FOLLOWERS

Tuesday, March 29, 2011

apa yg patut saya rasa?

Situasi: tahun 2006 sy terpilih menjadi panel penggubal item percubaan Sains PMR SBP. Tahun 2007 juga masih diberi kepercayaan yg sama. tahun 2008-2010 sy dipilih menjadi ketua panel penggubal pula. tiba2 tahun ni sy dapat tahu, org lain pula yg dipilih menjadi ketua dgn alasan: subjek Sains teras telah ada pada beberapa buah sbp di malaysia. so ketua yg baru ni dtg dr sekolah yg ada subjek sains men atas. kiranya dia mengetuai panel penggubal sains pmr dan spm. MUNGKIN sy akan diminta juga menjadi panel untuk pembinaan soalan percubaan sains PMR. MUNGKIN!! So apa yg patut saya rasa skang ni?????
  • lega?
  • sedih?
  • frust?
  • kecewa?
  • down?
  • feel nothing?

maca mana sy nak posotifkan perkara ni???? apa patut saya rasa skang? uwwaaaaaaaaaaaa

Monday, March 28, 2011

wyeth: pengubat resah =)

sbnrnya wyeth ni bukan ubat ok haha... wyeth ni brand susu iman-amal. kat facebook td ada promotion ni ha:

maunya sy tak teruja! bestkan blh dpt free toys anak bila beli susu. so td dah call s-26 mama careline. jap lg she will call me back to give the nearest outlet location yg involve promosi ni. harap2 ada lar yg berdekatan huhu...
haaaaa dia dah call pun. paling dekat kat shah alam, seksyen 19 huhuhu....jauh seh! takpelar, promotion ni pun valid lama lg. ada masa lg nak terjah kedai tu. cuma skang ni yg merungsingkan hati, beli 6 kotak dpt 1 free gift. mesti berebut iman and amal. so kena beli 12 kotak lar?????? waaaaaa mau lari budget mama haha...
before this sy dah pnh citer kat sini wyeth mmg suka bg free gift for every purchase. best sgt!! tp tmpt sy ni stock susu br lmbt smpi arr.... yg free activity book tu pun tak smpi stock area cni lg. takpe, sy tetap sabar menanti...:)

letihnya saya...

assalammualaikum....
weekend sy yg sgt memenatkan!! aduh....letih satu badan. saya bknlah nak merungut, jauh sekali tak bersyukur. bukan!! cuma sy nak meluahkan apa yg saya rasa di sini, itu jer. tak lbh tak kurang ok, dgn harapan kurang sket rasa letih ni huhu... sy tahu ini dah mmg tanggung jawab sy sebagai anak, isteri dan ibu. saya redha...mudah-mudahan Allah terima keikhlasan sy ini.
husband sy out-station from khamis-sabtu lepas. kul 2.30am ahad br sampai umah. so rumah and anak2 semua atas bahu sy. emak plak tak sihat, ada kat rumah sy skang. ptg jumaat bawa dia ke hospital. doctor suspect TB. so kena jalani mcm2 test until this wednesday, kena ulang alik ke hospital. jumaat tu doc bg antibiotik. rupanya mak allergic pd antibiotik tu. habis bengkak dan gatal2 satu badan! jumaat mlm sabtu mak lansung tak tidur, muntah2 bagai...lembik 1 badan. so sy pun tak tidur sgt jaga mak. tiba2 iman pun terjaga mlm tu 2x muntah2 atas katil...oh sy sgt huru hara!!
bayangkan husband takde, sy kena jaga mak yg sakit, anak yg tak sihat + anak yg merengek...fuh! sungguh mencabar tahap kesabaran ok. mujur pengasuh amal sudi hantar air kelapa pagi sabtu tu utk emak minum, bg kurangkan kesan antibiotik tu. emak sgt flat sampai muntah dalam bilik. kesian sgt kat emak. sy plak tak blh ke mana2 coz iman dan amal ada. ikut hati nak je antar amal ke rumah pengasuh tp pengasuh ada mesy pibg plak pagi tu. hari biru kelabu semua ada ok huhu...menjelang tgh hari sy dah jd mcm zombie! ptg tu family kakak sy tiba alhamdulillah...lega sket rasa hati. tp letih dgn kerja rumah plak!!! uwwaaaaaa...klu ada maid mmg lega kan. isk isk....
hari ahad, husband dah ada kat rumah br ler sy free sket. tq to my abang byk bantu sy. skang ni iman plak tak berapa sihat..muntah2, cirit birit. kesian dia. lansung taknak mkn. menyusu pun kurang. so kena bg semula multivitamin utk dia.
honestly hari ni sy tak larat nak buat apa2...ikut rasa mcm nak mc jer td. tp klu mc, sy still kena bergerak jugak huhu... pg td dah ke hospital hantar sample kahak mak. husband plak ada meeting ragbi negeri di ppd klang. so nnt sy kena amik anak sekolah etc2..aduh...letih2. ptg ni nak bwk mak ke hospital lg utk pi unit dada plak. uhhhhhh.......sy tak merungut ok cuma saya letih!
dan result kpd keletihan sy: i've got my menstruation after being rest for about 2 years and 6 months! yes terbukti sy letih!

Wednesday, March 23, 2011

love present from mr.hubby

isnin, 21 mac 2011 hari pertama persekolahan. pagi2 lg husband bg sy hadiah ni, otw balik dr hantar anak ke sekolah dan rumah pengasuh, dalam keta lar maknanya hehe....
uiks...mcm pelik jer hubby bg hadiah. besday jauh lg. anniversary pun tidak... rasa nak terus buka masa tu jugak. tp hubby kata aik taknak amik gambo dulu ke? hahahaha....ok2...lupa plak. so tahan rasa tggu smpi kat bilik guru baru buka. jeng jeng jeng.....


me: surah yassin ke bang?
hubby: taklar....
me: passport or visa pelancongan ke? (cehhh menggunung harapan sy huhu)
hubby: haha...tak lar
me: ermmm ni mesti buku kan. buku cakar harimau ke?? hahahaha....
hubby: hahaha...yang buka jer lar dulu, tgk ya.


*
*
*
*
*
*
*
RAYUAN CINTA BUAT ISTERIKU
terbitan telaga biru

HOHOHOHOHO......


terima kasih ya abang...insyaallah selagi ma bernafas selagi itulah ma akan terus berusaha untuk jadi isteri yg terbaik buat abang. i luv u!

Tuesday, March 22, 2011

iman-amal Vs upin-ipin

eh eh macam sesuai lar kan!
iman-amal======> upin-ipin! hahaha...


alkisah pada hari ahad lepas, hari terakhir cuti sekolah, sempat abah bwk kami semua ke pasar shah alam. after that kami ke pasar raya giant stadium shah alam, kat sebelah tu jer. actually ada tujuan kami ke sana. sy dpt info dr fb wyeth mengadakan promosi di sana pd sabtu dan ahad lepas. yeahh inilah peluang utk menemukan anak2 dgn watak upin ipin (duta susu wyeth) kegemaran ramai ni. kbtln iman mmg minum susu wyeth s26-promise, so dpt beli susu iman pada harga yg jauh lbh murah i like!
kami enter ke giant sekitar jam 12tgh. dr jauh dah nmpk upin ipin tgh bergambar dgn peminat2 nya. orang pun tak begitu ramai so mama terus Q hehe dah sah2 mama yg excited lebih. masa tgh beratur nak tggu turn bergambar dgn upin-ipin tu, iman dah mula menunjukkan muka cuak. sah dia takut!! iman ni mmg takut kat clown dan yg sewaktu dgnnya...padahal clown tu nak bg belon kat dia kan, tp dia blh meraung ketakutan. ya itulah iman!
APA?? UPIN IPIN NI PUN DIA TAKUT? MAMA AND ABAH MCM TAK BLH TERIMA HAKIKAT JER HAHAHAHA....


sudahnya hanya mama and amal yg naik ke atas stage, bg amal salam dgn upin ipin and snap photo with them. abah cuma sempat snap 2x. 1 pic yg goyang and blur (mcm biasa klu abah yg snap pic huhu...) dan tinggal lar 1 photo ni. yer saya tahu sy tgh pejam hahahaha nasiblar ini jer yg ada.

mcm ni lar muka iman sepanjang kami berada di sana, dlm setgh jam tak silap sy. alahai hilang macho anak bujang mama mcm ni gayanya. bila ditanya knp iman takut sgt kat upin ipin tu? ini jawap dia:
UPIN IPIN TU BESAR SANGAT LAR MAMA....:p

best sgt sbb kami dapat byk hadiah produk wyeth ni hehehe... kami beli 10 kotak susu iman yg tgh promosi sgt2 ni. normal price rm21.90 sekotak (600gram) tp kat sini dpt rm16.00 jer sekotak. so borong byk2 coz sgt berbaloi-baloi...

ni iman tgh posing dgn stock susu dia dan hadiah yg kami dpt haritu. setiap kotak s26 promise ni dpt free rumah 3D upin ipin so kami ada 10 kotak rumah 3D ni! nak buat apa byk2 ni yer???

actually wyeth mmg selalu bg hadiah utk setiap pembelian susu s26 ni. antaranya kami dah dpt tuala mandi yg gebu limited edition sempena world cup, cd wordworld, face towel dan mcm2 lg lar. sembang2 kosong dgn mr.hubby tanya pndpt dia. so dia bg idea utk sy anjurkan blog contest, jdkan brg2 ni semua sebagai hadiah...emmm good idea lar abang!! anda setuju tak dgn idea ni???
btw paper beg upin ipin ni sgt cun dan sy dpt 10 hokay ;)

Hikayat Merong Mahawangsa: filem epik melayu terbaik!

salam bersiaran kembali...

sabtu lepas saya+hubby+iman berkesempatan menonton wayang di LFS cinema Kuala Selangor. cinema baru so semua facilities masih dlm keadaan baik. paling penting cinema ni mmg selesa!! bukan tahap ala ala jer ok...mmg selesa!
dah bawak iman bermakna kenalar tgk filem U. dr awal lg dah plan nak tgk HMM, iman pastu suka coz ada aksi lawan2 dgn pedang. eh lupa nak bgtau ni 1st time kami bwk iman ke cinema tau. so berwaspada jugakler sbnrnya...mcm2 kemungkinan blh berlaku. mama kenal sgt dgn anak mama ni...harap2 dia oklar...dan alhamdulillah dia mmg ok and enjoy the film.

bercakap mengenai HMM, sy suka sgt dgn filem ni! sy blh bg 9/10 utk HMM... actually sy bknlah seorang yg pandai buat film review ni, tp sy cyba ya:

- Keseluruhan jalan cerita memang menarik dan mengagumkan. Penuh dengan susunan bahasa yang indah dan paling utama aksi pertarungan yang mmg hebat! pengarah berjaya menghasilkan jalan cerita yg terbaik utk menyampaikan cerita sejarah seperti ini. watak sultan muzaffar shah yg sdg menulis manuskrip mengenai merong mahawangsa utk tatapan keturunan baginda sgt sesuai bg sy...

- Berkaitan dengan politik dan kekuasaan. Negara Rom inginkan putera Rom mengahwini Puteri Dinasti Han kerajaan China. Ia adalah untuk memperkuatkan ikatan kedua-dua belah negara ditambah lagi negara Rom ingin mempelajari teknologi peperangan negara China.

- Putera Rom dan Puteri Negara China tidak ingin berkahwin sesama sendiri tetapi atas dasar kebebasan, mereka akhirnya jatuh cinta. Begitu juga percintaan Merong dengan Embok. Embok pada asalnya tidak menyukai si Merong kerana menganggap Merong sebagai orang asing. Tetapi setelah berjaya dalam ujian, Merong menyunting Embok sebagai Maharani.

-babak pertarungan kelihatan sedikit kartun, laju semacam jer pergerakan dia..tp tidak mencacatkan filem ini pun. tetap best!

- Memandangkan filem ini diedarkan ke 72 buah negara, penggunaan dua jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berserta terjemahannya memang sangat dialu-alukan. Bahkan ianya mudah difahami.

-penggunaan CGI yg terbaik utk filem melayu! sepanjang menonton filem ini, terasa seperti menonton filem bertaraf international. betul tak tipu!

- sy paling excited bila menonton babak merong mengaplikasikan prinsip pantulan cahaya ketika berperang. merong belajar science! i am proud of him haha...

- sound and music yg melatari filem ini juga best…

- sy berani kata: filem mini jauh lebih best dr khurafat yg sgt gah publisiti nya itu, tp cerita hampeh.

- pendek kata, silalah tgk filem ini, tak menyesal insyaallah…


jom layan gambar kami plak:


makan2 dulu kat one plaza cafe sambil menanti masa tayangan HMM bermula

cubaan seterusnya sy pakai shawl huhu...nasiblar.
tp masih tak confident nak pakai ke tempat kerja...
tgk cikgu wani pakai, cantik jer :)

iman yg snap pic ni hehe...
dah blh jd cameraman mama and abah :P

mama: "nnt bila abah work jauh, iman nak tak temankan mama tgk wayang?"
iman: "nak!"
mama: "yes!!" (bestnya dah ada partner tgk wayang ;)

masa kuar dr cinema ternampak "artis' ni tgh promote filem momok...
uiks saper dia ni? ntah...
actually dah nmpk dia masa mkn kat cafe td...
siap kutuk lg dgn hubby coz dia pki spek hitam dlm cafe yg gelap...giloss!!
rupanya 'artis' haha...konon taknak org kenal arr tuh
tp siapakah dia????
klu artis mesti ler kita kenal..
ni sy tanya gak budak2 lain kat situ
semua tak kenal hahahahaha....
sian dia............

rabbits are very friendly!

Ini kisah kami masa cuti sekolah last week.. masa ni abah takde. alhamdulillah dpt juga sy bawa anak2 + family kak cik + family kak cho (3keta semuanya, ada 16 orang hokay) ke Bukit Badong Rabbit Park ni. tak jauh sgt, masuk pun murah. rm2 per entry...sgt berbaloi2 dibandingkan dgn kegembiraan budak2 ni semua bermain arnab. ada 11 budak hokay, kalut arnab tu semua lari menyelamatkan diri huhu....
iman-amal yg dah pernah ke sini mmg tak takut lg. seronok tgk anak2 happy main dgn arnab ni semua.

arnab yg sgt jinak, senang hati dpt byk mkn carrot.
burrppp alhamdulillah, kenyang katanya.

yeahh dpt bergambar dgn merak yg sgt cantik ini...

dekat 2jam juga kami semua kat sini. otw back, sempat singgah bukit melawati, tgk monyet plak. dah tak sebyk dulu monyet2 kat sini, dah tak meriah. tp kira blh lar...sy tak kuar keta pun coz amal br tidur. iman kuar dgn maklang dia. so takde gambo hehe...difahamkan iman sgt takut dgn monyet2 kat sini. ermmm dah agak pun :P
cukup lar entry pendek ni ya...nnt update cerita lain plak. jumpa lg nnt!!

Monday, March 21, 2011

i dunno what should i write as the title for this entry

askum buat semua....
harini sy mula bertugas semula setelah bercuti seminggu. dah plan nak buat atleast 3 entry hari ni tp apakan daya internet connection kat sekolah down plak hari. cuti seminggu bermakna sy punya banyak cerita untuk dikongsikan di dalam blog kesayangan ini. now br berkesempatan nak online di rumah. biasalar klu dah kat rumah, bz dgn anak2 dan kerja rumah jer lar jawapnya. ni pun kejap2 "mama tgk pistol iman buat ni... mama saper kawin tu? (sambil tgk pic kawan sy kat fb)... mama etc etc etc....alahai nak buat 1 entry ni pun take time ok.


hujan kat luar br jer nak reda tu...dlm minggu ni byk kali juga hujan turun alhamdulillah. tapi mengenangkan loji nuklear yg meletup di jepun, risau juga bila tgk hujan kat luar tu. yerlar mana tahu hujan asid plak yg turun. kuasa tuhan tiada satupun yg mustahil...
iman-amal skang ni tgh main @ menyepahkan rumah. alahai...itujerlar aktiviti budak2 ni tiap2 mlm. nak marah pun sgt tak logik sbb yg belikan toys byk2 tu pun tak lain tak bukan mama and abah juga. so klu dah beli, mestilar nak bg depa main kan? kan?...think +ve jer lar azimah: it's all to help in develope their skill, their mind etc etc..
mana mr.hubby?? tgh tgk tv tu ha, sambil layan anak2 jugak. sy mmg kurang sket tgk tv ni... klu ada citer best jer br tgk tv.
ermmm oklah ingat dlm entry ni sy nak share lg pic masa attend kenduri kawin haritu. this time pic kenduri kat banting plak ok :)

kenduri ni kat umah kawan yg pakai baju hijau tu: teacher mas. adik dia yg kawin. teacher mas ni lar mentor yg bg tutorial pd sy utk buat cupcake tempoh hari. pandai masak dia ni tau...
amal dah mula merengek tu... dah mengantuk agaknya. itu dulu untuk entry kali ini....jumpa lg nnt ya! sorry sgt dah lama sy tak berkesempatan nak bw huhu...

Thursday, March 17, 2011

iman-amal dan basikal baru

cakap2 dgn iman:

"mama, basikal iman ni dah kecik lar"
"mama, iman asik kena tinggal jer dgn kawan2 iman"
"mama, tayar basikal iman ni berat lar sbb tayar plastik"

ok ok mama dah faham maksud iman....

dapat lar dia basikal baru yg sungguh stylo ni
basikal lama dia mmg dah kecik pun
dah selamat hantar balik kg
nnt bila blk kg atleast ada basikal untuk iman kayuh

klu abg iman dapat, amal mesti dapat jugak
tp dia still tak pandai kayuh
so kayuh dgn kaki jer
iman suka, amal suka, mama gembira (rabak poket juga)

see baru lar dia dpt sebaris dgn geng basikal ni....
klu tak mmg kena tinggal arr huhu

cuti sekolah ni kami tak kemana-mana
so basikal baru ni dah cukup buat anak-anak gembira

Wednesday, March 16, 2011

selamat pengantin baru

semua org tau cuti sekolah = musim org kawin. ahad baru2 ni sempat kami guru2 sbpisb konvoi ke majlis perkahwinan cikgu wani dan suaminya apis. alahai gamat majlis bila kami smpi. meriah majlis wani dibuatnya. mujur wani and apis sporting dgn kami semua...
seronok tgk org kawin. teringat zaman dolu2 time jadi raja sehari hehe...(rasa nak buat entry citer pasal kenangan kawin sy dulu huhu)

dlm pic ni sy kelihatan lbh tinggi dr suami hehe...
abg iman tak ikut, dia tinggal dgn atuk kat kg.
ni br sebahagian dr rakan guru yg dtg...
mcm2 tragedi berlaku bila kami dah smpi.
ada yg hampir tergelincir depan pelamin masa pengantin tgh sanding
ada juga yg terlanggar bunga pahar sampai bergolek2 telur ...
kelako2...

itu sy and amal. masa ni suami tgh mkn. mkn pun bergilir2 almaklumlah bwk anak kecik.
eh eh...teacher azimah pakai shawl la...
hehe cubaan pertama ni.
teringin jgk nak pakai shawl... (tak sedar diri muka bulat mcm pinggan batu haha)
tp tak suka yg ada rambu ramba
tak suka juga yg ada ring bergayut2...
tak sesuai dgn usia agaknya
dress ni plak, dah lama beli. tp tak confident nak pakai

close up sket muka bulat sy. alahai amal tgk bawah plak..

usai majlis wani di tg karang kami terus konvoi ke banting klang, menghadiri jemputan kenduri cikgu lain plak. tp bkn dia yg kawin, adik dia... otw balik singgah jusco bukir raja. SALE! tp sy berjaya menahan nafsu tak beli apa. suami beli sandal. utk iman belikan jugak buku dr mph, atleast ada buah tgn utk dia.....
kul 10mlm br smpi umah mak. sonok iman dpt buku...

Monday, March 14, 2011

school holiday!!

assalammualaikum semua...

cuti sekolah dah bermula! saper tak suka cuti sekolah sila angkat bahu!! ya rata2 semua kita suka cuti sekolah. pelajar2 suka, cikgu2 ni seribu kali suka hehe....
skang ni sy dah ada di kg. pinjam broadband sepupu utk sy online. dulu masa sy guna broadband mmg takde network kat kg kg sy ni. tp skang baik celcom mahupun maxis, dua2 dah clear network internet kat sini. sabojerlar....bila dah terminate broadband br ler ada network.
semalam seharian sy, mr.hubby, amal and kawan2 yg lain pi kenduri kawin. iman tggl dgn tok. ok2 citer pasal kenduri kawin ni dlm entry akan dtg ya. tgh collect gambo. harini, mr.hubby dah pi tg malim mcm biasa. rabu br dia balik sini. so tinggal lar sy dgn anak2. ptg ni family kak cik smpi. ptg esok family kak cho pulak tiba. wah mesti meriah rumah mak nanti!!

so teacher azimah tak ke mana2 ke cuti ni? eh mesti lar gi jenjalan...tp this ti,me pi tempat dekat2 jer yg mesra anak2... ingat khamis ni nak bwk iman-amal ke kl bird park. then hr ahad nak terjah pasar shah alam plak...
so kawan2..apa plan cuti sekolah u all?

Saturday, March 12, 2011

my first home-made cup cakes: oreo moist chocolate cake

dah dekat sethn microwave-oven sy tu tak berusik. sejujurnya sy tak reti guna haha...baca manual book pun still tak reti. mujur seorg kwn yg mmg marvelous bab2 memasak ni terutamanya kek, sudi nak jd tutor sy. so rabu lepas sy bertutorial dgn teacher mas, how to use the microwave-oven and how to bake cake. larrrrrrrrrrrrr baru tau takleh guna peralatan aluminium. patut time nak raya tu siap kuar api zas zas masa sy guna m-o ni huhu...ok2 blame on me. sy mmg tak teror memasak ok. but atleast sy nak belajar ;) idea nak buat oreo-chocolate cupcake ni adlh idea k.mas. kek paling mudah katanya. mmg mudah!!
k.mas just guide sy dr mulut jer suh buat itu ini... gigih sy buat semua sorang diri...ceh puji diri sendiri plak :P

kwn2 yg dtg tgk sy buat kek ni dok gelakkan sy sambil2 tiup semangat.
depa kata: nampak sgt tgn tak pandai masak, siap shaking smpi tumpah2 gula, susu...
hahaha...sy tak kecik hati pun mmg itu hakikatnya...

larrrr sng jer nak bg moist campurkan sket air rupanya. haa.....tgk ni masih comot lg.
patut kena guna acu piping tu supaya dia tak comot mcm ni.
sy ni udah ler guna sudu jer, shaking plak tu, dah tentu hasilnya agak comot.
tp yg penting sedap!

dah siap!! oreo-chocolate cupcake...the best!

zoom sket....pergh sedap tau.
tp honestly bab nak buat topping dia tu mcm leceh sket.

haaaaa tgk, sedap sy tak tipu punya!
dapat dlm 30 ketul cupcakes, tinggalkan 10 jer kat umah. balance sy bg kwn2 kat sek.
semua mcm tak percaya kek tu azimah yg buat hahaha...

SILA PERCAYA OK!!

Thursday, March 10, 2011

it's bowling time!

last week punya citer ni. kat kuala selangor dah ada pusat bowling. sejam ++ jgk lar nak pi sana dr sini. byk kali dah ajak hubby pi main bowling kat sini, maklumlah dah lama tak asah bakat terpendam ni huhu.... tp hubby taknak. mcm2 alasan smpi i bosan....
kbtln last wk team bowling sbpisb nak pi buat lthn kat sini. sy ni mmg guru penasihat team bowling sek (kunun!!!), so kena lar escort budak. sambil menyelam kita berenang ok...jom main bowling!!

ada 28 lanes..dgr kata owner dia org india. mmg kayo arr

couple kat blkng tu mmg spoil my photo lar...pi peluk2 kat public sungguh non-sopan!

itu dia gaya sempoi teacher azimah

strikes!!! yeyeyeyeye....bangga tuh

dah penat main kita pi makan kat pizza hut. comel kan cikgu2 muda ni hehe...
thanx kat lin and azma yg teman kak zimah ptg tu.

dah byk kali main bowling, ntah knp this time berlaku 1 kejadian yg sungguh memualkan dan melucukan smpi buat sy ketawa sorang2 tiap kali teringat peristiwa ni hahahhaha...sy tergolek mcm nangka busuk!! bkn time baling bola tu tau. ni time dah habis main, sy nak jalan ke kaunter utk amik kasut. kasut yg sy pki masa tu mcm takde friction lansung dgn lantai. dgn mudah sy tergelincir danjatuh terduduk smpi kaki naik atas! blh korang imagine huduhnya sy time tuh???? malu wei... nak dijadikan cerita azma smpt sambar tgn sy tp dgn dia2 sekali tergolek huhuhuhu...kelako tahap gaban. time tu takde pk lain selain EH PATAH RIUK KE AKU NI??? mujur takde apa2 alhamdulillah.... paling penting students tak nmpk kejadian tu. tp cikgu lelaki nampak. uh malu!!

Tuesday, March 08, 2011

hadiah dari hati

alhamdulillah sebahagian hadiah dah selamat tiba ke tangan sy. soooooo sweetttttt! eh...hadiah apa ni? owh lupa plak. ni lar hadiah2 kemenangan sy fuh ala2 menang oscar jer bunyi nya dlm contest anjuran BPM baru2 ni. nak citer lebih lanjut blh tgh dlm entry sy DISINI ya.

parcel dr hamidah....tq ya ;) appreciate sgt!

hand beg and cute ribbon. eh awak bg dua lar ribbon ni. tq sgt!

ni plak parcel dr pahang...jauh. hadiah tajaan nurul ump. terima kasih byk ya...

really appreciate that.

ini dia tabung kereta putih. i like!

terima kasih byk2 buat semua penaja hadiah ni. terima kasih daun keladi ya. ni yg buat sy tak serik joint contest di blog. dunia berblogging mmg indah!

P/S: still waiting for the other hadiah ngeh ngeh....

Monday, March 07, 2011

ada masa lebih

cikgu azma jgn marah sy ya! huhu...selamba jer pinjam blog title dia untuk jd tajuk entry sy hari ni. mmg sy tgh punya masa lebih yg cukup buat sy happy. 6-10 mac 2011 ni sekolah sy jd tuan rumah untuk hksbp @ pesta bola keranjang peringkat zon tgh. more than 80% of the students dah dicutikan. tinggal lar helpers jer kat sini. so no class for this week, heaven!! sy cuma jd ajk pendaftaran, ptg smlm jer bertugas. itupun helpers jugak yg jaga kaunter. sudahnya sy blk awal huhu... so hari ni smpi khamis, sy freeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee yeeehhaaaaaaaaaa!!!!!
maka sempat lar sy nak update blog yg dah nak bersawang ni. jap lg blh bw plak. pastu nak update fail panitia yg dah lama tertangguh ni. senang citer sy ADA MASA LEBIH!!
Saya free, lain plak citernya dgn mr.hubby ku itu. dia penyelaras kejohanan ni so blh imagine mcm mana bz nya dia. hset asik berbunyi jer....buhsan btl sy huhu...

tak sbr rasanya nak cuti sekolah minggu depan. harap sgt sy blh outing and dating dgn semua teman lelaki sy itu. wahhhhhh bunyi mcm ramai teman lelaki jer huhu...eh mmg benar pun!!!

see...sy punya 3 teman lelaki!! hebat tak hebat sy ni hahahaha..... so since tgh ada masa lebih ni, sat lg nak searh tempat best nak pi masa cuti sekolah ni. dah tentu tempat yang mesra iman-amal lar ok... and tempat yg dekat2 jer kot...apa omputeh kata, no money no walk? so little money, little walk lar ok ;).....itu dulu....daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, March 02, 2011

all about amal

dah lama sy tak bercerita mengenai hero sy ni. tiba2 rasa nak share dgn u all latest about baby amal. dialah penghibur kami semua...
  • 5 mac 2011 ni genap amal sethn 5 bln.
  • still breastfeed! (oh God mcm tak percaya. mula dulu target 3bln jer, pastu up lg 6bln-sethn-dan skang dah hampir sethn setgh pun alhamdulillah....)
  • berat dia: alamak dah lama tak timbang. tggu dia sethn 6bln nnt, bwk pi klinik utk dptkan his last immunization then blh timbang sekali.
  • tinggi dia: pun sama dah lama tak ukur huhu... tp jelas nmpk amal ni tinggi org dia. ramai yg cakap ikut mama ni hehe...
  • belum pandai bercakap. baru dpt MAMA, ABAH, EMAK, MBAH, ATUK, CICAK, AIR. tp cakaplar apapun kat dia semua dia faham =)
  • suka menyakat orang! selalu yg jd mangsa dah tentu lar abang iman dah cermin mata mama. apa? cermin mata? ya betul!! selamba jer dia amik spek yg tgh sy pki ni huhu... sian kat iman, selalu kena buli. mujur juga iman jenis tak lawan balik. eh kdg2 lwn jugak, mana dia tahan asik kena buli dgn adik.
  • mesti ikut apa abang iman buat. so selalu sgt dia ni jatuh tergolek sbb cuba nak beraksi mcm abg iman. kes tak sedar diri yg dia ni masih baby alahai...(mama cukup susah hati bab yg ni. iman panjat, dia panjat.. sudahnya dia yg jatuh bergolek...terseliuh sana sini. tak tidur malam renyah jer...setiap bulan kena bawak pi urut ni smpi tukang urut tu pun dah kenal sgt dgn dia.)
  • sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa senyummmmmmmmmmmmm yg bisa buat siapa saja memandang pasti tertawan ;D
  • bergaduh dgn abang iman?? sudah tentu!! selalu berebut mainan.
  • sgt active! ada talent jd pemain ragbi mcm abah dia satu hari nnt ni.. eh..baru2 ni dia dah scrum anak jiran sebelah tau. pompuan plak tu, anak ustaz huhu. semua org bersorak tgk dia time tuh :P
ermmm apa lg ya...itu br sebahagian yg terlintas di hati sy tika ini. byk sebenarnya kerenah anak-anak ni yg sentiasa membuatkan hidup kita pernuh dgn warna-warni........

buat amal kesayangan mama;

kelahiran amal dan abang iman
merupakan satu anugerah terindah dalam hidup mama
mama sayanggggggggggg sgt2 kat amal
walau ada ketika mama marah
itu bukan bermakna hilang sudah kasih sayang mama pada amal
mana bisa putus perasaan sayang dan cinta mama pada amal
malah perasaan itu semakin bertambah seiring usia mu
insyaallah sayang...
mama akan sentiasa berdoa dan berusaha
untuk jadi mama yg terbaik buat mu,
mama akan terus berdoa dan berusaha
agar Allah berikan kekuatan pada mama
agar Allah tingkatkan tahap kesabaran mama
agar Allah permudahkan urusan mama
dalam menjalankan tanggung jawab mama sebagai ibu mu
kerana mama amat yakin
iman dan amal adalah keajaiban dalam hidup mama
anugerah dari Allah SWT
they are miracles in my life...

p/s: susah btl sy nak bermain dgn ayat2 seperti di atas. maklumlah sy ni cikgu sains. jenis
direct to the point jer huhu...
p/s: sesekali nak juga cuba meluahkan apa yg saya rasa dlm bentuk ayat ala ala cikgu sastera :)
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH