FOLLOWERS

Showing posts with label kisah irfan. Show all posts
Showing posts with label kisah irfan. Show all posts

Thursday, June 03, 2021

Throwback to 30 April 2021: Happy Birthday My Little Baby!

Assalammualaikum =)

birthday Irfan last year kena time puasa dan pkp.
same goes to this year!
nasib kamu lah baby hehe..
sometimes mama lovessss to call him baby..dan dia layankan aje mak dia ni.

Simple birthday celebration for irfan this year. 
jadi lg simple sbb abg iman takde, abg iman di asrama.
kami berbuka puasa di KFC, suka sgt dah dia.
mama juga sediakan 2 potong cake from SR and chocolate birthday bouquet. 


thanx pd adik meja sebelah yg tlg snapkan gambar kami sekeluarga.
tak ramai pun masa ni..ada 4 meja je yg digunakan. meja lain kosong.

Happy 7th Birthday sayang!

My forever little baby 💖

 iru dulu...bye semua!

Friday, November 23, 2018

Hari terakhir persekolahan 2018

assalammualaikum =)

23 November 2018
alhamdulillah akhirnya tarikh ni muncul juga. hari terakhir sessi persekolahan 2018. dapatlah cuti 5 minggu. tapi bukan bermakna takde kerja cikgu kena buat, byk je kerja berderet2 menanti. mana yg blh diabaikan dulu, abai je lah hahaha


gambar terkini kami 5 beranak. abang iman dah pun tamat tahun 6. thn depan dah masuk sek menengah. beso dah anak bujang mama. berat dia dah 10kg lbh dr mama sila lah percaya huhu. mama sekarang 54kg dan abg iman 64kg. tinggi lambat lg kot dia blh potong mama sbb mama ni baka tinggi. tu tgk baru lepas bahu je tu. psra sek ptg dpt jaid jiddan alhamdulillah. upsr pula next wk baru keluar result. moga yg terbaik utk abg iman. tak taulah masuk sek mana ni nnt tingkatan 1. dah keluar upsr nnt, busy menguruskan persekolahan dia pulak.

abg amal, thn depan nak masuk tahun 4 dah. insyaa Allah abg amal akan pindah sek ke pekan sabak bernam yg lbh dekat dgn rumah. proses pertukaran sek abg amal akan diuruskan dlm cuti sek ni juga. nmpk tak byk nya hal kami nak urus dlm cuti ni. ada lagi tau...nnt aku list dlm ni hahaha
so pergi sek pagi, mama abah akan hantar amal. tgh hari amal akan transit di rumah kak fida (pembantu rumah aku yg dtg setiap weekend). pastu kak fida hantar sek agama pula..dekat je dgn rumah aku. ptg balik sek agama aku ambik. camtu lah plannya nnt. so no more menghala ke parit baru, no more pengasuh di parit baru, no more upah pemandu anak2 ke parit baharu. masa aku cakap kat pengasuh anak2 hari ni last anak2 dok dgn dia, menangis kak idah. mana taknya, dah 9thn dia mengasuh anak2 aku. since amal lepas pantang terus kak idah lah jd pengasuh. dah mcm keluarga sendiri. kak idah sgt bagus mengasuh anak2 aku. aku pun senang hati je anak2 tinggal dgn dia..rumah kampung, ada mbah wedok dan mbah lanang. anak2 kak idah juga rajin melayan anak2 aku. suami kak idah rajin je bwk amal / irfan masa depa kecik2 naik moto pi mengopi. oh..satu kenangan yg pasti aku takkan lupakan. 9thn wei anak2 aku membesar di tgn mereka..thn lepas mbah lanang dah meninggal dunia..al-fatihah utk mbah lanang. 

kisah anak bongsu pula. irfan next year dah 5 thn so dah wajib pi sekolah. ikut plan sekarang, irfan akan kami daftarkan di little caliphs teluk intan. 20 minit lg ke atas selepas semesti. takpelah jauh sket, nnt mama abah bergilir2 lah hantar ambik dia tgh hari mengikut jadual waktu kami nnt. dah mohon pd pk supaya waktu pertama kami dlm jadual 2019 di selang selikan supaya kami dpt bergilir hntr irfan ke LC. now, kami hanya blh berdoa moga Allah permudahkan urusan kami thn depan insyaa Allah. ntahlah, aku yakin je klu niat kita betul, nak bg yg terbaik utk anak2, pasti Allah akan permudahkan semuanya. doa je byk2. camtu ler aku lalui hidup skrng, malas dah nak fikir lbh2 jika berdepan dgn masalah, pendek kata takmo stress memikirkan mslh yg dtg. tenang aje. serahkan pd Allah, doa banyak2...pasti Allah bagi jalan penyelesaian yg baik. takde ke sek lain yg lbh dekat utk irfan? ada je kat area simpang 4 ni pasti dan tadika..tp ntahlah. tak berkenan sgt. cukuplah iman amal di pasti sbb kat parit baru mmg takde pilihan lain dah. anak bongsu ni bg chance lah kami hantar sek swasta, nak merasa hehehe..wlu yuran agak mahal, takpe blh. ada rezeki utk irfan. amboi mama beli hbag byk2 blh takkan nak hntr anak ke LC berkira yuran mahal bagai kan?? gitu jerlah aku fikir. nak yg terbaik utk irfan...si bongsu kami. so pdpc LC bermula jam 8.30 - 12.30. pastu kami ambik irfan bwk ke sek. kul 2, mama balik umah bawa dia terus. klu ada meeting ptg, bawak jugak masuk meeting, mcm tulah plan nya. so far kat semesti ni ok je nmkpnya klu bwk anak masuk meeting pun..pentadbir tak kisah sgt asalkan anak tu tak ganggu meeting. insyaa Allah moga 2019 yg bakal tiba nnt, dpt dilalui dgn baik mengikut perancangan. doa banyak2.

mengenai en.suami pulak. haaaaa takmo lah cerita lbh2 pasal dia hahaha...rahsia hokay :p.
yg pasti, seiring berat badan yg semakin bertambah, ku lihat dia semakin kacak. gitewwww hahaha

ok apa lg nk buat cuti sekolah ni? byk wei..byk.

* urus pertukaran sekolah amal pagi petang. ambik masa gak ni. byk stepnya.
* pendaftaran irfan di little caliph
* urus persekolahan iman ting.1 2019 (takde plan apa lg ni)
* kenduri kawin adik ipar di alor star
* kenduri kawin adik ipar di kuala kangsar
* husband meeting menanda paper AK SPM. khabarnya seminggu dia kena berkg kat hotel. hadoi. 
* daku blm tau lg terlibat dgn penyediaan buku pengurusan 2019 atau tak. mcm thn lps mmg terlibat sepenuhnya. byk kali kena dtg sek time cuti. thn ni blm ada apa2 info dr HM. tunggu jer lah.
* pastu kena cari ruang juga utk spent masa dah my mak. ini penting.
* nak juga bawa anak2 holiday dlm cuti sek ni. tp smpi skrng blm ada apa2 plan lg. mlm ni br nak hntr proposal kat husband. harap lulus hahaha.
...and the list goes on.

ok itu aje lah. 
alhamdulillah utk 2 thn yg mudah di semesti. ada je benda2 tak best berlaku. sama je kat mana2 pun mesti ada masalah yg dihadapi. tp so far semua blh dilalui dgn baik..syukur. dah tua2 ni malas sgt nak beria2 sbnrnya. dok kira berapa thn nak pencen je ni hahaha.

bye semua!!

Saturday, April 30, 2016

my baby turns to 2 yrs old today!

assalammualaikum =)


happy birthday to you my baby!

Allahuakbar...sebak rasa dada. 
betapa mama bersyukur sgt punya kamu dalam hidup mama.
sama juga mcm abg iman dan abg amal, kehadiran kamu dlm hidup mama sgt mewarnai siang dan malam mama...dlm tido dan jaga mama..juga dlm setiap doa mama.

dalam minggu ni dia cranky sket. err..to be exact sejak mama tingggalkan dia 4 hari pi bengkel hr tu. dia jd cranky boy huhu..
 takpelah nak, mama abah layan aje apa cranky kamu tu.
mentang2 anak bongsu :p

tu tu gambo dia dgn hadiah besday thn ni.
suka sgt dia.
kita celebrate later ya, serentak dgn besday abah dan mama nnt.

MUHAMMAD IRFAN HADIY

kesayangan mama dunia akhirat.
moga kamu membesar dgn kesihatan yang baik dan jadi budak bijak pandai,
sentiasa mengingati Allah dalam nafas mu.
mama sayang sgt pada irfan.

itu aje dulu
bye semua!

Thursday, April 21, 2016

my baby

assalammualaikum =)

nampak gaya kisah percutian ke penang dah ke lautan andaman muahahahaha gasak!

aku btl2 semakin tak sempat nak update blog sekarang ni.
bukan apa, sgt busy dgn urusan2 lain.
sejujurnya business kecil-kecilan aku dok jual preloved toys byk mencuri masa aku berblogging.
ok lah kan..drpd aku curi masa lain?? haha..

diam tak diam dah lbh setahun aku buat business ni.
best! syukur alhamdulillah...

ok nak citer ni, my baby akan masuk 2 tahun 30 april ni.
kejap jer masa berlalu kan? ya Allah..dia semakin keletah! akal semakin panjang!

 alhamdulillah lepas baik dr cirit birit tempoh hari, dia kembali membulat semula. 
idak ler boolat benar. tapi ok lah kan.
anak aku ni sgt susah nak makan nasi.
senang ckp tak makan pun.
tapi susu..berbotol2 hokay. 
setiap kali susu mesti habis 9oz, selang 2-3jam.
haaaaaaaa byk tak?
percayalah kerana ianya benarrrr
doc kata selagi dia kuat menyusu, kurang makan pun takpe. 
so aku rilex je lah.

 alololololo dia buat muka comel dah.
last week aku tinggal dia 4 hari sebab pi bengkel. 
sejak tu dia punya tahap lekatan lekitan dgn mama sgt hebat.
hantar ke rumah pengasuh pun dah pandai ngamuk nak mama nak mama
phewwww!!
dia takut kena tinggal lg lah tu
kesian my baby huhuhu


moga anak mama membesar dengan sihat
jadi budak bijak pandai dan sentiasa mengingati Allah SWT ya sayang?

ok itu dulu. ada kelas lagi ni
bye semua!!

Tuesday, February 02, 2016

anak bongsu saya

assalammualaikum =)

lama dah mama tak story pasal anak kecik mama ni..anak bongsu mama.
dia dah mula tau kot yg dia anak bongsu, manjaaaaaaaa sgt!
lagi 3 bulan je utk dia genap 2 thn. 
semua benda dah faham..tapi cakap blm tau.
ada lar sket2 yg dia dah blh cakap: mama, ahh (abah), pok (keropok), air, miau (Kucing),
wong (burung), ball, bang (abang)..eh banyak jugak yg dia dah blh cakap. walaupun x pandai cakap dgn btl lg, tp mulut bising. mcm2 bunyi dah keluar utk dia communicate dgn semua org. comel.

 setiap ptg, dia akan smpi umah dlm kul 6.15pm.
masa dia nampak je mama, dia akan merengek manja yg semua org akan gelak tgk dia..abang2 dia siap ejek2 dia...sebab bunyi rengek dia sgt mengada. mama dah faham dia nak apa. nak susu atas riba mama sambil layan 613 hehehe..
habis 8oz, dia mesti keluarkan bunyi arghhhhh (tanda dah puas)
tak ke comel tu? hilang penat tgk keletah dia ok. 

 anak2 mama, semua jenis tido lambat terutama time cuti sekolah.
so dia ni pun sama, tido lambat.
akibatnya bgn tido pagi2 pun lambat lah..mama blh selesai byk kerja rumah sblm dia bgn tido.
berat? Allahuakbar, dah lama tak timbang. tapi mama menyenget dah bila dokong dia. terasa beratnya.
alhamdulillah, dah lama tak demam. biasanya kalau demam tu yg dia takmo makan takmo susu maka berat bdn pun susut. sekarang mmg tgh kuat mkn dan kuat susu..
pipi pun dah tembam. 
mama doa sgt2 moga anak2 mama sentiasa sihat. amiinn

 lagi satu kegemaran dia ni, sgt suka membongkar mainan.
part ni mmg dia juara.
mainan mmg byk lah...dah mama tauke mainan hahaha
seronok tgk dia main.
seronok tgk dia naik moto hijau
seronok tgk dia naik car
seronok tgk dia membesar depan mata.

 tido malam pun elok aje sekarang ni. 
buaian tu..actually kalau simpan pun takpe, dia blh je tido bawah tp kena tggu dia btl2 mengantuk lah.
mengantuk mcm mana pun dia takkan merengek..sbb seronok main.
pernah dia terlentok2 depan tv dlm keadaan melutut, punya dah ngantuk sgt.
cpt2 mama baringkan, terus tido.
oh irfan, rindunya mama nak gomol2 kamu sekarang ni.

 kalau mama marah dia, pandai dia pujuk mama. 
dia akan panggil mama dgn nada yg paling lembut: mamaaa..mamaaa..cair mama tau.
kadang saja je buat2 marah sbb nak tgk dia pujuk mama hehehe
sekarang ni kalau balik kg, berkumpul dgn sepupu2 dia, mmg dia dah tak geng dgn mama. 
dia akan join sepupu2 dia main berlari ke sana ke mari keluar masuk rumah atuk.
so mama blh terlentang senang hati depan tv muahahaha

muhammad irfan hadiy
pejam celik pejam celik dah nak masuk 2thn anak bongsu mama ni.
bila menyusu mama masih pegangkan botol dia. actually dia blh aje pegang sendiri tapi saja mama nak pegangkan, anak bongsu...mestilah manjaaa kan??
mama sayang sgt kat dia..
bkn kat dia saja..kat semua anak2 mama

tetiba rasa lambat sgt masa hari ni nak ke petang.
tak sabar nak jumpa dia, peluk cium dia..gomol2 dia.
rindu bau dia

itu aje...bye semua!

Wednesday, May 06, 2015

meraikan harijadi baby irfan dengan ringkas

assalammualaikum =)

alahai..kalau ikutkan busy ni alamat tak ber update blog huhuhu
tgh busy buat soalan PPT sains tingkatan 2 dan 3. 
baru siap tingkatan 3 punya.
esok pulun tingkatan 2 pula.

30 April 2015 yg lalu..genap setahun usia my 3rd baby, irfan.
1 mei cuti hari pekerja, maka kami bercadang nak sambut birthday irfan dgn family pengasuh di kfc.
takde jemput org lain pun..
kecil-kecilan suka2 aje. 
mmg niat dr awal nak celebrate dgn family pengasuh, yg dah mcm family sendiri.
eh, nmpk gaya setiap tahun blh celebrate birthday irfan pd 1mei memandang kan hari cuti hehehe

handsome hihihi...which one? both!

 pandai dia buat muka teruja tgk birthday cake 
abaikan lah kaki2 sexy di belakang tu huhuhu

 inilah family pengasuh ketiga-anak saya.
tudung coklat tu kak ida, yang anak2 panggil emak.
sangat baik orgnya, tak pernah berkira.

 arjuna beta


sayang anak mama! happy birthday ya!

 ni 1st time irfan pandai makan fries.
sebelum ni penah bagi, tapi melekat kat lelangit dia smpi tersedak2



itu aje nak share. syukur sgt2 dikurniakan family pengasuh yg baik.

mengantuk sgt mata ni huhuhuhu

bye semua!

Thursday, April 30, 2015

30 April 2015 ~ happy 1st birthday my baby irfan!

Assalammualaikum =)

30 APRIL 2014 - 30 APRIL 2015

HAPPY 1ST BIRTHDAY MY LITTLE BABY!

Allahuakbar..terasa begitu pantas masa berlalu.
sakit lutut ketika mengandungkan baby irfan pun masih tak hilang
but now he's already 1 yr old.
mcm tak percaya!
syukur alhamdulillah.
jauh di sudut hati mama berkata, "kenapa irfan cepat sgt besar ni?"
irfan, u will always be my little baby forever and ever! 
mama sayang sgt pada kamu.

first pic or Muhammad Irfan Hadiy taken just after his birth. 
fresh from mama's uterus.

pengalaman kelahiran baby irfan ada mama catatkan di sini

jom kita tgk wajah irfan setiap bulan!

wajah yg masih bengkak, baru sgt dilahirkan masa ni
oooo ni budaknya yg suka golek-golek dlm perut mama hihihi
sy adak rakam video pergerakan baby irfan dalam perut mama.
bila tgk balik sekarang ni alahai...indahnya saat itu. mama rindu!

day 1. bengkak dah kurang.
dah mula nampak iras abang iman masa baby.

day 2. "mama, switch off the flash please!"
hahaha nasib kamu ler dik dpt mama yg suka ambik gambo.
and now..baby irfan sgtttt mesra dgn kamera hikhikhik  

ok mama dah switch off flash dah.
wajah day 2 baby irfan.

day 3

day 4. tetiba pipi dah labuh hehehe

day 5. lena di ulit mimpi 3 beranak ni

1 bulan. dagu dah start berlapis

2 bulan..dah botak. terus nampak makin bulatttt

3 bulan. tetiba jadi budak hitam hahaha
masa ni baby irfan sgt iras dgn abg amal masa kecik

4 bulan. yeayyy dah meniarap!

5 bulan.

6 bulan. oooo masa ni baby irfan dah laju mara ke semua hala. 
mmg cepat btl dia ni nak besar, nak join abg2 main.

7 bulan.

8 bulan

9 bulan. demam nak tumbuh gigi

10 bulan. "look at my 1st teeth!"


11 bulan. warded haritu tu 3 hari 2 malam. dah nampak kurus masa ni huhuhu

"mama please lah! this entry is about ME! mama jgn selfie dlm entry irfan blh?"

-ok lah ok lah huhuhu-


dan ini irfan latest yg memasuki umur 1 tahun hari ini
syukur alhamdulillah
nampak tak betapa dia nak cepat membesar utk main dgn abang2 dia.
dah blh main pedang lawan2 you all!
klu berdiri kat tepi2 ni mmg dah laju melangkah.
sesekali lepas tangan.

"new ride for me yeayyy!!!"
"thank you mama for giving me this colorful ride as my birthday present."

- no irfan. u are the 3rd owner of this ride muahaha-
#irfanbuatmukasentap

dah pandai main lawan2 sendiri mcm ni
mmg dia sgt suka observe apa yg abg dia buat, then dia plak buat.

inilah style duduk irfan.
ikut style opah duduk

alolololo comel sgt kamu nak

doa mama tak pernah putus agar baby irfan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yg bijak pandai, yang sentiasa menyenangkan hati mama abah.

happy birthday sayang
mama sayang irfan sgt2.
tiba masa irfan baca entry mama ni, mungkin mama dah tiada lg di dunia.
sedekahkan bacaan al-fatihah buat mama ye sayang

jd orang baik2 yer.
paling penting, jangan pernah melupakan Allah SWT dalam setiap nafasmu.

itu dulu..bye sayanG!

mama sayangggg irfan sgt! muarghh!!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH