FOLLOWERS

Monday, April 30, 2012

klinik pakar kanak-kanak serena

assalammualaikum =)

hari sabtu lepas (28 april 2012) kami sekeluarga ke klinik pakar kanak2 serena di Bukit Rahman Putra untuk mendapatkan rawatan anak2 yg tgh tak sihat ni. harapan kami agar explanation, rawatan dan ubat yg diberi benar2 memuaskan hati sesuai dgn title 'pakar' yg ada pd doktor ni. sy decide utk ke sini hasil dr reseach di internet dan pengalaman kawan2 yg pernah dtg. ramai yg kata klinik ni bagus. harap2 begitulah... maklumlah kami dtg dari sabak bernam, hampir 2jam juga perjalanan ke sini. nak buat mcm mana, tiada doktor pakar kanak2 di sini. takpelah, apa saja yg terbaik utk diberi pada anak2 :-) asalnya sy cuba aturkan temujanji dgn paed di salam specialist hospital, tempat sy melahirkan amal dulu. tp paed bercuti pula weekend ni. 

 demam... nampak wajah tak ceria amal..sedih mama tgk dia 

 iman-amal yg sedang menanti giliran bertemu doctor serena..patient tidak lar begitu ramai so tak lama sgt kami menanti. anak2 blm sampai tahap boring lg.

itu dia dr.serena. kami sgt berpuas hati dgn rawatan, ubat dan explanation yg dia bagi. berikut apa yg doktor telah sahkan mengenai masalah kesihatan anak2 sy:

  • dari simpton2 yg dialami oleh iman-amal, serta pemeriksaan pada salur hidung terbukti IA mengalami mslh allergic hidung dan tekak towards the environment like habuk, debu, sejuk dan panas. tiada masalah pada paru2. they got this allergic from MY genetic owh serius buat mama rasa bersalah again sob sob..
  • allergic ni bkn penyakit so tak perlu risau sgt. tp mesti kena kawal sbb klu dibiarkan ia blh menyebabkan IA mengalami asthma dan ini bahaya!
  • this problem tak blh baik sbb they were always exposed to the environtment right? so doc kata ubat-ubat yg diberi nnt hanya utk mengawal mslh ni supaya tak jadi lbh teruk. ini bermakna tak blh salahkan sesiapa like salah pengasuh or sekolah or whatever tak blh ok. sbb  kat mana2 pun they still exposed to the cause of the problem. hanya blh kawal..like make sure rumah sentiasa dlm keadaan bersih dr habuk dan debu. 
  • no pantang2... especially fruits sbb itu kan sumber utama vitamin. cuma kurangkan pengambilan buah oren. junk food absolutely cannot lar kan sbb mmg tak elok pun. and ais pun reduce lar kan. in fact mmg kat rumah sy no ice at all. klu mkn kat luar jer sesekali orde 'milo ais kurang ais'utk anak2.. pastu cafein pun tak blh ok.
alhamdulillah 2-3 hari ni IA nampak sgt lega dr masalah 'batuk' dan 'selsema' tu. alhamdulillah sgt anak2 rasi dgn ubat2 yg diberi oleh dr.serena. doc kata, mslh anak2 ni tak blh diubati dgn ubat batuk dan selsema sbb diorang sbnrnya bkn batuk dan selsema yg berjangkit tu. ini allergic so kena guna ubat allergic. now takde lagi kahak di tekak amal dan hidung pun dah clear. td mama abah baru jer suluh tekak amal and no more bintik2 merah! lega sgt syukur alhamdulillah! harap anak2 sihat sentiasa lepas ni. please pray for my kids health ok?
thank you readers...really appreciate.

dapat juga :D

Assalammualaikum =)


yeah mama pun dapat juga. 
latest perfume from The Body Shop. 
hadiah sempena hari ibu kata abah.
terima kasih daun keladi hehehe

dari abah buat iman-amal tersayang

assalammualaikum =)

masih di landa monday blues? alarrr jgn blues sgt lar esok kan cuti hehe.. lgpun sy percaya hari ni ramai yg ambil cuti. direct cuti 4 hari sabtu-selasa wahhh serius heaven! tp sy x blh cuti dah lar, sbb last week dah cuti jaga anak yg tak sihat. abah dah blk jumaat lepas. yeah seronok sgt! tak sanggup nak berhadapan dgn kerenah anak2 yg tak sihat tanpa abah diorang. letih mama ok. bila abah blk maka adalah buah tgn utk budak2 ni...jom tgk gambo!

obvious kan wajah tak sihat anak2 saya. masa ni dua2 tgh demam kuat. tp bila big toys mcm ni ada depan mata semua bgn nak main huhu itulah budak2 namanya kan.. klu mama pun dpt toys mcm ni mama jd sihat terus kekeke... remote car ni abah beli. utk mama xde ke?? ngeh ngeh...

 wahhhhh best ni! red for amal

blue for iman. abah, mama merajuk tak dapat apa!


sekian terima kasih

Friday, April 27, 2012

maafkan mama sayang...

assalammualaikum

it will be serious when we talk about child health kan? so ini adalah serious. skrng ni mama rasa bersalahhhhhh sgt pada amal. mama minta maaf sgt yer sayang. klu lar mama tau... masalahnya mama tak tau. mama masih cetek ilmu parenting sob sob.. 
kisahnya bermula [DI SINI] 2 minggu lepas bila mama bawa amal berjumpa doctor di Hospital Sabak Bernam. 


so mama pun mula beri amal mkn segala mcm supplement tu mengikut dos yg tertulis pada setiap botol dan kotak. selang 2-3 hari, kulit kaki dan tgn amal mula menggelupas, bersalin kulit org kata. mama wonder knp lar pulak anak mama ni.. langsung x terpikir nak kaitkan dgn pengambilan supplement ni semua. after 2 weeks, keadaan makin teruk mcm dlm gambar ni (baru snap td). mama pun tanya acik cikin yg bekerja sbgi pharmacist dan ini jwpn dr acik cikin: supplement ni panas. ko kena bagi lebih air atau kurangkan dose. kalau patut ambil sebiji sehari, ko bg 2 hari sebiji. dehydration sgt tu smpi menggelupas.  
mama rasa nak menangis bila baca whatsapp dia ni. apsal lar mama blh tak tau pasal ni? selama ni niat baik bg supplement tu supaya amal sihat. rupanya dah jadi lain. uwwaaaaaaaaaaa mama rasa nak hantuk kepala kat dinding jer apsal aku bodoh sgt ni. selama ni ingat dah ada dua anak dah teror dah ilmu parenting ni rupanya masih ada lg yg tak tau. btl lar kata org, menjadi ibu bermakna kita kena belajar ilmu baru setiap hari.. 
maafkan mama ya sayang... lps ni mama akan lbh behati2. niat di hati sekarang nak mula baca balik majalah pa&ma yg dulu masa iman sorang mmg mama baca setiap bln tak pnh miss. bila anak dah 2, mama dah x baca pa&ma budget mcm tiap2 bln benda yg samaaaa jer dlm magazine tu. i am wrong :-( tak kira mama akan langgan semula mjlh pa&ma sob sob...
so for now, stop dulu semua supplement tu. (dah nak habis sbnrnya, dah plan nak beli yg baru pun sbb since 2 mggu lps mmg mama disiplin bg supplement ni kat amal dgn bantuan pengasuh). lgpun esok pagi dah nak bawa anak2 ke klinik pakar kanak-kanak serena di BRP. mama dan abah nak kan yang terbaik utk iman dan amal... Allah itu Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita. diturunkannya rezeki anak2 dgn mendapat tunggakan gaji baru bln ni, so mama and abah blh guna duit tu utk dptkan rawatan pakar kanak2 pula utk iman dan amal.. anything for you sayang...

maafkan mama sekali lagi
lots of love,
mama.

Thursday, April 26, 2012

shopping before dpt gaji

assalammualaikum =)

hari ni sy mc, bkn sbb tak sihat tp sbb jaga anak yg tak sihat. iman amal dua2 demam. serentak. nape tah.. demam di kala hubby out station seminggu huhu mama rasa nak nangis. sabar.. sabar.. sabar.. x putus makan ubat anak2 sy ni kesian sgt. takpelah..Allah knows the best for us insyaallah..yg penting jgn putus asa dan patah semangat. 
masih tentang cerita aktiviti sy isnin lps. keluar dr klcc kami terus menuju ke GM chowkit. 1st time sy ke sini. ckgu mimie nak beli brg2 utk family day. 


nampak tu ckgu mimie? sonok outing dgn dia. lain kali kita outing sama2 lg ek hehe.. kat GM ni sy dpt beli 4 ekor ultraman dan seekor rasaksa utk anak2 dgn harga yg murah. sonok budak2 ni dpt toys baru. smpi hari ni 5ekor toys tu lar yg diorang dok ulang main. eh ni bkn ultraman yg plastik tu tau. ni jenis yg mahal tu.


kuar dr GM, kami terus ke jln tar plak. wahhh yg ni lg best. teringat betapa seronoknya mama gee story dia jln2 kat sni. nmpk tu ckgu mmie? kira bukti lar ni kami kat sini hehe.. jln tar pd hr isnin tak sesak mana. sng hati kami bershopping. byk jgk sy memborong huhu..


dua pasang baju siap dan sepasang kain 4m. the best part is sy dpt beli dgn harga borong sbb tumpang ckgu mimie yg beli byk utk jualan di sekolah dia. then sy beli jgk 4 tudung awning utk sy dan 1 utk mak, hadiah dia tlg jaga anak2 kat rumah hehe...


hari selasa, sy dah selamat menggayakan baju dan tudung baru yg di beli di jalan tar :D then kami sempat terjah sogo utk mkn mlm. sy mkn yong tau fu kat food court tingkat atas tu. sgt umpphh! lepas mkn jln laju2 cuci mata then terus keluar utk balik. x beli apa pun kat sogo. sggh surau petronas utk solat jamak dan sy selamat tiba di rumah pada jam 10.30pm. walawei...what a good day kan? :-)

Wednesday, April 25, 2012

gift from streetsmart

assalammualaikum =)

ini adalah cenderahati yg sy dpt drpd streetsmart tempoh hari

 2 gift card setiap 1 bernilai rm50.00 untuk shopping @ mesra petronas. nak guna utk isi minyak pun blh. ni kira claim perjalanan lar :-)

dan juga hadiah2 yg comel ini saya suka saya suka...

WW: Face of my love

"When you become a mother, you stop being the picture and start being the frame"




with lots of love,
mama

streetSmart lesson for life

Assalammualaikum =)

23 april (Isnin) baru2 ni sy telah menghadiri program StreetSmart Lesson for Life organized by Petrosains. bahagia sungguh rasanya hari isnin berada di klcc hehe..no monday blues ok :D sy ke klcc menumpang kawan dari STARP, cikgu mimie. a BIG thanx to her yg sudi tumpangkan sy pergi dan balik. 1 special about cikgu mimie: she loves shopping just like me!! yeah..panjang kaki ler lepas program ni hihi..tu citer kemudian ok ;-)
kami bertolak seawal jam 6am. jauh wei, program mula kul 9am-1pm. tak kisah lar, dah biasa. kami tiba di klcc jam 8.50am. antara yg terawal juga sampai. breakfast, minum pagi and lunch semua disediakan. sedap plak tu. 
aktiviti juga sgt menarik. eh korang tau tak streetsmart ni pasal apa? pasal pendidikan keselamatan jalan raya ok, sgt berguna. sgt suggested kpd anda semua utk bawa anak2 ke sini, masuk FOC, siap dpt free gift lg. i will bring my kids here satu hari nnt insyaallah. bahan pameran juga byk yg interaktif, sgt menarik. bengkel juga adalah secara hands-on, BUKAN stock dgr ceramah-buat kertas kerja-pembentangan owh ini BOSAN. tapi aktiviti kat sini semuanya menarik, kami cikgu2 yg attend program ni semuanya enjoy dan ketawa riang ria sepjg di sini. serius x terasa hari isnin pastu lupa diri esoknya adalah selasa means kena dtg sekolah semula menghadap timbunan kerja yg tak pernah habis dgn hati yg ikhlas :-)
ok sudah2 lar merepek wahai TA. jom tgk gambo...





program tamat jam 1pm. kami lunch kejap pastu keluar dr petrosains, pi GF klcc beli Garred popcorn and chocholate at chocolate world then pi solat jamak kat surau pastu zassss keluar dari klcc. ke mana?? jeng jeng jeng...eh hello, anda berada di zone membeli belah ok KL!

Tuesday, April 24, 2012

i miss you so much

I don't wanna feel 
The way that I do 
I just wanna be 
Right here with you 
I don't wanna see 
See us apart 
I just wanna say it straight from my heart 
I miss you... 

cepat balik ya?

 tak best abang takde...


rindu sangat...

Sunday, April 22, 2012

outdoor family photoshoot at Bukit Melawati

assalammualakum =)

dah lama sy idamkan aktiviti ini. tak tau knp tp sy nakkkk sgt melaluinya. then gambar2 ni semua akan diabadikan dalam photobook. kenangan abadi seumur hidup :-)
sempena hari jadi sy yg ke 32thn 12 mei depan, hubby bersetuju utk hadiahkan sy outdoor photoshoot ni. senang ckp dia bayo semua including the photobook hehe.. tq abang. ma appreciate sgt. photographer yg kami pilih ialah IJAD PHOTOGRAPHER. blh juga tgk facebook dia. search jer 'ijad photographer' ok. sy xde fb hehe...
ijad ni ex-students rugby mr.hubby so kami dpt special price tu yg best tu ngeee~~ utk price list and contact number semua tu blh tgk kat blog dia. sy dah link kat atas tu. klu berminat lar hehe... photographer mcm ni biasa amik wedding photo lar kan. tp kami peduli apa hehe.. ikut plan asal kami pilih taman tasik shah alam utk lokasi photo shoot ni. tp kan masa ni anak x sihat sgt so pilih tempat yg lbh dekat lar. bukit melawati kuala selangor menjadi pilihan. serius cantik x menyesal ok.
emm sy xkan upload semua gambar2 photo shoot ni kat sini, cukuplah beberapa keping. selebihnya biar menjadi simpanan kami sekeluarga. klu nak tgk jgk blh lar dtg ke rumah tgk photobook kami ceh azimah perasaan mcm artis duuhhhhhh hahaha
selebihnya, let the picture tell the story :-) 

*blm fully edited ni*









*aim for my next wish list

Saturday, April 21, 2012

kisah sabtu lepas

Assalammualaikum =)

kisah basi yg masih segar dalam memori :-) sabtu lepas (14 april) kami ke bukit melawati kuala selangor utk sesi photo shoot dgn pro-photographer. gambar2 baru jer dpt smlm. tp masih blm fully edited. dia bg dulu yg ada ni sbb sy dah x sabar hehehe...nnt dah fully edited dia bg lg 1 copy yg baru. tp pasal photo shoot tu blm lg nak citer. now cuma nak share gambar anak2 yg ketakutan tgk monyet2 kat sini. klu dulu iman jer yg takut, but this time dgn adik pun menangis sama.. alar sy rasa amal tak takut sbnrnya, tp bila tgk abg dia takut dia pun ikut takut gak. alahai kamu semua ni... macho arr sket hehe...

 sabtu dan ahad kena naik keretapi ke atas bukit

mula2 sampai mcm berani. anak monyet lompat kat amal pun dia ok jer

 ni lar keadaan dia sepjg tgk monyet. nasib baik bila sesi photo shoot bermula (bkn di kawasan yg byk monyet) dua beradik ni dah happy semula. sy siap pesan kat photographer tu, amik muka diorang tgh nangis hehe..

 ops mama pun takut sbnrnya :p

 lari jauh sket

 alalalala comeynya

 si kecik pun dah melalak sama

mama berkata: dah2 jom kita pegi tempat lain yg xde monyet. dah jgn nangis ok

sekian terima kasih

Friday, April 20, 2012

my way

assalammualaikum =)


punyalar lama x update blog. busy tahap dewa ok. alhamdulillah sbpisb sekali lg tercalon untuk menerima 'tawaran baru pengetua' @ new deals. teringat tahun lepas, sy menerima imbuhan yg agak lumayan. syukur sgt :D... nazir insyaallah akan dtg isnin next week. so cikgu2 dan staff di sek jd busy mcm tak cukup tgn kaki. 
dlm pd busy2 tu, sempat juga sy dan en.hubby 'lari' kejap menenangkan kepala yg tgh pening. cadangan asal nak pi tgk wayang citer battle ship. tp waktu tayangan tak sesuai pulak. so kami decide tgk cerita korea ni. dr preview movie ni mmg best, bila dah tgk serius tak menyesal ok BEST SANGAT!. klu xde aktvt lg weekend ni apa kata you all pi tgk citer ni kat cinema? blh tgk preview kat youtube ya.
esok sekolah ganti cuti hari raya haji... so sy akan sambung lg kerja2 memeningkan kepala di sekolah. biasa lar kerja, mana ada yg senang kan? hehehe.. jgn stress ya ;-)


BYE SEMUA!!

Wednesday, April 18, 2012

WW: confused

assalammualaikum =)

i'm confused to make the decision

takpelah, keputusan telah pun dibuat
itu bukan rezeki saya
harap keputusan ini yg terbaik utk semua
anak-anak terutamanya :-)

Tuesday, April 17, 2012

farewell teacher wani

assalammualaikum

permohonan teacher wani untuk berpindah ke johor mengikut suami yg bekerja di sana telah pun diluluskan. mcm tu lar kebanyakkan guru wanita di sini, sbpisb hanya sementara..
TA dgn ikhlas hati mendoakan kebahagian teacher wani selalu ok :-)
TW akan memulakan tugasan di sek men sains kota tinggi SEK MEN SAINS BATU PAHAT pada 2 mei nnt (salah sekolah plak huhu sorry :p)


mlm td, unofficial BBQ party tlh diadakan di Teratak Umi special buat TW. siap buat surprise lg hehehe.. terharu TW dibuatnya tau. klu nak tau TW ni pandai menjahit. semua tudung aidigmah tu TW dan mak dia yg tlg jahit. harga pun berpatutan...

farewell teacher wani! semoga semuanya baik2 ajer nnt ya. keep in touch dgn kami semua di bumi SBPISB ok.. :-)

Monday, April 16, 2012

my 1st desire for 2012 was done! :-))))))

assalammualaikum =)


my desire to have outdoor family photo shoot with pro-photographer was done! 
sedang menanti kedatangan gambar2 tu semua ngeee~~
gambar yg ni pun ambik dr fb si photographer. 
so lps ni asikkk citer n display gambar2 photo shoot kami ni jer lar ok hahaha
taknak tgk terpulang, tiada paksaan :D
semua info mengenai photo shoot ni sy akan cerita kemudian ya :-)
sbnrnya xnak citer lg sbb gambar blm sampai
tapi hati tak tahan!! hahaha
serius best pengalaman ni sbb melibatkan anak2 juga :-) senyum jer sbb happy hehe

skang ni sy nak search any deals for photo book. 
rugi klu tak diabadikan gambar2 ni semua dlm btk buku. 
ada yg memasang impian seperti sy ni juga? 
:-))))))

senyum :D

assalammualaikum =)

happy monday semua! ok ke mood hari ni? hehehe.. terus tanya mood tu :p semoga semua ceria dan bersemangat utk bekerja hr ni ya. perut sy meragam sket lar pg ni. maklumlah smlm masak sambal sotong kering yg mmg umpphh! pastu siap ada ulam n sambal belacan tempoyak masa lunch smlm perghhh.. tak sedar diri perut mmg tak tahan pedas dgn selamba sy mkn byk2 haha... nah rasakan akibatnya pagi ni. 

cantik x??
hr ni nak tayang sudut rumah yg sy letak aromatic candle ni. dulu sy letak bunga segar dr cameron highland kat sini but since bunga tu semua dah slmt bersatu dgn decomposer, so sy ganti dgn aromatic candle ni plak. wangiiiiiii 1 rumah mlm td :D sebab tu kot mood pagi ni pun ok jer wlupun perut tgh dilanda tsunami hahaha... 
coral tu semua btl2 mengingatkan sy pada keindahan dan keseronokan bercuti di KK, Sabah 2009 dulu. best sgt serious! klu ada rezeki nak pi sabah lg ;-)
ok u all, jemput sarapan ya. mlm td gigih masak nasi lemak sbb sambal sotong kering ada lg. so pg ni sy bwk bekal nasi lmk ke sekolah. nasi lemak + sambal sotong kering + telur rebus mmg yummy!! 

banyak kan senyum hari ni ya sbb senyum itu kan satu sedekah

senyum :D
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH