FOLLOWERS

Monday, December 28, 2009

majlis kenduri akikah amal

18 hb 12 yg lalu telah berlansung majlis kenduri akikah anak kedua kami muhammad amal hafiy. alhamdulillah majlis berjalan lancar dan mcm biasa cukup meletihkan. terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara dan jiran tetangga yg banyak membantu menjayakan majlis ini. hanya Allah dapat membalas jasa kalian. jom kita tgk pic!

inilah kambing akikah amal. putih bersih bulunya...tanduk pun blh tahan.

antara kawan2 yg hadir petang jumaat itu: ustazah siti zainab n ustazah mariah


family ustaz wahid


family cikgu hishamuddin

potong jambul..isk geram btl coz takde pic yg nampak muka amal. semua pic mcm ni huhu...

renjisan dr tok ali.


marhaban....nampak sket jer muka amal...:(

nak dijadikan cerita, iman yg terlalu happy bermain dengan sepupu n sedara2 yg lain (ada dlm 15org budak huhu)...akhirnya 'kalah' jua...dan inilah hasilnya....

dek kerana suka sgt main kejar2 akhirnya tersungkur menyembah ke lantai.. bengkak bibir dah tersagat hidung. dah kena ejek iman badut plak... tp dia selamba jer hehe...lama jugak nak ilang kesan kat hidung ni. mujur takde parut. sian anak mama....


itu dulu untuk entry kali ini...jumpa lg!!

Friday, December 25, 2009

ButikNurKasih

teruja melihat perkembangan perniagaan online yg bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan (dgn kuasa Allah jua semuanya berlaku...) sy mencipta peluang utk turut serta dlm bidang ini. doa sy agar usaha murni ini diberkati Allah SWT, seterusnya mendapat sambutan yg menggalakkan insyaallah... welcome to all of you my online boutique:

butik sy menjual pakaian wanita seperti baju kurung modern dan jubah modern. sebagai promosi pembukaan butik, kami sedang mengadakan jualan promosi dengan harga yang amat rendah, jauh lebih rendah dr harga pasaran.
HAPPY SHOPPING!!

Tuesday, December 15, 2009

bukit melawati- kami datang lagi...

assalammualaikum semua...
sabtu baru ni kami plan nak bawa iman tgk monyet kat bukit melawati kuala selangor. seingat saya ni kali ke-3 kami dtg ke sini. kali pertama iman kecik lg so dia rilex je. 2nd time umur 2thn tak silap saya...takuttttt sgt dia kat monyet2 ni. this time bila tanya: iman takut tak kat monyet2 tu nnt? dgn selamba dia jawab: tak takut dah....iman kan dah besar. huhu kita tgk saja nnt apa yg berlaku. so far kami enjoy dgn aktiviti harini. kos pun tak banyak. rm2 per person jer utk naik tram ke atas. untuk makluman semua, sabtu dan ahad hanya tram saja dibenarkan naik ke atas. klu nak naik kenderaan persendirian blh dtg antara isnin - jumaat. paling best this time kami turut dibawa ke taman ikan air tawar kuala selangor yg baru dibuka bersebelahan taman alam. memang menarik! byk ikan2 air tawar yg tak penah kita kenal ada dipamerkan di sini. akuarium besar2 dan blh tahan banyak. akuarium kecik2 pun banyak.. memang puas hati dgn bayaran rm2 td. smpikan sy n hubby bertanya sesama sendiri, berbaloikah bayaran rm2 utk mereka jaga taman ni semua? emmm mungkin juga ini bayaran promosi coz taman ni baru dibuka. pengunjung memang lar ramai....maklum saja cuti sekolah. jom kita tgk pic ok :)


rumah api: mercu tanda bukit melawati. suatu ketika dulu rumah api ini cukup berperanan kepada para nelayan sebagai penunjuk arah.

inilah tram yg kami naiki utk ke atas. cantik kan! lebih cantik dr tram zoo taiping.
mama dan iman pose depan meriam

haa inilah antara ratusan monyet yg ada kat sini. aksi monyet ni mendokong anaknya membuat kami terfikir, sedangkan haiwan sayang kan anaknya, kenapa masih ada manusia yg sanggup buang anak sendiri? tak sayangkah mereka pada anak yg dilahirkan itu????

abah pose dgn monyet2 hehehe

saya cukup takuttttt sbnrnya time ni huhu...

heartbeat laju wooo time ni huhuhu...geli!

yaaaaa inilah iman kesayangan kami yg td kata tak takut monyet huhu... sepanjang kat atas bukit ni lbh kurang mcm ni lar aksi dia. penakut!!

pose depan taman ikan air tawar

nak dijadikan cerita dgn ikan2 ni pun iman takut huhu apalar anak bujang aku ni. harap badan je bulat. mcm lar ikan ni blh kuar dr akuarium terkam dia....



mural ni cantik sgt! so pose lg...hehehe

cepat lar amal besar...blh joint kami jalan2. nak tggu tengkuk dia blh tegak jer ni untuk senang dukung hehe...

taman alam...kami plan nak ke sini untuk tracking nnt. tp berdua jer lar..mana blh bwk budak kecik utk aktiviti mcm ni.

pose lagi...


...dan lagi

itu dulu untuk entry kali ni. jumpa lagi!! saat ni jam dah ke angka 12.25 pagi n mata cukup mengantuk. esok kena jaga spm lg, last day! mengantuk pun tahan jugak demi berblogging huhu...siang td tak sempat. sibuk layan anak2 jer.

Wednesday, December 09, 2009

carita tentang amal...

harini amal dah genap 2bln 4 hari. alhamdulillah masalah tak tido mlm dah berakhir. elok jer dia tido mlm skang ni, bgn utk bfd cuma 2-3x. mama cukup senang hati hehe... jap lg nak bawa amal ke klinik utk check up 2bln + injection. harap2 dia tak demam lar... ikut nurse tu cakap dulu, injection 2bln ni baby blh demam. alahai... amal jgm demam ya syg...amal kuat kan...
antara perkembangan amal skang:
  • berat n ketinggian dia: 5.5kg / 59cm
  • dah pandai bersembang...ketawa bila di agah. comel!
  • tak byk ragam, menangis hanya bila lapar n mengantuk.
  • masih menyusu badan n susu formula (s26 gold) time aku takde kat umah. tp sbnrnya dia mcm taknak sgt susu formula huhu...mlm mmg bfd jer lar
  • setakat harini tak penah demam @ selsema lg...masalah ruam lampin n kembung perut pun tak penah. alhamdulillah..syukur ke hadrat mu ya Allah.. eh dlm pantang dulu penah sekali kembung perut.
  • tido dlm buaian mesti nak bedung. tido mlm cuma sesekali jer dia nak bedung.
  • masih pki diapers size s tp mcm dah ketat sket huhu...

apa lg ya...itu jer yg aku ingat. ni lar dia wajah latest amal... time ni blm cukup 2bln lg.



itu dulu utk entry kalini...jumpa lg!

Sunday, December 06, 2009

amcorp mall flea market

semalam kami meneruskan misi dlm cuti sekolah ni. kalini kami menerjah flea market di amcorp mall. apa dia flea market?? u all blh google kat internet ok hehe...
seingat aku ni kali ke-4 kami ke flea market kat sini. bg org yg suka..best lar. klu yg tak suka..baik tak yah dtg sini hehe...tp kami mmg sukaaaaaa... apa yg kami beli? ala...peradak anak2 lar mcm biasa. tp semlm mcm tak best sket coz iman merengekkkk...aduhai. takleh nak menengok sgt. tu lar, mama suh tido dlm keta taknak..asyik membebel. sampai sana dah mengantuk...meragam lar dia. paling tak best, bila sampai booth mainan, hilang semua merengek huhu... ok lar jom kita tgk pic.

iman n abah depan santa..dia takut sbnrnya kat patung ni :P

ni antara brg yg aku beli kat sini. this musical bouncy bus only at rm5. of cos lar 2nd hand dah namanya pun flea market. iman takleh naik, overweight. ni utk amal lar.

puzzle ball ni juga only at rm5. blh ajar anak2 kenal shape.


ini yg palinggggggg iman suka. 1 item only at rm10. klu kat jusco, utk kualiti yg sama kena byr more than rm39.90 huhu.. (coz yg ni sendi dia blh gerak2. klu yg berdiri tegak jer = rm29.90). mmg puas hati bcoz of the quality and murah hehe..

inilah koleksi iman...semuanya jenis yg berkualiti tinggi, tak mudah patah. ada yg beli dgn harga yg mahal (kat jusco), n dgn harga yg murah (kat flea market). tak rugi kan pi flea market?? kalau pandai cr ada jgk jual kat booth yg kecik2 kat tesco tu. tp mahal sket harga dia dr yg kat flea market ni. yg penting toys ni semua tak mudah patah...n iman mmg sayanggggg sgt dgn koleksi dia ni.

dgn bantuan mama n abah, dah berjaya kumpul full set of power rangers.
ni pulak set ultraman iman...

kat flea market ni jgk mama dpt beli koleksi yg mama suka ni juga dgn harga yg murah rm10 for 3 pieces.


inilah dia antara hobi mama iman. bila pi mana2 mesti beli atleast 1.

ermmm entry ni bukan bertujuan utk menunjuk2 ok. entry ni adalah atas permintaan seseorang, dan juga ramai kwn2 yg selalu bertanya kenapa aku suka pi amcorp mall. maka terjawaplah sudah... now aku n hubby dlm plan nak sewa 1 booth kat flea market ni utk 1 weekend. saja suka2 menghabiskan cuti ni hehehehe...
itu dulu utk entry kalini. jumpa lg!

Friday, December 04, 2009

jalan2 ke zoo taiping...

di kala balik raya haji ke batu kurau baru ni, kami sempat bwk iman jalan2 ke zoo taiping. tak silap aku ni kali ke-3 kami ke sini, beruntung sungguh iman ni. but this time ticket price dah naik! before this rm5 per person, this time dah jd rm12 huhuhu...iman pulak kena rm8. mujur lar bila dah enter, nmpk jgk improvement compare to dulu2. harimau dah ada 5ekor and semuanya sgt aktif! lama gak aku dok depan kandang rimau tgk gelagat depa. jenuh jgk menjawap setiap pertanyaan dr anak bujang ku ini...
alhamdulillah kami sungguh puas hati dgn kunjungan ini and iman nmpk sugguh teruja especially depan kandang harimau and elephant. kbtln time kami tgk, penjaga gajah ni tgh bagi depa makan...n tiba2 org ni dok pukul 1 anak gajah yg agak gelojoh mknnya. iman nampak plak adegan ni....apa lg byk soalan kuar dr mulut dia. isk...tak patut tau org tu dok baling penyodok kat badan anak gajah tu..byk kali plak tuh. pengunjung tgh ramai...apa lg byk suara tak puas hati yg aku dgr. iman pun tak habis2 menyatakan rasa simpati dia kat anak gajah ni. ermmm mmg kesian sbnrnya haiwan yg dok kat zoo ni, mcm terseksa jer. ni antara pic yg dpt kami rakamkan...

pic kat zoo central

aksi comel iman hehe..



sonok sgt dia sepjg kat zoo ni..



itu dulu utk entry kali ini...jumpa lg!



Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH