FOLLOWERS

Showing posts with label bukit tinggi-pahang. Show all posts
Showing posts with label bukit tinggi-pahang. Show all posts

Monday, November 21, 2011

anniversary at bukit tinggi - finale episode

assalammualaikum =)

19 november 2011: hari terakhir di bukit tinggi. happy anniversary sayang! cuaca pagi ni juga sgt baik. kami keluar utk bfast jam 9.00 pagi. pengunjung juga dah mula ramai masa ni.


amal makan honey star + susu pagi tu.. byk! dia suap sendiri jer hehe.. oh sian adik topi dia dah ketat lar. ok balik ni mama keluarkan stock topi lama abg iman yg lain ya ;-)


mula2 gaduh berebut ipad. bila abah bg hs kat iman, amal plak menangis nak kan hs abah huhu.. takkan nak beli ipad sorang satu kot... toing!
btw, hs abah tu hadiah anniversary dr mama. samsung galaxy s plus ;-)


hadiah dr abah utk mama? haaaaa tu mama tgh buka. actually yg ni hadiah kedua dr abah. surprise utk mama hehe... pg td abah baru bg ;-)
hadiah 1st mama dpt adlh handbeg elle yg mama kepit dlm entry bukit tinggi ni. thanx abang! nnt ima baca smpi habis buku tu ok insyaallah..


lepas bfast cont layan anak2 main

main lagi




mama joint sama hehehehe


then keluar jalan2 lg. gambar sgttt byk ok sy tak tau nak upload mana 1. xkan nak upload semua kot, melampau!


my heroes


muhammad iman kasyfi

muhammad amal hafiy


:-))


after check out hotel, kami menuju ke Japanese village. ohhh menyesal ke sini huhuhu..
rupanya dah tak blh naik keta smpi puncak. kena parking kat bawah then memanjat smpi atas. penat! mencungap! i tak suka! huhuhu..
sepanjang pendakian ni, smpi lar balik mama and iman membebel jer sbb penat sgt. merungut2.. abah kata iman n mama ni sama jer dua2 tak kuat stamina. amazing me amal sgtttt rilex and enjoy sepanjang kami kat sini. eh budak kecik ni tak reti penat ke??
bila di tanya: amal seronok? sonok! amal best? best! amal penat? x penat pun... alahai blh le kamu main rugby dah beso nnt huhu


dah le jauh nak smpi ke pintu masuk JV ni.. penat! sy pun dah penat nak menaip hehe.. let the photos tell the story ok


my favo photo!


ni dah otw nak turun ke kereta. sian iman dia sgt penat...

serius mama pun penat hohoho...

tamat sudah kisah kami di sini. seterusnya kami menuju ke sunway pyramid menghabiskan sisa RM yg ada huhuhu... yg penting semua happy :-) kami selamat tiba di rumah jam 11mlm. sgt letih. daaaaa

Sunday, November 20, 2011

anniversary at bukit tinggi - part 2

assalammualaikum again =)

adehhh... dah siap packing dah nak berangkat balik kg, tetiba kunci viva plak ilang huhu.. tertinggal dlm wira. en.hubby plak bawak wira ke marina cove resort, ada kursus. aduhh tension2 takleh nak gerak ke mana kunci keta takde. perut dah ler lapar.. huhu sabo2. en.hubby dah otw balik tu. sementara tggu en.suami sampai, sy longgok kan toys 1 tong utk anak2 main dan sy cont update blog.

lepas solat maghrib, sekitar jam 7.30pm cepat2 kami keluar sbb nak tgk magic show lagi. kali ni hubby siap dijemput naik ke atas pentas.. dptlar cd magic show free hehe..


mcm2 jugak magic show ni...


semua excited tgk. mama takde perasaan sgt hehe..


bangunan yang cantik2 ini kelihatan lbh cantik diterangi sinaran lampu pd waktu malam.


posing dgn anak bujang sy yg baru sihat dr chicken pox

mana lg cantik? bangunan kat blkng or org yg kat depan tu?? pang!! mengada tanya soalan bukan2 ya..dush!

cantik bangunan ni, tingkap pink hehe

abg iman tlng snap pic ni



ok dah puas snap photo sana sini... jom kita dinner plak


mkn mlm di La Boulangerie


bakery jer pun.. nmpk tak yg sy beli kat atas tu.. rm56 ok huhuhuhu... sgt mahal. mujur lar ke sini 6 thn sekali. nipis dah purse mama ni huhu


chocolate moist rm8.00


2 for rm12


tekak ni teringin nak mkn tiramisu yg mahal ni. rm10..ku rembat jua. tp malangnya tak habis sbb tak sedap uwwaaaa dush!



egg sandwish for rm4


1 for rm5 huh.. takpelah sekali sekala merasa jd org kaya hahaha... ayat penyedap hati sendiri ni

si comel mama

colorful horses ni sgt menarik perhatian dia


nak bg dia cium kuda ni hahaha


pastu masuk gift shop kejap


mengada display gambar sendiri haha..

ok habis dah citer. masuk bilik n zzzzzz

anniversary at bukit tinggi - part 1

assalammualaikum =)

alhamdulillah.. 19 november 2011 yang lalu perkahwinan sy dan hubby mencecah usia 6 tahun. syukur ke hadrat Mu ya Allah, dipanjangkan usia perkahwinan kami hingga ke saat ini dan moga ikatan ini berkekalan hingga nafas yg terakhir. 6 thn dulu, kami honeymoon di bukit tinggi pahang.. dan tahun ni kami decide utk ke sini lg bersama anak2.. best.. byk juga perubahan, blh tenangkan fikiran seiring dgn cuti sekolah yg baru saja bermula ;-). kami ke sini hari jumaat 18 nov, so orang sgt tak ramai masa ni. kami blh biar anak2 bebas berlari ke mana nereka suka.


kami smpi sekitar jam 2 ptg. terus check-in colmar tropicale hotel.


our room, ok sgt puas hati.. emm nak citer jugak tak kira. 1 jer yg tak best, kat bilik air xde pili kat toilet bowl uwwwaaaaa..... sgt menyusahkan ok hahaha... ok2, sy kan sdg berada ni 'perancis', sila berlagak mcm org france ok muahahaha


view dr balkoni bilik kami


ok dah letak barang2... jgn buang masa jom kita bersiar2 kat luar yeah.. 6 thn dulu takde pun games utk kanak2 ni. skrang dah bersepah kat sini huhuhu... pandai diorong ni cr duit.


pakai sedondon kuning for today hehe


ok dah lapar.. jom lunch at 3.00pm haha.. makan kat Le Poulet Roti. mahal. eh mana ada yg murah kat sini so avoid dtg setiap thn ya. 6 thn sekali plg ok haha adoii... laju jer duit kuar kat sini hanya utk isi perut. 6thn sekali ok adehhh nipis terus purse huhu


utk sy


utk mr.hubby


simple dessert. all at rm76.00. tak sedap mana pun. butter rice tu sgt memuak kan tekak. anak2 pun x mkn sgt.


lps makan, tgk magic show jap. so far oklah.. sy tak minat magic2 ni so tak berapa mengujakan.


haaaaaaaaa ni lg best hahaha... ok bg anak2 main dgn puas. dahler org tak ramai..


bestnya.. mama rasa nak joint naik sekali haha


kereta kecil warna biru


sy sgt tertarik dgn wallpaper yg ada kat games centre ni. mula berkira2 nak pasang wallpaper mcm ni dlm bilik anak2 nnt :-)


our little amal

my handsome boy. ok anak2 dah puas main kat sini, jom kita ke destinasi seterusnya

walaupun hujan, tetap redah... takmo buang masa sbb kami hanya stay 1 mlm di sini. jom kita ke rabbit park.




xde org. anak2 blh main sepuas hati mereka kat sini.


bg anak2 main dgn rabbit smpi penat. mama tukang snap gambar. abah layan anak2 ya


balik semula ke colmar tropicle. bergambar lg berlatarkan bangunan2 yang cantik di sini, adaptasi dr binaan bangunan negara perancis.


anak2 mmg mesra kamera mcm mama dia jgk haha

ala2 luar negara gitu

gambar terakhir sblm kami masuk bilik. dah letih.


snap using my s95. binaan yg cukup hebat.. chewah

hotel apa ke tah namanya ni lupa sorry.. setentang dgn colmar tropicale. dekat je. binaan juga adaptasi negara perancis.

ok itu dulu cerita part 1... lps ni sambung part 2 ok. kisah di waktu malam. bye semua!!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH