FOLLOWERS

Showing posts with label outing-cuti2 lar. Show all posts
Showing posts with label outing-cuti2 lar. Show all posts

Sunday, March 15, 2015

selamat tinggal malaysia

assalammualaikum =)

*ehemm*

insyaallah panjang umur esok pagi2 TA akan terbang ke vietnam.
doakan TA selamat pergi dan selamat pulang ya?
naik MAS, takut! huhuhu

4 orang jejaka ni tinggal

TA pergi dgn kakak2 and abg ipar, ikut trip sekolah my sis.
ajak en.suami join sekali hr tu, bila dgr vietnam terus dia kata takmo hahaha
dia tau dah vietnam sama dgn bandung which is syurga bagi WANITA untuk shopping.
la ni kalau TA ajak pi bandung lg pun dia dah takmo
tak best katanya huhuhu
kalau pi Bali ok katanya.
ecewah...blh bang blh. next trip ek?
so en.suami tggl lar dgn anak2.
nak dijadikan cerita, en.suami demam kuat. mujur dah beransur sembuh.
sekarang tinggal baby irfan je yg masih tak sihat, batuk dan selsema.
adehhhhhh kesiannya little baby mama ni nak kena tinggal.
mujur my in law sudi datang untuk stay dgn cucu2nya.
legaaaaaaa sgt bila mak abah setuju utk dtg.
alhamdulillah...tq mak tq abah.
baby irfan pun nmpk ok je nak dgn opah dan tok ali wlupun lama tak jumpa.
pendek kata mama tak perlulah risau sgt nak tinggalkan anak2 dan en.suami kali ni,
insyaallah depa ok.
emmm paling best, trip yg kami join ni adalah shopping trip! 
yeayyyy sila shoping sampai lebam hahaha
tapi sy takde bawak rm byk pun..lbh2 lg skrng nilai rm jatuh so tak rasa akan shopping byk.
ecewahhhhh yeeee keeee????
TA target shopping utk raya je.
dan kali ni btl2 nak reward myself.. beli diri sendiri punya je, 
tak terima kiriman sape2 pun.
ye lar, harap faham ye..tenaga mengangkut barang sorang je ni.
takmo jd mcm pi bandung dulu, jenuh mencari barang2 utk jadikan souvenir org,
akhirnya barang utk diri sendiri ciput jer. kecewa di situ.

itu ajelah.
mama doakan moga ke-empat2 jejaka kesayangan mama ni sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT sepanjang ketiadaan mama 4 hari 3 malam di vietnam.
abg iman dan abg amal yg dok risau mama naik MAS, doakan mama selamat ya? 
dont worry mama tetap akan kembali utk anak2 mama yg comel2 ni.

itu dulu, bye semua!



Monday, July 08, 2013

kunjungan kami ke Pusat Sains Negara bersama anak2

assalammualaikum =)

auto-publish entry jer ni
masa u all baca entry ni, sy dah berada di sek men sains hulu selangor
menghadiri mesyuarat pemurnian item percubaan sains pmr sbp 2013
busy you all...dah nak puasa pun masih ada program2 yg perlu dihadiri
letih serius letih
bygkan semalam br jer my hubby balik dr out station
hari ni dgn esok i plak kena out station
tp i ulang alik jgk dr sabak bernam
mlm arr br smpi umah
pagi plak lps subuh terus keluar
haiyyaaaa....bila arr nak cuti panjang ni
letih.

ok nak sambung cerita cuti 2 minggu kami yg lalu
alar masa kami balik dr legoland tu kan kami pi pusat sains negara plak dgn family kak cho
kiranya ada 4 adults and 5 kids lar
meriah u all
sonok budak2 ni kat pusat sains negara nun
emm...tgk gambar jer lar ek.








all of us

















banyak you all aktiviti untuk kanak-kanak kat sini
rugi rasanya klu tak bawak anak2
byk yg depa blh belajar 

gambar pun byk lg sbnrnya
tp cukup lar yg ni jer sy tempek kat sini
ni pun dah byk kekeke

yeay habis lg 1 entry tertunggak!
itu dulu...bye semua!

Wednesday, May 15, 2013

gold coast morib resort - random story

assalammualaikum =)

entry terakhir kisah percutian pendek sy di sini
nak tunjuk tempat buffet dinner kami di cafe, takde plak gambo sbb galak makan hahaha
maklumlah kali ni mood anak2 sgt baik
jd mama dan abah dpt makan dgn bertenang
in fact anak2 pun mkn byk kali ni
tak mcm masa kat pangkor island beach resort dulu huhu
buffet dinner yg disediakan juga not bad, terutama steamboat dia. sedap!

 buffet breakfast pula disediakan di kawasan open air ni di tepi pantai
kawasan ni lbh luas untuk menampung jumlah pengunjung yg ramai
klu breakfast kat cafe jgk mmg sesak arr
mknn yg disediakan utk buffet breakfast juga sedap...mmg best
pilihan pun byk
cuma satu arr yg sy tak suka sket, ada lalat lar plak kat meja mkn dia ni..sabor jer lar

 kat area tepi pantai ni juga ada utopia korea restaurant

 nampak mcm best

selama stay kat sini, tiap kali melalui pintu masuk sisi antara lobby dgn water park, pasti kami di sapa oleh patung merah ni

amal cukupppp suka dgn patung ni hahaha
setiap kali bertemu mesti dia akan ajuk gaya patung ni, memang kelakar
siap buat sengih yg sama

 gaya abg iman tak berapa nak jadi tapi amal mmg sama hehehe

dalam pool pun dia masih suka buat gaya ni...
obviously mood anak2 masa kat sini mmg baik
yer lar...masa kat pangkor island beach resort dulu diorang sakit kena hot shower
tu yg mood pun swing semacam...sian anak mama
kat sini ok jer alhamdulillah...

maka dgn ini berakhirlah kisah percutian pendek kami ke sini
pada sape2 yg takde plan lg untuk cuti sek 2mggu yg semakin hampir, blh lar bawa anak2 kat sini
mmg best
pi tgk livingsocial, masih ada lagi promotion utk resort ni. berbaloi2..

itu dulu, bye semua!!

ADA SESIAPA NAK TEMPAH TUDUNG? 
BOLEH EMAIL SAYA YA. TQ

Tuesday, May 14, 2013

Gold Coast Morib Resort- the water park

 assalammualaikum =)

jom teruskan usaha menghabiskan cerita percutian pendek kami ke sini
dlm entry ni saya paparkan keseronokan di water park
kanak-kanak confirm suka punya main air kat sini
tak caya cuba bawak mai
bukan takat kanak-kanak, org dewasa pun sama
pakej yg sy ambik ni dah termasuk dgn ticket water park utk 2 dewasa dan 2 kanak2. 
blh keluar masuk byk kali selagi tag pada tgn tidak ditanggalkan.
sy siap bawak stapler sbb anak sy ni mana nak tag tu lama2 kat tgn, rimas.
so time nak masuk jer pakai tag hehe...pastu simpan elok2. esok pakaikan balik. 
emmm water park ni jer kot tarikan utama di resort ni.
nak mandi pantai tak blh kot sbb pantai morib ni air dia berlumpur. 
jom tgk gambar yang banyak
tapi sbb ada masa lebih sket, sy masukkan dlm collage jer
takde edit apa pun.

gambar keseluruhan water park. sy snap dr balkoni bilik kami.

view sekitar water park

lagi view sekitar water park.
cantik sbb byk pokok-pokok hijau


 our bonding time :)





 taktau nak ckp mcm mana tapi mmg best.
ada lg satu entry utk habiskan kisah percutian kami ke sini
itu dulu ya, bye semua!

Saturday, April 06, 2013

let's splash in the pool! --> Pangkor Island Beach Resort (part 5)

assalammualaikum =)

kalau bercuti ke resort2 mcm ni, apalagi aktiviti yg best untuk anak2 dan mak bapak anak juga selain berendam dan bermain air dlm swimming pool. best woooo!! sejukkkkk jer dapat berendam dlm air lama2 tanpa memikirkan masalah lain. dpt plak swmng pool yg dikelilingi view yg amat indah..ohhh heaven sgt! 
bagi saya ini juga merupakan cara kami suami isteri mencipta bonding time dgn anak2. layan anak sepenuhnya masa ni. totally fokus pd mereka, bergelak ketawa bersama2...insyaallah at the end ada kucupan yg sy terima dr my kids :-) ya anak2 sy tlh sy terapkan dr kecil untuk selalu cium mama abah dia. kami juga sama...selalu cium mereka. 

ok kat Pangkor Island Beach Resort ni ada 2 main pool, satu di sebelah kanan lobby dan satu lagi di sebelah kiri lobby. 1st day kat sini kami terjah swimming pool belah kanan dulu.

ini dia view sebahagian s.pool di waktu malam. bersebelahan jer dgn private beach dia. mmg best arr kan...
pool ni ada 3bhgn utama yg dipisahkan oleh gerigi besi mengikut kedalaman berbeza. yg dlm pic ni adalah pool yg paling dalam. nampak pondok berlampu tu? tu bar yer kawan2...dipenuhi dgn botol2 air hitam. dpt jugak sy menyaksikan pasangan dlm baju mandi mereka menari riang sambil memegang gelas diringi muzik. di tepi pool ini. wahhhhhhh western sungguh.

anak2 saya klu tau nak pi swimming pool mesti nak bawak tools diorang sekali. pistol air tu dah dikira wajib. 
frisbee ni plak kena pow masa ni. beli kat shop yg ada di resort ni. klu kat shop tu ada jual gasing bayblade selesai mslh kami masa tu hehehe...tp ok lar...mama pun tumpang main frisbee ni sekali hehehe..

 have u notice that red Frisbee? 

iman dan pistol air yg mama belikan di akuaria tempoh hari.

abg iman lepas utk kedalaman pool di bhgn tgh dan kanan sekali. tp amal tak lepas utk pool yg tgh2. tp abah dia bawak jgk ke pool yg tgh tu hehehe

kat resort ni everyone are compulsory to wear swimsuit if nak masuk dlm pool. maka TA yg takde baju renang ni pun gigih jgk pinjam baju renang muslimah dr acik cikin hahaha...nmpk gayanya lps ni kena gak beli sepasang. mmg selesa u all berendam dlm pool dgn memakai baju renang muslimah ni.  takde gelebeh sana sini. elok fit jer. 

pool belah kanan paling cetek. pool yg ada iman tu level pertengahan. 

amboiiii sukanya dik...

nnt mama bawa pi mandi swimming pool lg ok :D



next entry sy kongsikan pula gambar kami di pool belah kiri lobby. bg sy both pools mmg best. ada kelebihan masing2. pendek kata selagi ada air...best ler tu hehehe..

itu dulu untuk entry ini..
bye semua!

EMAIL SAYA JIKA BERMINAT NAK TEMPAH TUDUNG OK
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH