FOLLOWERS

Sunday, May 30, 2010

simplysiti and the bodyshop

askum semua...skang ni most of my friends talking about the new simplysiti and sale hebat kat the bodyshop. takleh tahan wooooo mmg btl arr pompuan ni takleh dipisahkan dgn shopping. shopping itu terapi minda hahaha..
maka di saat2 duit semakin menipis, dpt juga kusambar beberapa ketul. ha amik ko, puas hati dpt beli.

nota kaki: kbtln stock yg ada dah nak abis. so beli jer lar jgn byk pk...

Wednesday, May 26, 2010

port kegemaran dia...

askum semua....entry ringkas jer kali ni. jap lg nak pi amik abg iman dr sekolah. ni gambar latest baby sy. tool set abg iman jd port kegemaran adik...cukup suka main dgn tool set ni, apa lagi klu bkn bwk ke mulut. tp abg iman tak kisah dah.... aktiviti dia ni kena selalu pantau coz saiz dia kecik2...takut tertelan plak. amal cukup leka, lama jer main kat sini. selerak itu perkara biasa klu dah byk mainan kat umah ok jgn bising2 hehe...


itu dulu utk kali ini. jumpa lagi!! takde nota kaki kali ni ok :)

Monday, May 24, 2010

abang dan adik dah kamceng bersama...:)


askum semua....kita berjumpa lg di pagi isnin yg indah...(indah sebab harini gaji masuk yahoooo). dah tgk pic kat atas? senangnya hati mama bila abg iman n amal dah blh main bersama. 3bln pertama kelahiran amal, iman 'tak geng' sgt dgn adik dia. iman cukup geli dgn air liur adik yg asik meleleh...alar baby kan mmg mcm tuh. klu tgk amal masukkan mainan dia ke dalam mulut, menjerit2 dia suh basuh mainan dia tuh. sian si adik...(mujur dia masih tak paham apa). tp situasi tu semua dah berlalu.... now iman n amal bagai isi dgn kuku. mama selalu cakap kat iman: "air liur adik bersih sbb adik kan minum susu t** mama"..alhamdulillah dia dah termakan kata-kata mama. skang klu adik amal panjat2 abang iman, golek2 atas abang iman, abang iman ok jer....siap blh agah2 adik dia lg. terkekeh2 si adik ketawa. toys pun dah blh share :) in fact air liur amal pun dah tak meleleh lg. klu nak outing, abang iman mesti nak amal ikut. si adik plak, tak sedar diri masih baby, suka sgt nak ikut apa abang iman buat. ohhh risau hati mama bila amal byk kali tergolek.
NOTA KAKI: berhujung minggu bersama suami dan anak-anak amat membahagiakan. mcm manalar nnt nak pi singapore n kursus btn tanpa amal.

Saturday, May 22, 2010

cerita yang tertinggal...

askum semua...selamat pagi :) entry kali ini adalah utk cerita2 yg tertinggal lama, tak sempat nak update huhu...
  1. SAMBUTAN BIRTHDAY MAMA IMAN & AMAL YG KE-30 (sayalartuh!) alhamdulillah...menjangkau umur 30thn sy dah punya kerjaya yg stabil, suami yg BEST!, 2 orang anak lelaki yg amat membahagiakan, 2 buah kereta (viva n wira--bila nak beli estima ni huhu...). perkara yg masih tak dapat lg: baby girl (insyaallah ada lar rezeki nnt) n rumah sendiri (kak baayah oi...bila nak proceed ni!!!!???). bab rumah ni insyaallah...plg lewat pun next year lar. rumah teres end-lot 4bilik 3 bilik air, alhamdulillah :). target sy yg seterusnya, sblm umur menjangkau 40thn, sy nak pergi menunaikan umrah. moga Allah kabulkan niat sy ini amin....

mcm biasa sambutan ala kadar jer utk buat anak2 happy...beli kek kecik, nyanyi2 n potong kek. hadiah?? dah dapat dah :) tgk entry sblm2 ni ok.

2. cerita yang ke-2: MUHAMMAD IMAN KASYFI dah sekolah! mcm tak percaya hehe... plan asal kami nak mula antar iman ke sekolah lepas cuti 2mggu jun ni, tp terpaksa diawalkan sebab bibik nak balik bercuti ke lombok sebulan. so nnt emak sy akan tlg jaga anak2 time sy kerja. (a BIG thanks to mak!) klu iman dah sekolah, atleast tak ler teruk sgt emak nak jaga cucu2nya...wlupun 2org, tp ligat!! emak sy pun bkn sihat sgt. menjangkau umur 69thn, kudrat emak makin lemah. kesiannnn sgt kat mak. cerita mengenai sekolah iman, kat tempat sy ni takde pilihan selain PASTI n TADIKA KEMAS. yg swasta mmg takde kecuali smart reader class. tp yg ni beroperasi on weekend, jauh plak tu. so sy dan suami sebulat suara nak hantar iman ke pasti (setelah diambil kira pro n con). plan kami: 4 dan 5 thn di pasti, 6 thn di pra-sekolah. pada miggu pertama iman bersekolah, sama mcm budak2 lain ok. menangis meraung sampai muntah2. mama dia pun nangis sama on the 1st day nak tinggalkan iman kat sekolah huhu...kesian btl tgk dia meraung n meronta nak ikut sy balik time tuh. tp sy tekad n bulatkan hati. now dah mggu ke-3 iman sekolah. so far alhamdulillah dia makin ok. wlupun bgn tido pagi2 tu dia mesti akan menangis dulu taknak pi sekolah, tp lepas pujuk2, dia dah ok... utk peringkat permulaan ni, since iman pun br 4thn, dlm seminggu dia cuma akan pi sekolah 3 @ 4 hari. jadilerrrr hehehe...

sebelum ke sekolah iman akan minum susu dulu. now dlm proses nak ajar dia minum susu guna cawan jer...


senyuman yg dibuat2...mesti time ni iman tgh 'macam-macam rasa'...sian anak mama

ni pic iman dgn hadiah nak bg kat cikgu n ustazah sempena hari guru tempoh hari. apa hadiahnya??


haaaaa ni dia. hadiah2 ni tak beli pun, rotate hadiah yg kami dpt dr pelajar2 kami dulu2...untung kan jd anak cikgu hehe....

rasanya itu dulu utk entry kali ini. misi sy yg seterusnya nak buat special entry sempena hari ibu wlupun dah terlewat. jumpa lagi!!
NOTA KAKI: alhamdulillah kerja byk dah siap, sy senang hati lalalallala...tak sabar nak tggu cuti sekolah 2mggu, mcm2 agenda nak dilakukan.

Wednesday, May 19, 2010

sambutan hari guru 2010 di sbpisb-- ketawa lagi!

askum semua...berjumpa kita lg :) dlm kesibukan nak menyiapkan soalan trial pmr ni, sy curi jgk masa nak update blog. kdg2 dah rasa mcm ketagih plak huhu....
this time sy nak citer pasal sambutan hari guru 2010 di sbpisb (17 mei 2010). seronokkkkkk sgt. rasanya thn ni yg paling best kot. semua ketawa, no stress no tension. hari ni semua cikgu dah rasa mcm jd artis hehe....
acara bermula dgn makan-makan... pot luk menjadi aktiviti setiap bln anjuran kelab kelsof utk meraikan hari jadi guru-guru dan staf. so bln ni, turn sy utk diraikan :D tercapai jgk hasrat hati nak bawak aiskrim ala-ala conetto utk kawan2. sonoknya coz semua suka..... yerlah, sy kuarkan aiskrim tu lepas acara sukaneka yg confirm semua sdg kepanasan mandi peluh. dapat mkn aiskrim..mmg menyeronokkan!


kek toksah citerlar. lbh 10 biji kek free yg kami cikgu2 dpt harini. alhamdulillah...terima kasih byk2. best!! smpi tak termakan, bg balik kat budak2 asrama. suka sgt ler depa. makan..makan...makan....
ni gambar saya dgn ustazah rogayah, ustazah sy kat semesti dulu. now dah jd rakan sekerja :)

ni gambar sy dgn rakan2 guru yang mmg best!!

lepas acara makan2, maka bermulalar acara sukaneka. kami bergumbira!! ketawa riang-ria! harini tak perlu masuk kelas ok. kita main! sy rasa semua students mesti pening tgk gelagat cikgu2 yg mengalahkan budak harini huhu...

tu dia teacher azimah....gaya sejuta! huhuhu

acara main 'bowling' enjoy!!

acara teka peribahasa. gelak tak hengatttttt! mmg kelakar habis tgk aksi teacher norin buat pelbagai gaya...tecaher norin the best!

lepas waktu rehat, masuk dewan plak. dgr perutusan...then potong kek n nyanyi lagu KAMI GURU MALAYSIA lalalalala..(edisi syok sendiri)
persembahan dari pelajar t3

persembahan paling best!! boria dari f4.

ni sebahagian hadiah yg teacher azimah dpt. terima kasih byk buat murid2 kesayangan teacher. teacher sukaaaaa sgt tudung2 yg kamu bg :)

ni hadiah yg mr.hubby sy dpt dr budak2 team rugby dia. beg canterbury tuuuuu. suka sgt ler cikgu alai :P
alhamdulillah......sambutan hari guru thn ini pasti menjadi kenangan best dlm hidup teacher azimah. u all baca tak pelbagai imbuhan yg dijanjikan buat guru2 kat surat khabar? imbuhan tu semua sungguhhhhhh lar subjektif. jgn percaya sgt ok. hakikatnya tak byk yg berubah a.k.a takder perubahannnn ponnnnnn! oklar kawan2. nak buat keje dah ni. jumpa lg yer!!
NOTA KAKI: anda pernah jumpa cikgu kaya?? klu ada itu bermakna dia mmg kaya, bkn kaya kerana gaji cikgu ok. apapun cikgu adalah JUTAWAN AKHIRAT insyaallah :)

Monday, May 17, 2010

Entry Khas sempena HARI GURU 2010

LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

* ini gambar teacher azimah pada thn 2005, thn pertama bergelar pendidik dan berkhidmat di SBP Integrasi Sabak Bernam. cuba teka yg mana 1 teacher azimah :D

NOTA KAKI: saya byk miss entry2 special yg patut sy buat. niat tetap ada, nak buat jgk wlupun cerita dah basi. takde masa lar huhu...

Wednesday, May 12, 2010

bulan utk perabih duit huhu

alhamdulillah..after 2 days berperang memurnikan soalan trial sains pmr-sbp (tak siap jgk huhu), akhirnya sy ada jgk masa nak update blog ni. punyalar membara rasa hati nak update. mcm2 nak story kat sini. seperti yg sy ceritakan dlm entry sblm ini, mei adalah bulan yg paling best! means byk jgk RM yg perlu dikeluarkan utk memastikan semua hati gumbira pd bln ini. apa yg penting....kami semua happy!! huhu best sgt.
jumaat lepas, abah balik dr ragbi msss n kami sempat celebrate besday abah CARA KAMI. ya, cara yg paling simple. beli kek kecik, nyanyi n tiup lilin. actually lbh kpd nak bg anak2 happy, n ada kenangan, kan abah? amal, wlupun masih baby tp jelas nmpk yg dia pun enjoy time ni. tahun ni takde kad utk sy n hubby. sy mmg tak sempat nak beli or buat kad utk mr.hubby huhu sorry ye bang. tapi hadiah tetap ada ok.
hari sabtu, kami just rehat kat rumah, abah plak bermurah hati tlg cuci akuarium yg dah lama tak bercuci itu. sian ikan2 oscar yg hidup dlm 'kegelapan' hehe...ok now geng2 oscar tu dah 'cerah' semula :P
HARI AHAD (9mei): HAPPY MOTHER'S DAY! yeye..hari yg ditunggu2 dah tiba. seawal jam 6 pagi sy dah bgn dgn penuh semangat. kul 7am sy, mr.hubby n iman dah ada dlm kereta menuju ke destinasi pertama, mana lg klu bkn pasar shah alam!! amal tinggal dgn bibik kat umah. sian kat amal klu bwk dia coz pasar shah alam mmg panas. tggu amal besar sket nnt mama n abah bwk amal jalan2 ok. kat pasar shah alam siap jumpa family cikgu sukri, jiran sebelah umah hehe... kat sbpisb mmg terkenal kami dua family peminat pasar shah alam :P . after beli itu dan beli ini kat pasar s. alam, kami terus menuju ke sunway pyramid plak. dah lama janji dgn iman nak ke 'jusco singa' utk belikan dia power rangers fury (upah coz iman dah mula sekolah-nnt cerita pasal ni kat next entry ok). selain memenuhi permintaan iman, kami jgk nak beli hadiah :D ni part yg paling sy sukerrrrrrr.
ni pic time lunch kat chicken rice shop. nmpk tak wajah iman yg mcm org takut tu? dia mmg tgh takut time ni coz nmpk clown hehehe...iman mmg takut kat clown, tah apa2 :P . jenuh jgk pujuk n explain btl2 kat dia yg clown dah balik umah, br ler ok.

ni antara set power rangers fury (di tayang kat tv3 setiap hari ahad) kesayangan iman. dia dah ada kaler putih, hitam, biru, merah. yg belum dpt kaler ungu n kuning. anak sy ni mmg suka kumpul toys watak superhero mcm ni.

iman sempat bergambar dgn watak dlm cite kegemaran dia ni. mcm2 gaya dia buat. sy happy bila tgk anak2 happy.

setelah penat pusing satu pyramid, n iman pun dah tido keletihan, barulah kami gerak balik ke rumah. smpi kat umah dlm kul 7pm. huhu seharian kami keluar harini. hati sungguh gumbira tatkala poket merintih kekeringan :( so apa hadiah2nya? ok kwn2 jgn salah sangka, bkn nak menunjuk atau berbangga, cuma sekadar berkongsi rasa gembira :) sy tau bg sesetengah pembaca hadiah ini hanya biasa2, tp sy peduli apa, janji sy suka hehe...

ni hadiah dr mr.hubby untuk birthday sy yg ke-30. sy sukaaaaaa sgt coz sy ni mmg pengumpul handbeg. minggu ni handbeg A, minggu depan handbeg B, dan tukar lagi, dan lagi, dan lagi...

kasut hitam hush puppies ni plak hadiah dr sy utk mr.hubby sempena birthday dia yg ke-31. abg suka kan??? :)

setiap thn sy pasti menghadiahkan sesuatu kpd diri sendiri time birthday. so thn ni, kasut ni menjadi pilihan. cantik tak?

dan hadiah utk hari ibu dan hari bapa thn ini:
*
*
*
*
*
*
*
*
*

alhamdulillah... mr.hubby bermurah hati beli couple watch ni utk kami. suka sgt!

niat di hati sy nak buat entry khas utk setiap celebration bln ni. kira entry yg ala2 romantik gitu. tak tauler sempat atau tidak. dgn tugasan kerja yg sgt padat skang ni, nak jer sy mc esok. tp klu mc lg ler kerja2 tu tak siap huhu....
rasanya takde apa lg nak story tentang ini. pasal lain byk jer lg, insyaallah klu sempat sy update nnt ok. buat semua silence readers blog ni, jgn segan silu tinggalkan jejak anda ok. sy sgt menghargai komen dr anda.
itu dulu untuk entry kali ini. jumpa lg!
nota kaki: .....takde, semua dah tulis kat atas huhu.

Friday, May 07, 2010

SPECIAL ENTRY FOR MY HUBBY

The smile on your face
When things don't go your way
Your smile stays with me
As I start my day
The warmth in your heart
I feel it all the time
And knowing that the love in it
Truly is all mine
The loving words you speak
Make my problems disappear
You make me feel so good
I always want you near
Most of all I know
The vows you spoke to me
Mean as much to you today
In this I think you'll agree


HAPPY 31ST BIRTHDAY MY LOVE!!
NAME: ISMAIL ALI BIN MOHAMED ALIPIAH
D.O.B: 07.05.1979

Sunday, May 02, 2010

many celebration on may!!

askum... alhamdulillah weekend ni takde aktiviti di sekolah. so sy ada byk masa dgn family and laptop hihi. mei dtg lg. selain nov and dec yg dah tentu jd bln paling best dlm hidup sy (coz cuti sekolah tp gaji still on alhamdulillah...) bulan mei adalah bulan yg amat dinanti2 kan. kenapa? mcm2 event dlm bulan mei ni special utk SAYA! best sgt! yg pasti, sy bakal dapat hadiah dr mrhubby hehehe i like! celebration apa ni teacher azimah? okay okay...ni list dia:
  • 1 MEI - SAMBUTAN HARI PEKERJA (sy kan pekerja di Malaysia, so sy suka! tapi thn ni 1 mei jatuh pd hari sabtu means no extra holiday huhu)
  • 7 MEI - HAPPY 31ST BIRTHDAY ABANG! ( abg nak kasut sukan and kasut hitam kan? bwk ima pi sunway pyramid ahad dpn ok )
  • 9 MEI - HAPPY MAMA'S DAY! (abg dah janji nak belikan jam tangan yg sepasang tu kan?? kan?? kiranya utk hari ibu n hari bapa kan? heheheh best! jgn lupa tarikh ni bwk ima pi pasar shah alam, then terus ke sunway pyramid okay)
  • 12 MEI - HAPPY BIRTHDAY TO ME! ( abg syg, ima tak decide lg nak apa okay, nnt ma survey hahaha)
  • 16 MEI - HAPPY TEACHERS DAY! ( kami guru malaysia..lallalalala)

yaaaaa 5 celebration on this month! sukaaaaaa sgt! sy bakal dpt byk hadiah hehehehe.... lepas ni nak suh mr.hubby baca entry sy ni kekekeke... ( happynya sy!) actually takde pic yg berkaitan coz semua celebration n hadiah blm dpt. teacher azimah mesti akan buat entry khas utk setiap celebration ini, kecuali hari pekerja lar. oklay kawan2, jom tgk pic terbaru dalam simpanan sy :)

this pic taken on last week @ tesco setia alam. anak teruna sy itu mmg pandai bergaya depan kamera hehe..

anak kecik sy yg cukup sporting dok diam2 dlm stroller time kami makan. rupa2nya....dia buat 'keje' alahai...potong stim btl lar.

mommy and baby..

bercerita tentang bwk anak2 ke tesco ni, alahai huru haranya bwk baby amal. dia ni jenis susah nak tido dlm keta, ligat plak tu. ayoyoyo sakit tangan dok pangku dia. plak tu jenis tak lekat dlm stroller..nak berdukung jer. alahai anak... beza lar amal n iman. abg iman dulu masuk keta jer tido, tak ligat. pastu bila jln2, dia rilex jer dlm stroller...
okaylar, rasanya takde apa lg nak cerita. nak breakfast plak. jumpa lg lain kali!
nota kaki: u all tlg lar bg idea, i nak request hadiah apa dr mr.hubby ni. fening2...

Saturday, May 01, 2010

sukan sekolah - penat tapi sgt menyeronokkan!

askum semua...eee skang ni mmg tak sempat nak update blog selalu. bzzzzzz sgt! 25 april baru2 ni sbpisb mengadakan temasya sukan sekolah ke-8 2010 bersamaan hari ahad. ya betul...kerja di hari minggu! sabtu 24 april tu plak sekolah ganti. bermakna saya bekerja 7 hari seminggu!! pureen stock clearance sale pun tak dpt pi :( huhu sungguh letih. letih, tapi sy sgt enjoy pada hari sukan tersebut. paling seronok menyertai acara pegawai- bekejaran bersama kwn2, ketawa kuat2 semua tension hilang. teacher azimah dpt nombor 3! dapat hadiah payung cantik sponsor by bank rakyat. tp teacher azimah dgn senang hati tukar hadiah dgn cikgu salina yg dpt no.4. so sy bwk balik hamper makanan ke rumah, n dah tentu iman sgt teruja mama menang n bwk blk hadiah!! klu bwk balik payung mcm takde makna utk anak kecil...betul tak?
setinggi tahniah untuk cikgu Ismail ali a.k.a mr.hubby ku itu selaku s.u sukan yg telah bertungkus lumus (sampai lumat!) dari awal lg untuk menjayakan temasya ini. u are great my dear. syabas!! jgn lupa qada kelas yg tertinggal okay haha..
keputusan kejohanan ini:
  • JOHAN: RUMAH XENON (hijau)
  • NAIB JOHAN: RUMAH RADON (biru)
  • KETIGA : RUMAH HELIUM (merah)
  • KEEMPAT: RUMAH KRIPTON (kuning)

Rumah radon juga johan untuk perbarisan dan hiasan rumah. sy selaku pen. ketua rumah amat berbangaa!! heheheheeh (senyum lebar). jom tgk gambar...

semua guru-guru sedang bersedia untuk acara pegawai. seronok sgt!! kami sgt enjoy!

teacher azimah bergambar di hadapan setiap rumah dgn cikgu rumah tersebut. suka sgt pic2 ni!

semangat rumah yg sgt hebat. syabas!
custom yang menarik juga.
time pengetua tgh berucap, teacher azimah dgn selamba jalan tepi budak2 n and click the camera hahaha nasib baik pengetua sporting.

seronoknya bekerja di sbpisb TAHUN INI hahaha...
sukan dah tamat. tp sepanjang minggu ni padang tak penah sepi dr pagi sampai lar ke ptg. dgn latihan pusat ragbi utk msss, latihan pusat hoki juga utk msss, kejohanan softball. at the same time semua guru2 bz menghabiskan silibus, mid year exam is just around the corner. teacher azimah tak siap lg buat soalan huhuhu...bz bz...
emmm just to share with u (bkn riak tau), teacher azimah dpt kategori cemerlang utk result pencerapan p&p oleh pengurusan. alhamdulillah... next time target gemilang plak.
okaylar...itu dulu untuk entry kali ini. harap2 teacher azimah byk masa lg utk update blog ni selalu. jumpa lagi!
nota kaki: sekarang ni sy di tuisyen, ada ujian bulanan so adalah sket masa sy utk update blog.

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH