FOLLOWERS

Showing posts with label Gold Coast Morib Resort. Show all posts
Showing posts with label Gold Coast Morib Resort. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

gold coast morib resort - random story

assalammualaikum =)

entry terakhir kisah percutian pendek sy di sini
nak tunjuk tempat buffet dinner kami di cafe, takde plak gambo sbb galak makan hahaha
maklumlah kali ni mood anak2 sgt baik
jd mama dan abah dpt makan dgn bertenang
in fact anak2 pun mkn byk kali ni
tak mcm masa kat pangkor island beach resort dulu huhu
buffet dinner yg disediakan juga not bad, terutama steamboat dia. sedap!

 buffet breakfast pula disediakan di kawasan open air ni di tepi pantai
kawasan ni lbh luas untuk menampung jumlah pengunjung yg ramai
klu breakfast kat cafe jgk mmg sesak arr
mknn yg disediakan utk buffet breakfast juga sedap...mmg best
pilihan pun byk
cuma satu arr yg sy tak suka sket, ada lalat lar plak kat meja mkn dia ni..sabor jer lar

 kat area tepi pantai ni juga ada utopia korea restaurant

 nampak mcm best

selama stay kat sini, tiap kali melalui pintu masuk sisi antara lobby dgn water park, pasti kami di sapa oleh patung merah ni

amal cukupppp suka dgn patung ni hahaha
setiap kali bertemu mesti dia akan ajuk gaya patung ni, memang kelakar
siap buat sengih yg sama

 gaya abg iman tak berapa nak jadi tapi amal mmg sama hehehe

dalam pool pun dia masih suka buat gaya ni...
obviously mood anak2 masa kat sini mmg baik
yer lar...masa kat pangkor island beach resort dulu diorang sakit kena hot shower
tu yg mood pun swing semacam...sian anak mama
kat sini ok jer alhamdulillah...

maka dgn ini berakhirlah kisah percutian pendek kami ke sini
pada sape2 yg takde plan lg untuk cuti sek 2mggu yg semakin hampir, blh lar bawa anak2 kat sini
mmg best
pi tgk livingsocial, masih ada lagi promotion utk resort ni. berbaloi2..

itu dulu, bye semua!!

ADA SESIAPA NAK TEMPAH TUDUNG? 
BOLEH EMAIL SAYA YA. TQ

Tuesday, May 14, 2013

Gold Coast Morib Resort- the water park

 assalammualaikum =)

jom teruskan usaha menghabiskan cerita percutian pendek kami ke sini
dlm entry ni saya paparkan keseronokan di water park
kanak-kanak confirm suka punya main air kat sini
tak caya cuba bawak mai
bukan takat kanak-kanak, org dewasa pun sama
pakej yg sy ambik ni dah termasuk dgn ticket water park utk 2 dewasa dan 2 kanak2. 
blh keluar masuk byk kali selagi tag pada tgn tidak ditanggalkan.
sy siap bawak stapler sbb anak sy ni mana nak tag tu lama2 kat tgn, rimas.
so time nak masuk jer pakai tag hehe...pastu simpan elok2. esok pakaikan balik. 
emmm water park ni jer kot tarikan utama di resort ni.
nak mandi pantai tak blh kot sbb pantai morib ni air dia berlumpur. 
jom tgk gambar yang banyak
tapi sbb ada masa lebih sket, sy masukkan dlm collage jer
takde edit apa pun.

gambar keseluruhan water park. sy snap dr balkoni bilik kami.

view sekitar water park

lagi view sekitar water park.
cantik sbb byk pokok-pokok hijau


 our bonding time :)





 taktau nak ckp mcm mana tapi mmg best.
ada lg satu entry utk habiskan kisah percutian kami ke sini
itu dulu ya, bye semua!

Wednesday, May 08, 2013

Gold Coast Morib Resort- the room and the lobby

assalammualaikum =)

sambungan cerita dari SINI

kami tiba di hotel sekitar jam 3.30pm
sedang elok nak check in.
bhgn depan hotel ni sedang rancak berjalan projek pembinaan fasa baru GCMR
kesannya, kabel bawah tanah untuk talian telefon di hotel terganggu.
so takde tipon dlm bilik ok. guna handphone sendiri aje.

ingatkan check in hari ahad tak ramai org.
rupanya ramalan ku meleset belaka
inilah satu2nya hotel yg pernah sy masuk, kena Q panjang utk check in
actually dah bersedia pun utk situasi ni hasil review blog lain yg pernah ke sini dah
tp tak sangka plak ramai jgk yg check in hari ahad
rupanya ramai jgk yg ambik cuti semata2 nak ke sini hehe
mmg hebat promotion yg hotel ni buat
marketing strategy yg lain dr lain

sy pki t-shirt All Black jer, sedondon dgn en.suami 
sbnrnya, inilah sy...yg klu nmpk ayu semacam tu sgt jarang berlaku.
pakai tshirt and jeans lbh selesa

 anak2 yg baru bgn tido.
biasanya klu check in hotel, itulah yg kami bawak: 1 beg beso + bakul susu anak2. yg dlm plastik tu kudapan baru beli. stroller mmg dah lamaaaaa tinggal terperuk kat rumah

 check in hari ahad pun ramai mcm ni

 kami dpt bilik di tingkat 8.
bilik yg luas with 2 super single bed. mmg puas hati. anak2 blh berkejaran dlm bilik ni

 perfect enough for us.

 setiap bilik ada balkoni mengadap water park.
yg ni kena berhati2, kena pastikan bertutup sbb kita bwk anak2.
klu nak keluar ke balkoni pun mesti dgn mama or abah.
kat balkoni ada set meja kopi. lupa nak snap pic.

jacuzzi yg diwarwarkan
anak2 sy fobia bila nmpk jacuzzi ni.
so diorang just mandi kat shower jer
tak bestnya bila on jacuzzi, bunyinya sgt bising.

 bath room yg sgt besar.
siap ada glass room for shower.




view dr bilik kami :-)

 masa kami sampai air di lautan tgh surut



masa kami masuk ke bilik ni, bilik mmg dah kemas, cuma towel takde.
terpaksa lar call pihak hotel inform perkara ni.
lbh sejam menunggu baru towel smpi. itupun selepas sy pi serang ke kaunter dia 
en.suami dan anak2 dah pi water park dulu. sementara tggu towel di hantar dpt lar rehat jap kat bilik sambil2 iron baju. kiranya ni jer yg tak best masa kami kat sini. lain2 semua ok.

itu dulu ya.
nnt sambung lg. bye semua!

EMAIL SAYA JIKA BERMINAT NAK TEMPAH TUDUNG.
TERIMA KASIH

Tuesday, April 30, 2013

2D1N get away package to Gold Coast Morib Resort

assalammualaikum =)

mula bercerita tentang short vacation kami ke sini.
menggunakan pembelian voucher dr matta fair tempoh hari.
bezanya dgn promotion voucher dr livingsocial or groupon semua tu, ada free 2 children water theme park ticket.  
lain2 semua sama.


best!
rasanya lagi best dr Tiara Beach Resort.

sy review kemudian lar yer.
ni nak bergegas ke makmal, ada kelas kul 2pm-3pm ni.
bye semua!!

HAPPY LABOUR DAY TO ALL WORKERS OUT THERE!!

SILA EMAIL SAYA JUKA BERMINAT NAK TEMPAH TUDUNG.

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH