FOLLOWERS

Showing posts with label cameron highland 2012. Show all posts
Showing posts with label cameron highland 2012. Show all posts

Tuesday, March 06, 2012

misi makan2 di Cameron Highland - kisah akhir

assalammualaikum =)

amal bgn tido jam 5.30am hanya utk berak!! alahai tu lar mkn lg strawberry byk2 hahaha..sian dia tau mata masih ngantuk tp dok meneran hahaha comel jer. mujur lepas cuci tu dia blh tido blk. then lepas solat subuh mama n abah pun sambung zzzz... pastu kul 8 iman plak bgn. mengadu lapar lg. perghh mlm td sikit punya byk dia mkn nasi ni bgn pagi2 dah ngadu lapar lg. mujur ada lg balance sotong grg topeng yg beli kat pasar mlm ptg smlm. mama n iman ratah sotong gng tepung sambil tgk upin ipin kat ipad while abah n amal masih lena. sooooo sweet weekend mcm ni tau. bgn tido ko xyah pk bfast mcm mana, takyah penat2 nak kemas rumah, nak cuci baju, lipat kain masak gosok baju etc etc....sungguh heaven ok! alangkah seronoknya kalau byk duit blh bercuti selalu. pang!! uh?? ok dah sedar diri semula :D

sekitar jam 9am kami dah siap2 utk check out and nak pi bfast. tak hujan dah, tapi cuaca masih sejookkkk! sweater semua dah basah. tp anak2 ok jer pakai mcm ni. diorang active so takdelar menggigil sejuk.

 my handsome boy! ramai tau yg tanya knp iman putih amal hitam? knp iman boolat amal kurus? alahai... ni dulu cikgu sains diorang tak ajar ke pasal variation? manusia ni menjalankan sexual reproduction, not ASEXUAL REPRODUCTION ok. better u google about this two type of reproduction.  hahaha padan muka semua kena bebel dgn cikgu sains ni :p

tuan blog nak enterframe jgk ngeh ngeh

 kami bfast di sini. TERBAIK! nasi lemak dia best siap guna timun yg mahal tu. roti canai pun marvelous! 

 klu xde ipad mmg jenuh jgk nak bg budak2 ni duduk diam

 alalalala buat muka comel plak dia. geget kang!

 yg ni harap bdn je beso...dia blh merengek panas masa tiba2 ada pancaran matahari yg terik kat sini. ecececece berlagak kamu yer mcm tak penah kena matahari plak hahaha mengada!

 masuk keta, jalan sket tetiba nmpk plak ada pasar pagi kat tepi jalan tu. oh tak blh dilepaskan! dah ler ptg smlm x dpt nak all out kat pasar mlm tu. so blh beli lg semua yg2 sedap2 tu utk mkn dlm keta yeeeehaaaaa

 tak beli

 beli teh dan jem starwberry lg

 sonok dia jalan sambil makan2

 haaaaa kali ni sy terjebak pd keindahan bunga2 ni semua. murah2 ok. nnt sy tunjukkan apa yg sy buat pd bunga2 yg sy beli. suka sgt!

 cuci cuci mata

 epal cameron highland?

 juga epal cameron highland?

ok lepas beli jagung rebus, strawberry dan pelbagai mknn lazat utk bekalan dlm keta kami pun gerak keluar dr brincang. kali ni lansung tak beli sayur-sayuran dr cameron highland hahaha... sy ni dahler 'rajin' bebeno nak memasak kang habis rosak jer sayur2 tu dlm peti ais. then otw balik sempat singgah di ladang teh bharat utk sesi bergambar jap. 

 my favo photo!

 suka jgk yg ni!

 small umbrella for my boys. nak buat camne dah xde anak pompuan hehe

 alahai perut nmpk booncittt plak dlm gambar ni. ok sbnrnya sy pakai seluar 2 lapis sbb jeans sy ni basah. so pki seluar tido mlm td kat lapisan dlm. shhh diam tau hehe jgn mengada nak kata perut sy buncit ok hahaha.

family moment =)

ok dah habis cerita pasal cameron highland. percaya tak kami akan ke sini lg pd 12 mei akan dtg? owh tak sabar to celebrate my besday kat sini. eh knp nak dtg sini lg tak jemu ke? ok ada sbbnya nnt sy cerita kemudian ok. bye bye semua!!! 

misi makan2 di Cameron Highland - kisah 2

assalammualaikum =)

keluar dr Cameron Valley Tea House, kami terus ke pasar malam Brinchang. pasar malam ni di buka pd hari jumaat dan sabtu seawal jam 2pm. masa sy smpi di tapak pasar malam sekitar jam 5pm, cuaca nampak terang alhamdulillah... semangat membara ni nak beli mknn kat sini :D

 JOM TERJAH! budak 2 orang tu lbh excited dr mama hehe

 mula2 beli strawberry. amal cukup suka mkn buah strawberry, lbh 10 biji masuk dlm mulut dia. akibatnya 5.30am ahad dah bgn utk berak. alahai...tak dpt nak bgn lmbt huhu..

 buah epal Cameron yg glamour. tp kami x beli pun.

 beraneka jenis serbuk teh. pun x beli jgk. sbb target kami adalah CV tea je 

 strawberry cecah chocolate. beli secucuk mkn kat hotel. rupanya bila dah lama = chocolate dah membeku, jd tak sedap. dia sedap masa chocolate masih cair.

 ada ayam golek. alar yg ni kat tempat kita pun banyak, tak heran lar hehe..

 waaaaaa x menahan yg ni! ada soteng goreng tepung, udang goreng tepung, ketam goreng tepung pun ada! sangat rangup dan yummy!! puas hati kami meratah seafood goreng ni hahaha..

 yg ni pun best! pelbagai jenis sayuran dan cendawan goreng tepung. serius sedap weiii benda ni semua lar yg buat kami rasa mcm nak pegi lg ke sini. korang bayangkan mkn semua ni yg masih panas2 dlm keadaan cuaca sejuk perghhhh tergugat jadual diet muahahaha

 sukaaaa sgt mkn strawberry. habis comot sweater comel ni.

 nyam nyam nyam...

 perghhhhhh TERBAIK!!! sesuai dgn nama dan harganya. JAGUNG MUTIARA REBUS YG SGT SEDAP. setongkol rm4 huhuhu... tp serius puas hati lar makan makan makan dan makan lagi

 madu lebah asli. hubby beli sebotol utk bagi kat anak2. ubat batuk jgk kan ni?

 saya suka! saya suka! (buat mcm nada mei mei kwn upin ipin tu) 
keledek rebus lemak manis lazat berkrim <-----tipu mana ada krim. byk sy mkn yg ni haha

 buah-buahan tempatan. tak beli

 yg ni pun x beli sbb xleh makan :p

 blm lagi kami smpi ke penghujung pasar malam, hujan turun dgn lebat secara tiba2. kami berempat kuyup! hahaha...payung dah le tinggal dlm keta. adohai kesian kat amal menggigil dia. iman xpe byk lemak hehe..

 masa ni kami cuba gak berteduh tp dah lama sgt takleh jadi ni so redah jugak laju2 nak cepat smpi hotel. habis basah jeans sy n hubby udahhhhh 1 hal lar plak. dah ler tak bwk spare seluar lain. akibatnya kami berdua terpaksa pakai jeans yg basah utk keluar mkn mlm dan ahad tu pun seluar masih basah. seejoooook!!  

balik hotel - mandi2 bg anak tukar baju - makan makan dan makan - mlm tu hujan masih lebat -perut dah lapar semula so keluar jgk redah hujan utk ke tempat mkn. kami mkn kat gerai atas ni jer, kat depan hotel. tp pic ni sy snap masa siang. keluar mlm tu x bwk kamera pun mana nak menang tgn nak pegang payung, pegang tgn anak, so camera hilang priority masa ni. tp serius penuh gerai makan ni. lama jugak kami menanti menu smpi. tp bila dah sampai mmg puas hati! tak sia-sia kami tggu lama sebab mknn dia mmmggggg sgt sedap dan banyak! korang bayangkan hirup tomyam campur yg panas masa badan tgh menggigil kesejukan perghhhh terbaik wa cakap lu! setiap set mknn dia pun banyak. dan harga pun ok sgt berbaloi :D next time dtg sini kami pasti akan mkn mlm kat sini lagi tak kira hahaha

ok perut dah kenyang-balik hotel-switch off lampu dan zzzzzzzz
nnt sambung citer lg ok :-)

Monday, March 05, 2012

misi makan2 di Cameron Highland - kisah 1

assalammualaikum =)

spending our weekend at cameron highland this time bknlah 1 percutian yg dirancang. semuanya bermula pd pagi Jumaat (2 mac 2012), otw hantar anak ke sek bila tiba2 hubby bgtau serbuk Cameron Valley Tea dah habis. tinggal lg sekali bancuh jer. kbtln pg ni hubby yg buatkan teh utk light bfast kami. semenjak kawin, kami hanya guna  CV tea ni di rumah. sangat sedap, lain dr rasa teh boh dll tu. eh teh boh juga dr cameron highland kan? tak tau tak tau hehehe...yg pasti CV tea ni sgt 'kena' dgn tekak kami sekeluarga. so kehabisan stock CV Tea menjadi sebab utama kami ke sana kali ni. blh gitu?? muahahaha...

inilah rupanya CV tea yg menjadi favo kami semua. takleh beli byk2 sbb nnt dah xde alasan nak ke sana lg :P 2 kotak cukup. so lps bincang2 dgn en.suami dlm keta sblm smpi di tmpt kerja, kami setuju utk ke sana esoknya (sabtu). apa yg pasti, kami hanya akan stay di hotel budget utk 1 mlm sbb budget yg ada mmg dah ciput. ni blm cuti sek lg ni huhu... dan misi ke-2 kami utk ke sana adalah utk MAKAN-MAKAN!.. takleh menahan bila bayangkan jagung mutiara rebus yg manis, strawberry yg enak, cendawan grg tepung yg rangup, keledek rebus dll yg ada kat sana, serta merta sy jd excited! TA ni kalau bab berjalan mmg tak menolak hahahaha...
sampi di sek sy segera mengoogle hotel budget yg ada di brinchang. senang blh jln kaki jer nak terjah pasar malam. pilihan utama adalah sri juliana chalet. tp bila call dah fully booked plak. so mls nak pk pjg, sy booked  bilik di hotel ghua chun kat brinchang tu. tu pun dpt info dr blog2 yg sy terjah. 

sy cuma bayar rm118 untuk stay di bilik dgn1 queen bed + 1 single bed ni. berbaloi2 kan? kira bolehlar..utk percutian budget ni :D but of coz lar takleh compare dgn century pine resort hotel yg kami stay dulu kan hihi...

 ada flat screen tv lg. 

so hari sabtu tu, sekitar jam 10.30am HUH KANTOI!! kami dah bergerak ke CH. singgah mkn jap kat pekan sabak then sambung perjalanan dgn riang ria. 

kami ke sana melalui simpang pulai. takpelah jauh sikit asalkan condition jalan dia ok. masa nak naik CH, hujan dah mula turun dgn lebat. wahhh mesti sejuk kat atas nnt! sy dahler tak bawak sweater, konon nak guna pashmina jer, sekali haaaa amik ko, menggigil kesejukan!

after check-in hotel sekitar jam 3pm, anak2 dah mengadu lapar. yerlar td masa lunch anak2 tak mkn byk pun. so kami keluar balik utk ke Cameron Valley Tea house to enjoy our tea time =) 

alar....chocolate cake takde, dah habis. mesti iman n amal x mkn sgt ni. betul tekaan sy.. budak2 ni bkn makan sgt muffin n sandwich ni. sudahnya mama and abah jgk yg kenyang huhu

smile...and click!! konon kebal pki baju nipis2 ni chehhh :p

 tgk sini and senyum semua!! 

 happy! 

syurga hati mama =) cuba tgk kabus tebal kat belakang tu. sejoookkkk!

lepas lepak2, rilex2 amik gambo sesuka hati kat sini, anak2 pun merasa main hujan yg sedang renyai, kami pun masuk keta semula utk menerjah pasar malam brinchang. serius sy sgt tak sabar nak ke sini! moga tak hujan kat brinchang nnt... ok sy sambung cerita dlm next entry ya. bye semua!!

JUMPA LAGI!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH