FOLLOWERS

Sunday, January 17, 2010

ini kisah kami semua!

harap2 sempatlar aku update blog ni sementara tggu keta tgh di service...
ya kawan2....itulah hakikatnya. semenjak sesi persekolahan 2010 bermula, sy btl2 kesuntukkan masa nak update blog. nak online pun dah tak sempat. balik rumah dah petang...badan dah cukup letih. tido mlm pun dah tak berkualiti skang ni. maklum saja ada baby ni....(rasanya semua maklum corak tido mama2 yg ada baby kan... hehehe)...ni pun terpaksa curi masa berkualiti bersama anak2 di hujung minggu bawak cik viva pi service kat perodua service centre. sementara tggu service harap2 sempatlar nak update blog. cerita banyak dah terkumpul ni hihi...
ok 1st of all nak cerita about my little baby...amal:
haaaa ini lah dia the latest pic of my baby. dah botak pun. 5 februari ni amal dah 4 bln. percaya tak masuk jer 3bln amal dah meniarap. cepatkan? hihi....dia ni mmg tak sabar nak bermain dgn abang iman.... sabar dik...rilex dulu. at 3 months old berat amal dah 6.0 kg. kira ok lar tak kurus sgt, tak chubby sgt. smpi skang masih breastfeed wlupun tak exclusive. time mama ada kat umah dia akan breastfeed saja, takmo susu botol. sangat best bersembang dgn baby amal skang ni. eee best tau ada baby kecik hihihi...ilang semua penat kat tempat kerja bila tgk muka baby.

ok now about abang iman plak:

inilah wajah terbaru abg iman.. pejam celik dah beso anak teruna saya ni. bln 8 ni dia genap 4thn. tp sy masih blm hantar ke sekolah. isk tak yakin lg lar... maklum saja abg iman ni seorg anak yg manja, mengada2 pun iye, takut kat org jugak. bincang2 dgn mr.hubby, insyaallah bln 6 ni baru nak antar ke sek...nak bg dia biasa n bersedia utk persekolahan yg btl next year.

weekend terakhir sblm buka sekolah baru ni sempat bwk iman pi jusco bukit tinggi together dgn family kak cho. seronok lar layan anak2 hehe...

iman, hana and nurin kat playground jusco bukit tinggi: main...main...main...

aksi iman 'jatuh motor' : sampai terangkat kaki kekeke...

me, iman and kak cho. alahai sian kat kakak ku ini, klu pregnant mmg teruk hihi...

all of us....

blue children notebook for iman. dia cukup suka dgn notebook ni coz sama kaler dgn notebook abah.
itulah kisah kami..... since dah keje ni nak pegang kamera pun tak sempat. ni tgh plan for our holiday during CNY. harap2 menjadi lar hendaknya. nak bersuka ria dgn family, blh release strees tau.
itu dulu utk entry kali ini. jumpa lagi!!

Friday, January 01, 2010

Happy New Year 2010!!


Alhamdulillah kita dah masuk ke tahun 2010...tahun ini bermakna umur sy masuk ke angka 3....30 huhu...(dah tua ke??)
2009 meninggalkan banyak kenangan terindah buat saya dan family. walaupun tak semua azam 2008 tercapai tp sy puas hati kerana 2009 berjalan lancar tanpa sebarang dugaan hebat dlm hidup sy. antara kenangan 2009 yg takkan saya lupakan:
  1. melancong ke sabah 4d3m...bagi sy sekeluarga yg berpendapatan sederhana ni, dapat melancong ke sabah pun dah kira puas hati sgt. disneyland? huhuhu....moga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga utk thn 2010 ini...amin.

  2. pregnant anak ke-2. seperti yg dijangkan sepanjang pregnant "teruk" sama mcm dulu jgk. smpikan pengsan2 time meeting kat hotel gold cost huhu...seharian dok kat hospital besar klang, masuk air. mujur tak warded. dah ler time tu jd ketua pembinaan item, buat malu jer hihihi...

  3. 2nd baby lahir dgn selamat alhamdulillah. muhammad amal hafiy seorang anak yg tak byk ragam...mama sgt happy!. wahhhhh dah 2org anak mama... masuk umur 30thn dah ada anak 2, puas hatilar kan? tp mama takde baby girl lg. blh jd azam 2010 tak?? hahaha

  4. business yg mr.hubby jalankan secara part time amat menggalakkan. sy tumpang happy dan bersyukur di atas kejayaannya. mestilar happy, dapat percent jgk hehehehe... business sy?? alamak sy ni mcm takde bakat jer dlm bidang ni huhu

  5. thn ni jugak mr.hubby dpt APC. tahniah abang....sy bila lg ni??

  6. rezeki yg Allah turunkan pd kami dlm thn 2009 ni juga amat bermakna pd kami. bersalin di hospital swasta, dapat terus buat akikah amal, etc2... semunya memerlukan duit. alhamdulillah semunya berjalan lancar.

so apa azam saya tahun 2010 ni??

  1. nak beli rumah. setelah tertangguh, insyaallah thn ni hasrat kami yg 1 ni pasti terlaksana. setelah dicongak2, kami hanya mampu memiliki rumah teres 4bilik 3 bilik air. fight for corner lot, tp tak dapat jgk, land owner amik. insyaallah dptlar kami end lot. ermmm blh sebnrnya nk memiliki semi-d, tp aku kena stop menjalani terapi minda yg amattttt aku sukai itu. blh ke?? hubby aku tlg jwpkan: tak blh punya ima tu...abg tau dah huhu... tq abg kerana memahami :)

  2. bila amal dah besar sket kami nak melancong lg. yg ni pun amat sy suka. plan thn ni nak pi singapore, pulau langkawi n cameron highland (yg ni wajib coz nak sama mcm iman dulu time 4bln kami bwk pi cameron highland). ermmm bg sesetgh org tempat2 ni mungkin biasa jer. tp kami ni jenis ukur baju dibadan sendiri... so ok lar kan. hehehe pulau langkawi pun kami tak penah jejak lg :P

  3. dr segi kerjaya sy nak tanamkan betul2 dlm hati: kerja itu 1 ibadah. bila dah elok tertanamnya, insyaallah saya lebih ikhlas melakukan semua kerja2 yg diamanahkan. bila dah ikhlas, dah tentu hasilnya juga menggalakkan. (kurangkan rungutan yer azimah....buat jer kerja2 yg diberi tu. dah namanya pun gov servant. mesti jadi seorg guru yg dedikasi ok)

  4. setelah 5thn berkhidmat, sy nak apply 'guru cemerlang'. meminjam kata2 dr guru pakar: tn.hj rizuan, walaupun jala yg ditebar utk menangkap ikan itu koyak2, klu dah rezeki insyaallah akan ada yg tersangkut. yg penting kita buat. klu tak buat dah tentu tak dapat kan...

  5. sy nak jd seorg isteri yg lebih baik... :)

waahhhhhh dah pjg lebar aku bercerita. saya berdoa agar semua hasrat ini akan tercapai insyaallah... sekian dulu utk entry kali ini. jumpa lg!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH