FOLLOWERS

Friday, August 31, 2012

villa comel kami: memory on the wall

assalammualaikum =)
sblm bercerita mengenai home deco lg, sy nak membebel dulu hehe... geram tau. honestly i'm not satisfied with my new HUDDLE YES. network signal mmg kuat. tp asikkkkkkkk larrrrrrr disconnect jer nyampah btl. siang td lansung x dpt nak online. ni ha baru ler blh. jap2 lg mesti dc balik. emmm dulu penah guna celcom broadband. bila tgh peak hour jer out. rupanya camtu jugaklar YES ni. streamyx wifi jugak the best. thanx to TM ;-) tp yerlar...kat tmn perumahan baru ni lubang tiang tipon pun takde lg. so nak xnak guna jgk lar YES yg dah Ter subscribe ni. 

ok puas hati dah dpt membebel hehehe... nak cont citer mengenai home deco. 

 ini laluan dr ruang tamu ke ruang makan dan dapur. 
sy penuhkan dgn frame gambar2 kami sekeluarga.
take time jgk nak mengumpulkan membeli sebenarnya frame dgn pelbagai saiz ni. 
pastu nak cuci gambo pun satu hal jgk...mahal huhu sabor jerlar
betul lar apa yg kawan2 ckp
pindah masuk ke rumah baru ni
RM terbang melayang2 dgn laju
bersabarlar....insyaallah dlm 2-3thn lg semuanya akan stabil semula
ya, i'm taking about our financial budget hahaha

 ini dinding sebelah kiri. 
idea frame hitam dgn saiz yg pelbagai dan susunan carca merba ni x lain x bukan adaptasi idea eric leong. sebenarnya gambar semua cantik tp sy salah snap kot hehehe..tu yg nak silau sana sini.

ini pula dinding sebelah kanan. 
frame campur2 sbb byk guna frame yg sedia ada jer. 
still sy kehilangan teknik snap gambar dgn baik alahai....

selamat berhujung minggu! 
tp kena kerja jugak. esok pagi sy bertugas kat sek. 
ada perkhemahan perdana.

babai dan jumpa lg nnt ya :D

Thursday, August 30, 2012

hadiah untuk abang iman dan amal

assalammualaikum =)

mereka sungguh happy dapat ps2 dari mama dan abah
mmg itulah request dr anak2 selama ni
sepupu dia abang syabil selalu bawak balik kg ps2 dia
main ramai2 seronok agaknya
tp bila dah ada
dah pasang kat tv lama dlm bilik nom.3
adalah dlm sehari yg diorang tekun dok main
lepas tu remote astro juga yg jd rebutan
agaknya klu ada kawan2 baru seronok main ps2 ni ya



nota kaki: anak2 tgk addicted to dragon ball z kai tayangan setia hari jam 9pm-10pm di channel 616. terpaksalah mama dan abah mengalah...td deal baik punya dgn diorang. berita jam 8pm - 9pm milik kami hehehe

sambutan birthday abang iman dan amal-part2

assalammualaikum =)

sambungan entry sebelum ini ya. ok dlm gambar2 ni semua cuba tgk air muka iman. semuaaaa masam ok. dia buat muka sbb kitorang cakap thn ni takde hadiah untuk dia. duit dah habis belik katil dia hahaha...so dia sgt takde mood masa ni. sian plak kan...patut dia ceria masa ni. majlis ni kan untuk dia. so nak taknak mama kena bisik jugak kat dia tgh2 majlis tu, mama dan abah dah belikan hadiah hari jadi dia. tapi rahsia dulu. lepas majlis ni br kami bagi. lepas tu barulah dia ceria. ceh kecik2 dah pandai buat perangai gini yer. 

                         
busy mama said: ok beratur semua untuk ambil topi ni ya. (klu dah cekgu tu, cekgu jugakkkk)

abg iman tgk marah masa ni. cubaan dia nak rosakkan kek ni berjaya di atasi

sebahagian kanak2 yg hadir. anak kakak2 saya dan anak sepupu sepapat

 cer tgk muka iman tu...alahai. 

 dia masih xde mood masa ni

 lepas bacaan doa selamat, bermulalah acara tiup lilin. muka abg iman masih masam

 dia dah mula nak mengamuk. amal tetap rilex mcm biasa. dia excited jer nak tiup lilin hehe...
bila nmpk iman dah makin teruk, cecepat mama bisik kat dia hadiah dia ada mama sorok dlm bilik.

 barulah dia ok


 wlupun sambutan secara kecil kecilan, tapi tetap meriah dpt berkumpul ramai2 mcm ni.

terima kasih untuk semua yg hadir.

buat abang iman;
mama selalu doakan moga anak mama menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat
moga suatu hari nanti abg iman blh menjadi contoh yg terbaik utk adik2 yg lain
mama cukup bangga punya anak seperti abg iman. 
mama love you soooooo much sayang

buat adik amal;
mama sayanggggggg sgt kat anak kecik mama ni tau
selagi xde adik, selagi tu lar dia ni manja bucuk2 dgn mama
mama doakan supaya amal juga menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat
insyaallah....

Wednesday, August 29, 2012

20 Ogos 2012 (2 syawal) - happy birthday my dear iman! - part 1

assalammualaikum =)

abang iman dah genap 6 thn 2 syawal yg lalu. dah big boy. ingat hujung tahun ni nak sunatkan dia..tp x sure lg lar hehe.. mcm awal sgt plak bersunat umur 6 thn. ke u all rasa ok?
alhamdulillah wlupun tak semeriah sambutan besday thn lepas, dpt juga sy adakan sedikit majlis kesyukuran untuk dia. jemput sedara mara tepi2 rumah jer pun. emm untuk tujuan penjimatan, sy sekalikan sambutan besday adik dia amal hahaha...ok ler thn lepas sambut masa besday amal. tahun ni sambut masa besday abg iman plak kan. kena bijak berbelanja ;-)
kita tgk dulu gambar props utk majlis ni ya. eceh....props tu :p

simple jer.. guna balance belon tahun lepas hehe


menu utama selain rendang ketupat semua tu, sy selitkan mee bandung umpphh hasil tgn mak usu saya keh keh...bila ler nak buat sendiri ni adoi

goodies untuk kanak2. balance thn lepas jgk. still x abis. blh fwd next year.

kek untuk abg iman


kek untuk amal


saya sedang bersiaran dr rumah menggunakan network YES. ok lar...not bad.

sahabat selamanya

assalammualaikum =)

masih kisah raya. alhamdulillah raya baru ni sy berkesempatan bersua muka dgn sahabat lama...  sahabat dunia akhirat. bila masing2 dah berkeluarga ni, mmg susah sgt nak jumpa. saya membesar dgn mereka2 ini sebagai kawan yg sgt baik dgn saya. sentiasa bersama susah dan senang. kawan baik since tadika, then masuk sekolah rendah sama2 smpi darjah 6. masa sek men, masing2 bersekolah di sekolah yg berlainan but we still keep in touch. masuk u, masing2 pun belajar area lembah klang, so takde masalah juga untuk bertemu. bila gaduh dgn bf, pada mereka2 inilah tempat sy mengadu. alhamdulillah...masing2 skang ni bertambah 'sihat' hahaha...sy jugak yg masih melidi alahai...

family berbaju merah: jali dan isterinya yanti bersama 2 anak dara. family berbaju coklat, iwan dan yati bersama anak bujang yg baru berusia 5 bulan. yg kat tgh2 tu semua kenal kan? hehehe... mereka dtg berkunjung ke rumah sy, then kami semua konvoi ke rumah yati di pasir panjang...seronok betul dapat bersua muka berborak bertanya khabar masing2 alhamdulillah...

mala bersama sepasang anaknya. jeles i tau dia dah ada boy and girl hehehe...rezeki dia kan. masa ni dia dtg ke rumah masa majlis hari jadi iman, raya ke-2. pasal majlis ni sy cerita kemudian ya. husband dia tak dpt joint sbb ikut baraan kampuang.

alhamdulillah...ikatan ukhuwah masih berkekalan. diorang semua dok sound saya nape takde fb dah, cukup susah nak berhubung katanya hahaha...

Tuesday, August 28, 2012

villa comel kami: living hall deco

* ini entry lama.
* di villa comel kami takde ruang khas utk jadikan family area so aktiviti dgn family mostly berlaku di living hall ni.
* nak tgk aktiviti kami di sini blh go through blog saya ya :-) byk sgt aktiviti terutama aktiviti anak2...


assalammualaikum =)

alhamdulillah deco2 dlm rumah dah siap.
lepas ni nak fokus pd projek laman plak kat luar rumah
dalam entry INI sy blm lg deco sepenuhnya ruang tamu 
dekat nak raya hari tu sempat lg pi shopping utk decoration living hall ni.
setel dah...alhamdulillah. alar simple jer...:D




 x dpt nak cari triple frame yg ada jam kat tgh2 tu. so yg ni pun oklah kan hehe... 

 bantal sofa merah dr ikea







nota kaki: saya rasa ruang tamu ni sgt simple....kan? tp mmg inilah idaman sy, takmo crowded sgt sbb ruang tamu ni comel jer. trust me or not, master bedroom lebih besar dr living hall.

lagi gambar living hall kami di link ini: http://iemael.blogspot.com/2013/05/berperang-dgn-habuk.html

* terima kasih kepada penganjur : http://susunatursioca.blogspot.com/
* terima kasih kepada penaja hadiah: http://www.rehanswardrobe.blogspot.com/
* terima kasih kepada penaja hadiah: http://akubukanpenulistegar.blogspot.com/
* ayat terima kasih di atas budget mcm dah jadi pemenang muahahaha...pang!

villa comel kami: ruang makan yang super duper simple

assalammualaikum =)


dek kerana ruangan yang terhad maka deco pun kena lar yg simple2 jer. asalnya ruang ni nak jd kan ruang menonton, tp dah x jd hehe... bawah kipas tu ada dua plug. rugi klu x digunakan. so kami pasang para merah kat situ. blh jgk guna plug tu untuk cas hset or ipad. eh nak letak toaster kat sini pun blh per hahaha.... suka hati lar kan :D 

kembali bersiaran dgn kisah potret raya

assalammualaikum =)

hai semua!! sungguh lar rindu sgtttt nak berblogging. tp wifi connection xde plak kat tempat kerja. ni baru 'jumpa' port yg ada signal wifi kekeke...shhhh!! kat rumah pun dah xde wifi. tp sy dah jumpa jln penyelesaian...YES!! start mlm ni dah blh online kat rumah yeeehaaaaa!!! alhamdulillah ada signal YES kat rumah sy. kuat plak tu. kat tempat kerja ada wifi lg so takde signal YES pun takpe. 
so camne dgn sambutan raya korang? alhamdulillah bagi pihak sy semuanya berjalan lancar ecehhh dah bunyi mcm majlis kawen plak :P  cerita yg nak dikongsi mmg banyak. gambar pun banyak. tp masa yg sgt mencemburui sy skang ni ecehhhhhh sekali lg. takpe, sy citer sket2 ya. untuk entry ni, sy tayang dulu beberapa gambar raya kami dgn baju sedondon hijau firus (turquoise). kalau thn lepas kami semua berbaju kuning diraja, sbb nak bergambar kat istana diraja kuala kangsar dan istana kuningnya. thn ni berbaju hijau konon nak bergambar di tgh sawah sbb thn ni raya kat sekinchan...sekali tu sawah tgh kering kontang hahaha...takdelar kehijauan padi utk dinikmati. tapi takpe, sebagai ganti sy tukar kepada tema 'pondok buruk di tepi sawah' alar2 citer fauziah nawi dan rosyam noor dah muahahaha.... jom tgk gambar!

 pondok buruk yg dijadikan set pengambaran kekeke... 
belakang tu petak sawah. tgh kering kontang.

 terima kasih kepada mini tripod sy

 anak2 yg mesra dgn camera hihi...

 ditengah2 sawah yang kering kontang




itu dulu....kita jumpa di lain entry ya. emmm ni mcm ada masa lg untuk buat auto-publish entry :D

nota kaki: alhamdulillah seronok sgt beraya di rumah baru. tgh plan untuk buat kenduri doa selamat + house warming + open house. 3 in 1!!

Wednesday, August 15, 2012

villa comel kami: ruang tamu yang simple

assalammualaikum =)

hari ni last kerja, esok dah start cuti raya. tapi serius lar jasad jer ada kat sini, selebihnya dah beraya awal hehehe... klu cikgu dah rasa mcm ni, anak murid apatah lg. ni nak marking paper trial pun rasa x larat dah. jawapan budak udah ler teruk. haiyyaaa....
entry ni saya nak share deco ruang tamu sy yg simple. kawan2, saya takde niat nak menunjuk2 ok. sekadar berkongsi idea home deco dgn konsep modern. sya bkn shopping perabot kat cavenzi pun. jauh sekali lorenzo. cuma kat yu ganda sekinchan jer hahaha... (bunyi dah lbh kurang, kira ok lar tu kan hik hik). selebihnya sy nak abadikan kenangan rumah baru saya ni dlm catatan blog kesayangan saya. lg 5thn, rumah ni bkn lagi rumah baru. sekarang ni jer dia ada title 'baru'. so biarlah kenangan 'baru' itu berada di sini untuk tatapan anak cucu saya kelak insyaallah...

 semua gambar2 ni sy snap guna camera samsung galaxy w jer. punya dah lama x guna canon s95 sy huhu... 
masih mengekalkan tema warna merah-hitam-putih. wardrobe juga masih kosong, no idea nak letak apa. dinding atas sofa tu sy plan nak letak triple frame yg ada jam tu.

 sofa hitam yg simple 2+3 seater. berdekatan sliding door hujung kanan tu sy letakkan kabinet kasut tinggi hitam putih. carpet merah hitam tu beli kat nilai 3 dulu, murah jer hehe...anak2 cukup suka bergolek atas carpet tu.

 wardrobe tv merah hitam ni idea sy sendiri. alhamdulillah telah terlaksana :-) 
masih kosong, xtau nak letak apa. nntlah deco sket2 ya. masa snap gambo ni, sudut belah kiri tu masih kosong.

 now dah dihias dgn bunga ni. beli kat bazar raya kuala selangor malam td. 

suka sgt dgn pokok bunga ala2 bonzai ni. masih mengekalkan konsep modern. 


kawan2....ini entry terakhir sy sebelum raya ni ya. kat umah baru takde wifi. kat kg line pun xde hehe...
so di atas kesempatan ini sempena syawal yg akan menjelma tak lama lagi
saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas semua salah silap saya pd anda semua ya. mohon maaf sgt2 ok. insyaallah lepas cuti nnt sy muncul semula kat blog ni. 

bye semua!!!

SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH