assalammualaikum =)
hari ni bermulanya PKP fasa 2 (1 - 14 April 2020).
tepu dah ni dok rumah tak dpt ke mana huhuhu.
kot dpt update blog sehari 1 entry pun dah cukup baik ni. itu niattttt, terlaksana atau tak blm tentu bahahaha
ok jom start.
sambungan dari ENTRY INI
26 October 2019 / Day 2
alhamdulillah hari ke-2 kami di Krabi, cuaca amat baik. ada sedikit hujan di belah petang.
hari ke02 kami dimulakan dgn sarapan pagi di area masjid Ao Nang (Muslim Street). byk kedai makan halal di sini, pilih ajelah.
seawal jam 7.30am, jalan raya masih lengang. kami menanti kehadiran tuk-tuk yg kami guna mlm td, dia janji nak ambik kami juga pagi ni.
jenuhlah menunggu tuktuk, dekat kul 8am tak muncul jugak. so kami decide ambik je mana2 tuktuk yg ada. sbnrnya blh je jln kaki (lbh kurang 1km) tp sbb pagi lagi dan belum mkn, tu yg rasa naik tuktuk is the best option.
Kami makan di Kedai Ja'Dam Nasi Kerabu. gambar ni di ambil selepas kami sarapan, penuh dah org. masa kami smpi td ok lah tak ramai sgt.
tu diaaaa dapat dah banana-nuttela pancake Krabi. serious sgt sedap terutama bila makan panas2.
sarapan pilihan kami
selepas sarapan, kami berjalan kaki je utk balik ke hotel, sambil menikmati view sekitar yg tenang. mungkin sebab masih pagi kan, krabi ni "hidup" ptg - tgh malam.
pokok apa ni? sawit? nipah? kurma?
pokok2 ni menjadi lanskap utama sepanjang jalan di Aonang
kedai semua tutup lg so blh bergambar di mana saja anda suka.
rehat2 jap kat hotel dan seterusnya kami menanti van yg akan bawa kami ke tempat bermulanya island hopping.
rupanya bkn van yg dtg, tp truck yg blh menempatkan ramai pelancong, di ambil dr hotel ke hotel mengikut tempahan.
ok sambung lagi kemudian utk kisah yg lebih menarik; island hopping!



































