FOLLOWERS

Showing posts with label susun atur. Show all posts
Showing posts with label susun atur. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

deco raya 2017

assalammualaikum semua =)

alhamdulillah dah 26 hari kita puasa. lagi 3 hari insyaa Allah nak raya dah.
so kat villa comel kami ada ler sket2 ganti baru ambik mood nak raya.

sofa baru. puas hati dapat sofa merah muahahaha
yg ni mmg niat nak tukar baru dah lama, sbb sofa lama aku tu dah rosak. 
pastu letak juga owl hijau tu sebagai throw cushion. tema living hall masih kekal merah hitam dan putih. pastu aku byk guna item2 berwarna hijau di sini bg mengelakkan mata jadi merah bebeno..tu sebab pilih owl hijau.

owl hijau ni..menyemak aje sebenarnya hahaha
aku dah selamat pi simpan kat bilik nom.4
living hall dah le kecik. dtg 5 ekor ni plak menyibuk..arghhhh simpan ajelah hehehe
kot ada tetamu nak dtg blh keluarkan, sbb masa ni mainan2 blh simpan. sekarang kita bg keutamaan kat mainan anak2 dulu.

pastu carpet baru. oh best sgt carpet ni. aku beli online. harga pun reasonable. tebal dan lembut nya tu..ya ampunnn aku sukaaaa. best aje kami guling2 atas carpet ni tgk tv.

nampak tak kerusi panjang tu? aku nakkkk sgt remove kerusi tu dan gantikan dgn 2 bijik wing chair kat situ. mesti nmpk lebih elegant..gittteewwww.
TAPIIII bhgn bawah wall kat situ agak comot. klu letak wing chair mesti terserlah kecomotannya. ku tak suka huhu..
so kita tangguh dulu wing chair. hajat di hati, cuti sekolah hujung tahun nak upah org cat dinding living hall dan sedikit dinding menghala ke dapur. ok kalau dah cat, blh dah letak wing chair kat situ. 
4 toys storage tu nak letak kat mana nnt? adalahhhhhh idea aku dah cantik dah ni. peruntukan utk tu pun insyaa Allah ada. tinggal masa aje lagi takde. yerlah..kena tggu cuti sekolah panjang utk urus semua ni. 

pastu ada lah frame gambar keluarga yang baru kat situ

itu aje...nak raya dah. yeayyyy!

bye semua!!

Monday, June 05, 2017

Susun atur baru untuk bilik anak-anak di Villa Comel Kami

assalammualaikum =)

ok catatan travelog TA ke jepun sambung kemudian ya.
cerita pasal vck jap.

katil kat bilik anak dah runtuh!
hahaha..sbnrnya dah hampir sethn runtuh nya. aku je yg tak sempat nak simpan ceritu tu kat sini. 
last aku share cerita tentang susun atur bilik anak ada kat LINK INI. 
Masa tu katil elok lagi. actually dah byk kali runtuhnya. sampai satu tahap en.suami dah tak larat nak betulkan. so kami decide utk buka terus katil tu dan kami hanya ambik part2 tertentu utk digunakan sebagai decoration bilik anak2. bab ni kena kreatif. 
so beli katil baru ke?
tak hahaha...anak2 tido kat atas tilam kat bawah aje. konon2 Japanese style lah kan. tapi anak2 aku mmg suka sbb dpt tido sebelah menyebelah. dulu atas bawah...susah sket utk abg amal.
lagipun bila takde katil ni, space nampak lagi luas dan bilik jadi lbh terang. aku suka.

ini lah dia...alhamdulillah masih ada ruang tepi tilam ni utk anak2 solat dan main. tu rak bwh tingkap tu, adalah part dr katil anak yg dah roboh. DIY jd mcm tu. suka sgt!

tangga katil diubahsuai jd tempat koleksi komik IA. 
lagipun masih ada 2 drawer kat kaki katil ni yg masih elok. blh guna.

ok yg lagi baru semua storage box utk mainan anak2 dah berlabel. dlm entry lain lah update yg tu. malas nak uplod gambo lg. ni gambo2 yg dah save lama dlm blog hahaha

4 biji smile box tu beli kat aeon. pun dah berlabel sekarang. mudah utk IA akses dan plg penting masa nak kemas alik mainan depa.
ok skrng kami menanti almari baru menggantikan almari amal yg ni. pintu dah kopak sbnrnya. so nnt almari ni mama nak guna utk simpan stock mainan jualan mama hehe

takde apa yg berubah

pun masih sama...


ada frame gambo batman di situ. baru gantung.
 pada hari yg sama aku kemas bilik anak2 ni, aku sempat juga kemas store area dlm bilik nombor 3.

sedap mata memandang dah. sblm ni agak horror huhu..

itu dulu. jumpa lagi nnt!

Tuesday, June 28, 2016

susun atur baru bilik anak2

assalammualaikum =)

mcm byk je masa aku update blog sekarang ni kan.
sebenarnya aku rehat jap dr jualan toys bulan puasa ni.
tak larat.
last pengeposan hari tu dlm minggu pertama puasa, pastu aku stop.
nnt lepas cuti raya continue semula belah guni.
alhamdulillah stock masih ada. jumaat ni pun masuk stock lg alhamdulillah sgt.

alkisah di kala org lain sibuk buat kuih raya, aku mmg xde lar nak buat hahaha.
microwave jd gajah putih dah kat dapur tu.
kebetulan warna dia pun putih. elok beno lar tu hahaha

aku dok sonok2 susun atur semula bilik anak2.
actually takdelah nak susun atur semula pun.
tapi terpaksa hahaha
sebenarnya kami ada beli locker lelong lepas prk hari tu.
locker besi utk polis (petugas) prk yg di lelong. so aku plan nak bg iman locker ni sebab dia tinggi. comey plak ada warna oren tu, sesuai utk kanak2. so almari iman bg kat amal..almari amal bg kat irfan. gitulah plan nya.  tapi mana ada ruang dah dlm bilik tu nak masuk almari. tu yg terpaksa susun atur semula. ni semua projek ahad lepas. nak dijadikan cerita, tgh nak alih2 katil tu tetiba prakkkkkkk katil anak runtuh! phewwww!!! jenuh en.suami terpaksa plak bertukang betulkan katil masa tu. udah ler tgh puasa. kesian sgt kat dia. en.suami kata, klu runtuh lagi, kta beli je katil baru utk anak. ewahhhhh mama suka je hahaha...
sebenarnya dah pernah runtuh pun sebelum ni katil tu.


so ini susun atur terkini bilik anak2.
masuk2 je nmpk katil tu. dulu katil tu letak tepi dinding kiri, now letak bawah tingkap. 

 ni pula sy snap dr katil anak. sudut belajar masih tak berubah kecuali dah diletakkan locker besi oren kat kiri tu. belah kanan pula letak rak ikea tu.
memang setiap sudut setiap ruang penuh dgn mainan anak2 aje hahaha
takyah nak heran sgt lah ya hahaha

 almari amal letak belah sini (ruang lama katil). kat pintu tu tempat sidai tuala anak2. ingat nak tukar label storage tu semua. tp blm berkesempatan. hujung tahun ni insyaa Allah.

 so locker oren tu jadi almari iman dan almari kecik tu jd irfan punya. alhamdulilah semua muat dlm bilik kecik ni. tapi isi dalam almari blh di tukar. sabtu or ahad ni lah mamam buat ya hehe.

 katil anak2 kat tepi tingkap.
dah 2 malam depa tido atas katil ni.
mcm pelik ek statement ni? sblm2 ni tido mana?
ok sbnrnya before ni anak2 tido dlm bilik ni juga tapi kena bentang tilam besar kat bawah utk depa berdua. amal tu ha...takut tido sorang2. nak jugak tido sebelah abg dia.
harap dgn susun atur baru ni, depa kekal tido kat katil masing2.
lagi kan...iman amal ni, klu masa cuti je mesti nak tido depan tv. jumaat malam dan sabtu malam mmg akan tido depan tv. dah terbiasa mcm tu. 



 ini ruang utk tarik katil bawah tu di malam hari.
that is why tak letak apa2.
insyaa Allah weekend ni en.suami akan grill tempat gantung sejadah kat bawah deretan kereta tu. haritu en.suami dah tak larat.


itu ajelah. bye semua!

Monday, January 11, 2016

VCK: susun atur baju sekolah anak2 yang telah siap di gosok.

assalammualaikum =)

moh citer sket laju2 pasal susun atur baju sekolah anak2 yg dah siap di iron kat vck ni.
thn lepas, amal baru pra, hanya ada 3 pasang baju purple + 2 pasang baju sukan. 
tahun ni amal dah tahun 1, 5 pasang baju pagi + 5 pasang baju ptg. iman juga mcm tu.


tahun lepas, semua sy gtg kat sini termasuk 2 tuala anak dan 2 sejadah anak.
tahun ni dah tak muat.
tgk lah ni, dah penuh dgn baju sekolah anak2 aje.
nak bagi comel susun atur nya, sy guna hanger kuning yg sama ni, beli kat ikea. saiz tak kecik tak beso, sdg elok utk baju anak2. 
blazer iman tu bg hanger biasa aje, sbb nak bawak ke sekolah, tinggal kat sek utk tempoh setahun.

so kat mana plak sy gtg tuala dan sejadah anak?
haaaaaa tu yg baru.
bilik anak2 sy idak ler beso, seconet je. 
so perlu kreatif utk pastikan susun atur di bilik ni sentiasa rapi.
bila google, sy tgk ada yg hang baju sek anak2 kat laluan di antara bilik, dr ruang tamu ke dapur. 
cantik juga buat mcm tu sbb depa masih susun elok. 
TAPI sy tak berkenan pula bila pakaian bergtg di luar bilik, semak mata.
kecik mcm mana pun bilik, pakaian mesti di dalamnya.

maka inilah hasilnya.
en.suami tlg pasang 3 penyangkut tu, 
alhamdulillah, sy puas hati.
tak mkn ruang lain dlm bilik ni, ruang anak2 belajar dan bermain terutamanya.

iman-amal, both dah sy ajar dr awal utk gantung sejadah dan tuala ke tempat asalnya setiap kali lepas guna. sesekali mereka tetap culas. tak apa, they are still kids right?
mulut mama takkan jemu mengingatkan mereka tentang ini hehe

ok tak uolls? ok lar kan?


itu aje..bye semua!

free tips susun atur utk anda: manfaatkan ruang yg ada semaksimum mungkin. be kreatif. 

daaaaaaaaaaaaaa!

Thursday, February 12, 2015

VCK: my kids homework station

assalammualaikum =)

schedule entry ni u all, taip sekali ptg semalam.
nak update blog masa keje btl2 tak sempat dah skrng ni.

cuba korang search homework station kat pinterest.
perghhhhhh macam2 deco yg kuar semua cun2 menggoda jiwa.

alhamdulillah...since masuk pindah ke vck 3thn lalu, homework station a.k.a meja sudut belajar anak2 yg ada meja kerusi diberi keutamaan utama.
mmg set up siap2 for long term use..means perabot yg dipasang blh guna smpi anak2 dah besar kelak insyaallah. 
sebenarnya dah pernah tayang homework station anak2 sy dlm entry ini
tapi this time sy makeover sket bg lg cun.
alarrrrr bkn hebat sgt pun hahaha
saja buat ayat yg nmpk hebat :p

ini dia homework station anak2 sy di vck
most of things here beli kat ikea

 baru install benda ni ha untuk letak segala mcm alat tulis iman amal.
bekas merah putih tu dah lama beli sbnrnya.
yg baru beli cuma dia punya besi bygel tu

 emmm nape tah takde plak gambar yg sy snap dr pandangan hadapan homework station ni hahaha
takpe, yg nak tgk pndangan hadapan blh click kat link entry atas tu ha
ada pic kat situ
cuma pic yg tu takde lg install bekas alat tulis ni

mmg kat sinilah tempat anak2 buat homework mereka setiap malam.
amal, since masuk pra ni mmg takde homework
so mama bg dia buat latihan dlm buku kerja yg mama beli sendiri 

ok itu aje nak share
bye semua!

Wednesday, January 28, 2015

VCK: susun atur kabinet bawah sinki

assalammualaikum =)

wordless Wednesday...blh ya?
share susun atur terkini kabinet bawah sinki di villa comel kami






lambatnya jumaat huhuhu

itu dulu. bye semua!

Wednesday, January 14, 2015

vck: storage organizing

assalammualaikum =)

fuh penat!
moh rehat jap sementara tggu latihan merentas desa kul 3pm ni.
cuaca hari ni dah le terik.
hitam ler TA nnt huhuhuhu

meh nak share citer.
ini juga dikerjakan masa cuti sekolah hujung tahun lepas.
mmg all out re-organize and re-deco of our vck.
bila tak bercuti ke mana, ni ler jadinya hehehe

kat vck takde bilik stor.
semua 4 bilik kami gunakan secara maksimum.
saper2 yg follow catatan aku dlm blog ni pasti tahu.
 so kat mana kami simpan segala mcm peradak?
jawapannya di bilik nom 3 hahaha
kat situ lar soho kami suami isteri..
kat situlah mini library
kat situlah tempat main ps2 anak2
kat situ juga stor kami

untuk memastikan bilik ni dlm keadaan yg sgttttt kondusif utk kami gunakan
maka susun atur barang2 / peradak mestilah kemas.

 alhamdulillah...dapat juga rak besi ni. 
siap dpt 2 ketul hehehe
warna merah lg tu..i is suka!

terima kasih en.suami yg gigih bantu sy set up rak besi ni
bila barang2 di susun kat sini, senang nak ambik.
kalau dulu takde rak besi, mmg susun jer bertindih2.
bila nak ambik barang yg bawah sekali, jenuh.
paling penting kena pastikan barang2 ni semua dlm keadaan yg tersusun, 
baru sedap mata memandang.
moga blh dijadikan contoh bg mereka yg nak mencontohi ya :-)

kedudukan rak besi ni di dinding sebelah kanan bilik ni.
setentang dgn dinding ni adalah mini library + ps2 centre.
soho suami di sudut kiri tepi tingkap nun.
soho say pula di dinding kiri setentang tingkap.
blh imagine?
bagusss.

bila lar en.suami nak install econ kat bilik ni ya huhuhu
panassss sgt waktu siang dlm bilik ni
alangkah kondusif nya kalau ada econ.

baru ni en,suami tanya: 
'kalau abg ada budget, ma nak install econ kat bilik nom.3 or nak pi bercuti?'

aduhhhhh pilihan tu sgt susah nak di pilih.\
kalau u all pilih yg mana?

ok itu dulu..bye semua!

Sunday, December 28, 2014

korean style handbag organizer

assalammualaikum =)

salam hujung minggu buat semua!
mari kita sama2 doa moga bah yg berlaku di pantai timur cepat surut.
macam2 cerita yg kita semua dah baca kan?
sedih..sungguh saya sedih sgt!
takde nak menyalahkan sesiapa
cuma saya sedih dan simpati amat sgt pd mangsa
benarkah ada baby atas bukit yg turut terkorban?
wallahhualam...
kita teruskan berdoa untuk mereka ya

ok kali ni nak citer pasal susun atur handbag.
entah kenapa sy lbh suka handbag dgn 1 compartment saja.
senang semua pakai campak dlm tu.
tapi bila nak cari balik satu2 benda haaaaaaaa jenuh!
contoh lepas shopping, smpi ke kereta nak cari balik car key, gelabah!
tu blm lg klu tgh drive tetiba hset dlm hbag berbunyi
ayoyoyo tergagau2 dibuatnya hahaha

pernah dulu baca blog dr.harlina, dia menggunakan handbag organizer ni
dr situ terus jatuh cinta
tapi baru seminggu dua ni sy dpt beli online
korean style handbag organizer!
best sgt!
jom tgk pic.

handbag kesayangan
ini ori..byk juga beli yg 3a..eh samaaaa je material dan designnya hahaha
so utk org tak berduit mcm sy ni, better beli yg tak ori, dpt beli byk! 
blh tukar2 selalu! hahaha...
so sape2 nak join group peminat handbag di whatssapp blh hubungi saya ya 0133854774
sempatttttt lg promote kekekeke

 handbag ni 1 compartmet
dan ini setelah sy letakkan handbag organizer di dalamnya
sgt practical!

 inilah rupa bentuk handbag organizer tu
ada mcm2 warna
dah tentu sy pilih merah kan ihiks
saiz nya sedang elok nak masuk dlm handbag standard size
hobo size pun muat
means handbag organizer ni tak muat utk saiz A4 ya.
ipad still muat
bhgn depan, sy letakkan pen merah dan hitam. 
dlm coin purse tu adalah koleksi pendrive saya. 
sebelah coin purse tu sy letakkan handset.
masih berbaki 1 compartment di sebelah pen

dlm compartmet yg berzip ni sy letakkan buku nota kecil dan sampul duit raya.

 bhgn tgh ni yg sy letakkan wristlet (menggantikan fungsi purse buat masa ni) dan  novel yg kononnya nak di baca di kala free
moga impian jadi kenyataan hahaha

 dlm compartment berzip bhgn blkng sy letakkan tab

dan bhgn blkng sy letakkan tisu serta gula2 sakit tekak lepas menjerit2 di kelas.
nmpk tak sy takde letak barang make up pun?
sbb make up sy dlm bag khas yg lain sekali dgn telekung sy tinggalkan saja di bilik guru

tapi baru ni masa outing pi farm in the city and icity
sy susun sekali barang make up sy kat sini
perfect! 
terpulang pd citarasa masing2 lar kan
sy mmg nak kurangkan berat that is why barang make up tgglkan aje di tempat kerja

lg satu advantage menggunakan handbag organizer ni
senanggggggg gila bila nak tukar handbag
alihkan aje handbag organizer ni dr bag A ke bag B
mudah sgt kan???

sesuaiiii utk org yg suka tukar2 handbag setiap minggu mcm saya hihihi

ok jgn di tanya kat mana i beli, udah lupa huhuhu
yg sy ingat sy beli di fb kat kedai yg jual barang baby
lepas order handbag organizer ni sy terus remove dr friend list
almaklumlah guna fb en.suami utk shopping hahaha
kalau ada yg berminat cer try search ok

itu dulu..bye semua!

Monday, December 15, 2014

my 2015 planner

assalammualaikum =)

1st time ni ada planner yg proper
sblm2 ni sy cuma ada buku nota yg dlm tu saya catatkan segala mcm info utk tahun tersebut
biasanya dipenuhi dgn minit mesyuarat huhuhuhu

so thn ni tergerak hati nak punya planner yg proper
bagi yg rajin dan punya banyak masa blh buat sendiri
google jer free planner for printing
belambak keluar
susun ler sendiri ikut kehendak kan

tapi sy ambik jalan mudah aje hahaha
saya beli softcopy dari fizah
boleh jenguk blog dia ya


nak beli hardcopy pun blh
byk pakej yg fiza sediakan
memandangkan kat vck ada semua dah utk kerja2 printing dan binding
maka sy beli aje softcopy

 cadang asal nak ikut idea fizah utk laminate warpping paper yg cun2 utk jd cover dpn belakang
tp bila tgk cover ni pun dah cun dan ceria
sy just letak plastik cover ajer habis citer hahaha
aku mmg suka memudahkan kerja uhuk

complete fizah sediakan dlm ni tau
ada daily planner
ada mothly planner
ada ruang utk daily menu
ada ruang notes utk catat minit mesyuarat
ada mcm2 lah
1 jer yg takde..sbb sy beli softcopy maka tak dapat monthly tab huhuhu
nak buat sendiri i is malas
so takyah ada pun takpe kot

sape2 berminat blh contact fizah utk tempah ya
yuzai_angah@yahoo.com

itu dulu...bye semua!

Thursday, December 11, 2014

DIY Project on weekend #10 ~ cara menguruskan wayar berselirat di bhgn SOHO menggunakan lego!

assalammualaikum =)

letih arr nak siapkan printing slip PBS ni
banyak gila!
dah ler tak blh nak select all to print
kena click satu per satu
kadang rasa mcm jadi kuli je..
uiks...astaghfirullah...azimah, mesti ikhlas kerana Allah ya!

ok sambil tggu printer ni terkedek2 print slip pbs
moh kita update blog.
ni tak ingat dah weekend bila..
tapi project dlm cuti sek ni lar.
bg yg taktau SOHO = SMALL OFFICE HOME OFFICE
a.k.a meja kerja kat bilik nom.3 kami yg merangkap mini library dan juga stor hahaha
uiks, ckp pasal stor, sy dah dpt 2set rak besi utk letak barang simpanan ni yeay!!!!
rak besi merah lg tu.
tak sabar nak susun atur next week. 

ini SOHO bhgn pn.isteri
laptop..printer..charger tab..charger hset..oit serabut tgk wayar2 berselirat!
tapi i takde plak gambar before
ada gambo after jer...hasil DIY kotak kasut.

taaaddddaaaaaaa!!!
terletak di belakang printer.

rupa dlm kotak kasut dgn wayar penyambung yg sy sumbat dlm ni
biar ler dia berselirat dlm ni diam2
asal tidak berselirat di mata ku ini ecewah
nmpk tak sy tebuk lubang kat kiri kotak tu?
belah kanan kebetulan dah mmg ada lubang bulat.
sy takde nak balut2 pun kotak ni sbb dah mmg malas cantik 
agagagagaa hahhahaha

haaaaaaaaaaaaaa ni part paling best
nmpk tak ada 2 ketul lego yg sy lekatkan di meja kerja sy ni utk 'pegang' kabel charger
comel dak? comel dak? kagum dak?
hahaha
sy dpt idea ni dr pinterest
kat tgn lego kecik2 ni mmg ada ruang just nice nak pegang wayar ni
oit jgn tak caya siap ada drama air mata aku nak mintak 2 ketul lego kecik ni dr amal
iman tak kisah tapi amal meraung ko tak bagi
mcm2 aku umpan dan janji
akhirnya dpt gak 2 ketul ni
tu pun aku agak dia bg yg paling tak best dlm koleksi dia hahaha
gasak arr
aku bkn kenal karakter lego ni semua
yg aku tau dia blh pegang wayar ni molek2 kat meja aku hahaha
tq amal ya ;-)

ok aku mmg malas nak edit pic utk letak watermark
naya arr kena curi ni kang hahaha

ok you all, agak2 idea ni best, sila lar guna ya.
tapi jgn cilok pic ni :P wakakakaka
cilok idea jer dibenarkan hahaha

ok itu dulu
bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH