FOLLOWERS

Monday, October 26, 2009

open house Aidilfitri di kuaters SBPISB

Mcm biasa sambutan aidilfitri di bumi SBPISB amat meriah setiap tahun. banyak open house diadakan oleh guru2 dan staf sokongan. penghuni kuaters guru tak ketinggalan utk bersama2 mengadakan rumah terbuka sempena aidilfitri pada 19 oct lepas . tapi tahun ni saya tak dapat ler nak joint sama...dok kat umah jer lar maklumlah masih dalam pantang. nak citer lebih2 pun tak tau sgt...pic ni semua hubby yg snap. so kita tgk pic jer lar...



itu dulu utk entry kali ini. jumpa lagi....

Friday, October 16, 2009

3 heroes in my life.

Diam tak diam aku dah ada 3 superheroes dalam hidup aku. melayan kerenah mereka kadang2 cukup meletihkan. tp aku bahagia :) ...
jom kita tengok pic baru dulu....












mana mama dalam pic ni?? hehe...takleh enter frame lagi lar... tunggu sket masa lagi :P
now dah hari ke-18 aku berpantang. in fact aku dah balik umah sendiri pun. sabtu ni family in law plak nak dtg tgk cucu baru. so far alhamdulillah aku dah semakin sihat. baby amal pun dah makin teratur tidur mlm nya...mama suka!! paling mama suka amal dah stop membuang time mlm..takler letih sgt mama tak tido2. now amal bgn utk bfd jer n tido balik after that. senangggg hati mama :)
ok stop jap bercerita pasal family. actually aku tak sabar nak tgk budget 2010 ptg sok huhu...apa lagi selain menantikan kot ada perkara2 best utk kakitangan kerajaan...bonus ke....keke... jgn jd seperti mengharap bulan jatuh ke riba udah :P tp aku yakin, bukan aku sorang yg mengharap hehe...
rutin hidup aku sebagai mama kpd 2 org putera tak byk bezanya dgn dulu. mungkin disebabkan aku ada maid so aku tak rasa penat pun. btl lar..kdg2 dgn adanya maid ni kita jd malas huhu... dah ada maid, takkan aku plak nak berpenat2 buat kerja umah and handle anak2 btl tak? dahler nak duduk bersila pun tak blh lg. tp ni time aku tgh cuti blh lar rasa mcm ni. dah start keje sok mesti letih.
itu dulu utk entry kali ini...jumpa lagi!!

Wednesday, October 14, 2009

lahirnya putera kedua

alhamdulillah..akhirnya putera kedua kami selamat dilahirkan pada 5 oct 2009 yg lalu. MUHAMMAD AMAL HAFIY dilahirkan di SALAM SPECIALIST HOSPITAL secara normal dgn berat 3.43kg (kurang 0.03kg dr iman), jam 4.50 ptg.





menceritakan detik2 manis ini ( huhu...), aku seolah2 datang menyerah diri pada tarikh tersebut. wlupun takde sakit apa lg time tu, laluan dah pun terbuka 4cm. so my gynae kata masuk labour room terus, masuk drip utk cepatkan bukaan. menurut doc, ni bukan induce...tp aku rasa lbh kurang induce gak ler coz sakit yg diundang, bkn semula jadi. betul apa yg kawan2 aku ckp, sakit yg diundang berkali ganda rasa sakitnya compare dgn sakit normal. rasa nak terputus dah nyawa... Maha Besar Mu Ya Allah...diberikan kekuatan utk melalui semuanya dgn selamat. alhamdulillah...

tepat jam 2.15pm, drip dimasukkan n sekitar jam 3.30pm aku dah rasa sakit yg amat sgt. berpeluh2 dalam labour room yg ber-econ. thanx to my hubby yg setia di sisi memberikan kekuatan yg amat2 diperlukan di saat getir ini. dan tepat jam 4.50ptg, baby amal selamat dilahirkan.

episiotomi?? kena jugak huhu...doc siap minta permision b4 epi coz dia dah maklum aku nak avoid epi. alasan doc, baby besar n tulang pelvic aku kecik. aku angguk laju jer time tu. tak pikir apa lg dah.

memang kuasa Allah itu tak terlawan dek sesiapa. bayangkan bila baby keluar jer serta merta semua rasa sakit hilang. fuh lega ya amat... bila doc letak baby atas perut...aduhai...bestnya dah dapat 2 hero!! mmg confirm kalian akan mudahkan mama jd slim semula hehe...

harini hari ke-10 berpantang. alhamdulillah this time semua proses berpantang berjalan lancar tak mcm pengalaman dulu maybe sbb kita dah expect what to do. menurut mak aku masuk dlm golongan yg tak kuat berpantang hehe..maaf ya mak dengan cuaca yg amat panas skang tak larat rasanya nak berstokin 24jam. bengkung pun on-off. tp bertungku memang tak penah miss lg pagi petang. tp alhamdulillah hari ke-10 perut aku dah flat semula hihi...

mengenai baby plak, amal kena jaundis tp tak ler teruk. around 11.7 bacaan jaundis amal. ptg sok pi check darah lg. hopefully makin turun lar. aku tak sabar nak balik umah sendiri ahad ni. means utk anak ke-2 ni aku cuma berpantang 2minggu kat umah mak. mujur mak memahami. in fact my MIL plak nak dtg jaga cucu dia dlm seminggu.

so jap lagi nak bertungku dah...aku pun tak tau nak cerita apa lg. oh ya...cuba tgk pic btl2, kulit amal agak gelap berbanding abang dia keke... dapat kurasakan amal lbh ganaz dr iman..maklumlah time pregnant cuaca selalu panas hehe...

itu dulu utk entry kali ni. jumpa lagi!!

Saturday, October 03, 2009

berlegar-legar di minda ku ini....

banyak sebenarnya yg berlegar2 kat minda aku skang. dalam pada menanti bilakah baby nak kuar, teringat plak pada semua students form 3 yg akan menduduki PMR Rabu ni. semoga Allah memberkati semua usaha kalian dan membuahkan hasil yg cemerlang terutama dalam subjek Sains. itu doa teacher utk kamu semua. minta maaf, teacher tak dapat nak bersama kamu semua di saat2 akhir perjuangan kamu. harapan teacher, lepas PMR nnt jgn buat hal yg blh mngecewakan orang lain ok. don't worry, cikgu salina dah rancang mcm2 aktiviti utk kamu semua lepas PMR nnt. tq to cikgu salina yg mengambil alih tgng jawab teacher utk arrange aktiviti Post-PMR.
dalam pada takut nak pi induce isnin ni, aku kena juga kuatkan semangat memandangkan keadaan fizikal aku yg dah semakin tak larat ni. kesian iman dan hubby yg selalu jer mama buat tak tau, coz nak layan diri sendiri pun tak larat. mujur sgt iman n hubby sgt memahami, dan kerja rumah dibereskan oleh maid dgn baik. lagi satu faktor aku kena gak pi induce isnin ni coz my hubby akan di observe oleh nazir on this coming friday. dah tentulah dia perlukan masa yg cukup utk buat persediaan. buatnya aku sakit nak bersalin on thursday, tak haru jadinya?? so aku kena jgk berkorban, deliver awal and after that my hubby dah lega, blh fokus pada kerja dia. doa ima utk abg, moga dipermudahkan urusan dan berjaya mendapat title Guru Cemerlang, insyallah... mana tahukan, rezeki utk baby baru :)
buat ex-students sbpisb yg selalu masuk blog teacher ni, doakan teacher selamat bersalin ya. teacher berpantang kat kg, umah yg korang dtg beraya haritu. so klu free nnt blh lar dtg tgk baby baru cikgu alai...
mcm biasa....dah takde gambo nak post. oh yer...ada sket ni pic iman on 2nd raya haritu. dah baik dari cirit-birit time ni so nmpk lar dia ceria sket...

gaya terbaru iman depan camera. dia dah pandai cntrl macho huhu..


ni plak tgh main hantu2 dgn sepupu2 dia


happy jer hari ni coz dah tak sakit perut.


tukar baju lain, baju td kena muntah plak lepas mkn ubat td.



petang: kami pi tempat sejuk: tesco kuala selangor, bwk iman n k.nina main game.

itu dulu utk entry kali ni. jumpa lg nnt!!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH