FOLLOWERS

Thursday, August 28, 2014

sekitar sambutan birthday iman di sekolah

assalammualaikum =)

cerita tertangguh. sy update blog ni jap sebab dah pening menanda paper trial pt3. ko bayangkan ada yang jawab kutu air kerana KUTU AIR BOLEH TERBANG SEPERTI HELANG
stresssssss teacher ok. 
moh ler update blog jap untuk bertenang.

terima kasih tak terhingga pada teacher huda guru kelas tahun 2 bestari di sk parit baharu kerana sudi handle simple birthday celebration untuk iman di kelasnya.
May Allah Bless you teacher, always and forever insyaallah.
baikkk sgt teacher ni. favo teacher abg iman. 

so pagi 20 ogos yg lalu, kami hantar abg iman ke sekolah mcm biasa.
bawakkan sekali birthday kek, pinggan dan sudu plastik, air kotak laici.
door gift utk kawan2 pula, sy pack kan setiap sorang dpt clay dough, pensel warna dan gam.
sy tinggalkan juga camera utk teacher huda snap gambo kejadian.
pastu berdesup ke sekolah sy. lps thumb print terus pi dewan makan utk ambik bihun goreng yg ditempah.
then berdesup ke sekolah iman semula utk hantar bihun goreng ni.
berdesup kembali ke sbpisb.
eh byk plak berdesup ke sana ke sini hahaha takpe..anak punya pasal.
pastu sy telegram teacher huda minta dia send gambo kejadian kat telegram..
again teacher huda penuhi impian mama iman ni yg tak sabo2 nak tgk suasana birthday iman di sekolah.
a very BIG thanks to teacher huda ya. really appreciated ur help. 


tuuuu diaaaa....happy ler tu :-)


jelas nampak dia gembira sgt masa ni. syukur.
seronok rasa hati tgk my little boy enjoy his day.


gigih teacher huda snap semua gambo ni terbaik lar teacher.


birthday boy kena dok makan kat tgh2 kelas.


banyaknya abg iman makan huhuhu
cer korang tgk background kelas ni. meriah! ni mesti inisiatif guru kelas dia 
again..terbaik lar teacher huda.
yerlar...nak harap budak darjah 2 ni hias kelas sendiri?
harapan tinggal harapan ler jawapnya.
mama suh kemas tempat tido pun payah.
eh tapikan..since baby irfan dah lahir ni rajinnnn abg iman tlg mama tau.
lepas mandi sidai terus towel dia dan amal. 
cuci pinggang dan cawan yg dia guna kat sinki pun dah blh
kemas toys tu biasa dah.
good job anak mama.

 ceria kan kelas ni? suka tgk. siap ada skirting tu.

 inilah dia teacher huda.
iman with his favo teacher.
masa mama mula2 tgk pic ni eh! eh! muka ada iras lar! hahaha
blh jadi anak teacher huda ni :p

 iman with his girlfriends
amboiiiiiiiii :P

 insyaallah satu hari nnt, ini semua akan menjadi kenangan terindah buat iman dan rakan-rakannya

teacher bagi main clay dough sebab kebetulan hari ni teacher huda kena jaga kelas 2 bestari  smpi balik sbb ramai cikgu takde kat sekolah.
kelas beku.



again
happy 8th birthday my dear little bucuk mantung 
abang iman, mama sayanggggg sgt2 kat abg iman tau
besar harapan mama nak tgk abg iman berjaya dlm hidup
jadi contoh pada adik2 yg lain
apapun yg abg iman buat, letakkan Allah di tempat pertama yer sayang
ingat tu.

muarghhhhhhhh utk abg iman!
love you my son!

itu dulu yer...bye semua!

Tuesday, August 26, 2014

dugaan

assalammualaikum =)

korang pernah tak lalui keadaan di mana dugaan dtg bertimpa-timpa, satu persatu secara berterusan?
haaaaa itulah yg sedang saya lalui sekarang ni. cuba jugak diamkan aje. tapi tak tahan wei. 
elok2 3thn jer duduk vck bulan puasa hari tu, semua benda start rosak. satu demi satu. 
mula2 viper cik alza. lepas tu dapur memasak kat kitchen cabinet tu. kemudian bumper cik alza plak kena sondol. pastu kunci sliding door. terkini mlm tadi water heater kat dapur pun rosak. eh ko dah kenapa semua nak rosak beramai2 ni? haaaa lagi 1 tilam kami pun dah tinggi rendah. ewahhhh semua pun menuntut RM yg bkn sedikit. apa ko ingat kami ni byk sgt duit??
astaghfirullah halazimm...istighfar banyak2. dugaan ni dtg dr Allah SWT. Dia sedang menguji hambaNya yg kerdil ni. sabar dan bertenang. insyaallah ada hikmah di sebalik semua kejadian ni. 
Allah itu kan Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita? semua perancanganNya adalah bersebab. redha, jangan kalut2. bertenang. azimah, relax ok. 
itu blm masuk dugaan yang melibatkan soal hati dan perasaan, serious tak blh blah! 
arghhhh takpe takpe. tgk wajah anak2..hilang semua kekalutan. terutama wajah baby tu Allah..syukur alhamdulillah.

kalau takde aral melintang insyaallah jumaat ni kami akan lakukan akikah untuk baby irfan. kambing masak kurma akan dihidangkan utk makan malam di perkhemahan perdana SBPISB 2014. terus buat doa selamat sekali kat tapak perkhemahan tu nanti. alhamdulillah terlaksana hasrat kami nak buat akikah baby irfan thn ni juga. rezeki anak tu kan sentiasa ada :-)

itu dulu coret2 pagi ni ya. 
actually nak sgt citer tentang sambutan birthday iman di sekolah dan perkembangan terkini baby irfan. tapi blm berkesempatan. nnt ya. btw baby irfan dah meniarap! hehehe

itu dulu..bye semua!

Friday, August 22, 2014

susun atur meja saya di tempat kerja

assalammualaikum =)

salam jumaat buat semua
Al-fatihah buat semua mangsa MH17
moga di beri kekuatan buat keluarga 20 jenazah yg akan tiba di malaysia.
berkabung dgn berpakaian gelap sebagai tanda menghormati?
better kita ikut ajaran Islam untuk ini. baca dan fahami btl2 semua fwd whatsapp yg kalian dpt ok.
hari ni teacher azimah pakai baju light grey dgn polkadot kecik2 merah dan hitam
tudung plak hitam utk matching dgn baju.

ok hari ni nak citer pasal susun atur meja saya di tempat kerja
di bilik guru ler..mana lagi hahaha


inilah sudut sy di bilik guru sejak 10 thn yg lalu.
tak penah pindah tempat.
tapi kawan kiri kanan kerap jer bertukar
'panas' TA ni hahaha

zoom sket koleksi key chain yg sy ada
ni di belah kanan meja.
key chain ni byknya pemberian dr students dan rakan2 guru
en.suami pun ada bagi gak
kawan2 kat sini klu pi melancong ke mana2 mesti balik bawak key chain utk kawan2 lain
comel sgt kan :-)

ini pula key chain yg di gtg di sebelah kiri meja

ke kiri lagi, ini pandangannya.
nmpk tu ada plastik pos laju atas meja
tudung AJ Green label 2 helai! hahaha

ke kiri lagi, ini lah pandangannya.
rak 3 tingkat ni terletak di belakang saya bila sy duduk di kerusi.

ini plak susun atar di atas para meja

dan ini laci meja berisi alat tulis

rasa2 tak lama kot sy stay sini hehehe

itu dulu ya..bye semua!
selamat berhujung minggu!

Wednesday, August 20, 2014

8 tahun yang lalu~ happy birthday abang iman!

assalammualaikum =)

hari ini 20 Ogos 2014, pada 8 tahun dulu adalah saat2 indah yg teramat sgt dlm hidup saya. saat bermulanya menjadi seorang mama.
alhamdulillah saya selamat melahirkan muhammad iman kasyfi di pusat bersalin annur shah alam dgn berat dia 3.46kg. ok mmg wow! hehehe

semua gambar2 dia masih tersimpan rapi dlm cd. 
tetiba rasa kejap jer dah besar anak mama.
dah 8 tahun umur dia, dah darjah 2.

moga anak mama terus berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat,
moga menjadi contoh yg baik  buat adik2.
moga terus diberi kesihatan yang baik olehNya dan moga terus berada di bawah limpahan rahmat yg Maha Esa

abang iman dan abang amal 

abang iman dan irfan

wajah suci seorang anak yg sedang lena
cuti sekolah hujung tahun ni insyaallah abg iman akan bersunat.
moga semuanya baik2 aje insyaallah


mama sayanggggggg sgt2 kat abg iman

happy 8th birthday sayang!
muarghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Tuesday, August 19, 2014

suka suka ajer

assalammualaikum =)

mulakan hari ini dgn ceria2 ok.
hari ni takde gambo.
actually takde idea juga nak citer pasal apa.
just nak share tentang kegilaan sy yg 1 ni. 
kat fb ada joint group kami suka susun atur dan group deco rumahku syurgaku.
amboiiiii best bangat tgk umah org cun2 belaka!
ada duit semua keinginan tercapai kan? insyaallah
tp sy lbh syok kat group kami suka susun atur. 
mcm2 idea best yg timbul!
tinggal lagi nak tiru idea2 tu..takde masalah juga sbnrnya,
masalahnya adalah takde masa!
ya takde masa ok.
sabtu ahad pun lintang pukang dgn kerja2 rutin seorang isteri dan ibu. 
itupun aku tak memasak.
citer pasal memasak...adoiiiiii dapur gas kat vck tgh rosak. 
dah hantar service, elok jer menyala kat kedai tu
bawak balik vck, again dia taknak menyala.
ish baru 3thn aku dok vck dah mcm2 plak yg rosak hihi
tu pun aku buat pejam mata kat sofa yg dah mcm mangkuk, dan tilam yg dah mcm lukisan bukit zaman kita kecik2 dulu. eh paham tak? tak paham takpe..its ok hahaha
langsir pun dah 3thn tak bertukar.
nak tukar langsir bugdet rm1k dah tentu ko
tu yg pikir 18x tu
emmm ada caranya nak kecikkan budget langsir tu. nnt lah hehehe

eh dah lar..nak pi breakfast.
nnt ada masa update lagi.
bye semua!

Monday, August 18, 2014

bergaya dengan tudung AJ Palestine

assalammualaikum =)

menanti kelas yg akan bermula sket masa lagi
ngantuk plak rasanya ni ha

sabtu lepas kirim tudung ni kat sepupu yg pi AJ cs mydin mall ipoh.
semalam dpt
hari ni terus pakai hikhikhik..
tak silap saya datin juma salurkan 100% hasil jualan tudung ni ke tabung gaza
alhamdulillah syukur jika benar
kiranya ini dana utk tabung gaza juga.

asik mamaaaaaa jer selfie
irfan nak jugak!

hahahaha
 itu dulu, bye semua!

Sunday, August 17, 2014

cerita dari villa comel kami

assalammualaikum =)

salam hujung minggu buat semua. dah lama beno rasanya tak menaip panjang kat sini. bkn apa, tuan tanah tak berapa sihat lately. sakit2 lenguh satu badan terutama tang lutut. masa solat nak sujud teruk rasanya. mungkin ini penangan ais atau penangan kerja selepas bercuti 3 bln. dah lama pun tak berurut, tak sempat. klu nak suggest any ubat or supplement sgt dialu-alukan ya. tapi bkn shaklee :D
So weekend ni kami hanya pergi 3 buah open house kawan2 tempat yg berdekatan. acually dpt byk jemputan open house dari kawan2 semesti, kawan2 matriks dan kawan2 alam maya. semuanya di lembah klang. ampun maaf tak dapat nak penuhi undangan kalian semua. selain tuan tanah yg tak sihat, poket tuan tanah pun dah kering tgh2 bulan ni :p
nak dijadikan cerita semalam amal kena serang dek gelegata. oh kesian anak mama. tergaru2 jer. anak sy ni allergic pada udara. panas st takleh. sejuk sgt takleh. berdebu berjerebu pun dia alah. semalam hujan, so cuaca sejuk jer. mungkin tu sebab dia kena. pernah dulu kena jugak masa hujan . alhamdulilah lepas sapu dgn calamine lotion dan bawak ke klinik utk dptkan ubat, dia ok. 

 pagi2 dia bgn tido tu tak byk lagi. ingatkan nyamuk. makin lama makin byk plak. sah gelegata
kesian anak mama

dah sapu dgn calamine lotion, bagi dia tido dulu sementara tunggu abah balik dr service keta utk bawak dia ke klinik.
punya lar lama kat perodua service centre tu. kul 9am-1pm. semuanya gara2 viper yg problem. apsal tah asal pagi jer viper tak leh on. 3x hujan lebat di pagi hari kami terpaksa redah tanpa on viper. peliknya bila dah tgh hari blh plak on. since masih dlm warranty maka dptlah tukar motor viper tu nnt. masih dlm proses, dia tgh order barang.  

dalam minggu ni banyak kali hujan turun dgn lebat. besttttt sgt! sy mmg suka hujan. sejuk jer. so lepas hujan reda pagi smlm dpt ler jenguk2 luar vck ni. 

 pokok rhu ni makin merimbun. suka sgt tgk. bila hujan kerap turun terus muncul pucuk2 baru. peliknya kenapa dia tak meninggi ya? mmg jenis tak meninggi kot? ntah!
ni jer lar tanaman yg menjadi di vck. 6 ketul pasu bunga dah tinggal 4 sbb 2 pasu bunga tinggi dah kena curi masa balik kg cuti raya baru ni. mesti org2 tu jgk yg curi tau dah. cuma this time kami malas nak pi cari dah.
semua pasu2 ni pun dah takde pokok, dah bawak masuk ke dlm pun. 
tggu lar bila en.suami kaya nnt sy nak resign keje then blh main deco2 luar dan dlm vck sepuas hati. mesti best!  #BeranganItuPercuma

 Ni pula keadaan di belakang pagar putih yg konon-kononnya dulu nak jadikan backyard garden. rumput2 dah takde tapi tak tertanam 1 apa pun pokok. byk kali tanam tapi gagal utk di jaga dgn baik. mcm menyiksa pokok jer rasa huhu

 ni pula keadaan di bhgn depan pagar putih.
kembali menghijau setelah ditimpa hujan berkali2. malangnya kawasan ni tetap jadi 'tandas' kucing yg dtg ntah dr mana. nyampah tau. korang ada idea tak mc mana nak avoid kucing2 tu berak kat sini? plz share ya. 

kerjaan hujung minggu. lipat kain dan iron baju stock seminggu. sungguh sy tak larat nak buat ni semua dah. mujur ada pembantu yg sudi dtg every weekend. tinggal bayo jer lg.

 sedikit deco-deco sempena aidilfitri 2014. cantik tak? ngeh ngeh ngeh...masuk bakul angkat sendiri :P
kalau blm pernah jejak kaki di kaison, sila lah cuba. pasti menangis poket hehehe...tapi harga2 dia still berpatutan lar, takde mahal tak logik dek akal.

akhir kata penutup bicara
terimalah...

selfie dari tuan tanah hahahaha

itu dulu ya. bye semua!

Thursday, August 14, 2014

happy birthday dik yam!

assalammualaikum =)

korang...sy btl2 takde masa nak update blog dgn proper
jadi kita citer sket2 jer ya
janji blog masih update mcm biasa..gitu kekdahnya

tarikh kejadian: 10 Ogos 2014
tempat: rumah kakak di proton city
perihal kejadian: sambutan hari jadi anak sedara + rumah terbuka aidilfitri kakak saya



tahlil ahli keluarga sebelum potong kek besday




 besday girl adalah yg tak pakai mask tu ya
dia takmo pakai...mak dia kata jgn di paksa nnt rosak mood lagi parah
hehehe paham sgt!

 jelas di situ makcik besday girl plak yg lbh2..eh?


 terseksa jugak rasanya pakai mask tu di atas spek mata hahaha

pakai masa bergambo aje..ok lah

 mak besday girl ni belikan jugak set baju yg mcm angle tu
ponnnn takmo dia pakai

 happy birthday to you dek yam!



itu aje...nak pi breakfast dulu.
bye semua!

Tuesday, August 12, 2014

aidilfitri 2014: #Raya Day4 ~~ family photo shoot @ studio

assalammualaikum =)
ok citer sket pasal hari raya ke-4 kami
rasanya cukup kot citer raya smpi hari ke-4 hehehe
kang jadi tah apa2 jer lbh2 plak nak citer sampai sebulan :p

bangun pagi2 tu kak cho sibuk2 ajak pi ambik gambo family kat studio
alahai...letih btl apsal ler baru pagi ni keluarkan cadangan?
cadangan yg aku rasa dah mirip kepada paksaan huhuhu
kebetulan plak hari ni semua adik beradik ada balik berkumpul di rumah mak
tu yg timbul idea ni kot
parahnya saya dah anto balik semua baju raya ke vck hokay!
1 hal plak nak kena pi ambik semula..nak iron..adoiiii
gagah jugak diri pi ambik jap baju2 raya kat vck pagi tu jugak
plan nak gerak ke studio gambo kul 3pm
nak iron baju dlm cuaca panas ni???
not a good idea lar ok
so upah jer anak sedara tlg iron kan hahaha
depa kata belanja topup hs. okay beres.
 maka kul 3pm berdesup kami 4 kereta ke sg besar
kecohhhhhhh hahahaha
ingat senang nak control 20 orang???
nak pastikan si baby tgk camera pun bkn mudah hokay
maka setelah bertungkus lumus maka inilah hasilnya....
taaaaddddaaaaaaaaa


 ni pic beramai2. sy snap kat external pic tu yg shining2 tu.
tgk tu baby irfan elok jer mengadap camera!
cayalah sayangggggg mama!
 paling best semuaaaaaa kelihatan muda 10thn hahaha
terbaik punya editing

utk family kecik saya..takde gambo baby irfan pandang camera
tp takpe..yg ni pun ok dah hihi
abang iman senyum sengettttt kahkahkah

pastu dlm cd toke ni kedekut gila dia just bagi 1 pic jer free style
ni pun kena byr rm60
hampeh tul

suuuuukkkaaaaaaa sgt dgn free style pic ni
semua nampak happy
nampak ceria
terus jadi backdrop laptop kita ni hihihi
total damage rm340 utk dptkan 2 frame saiz 12R dan 4 keping gambo saiz kecik sket
ni takde dlm budget raya punya plan ni
naya tullll
itu jer nak citer...bye semua!
esok blh citer pasal lain plak
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH