assalammualaikum =)
salam isnin buat semua
ok kita tgh mengantuk sgt2 ni. rasa mcm telan pil tidur jer. badan pun rasa tak sihat sgt. dari pagi td heartbeat laju semacam. rasa serba tak kena :-(
ni nak cerita pasal abang amal lagi.
kisah yang berlaku jumaat lepas.
mama ada kelas smpi 12.20tgh so abah tlg ambik iman dan amal dari sekolah yang keluar kul 12tgh
habis kelas mama call abah tanya anak2 camne
sekali abah citer, amal kena tolak dgn kawan dia umur 4thn kat sekolah.
lutut dia luka, dia menangis meraung sekuat hati
kesiannya!
abah hantar amal ke rumah pengasuh tapi masa tu pengasuh takde, pi ambik anak dia dr sekolah.
tinggallar amal dgn mbah kejap.
abah kata amal masih meraung, taknak susu. Ya Allah...ni mesti luka dia besar ni.
abah bawa abang iman lunch dan siap2 di rumah cikgu erza utk pi solat jumaat sama2.
mama plak...dah kemas2, 12.45pm gerak balik. otw tu, rasa tak sampai hati nak tinggalkan amal kat rumah pengasuh smpi ptg dlm keadaan dia tgh sakit.
biasanya anak klu tgh sakit kan cari mama kan?
mengada dia kan lebih dgn mama kan? masa main yg cari abah kan?
itu normal.
so mama singgah rumah pengasuh. sekali dia nmpk mama, meraung sekuat2 hati ok.
dan luka dia mmg besar! mujur kat surface jer.
mama terpaksa deal dgn dia, klu nak ikut mama balik, mesti kena jalan sendiri sbb mama tak larat nak dokong. pastu kena stop menangis, kalau tak mama hantar terus ke hospital. amal setuju.
tapi sepanjang perjalanan balik tu nampak lar dia menahan sakit, sesekali tersedu gak nangis. emmm...sakit tu, mesti pedih berdenyut2. jenuh mama pujuk dia. kesian sgt. tapi budak ni..lg dipujuk lagi dia cembeng hahaha.
sampai rumah, mama pun bertukar menjadi 'doktor mama' yang hebat.
tu dia besor duit 20sen tu ha
mujur tak dalam. tapi dah namanya kat lutut, yg byk bergerak, mesti lar sakit kan huhu
bertambah lar parut kat lutut amal
baru lah namanya anak jantan, tak gitu?
sedih gila muka dia masa ni
in fact dia marah mama ambik gambo dia masa dia tgh sakit hehehe
mama pun cuci luka dia bagi bersih takmo comot2, letak minyak gamat then balut.
masa ni mama menyakat dia..tu yg dia lagi sedih nak menangis tu huhuhu..
mama suap makan nasi ayam.
then bagi dia tgk tv jap sementara mama lunch plak.
lepas tu susu, then masuk bilik on econ...tido.
mama bangun balik solat zohor, then mama joint tido sama. dpt lar sejam mama tido.
amal yg lama, dr kul 2pm-5pm hehehe...
hr sabtu kan sy ada ladap, en.suami plak ada rugby, so anak2 terpaksa hntr rumah pengasuh jugak.
blk dr rumah pengasuh, iman amal terus tido tgh hari tu.
abah citer amal bgtau kaki dia dah baik. tetiba jer blh baik
mmg pun, ptg sabtu tu dia dah ligat mcm biasa..main melompat mcm tak sakit.
nak dijadikan cerita, mlm td dia terjatuh.
luka dia kembali berdarah!
ayoyoyo...menangis meraung balik.
kulit yg dah mula kering tu terkopek semula.
dan seperi dijangka itu menjadi alasan utk dia taknak ke sekolah hari ni..hehehe
anak kecik mama...be strong ok!
itu dulu...bye semua!