurang-kurangnya masih ada yang hidup
tapi rupanya...mereka berakhir di selatan lautan hindi...
yang kedalamannya sehingga 7km
Ya Allah..moga mereka damai di sana, amiinnn

dan paling saya sedih sedih sedih sedih sgt
bila saya baca catatan isteri ketua peramugara MH370 yg turut sama dalam penerbangan tersebut

iman adalah anak pertama mereka yang masih kecil, masih di bawah 2 thn
muhammad pula baby ke-2 beliau yang masih dalam kandungan, yang akan dilahirkan bulan hadapan insyaallah.
it means dia sedang hamil seperti saya, sedang sarat seperti saya
bayangkan dia berhadapan dgn situasi getir ini dalam keadaan berbadan dua?
Ya Allah...plz keep her strong Ya Allah..
sungguh sy tak mengenali dia
tapi sy dapat rasakan apa yg dia rasa
at least sy cuba untuk rasa
dan betapa pedihnya...pedih amat sgt
dia akan melahirkan muhammad tanpa suami di sisi
Ya Allah...sedih sgt.

bagaimana kalau Allah SWT pilih saya untuk berada di tempat dia?
kuat kah sy?
dgn sedikit dugaan yang Dia telah berikan, sy dah merungut
masyaAllah..Ya Allah...ampunkan dosa2 ku ya Allah...
aku bersyukur atas apa yg telah engkau tetapkan pada ku Ya Allah..
sampai satu tahap, sy membayangkan bagaimana sy nak ke hospital untuk bersalin jika suami sy tiada?
siapa yang blh saya harapkan?
Ya Allah..
moga aku dan suami serta anak2 berkekalan hingga hujung nyawa kami ya Allah
kekalkan mereka bersama ku ya Allah...
merekalah kekuatan hidupkan dgn izinMu ya Allah...

buat intan maizura,
plz be strong my dear
Allah SWT tahu, yg awak cukup kuat untuk berhadapan dgn ujian ini
plz be strong for ur kids
walau tidak mengenali
doa kami tetap bersama mu..

amiinnn ya rabbal allamiinn...

itu dulu...bye semua!

Sunday, March 23, 2014

susun atur beberapa ruang di kitchen cabinet @ villa comel kami

assalammualaikum =)

fuhh malas btl rasanya nak update blog cuti2 ni. 
bkn apa..malas nak on laptop.
dah ler dok kat study room, ni mcm dok dlm sauna
oh en.suami...tlg lar install econ dlm bilik ni huhuhu

**********************************************
semalam, hari pertama cuti sekolah kami pulun set up laundry area di vck. alhamdulilllah dah siap. tu citer kemudian ok. ni nak citer kerja lain dulu yg kami buat semalam juga.
sy byk dibantu oleh kak fida, kakak yg dtg ke rumah utk iron baju dan lipat baju tiap2 minggu tu. lega jgk ada dia sudi tlg, klu sy buat sorang mmg tak larat lar dah sarat beno ni. 
en.suami masa ni set up laundry area which is bermain dgn drill hehehe

ok sy dapat kemas beberapa ruang di kitchen cabinet kami.
gambar sebelum takde pun...alar takyah tgk lar..horror jer pun hahaha
sy just kemas beberapa ruang yg kritikal sblm ni, yg lain sy biar pada kedudukan asal sebab dah puas hati.

mula2 kemas dan susu atur semula periuk dan kuali.
pantree ni baru beli online. emm...susah gak nak pasang dia, ketat semacam. smpi pecah ensuami dok pasang hahaha...mujur tak terkesan sgt.
sebelum ni periuk dan kuali ni letaknya di bawah sinki. now dialihkan ke ruang di tepi tong gas ni sbb pantree ni tak muat masuk rak bawah sinki.
asalnya sy letak stock plastik kat sini.
actually tak guna sgt pun periuk dan kuali ni, kecuali kuali yg hitam tu. kuali turun temuru tu hikhikhik..
kalau periuk kami lbh banyak guna conning ware yg kaca tu. eh btl ke namanya tu? ntah dah lupa huhu

 so ni bawah sinki...better lar than before.
before this lg horror.
plastik2 tu sy masih malas nak lipat ok hahaha
nampak tak batang paip sinki ni senget?
orang yang pasang ni dulu sengaja buat mcm tu utk kurangkan masalah sinki tersumbat katanya...wallahualam
tp alhamdulillah dah 2thn++ dok sini tak penah lg tersumbat sinki kami ni.

ni cabinet sebelah kiri sinki td. sungguh klasik bekas bawang ku itu hahaha...
takde duit lg nak beli bekas bawang tupperware tu :P
hr tu nak beli bekas bawang avon, out of stock lar plak.
kenapa tak label kan semua ni?
ok ok nnt sy labelkan ya :-)
tgh bekas used cooking oil sy kat belah bawah tu, klasik juga kan? hahaha adoi.

ni pula cabinet belah kanan sinki. 
wahhh byknya stock megi! hahahaha

itulah seadanya...
jumpa lg nnt
bye semua!!

Saturday, March 22, 2014

Koleksi amal vs koleksi mama

Assalammualaikum =)

En.suami citer tadi. Mcm ni citernya...

Abah: banyaknya pemadam amal...
Amal: yerlah ni koleksi amal. Mcm koleksi mama jugak.
Abah: koleksi mama apa?
Amal: Koleksi mama handbag lar...

*oh selama ni anak2 memerhati rupanya huhuhu


posted from Bloggeroid

Friday, March 21, 2014

7 things to do

assalammualaikum =)

alhamdulillah dah bertemu dgn hari jumaat yg mulia ini lagi. 
jumaat terakhir persekolahan sbb esok bermulanya cuti pertengahan penggal pertama yeayy!!
9 hari cuti...i dah ada mcm2 plan nak buat kat vck.
holiday??
maaf ya anak2..mama tak lalu. kita lepak2 kat rumah jer yer. 
nak balik kampung pun tak lalu.
lps gaji kita terjah tesco jer cukup lar ya sayang...

i listkan kat sini apa nak buat dlm tempoh cuti 9 hari ni di vck
senang jd rujukan diri sendiri.

1) make over laundry area + garage storage di vck  DONE!
2) kemas beberapa ruang di kitchen cabinet  DONE!
3) set up dan bersihkan baby cot + baby cradle DONE!
4) potong rumput di laman vck
5) tukar mentol yang dah terbakar - ada 4. DONE!
6) marking TIMMS
7) packing beg baby muhammad DONE!


cukup lah 7 perkara ni hehehe..

ok tak sabar nak cuti
blh lar i switch on mode cuti tu sekarang walaupun masih berada kat sekolah ni ha :P

ok itu dulu ya...jumpa lagi nnt! 

Thursday, March 20, 2014

sejukkkk perut mama

assalammualaikum =)


alahai anak-anak...
dikaulah penyeri hidup mama
moga iman amal jadi orang yang berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat
moga rahmat Allah SWT terus bersama mu wahai anak-anakku sayang...



yang ni lepas maghrib mlm td. abah tak dapat nak hantar pi mengaji sebab abah terpaksa bergegas ke sbpisb semula untuk attend jamuan rumah radon. so iman amal mengaji dgn mama jer. mama minta iman ajar amal dulu...ya Allah...rasa nak menitis air mata masa ni. abang iman dapat ajar adiknya iqra dgn baik sekali. syukur alhamdulillah. amal pun dah dpt byk dlm iqra ni.

lps abang iman ajar amal mengaji, turn abg iman plak mengaji dgn mama
alhamdulillah sgt2 dah masuk surah Ali'Imran pun. iman dah dpt mengaji dgn baik, cuma tajwid masih perlu byk dibaiki. takpe...mama yakin abang iman blh. 

itu dulu..bye semua!

set bantal buat my little muhammad

assalammualaikum =)

hari ni i takde kelas yeayy!!
sesekali dapat free mcm ni rasa nak lompat bintang hehehe
semua pelajar T1 dan T2 ada program lain, so target i hr ni nak siapkan fail panitia ni ha...sket lagi. 
jap lagi keputusan SPM akan tiba di sekolah..sebagai guru, dah tentu i rasa berdebar juga wlupun debaran dia tak sehebat masa result PMR keluar. yer lar...i tak mengajar upper form, dah tentu rasa tu lain.

************************************
ok ni nak citer pasal bedding set for my little muhammad. dah siap dah heeeee...excited tau!
i guna jer bantal2 lama abang iman dan abang amal dulu
just tempahkan sarung baru for baby. 
siap tempah 2 set you. 2nd set tu saiz dia besar sket, target untuk guna bila baby dah besar sket nnt.
tapi...i tempah sarung bantal dia banyak! hahaha
masa beli kain tu, i grab jer mana2 corak yg i berkenan,tak kira pun.
pastu tailor ni jahitkan smpi habiskan kain, maka byk lar sarung bantal yg i dapat utk baby muhammad ;-)

kalau ikut hati nak juga beli siap bedding set yg dijual online, tapi rasa membazir plak sbb bantal dah ada. so tempah sarung bantal jer lar. dan i rasa tak kurang comel jugak yg tempah sendiri ni hehehe
minion menjadi antara pilhan...yer lar takkan i nak pilih hello kitty plak kan hikhikhik
utk saiz kecik ni ada 2 bantal kepala dan 1 bantal peluk.

 yang ni bersaiz besar sket. 1 bantal kepala dan 1 bantal peluk

tapi nnt i guna bantal lain untuk baby muhammad balik dr hospital, which is set bantal yg lebih kecil abang iman punya dulu yg i beli siap dr anakku. still elok cantik lagi hehe

haaaaa tgk, bykkan sarung bantal yg i tempah. ni pun ada lagi yg belum siap tau hahaha..
ptg esok siap semua i nak pi ambik insyallah.

itu jer dulu citer utk hari ni. bye semua!

Wednesday, March 19, 2014

e-filing done!!

assalammualaikum =)

sekadar nak share kegembiraan yang sy dah BERJAYA 
isi e-filing buat pertama kalinya selepas 10 tahun bekerja! muahahaha syabas azimah syabas!!

you did it very well!!
syabas sgt2!! 
hahahaha

lapang sket ruang dlm kepala
lepas ni takyah lg tertanya2 kenapa lar potongan cukai perkhidmatan setiap bulan tu byk sgt kan...rm60 tu! blh beli susu anak byk tu! hahaha

happy!!!

Tuesday, March 18, 2014

D.I.Y project on weekend #6 ~ ABC wallpaper for my kids playroom

assalammualaikum =)

projek DIY kali ni inspired dari BLOG INI
best blog sue ni, mcm2 idea. tq sue sudi share idea2 best hehehe

so ahad lepas, dgn bantuan en.suami maka terlaksana lah impian yg 1 ni.

colorful ABC ni sy beli di mr.DIY AEON Bukit Raja yg baru buka tu
harga? alahai tak ingat lar...tp lg murah dr Billion Sg Besar
tu sbb terus beli masa jumpa ni. dulu masa iman kecik2 ada dah beli ABC ni buat main dia...pastu susun jd mat. tak terpikir lansung nak tampal ke dinding. lgpun masa tu dok kuaters kan...masa nak pindah ke vck habis semua bagi kat taska kakak saya hehehe

en.suami guna great nature tape berwarna hijau ni untuk lekatkan ABC ni di dinding

sasaran kami adalah area dinding berdekatan pintu playroom

kami susun rapat2 ABC NI. ikut idea sue, ada jarak sket antara setiap kepingan hurunf ni. tp sue guna kepingan bersaiz besar, kitorang guna yg bersaiz kecil. 

ada gap sket kat tgh2 sbb kat situ dah digantung dgn gambar dan ada remote. malas arr nak cabut plak kan...

alhamdulillah dah siap...ceria bilik anak2 i dgn adanya ABC wallpaper ni hehehe

ok tak? ok tak?

harap perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 

jumpa lagi nnt! babai!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH