FOLLOWERS

Showing posts with label laman bestari. Show all posts
Showing posts with label laman bestari. Show all posts

Wednesday, September 09, 2015

sedikit laman hijau di Villa Comel Kami

assalammualaikum =)

lepas raya haritu, en suami potong rumput di vck.
masa tu juga sy mula sket2 tanam bunga Japanese roses ni. 
sekarang dah merimbun. tapi takde plak gambar sekarang huhuhu
tgk aje lah gambar.

 sikit je hijau kat vck. selebihnya hijau yg dtg dr hutan depan tu. 
sy sukaaaaaa sgt dgn view ni. hijau.
masa ni payung tgh repair

 ni bila payung dah di pasang. 
kerusi tu di susun utk open house tempoh hari




 dah 4 thn usia set meja kayu ikea ni.
dah reput.
tahun depan kita tukar baru ya bang? hahaha

 payung yg asalnya hitam pun dah jd kelabu

 ini view biasa klu lepas potong.
sekarang tgh menghijau dgn cantik.
sket masa lg dia mula jd belukar. masa tu horror hahaha

 alhamdulillah dah mula clear kebun kat blkng tu. ada dlm 3 jenis pokok.
pokok yg blh survive sendiri tanpa di jaga haha






en.suami dan ex-student.

itu aje. terima kasih


Wednesday, April 15, 2015

ahad di laman bestari vck

assalammualaikum =)

ahad bertambah ceria bila pagi mama dpt menikmati wajah comel ini dgn senyuman yg amat ikhlas di wajahnya

mama tgh lipat kain baju dia, tetiba dia merangkak masuk bilik sengih2 mcm ni kat mama
how sweetttt cairrrr hati mama tgk dia.
nampak sebatang gigi kat bawah tu ha.
gigi 4batang kat atas tersorok. 
cepat2 mama ambik hset and snap wajah comel milik arjuna mama ni
syukur ya Allah, syukur sgt2 kerana aku yg kau pilih untuk menikmati amanah mu ini.

dia dtg kat mama utk gomol2.
alolololo rindunya mama kat kamu dik.
cepat lar ptg hendaknya. kesian baby irfan, selsema lg. berjangkit dr mama agaknya ni.
seminggu je yg dia btl2 sihat. pastu dah selsema lagi. kesian sgt.

ahad terasa berlalu dgn cepat di kelilingi gelak tawa jerit tangis anak2.
en.suami, tetiba je mood rajin pagi ni dia decide nak potong rumput kat laman vck.
kira mmg berbaloi sgt mama hadiahkan abah mesin rumput ni masa birthday abah 2thn lepas tak silap. mmg sgt berguna.
birthday tahun ni ma bagi abg auto drilling machine plak nak? hahaha

laman ni panjang, so tgh hari tu en.suami stop kejap utk rehat. sambung lepas asar pula katanya.
tgk tu, dlm longkang pun tumbuh rumput.

laman di villa comel kami yg hijau hehehe

ptg tu sebelum tidokan baby irfan, mama bawa irfan tgk abah mesin rumput jap.
kebetulan cuaca redup je masa ni, tak panas.
tu yg blh join abah kat luar. kalau panas, mama surrender awal! hahaha

bising mulut baby irfan masa ni tgk abah mesin rumput. pelik sgt agaknya kat mata dia.
leka dia tgk abah.

abah chak kat anak
pastu mama masuk ke rumah utk tidokan baby.

                        bila baby dah tido, mama keluar semula dan tgk langit dah gelap mcm ni.
gelap sgt2 ni. kelihatan nya mcm langit nak runtuh sgt2 dah. tapi percaya tak korang, tak hujan pun ptg ni huhu..takat gerimis je. awan hitam ni sekadar berlalu di atas langit vck. bukan rezeki tempat kami agaknya masa ni.

tgk lar, gelap sgt2 kan? masa ni en.suami dah siap potong rumput.
so mama dapat ler tlg abah kemas apa patut cpt2 laju2 sebelum hujan turun. 
rupanya hujan tak jd turun, benar kata org, mendung tak bererti hujan hehehe

masa ni angin bertiup sgt kuat dan hari dah gelap.
anak2 yg mama paksa main basikal kat luar pun dah ketakutan, cpt2 masuk ke rumah masa ni.

en.suami tgh cabut rumput dlm longkang pula. niat nak beli dan pasang penutup longkang terkubur begitu saja huhuhu


ok cukup dah ambik gambo awan hitam
masa utk tlg en.suami kemas apa patut kat sini.

hasilnya, alhamdulillah.
kebetulan musim hujan skrng ni, cepat je naik hijau balik rumput2 ni kang.
cer teka apa ada di belakang pagar putih tu?
hahaha itu adalah hutan simpan kami sekeluarga hahaha

pokok besar sebalik pagar putih tu pokok hutan sbnrnya. bkn main cpt tumbuh dgn sihat dan besar mcm tu. insyaallah weekend ni en.suami akan kerjakan bhgn blkng ni pula. 
moga niat suci di susuli dgn tindakan ya en.suami hehehe


suka sgt tgk pokok2 ni semua

haaaaaa nmpk tu pokok pisang tanduk dan pokok pisang nangka dah membesar. harap2 dapat hasilnya nnt. 
jgn pula dah keluar hasil, tp di sambar si pencuri dr luar pagar..huhuhu sedih mama nnt.

itu aje nak citer tentang ahad kami.
lain2 semua berjalan seperti biasa.
seronok tgk anak2 tgh sihat masa ni

tp sekarang dah sedih balik bila baby selsema lagi huhuhu..
berjangkit dr mama huhuhu

ok itu dulu. bye semua!

Friday, March 07, 2014

taburan tar di vck

assalammualaikum =)

tak ingat lar hr apa, tp dlm minggu ni lar
masa en.suami otw ke surau utk solat maghrib dia terserempak dgn lori yg jual tar dr rumah ke rumah
dah lama kami berhajat nak tabur tar kat depan vck ni
area kalau musim hujan asik lar bertakung air, lecah.
alhamdulillah dah rezeki kami kali ni. dulu penah lar cuba cr kontraktor yg blh buat, rupanya klu kita yg cari, lagi mahal huhu...
yg ni pun mahal jugak tp tak lar semahal deal yg dulu tu
emm...benda sekarang ni mana da yg murah kan. 
so mlm tu jugak diorang siapkan tabur tar kat sini
lbh kurang 11.30mlm baru siap.

 hasilnya...habis comot pasu besar merah tu kena minyak hitam.
tile kat tepi pagar tempat sy letak pasu bunga tu pun comot jgk
inilah klu buat kerja dlm gelap kan huhuhu

 so dah minta tlg en.suami utk sental tile yg kena minyak hitam ni semua weekend ni. harap dia sempat lar buat huhu... sayang kalau dibiarkan comot mcm tu

pasu merah ni pula maybe akan dicat semula bagi hilang kesan minyak hitam tu. tgk lar nnt mcm mana...

itu dulu cerita ptg ni
hari ni seharian dr pagi perut sy memulas2 alahai...mesti salah mkn smlm ni

oklah...bye semua!

Tuesday, August 20, 2013

landskap baru di VCK: pagar kayu yang comel

assalammualaikum =)

projek landskap ini diberi nama projek org tak cukup duit
kalau byk duit dah lama kami panggil landscaper bertauliah
arah buat itu ini-siap dgn cantik-bayar
habis cerita
disebabkan tak berapa nak ada RM tu, maka terpaksalar buat sedikit demi sedikit
ni semua projek lps kami balik beraya di kk hari tu
kira baru lg lar...
apapun kami puas hati sgt2 dgn hasil dr projek ni
jom tgk

 amacam? ok tak you all? kira ok lar kan?

pagar kayu comel tu ada beli kat kaison dan juga daiso
1 for rm5
batu2 putih tu dah lama belinya..drpd tersimpan tak digunakan
maka timbul lar idea ni

 niat nak letak tar kat area ni masih blm kesampaian

so kita hias mcm ni dulu lar hehehe...

ok itu dulu...bye semua!

Monday, July 01, 2013

our new baby at VCK: electric easy trimmer

assalammualaikum =)

introducing our new baby at VCK: electric easy trimmer for our 'laman bestari'
suka sgt!

alkisahnya mula2 dok gigih ler en.suami potong rumput filipina kat laman tepi rumah ni guna gunting besar tu. 
siap satu petak, nak tunggu next petak punya turn sempat panjang balik rumput petak mula2 td.
hazab nak menyiapkannya...
in fact tak pernah pun dapat potong rumput siap dr hujung ke hujung guna gunting besar tu
sy mmg dah tobat taknak gunting rumput ni dah
cukup ler sekali hr tu sampai hilang daya kat tangan ni sehari dua huhu...
dah mcm paralyzed jer masa tu
bila dah mcm ni citernya, gigih ler sy dok tanya kwn2 plak kot ada mana2 contact yg blh dtg ke rumah potong rumput.
dah gaya mcm ada padang bola besar plak nak panggil orang bagai hehehe
pastu ustaz wahid bagi idea utk beli electric grass cutter ni
lor...baru tau kewujudan gadjet ni hahaha
ringan jer you all mcm vacuum cleaner tu ha
tapi ofcoz lar ada gegaran jgk 
tu yg i takmo guna tu hehe

sedikit details about our new baby:
 Motor capacity: 450 W

Cutting circle diameter: 26 cm
Height adjustment: 80 – 115 cm
Cutting system: Extra-strong line + Automatic tap feed spool
"Pro-Tap" spool: 1,6 mm x 4 m
Extra-strong line: 6 x Ø 2,4 mm
Weight: 3.0 kg


sgt ler sesuai utk keluasan tanah sekangkang kera mcm kat vck ni :-)

 inilah keadaan laman bestari yg tak berapa nak di jaga
konon tuannya asik busy memanjang

 sedih nengoknya

 so ptg td gigih en.suami potong rumput guna gadjet baru dia ni
actually sy yg belikan merangkap hadiah anniversary in advance!
blh gitu? muahahaha
punya ler lama lg anniversary :p

 mula memotong dlm kul 6.15pm mcm tu dan siap jam 7.30pm ketika azan maghrib berkumandang

dan hasilnya....sangat puas hati alhamdulillah
ni pun belum sempat nak kumpulkan rumput2 yg dah kena potong tu

insyaallah ptg esok plak sambung kerja2 mengumpulkan rumput yg telah dipotong td
lapang rasa mata memandang :-)
biasanya dlm 3-4 hari rumput2 ni akan menghijau dgn sekata
time tu mmg cantik
insyaallah sebulan sekali blh kot buat aktiviti ni..kan en.suami?

alhamdulillah...tercapai lg 1 hasrat utk vck
antara hasrat yg belum tercapai untuk vck kami:
1) nak tar kawasan luar pagar
2) nak pasang tile kat tempat duduk luar pagar (silap btl tak tile sekali masa tile laluan keta luar pagar tu) dan tepi longkang yg kecik tu
3) nak pasang penutup longkang (yg ni kena tunggu tile tepi longkang yg kecik tu dulu supaya sama tinggi)
4) nak beli buaian yg colouful tu utk santai2 depan rumah
5) nak bina kolam renang kat belakang pagar putih tu *ehemm*

#sedikitsedikitlamalamajadibukitlepastubolehjadigunungeverestjugaberanganjerlarkoazimahoi#

sekian terima kasih

Sunday, May 05, 2013

rimbunan kasih dijumpai semula

assalammualaikum =)

drama sungguh.
bincang punya bincang, fikir punya fikir..
kami bertawakal pd Allah SWT dan berusaha untuk menjejaki kehilangan rimbunan kasih kami.
yerlar...secara logiknya, klu naik kereta, mesti pencuri tu angkut ketiga2 pasu sekali.
ni dia curi 1 pasu jer. mesti naik motor. 
klu dah naik motor, mesti org berdekatan jgk.
maklumlah taman blkng ni ramai org in**a.
hati sy kuat mengatakan kaum tu yg curi. 
pastu setakat pasu bunga takkan nak jual kot?
mesti letak depan rumah jgk kan?

tgh hari smlm balik dr sg besar kami pun ronda2 kat tmn belakang
iman kata mama tgk belah kiri ya. abg iman tgk belah kanan
ok..misi bermula
tetiba abg iman jerit! tu mama bunga kita iman dah nampak blkng kereta sorong tu!
biar btl??
abah pun undur kereta...
sekali tu mmg btl it's my rimbunan kasih!

 tu dia...jumpa dpn 1 rumah in**a ni
tu en.suami tgh ckp dgn tn rumah
1 pompuan india dgn anak kecik dia keluar.
dia kata bunga tu pakcik dia bwk blk dr kl mlm td
amboi!!!! melampau ok!
pastu dia dah mula nmpk takut bila kami kata ada bukti tu bunga kami
dia suh ambik jer bunga tu
so kami apa lg ambik and terus blah.

terpaksa ler letak dlm pagar dulu. ambik tempat 'cinta hati' kami

 cinta hati kami pula ambil tempat baru mengelilingi tiang payung ni

 gigih en.suami semalam
nmpk rumput2 tu mcm kering? baru lepas kena potong tu.
biasanya dlm 2-3hari dia akan menghijau semula. masa tu mmg cantik :-)
klu tak dipotong x cantik plak...


last but not least
saya dah pun menjalankan tgng jawab sebagai rakyat malaysia
anda bagaimana?

ecewah....itu dulu. bye semua!!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH