FOLLOWERS

Showing posts with label De Rhu Beach Resort. Show all posts
Showing posts with label De Rhu Beach Resort. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

cuti-cuti kuantan: surprise cake for my birthday!

assalammualaikum =)

tak pernah mimpi pun nak celebrate birthday kat hotel. sbb tau mesti mahal. tp tahun ni en.suami tlh melaksanakan impian yang 1 ni. terharu sgt serius! menyengehhhhh jer lps tu hahaha... wlupun surprise ini telah dijangka sbb en.suami sy ni tak berapa pandai nak buat surprise kekekeke...tp sy tetap terharu dgn segala usaha dia tau. serius rasa nak menangis jer lepas tu. sbb mcm tak penah terpikir pun akan dihargai sebegitu sekali. terima kasih sgt sgt sgt sgt sgt sgt ya abang... tahun dpn panjang umur celebrate besday ma kat Krabi plak buley??? miahahaha... krabi tau...krabi...krabi... (buat ala-ala suara jarjit dlm upin ipin k...comel!)
ok melalut sudah. makan malam pertama di sana, en.suami kata kita tak yah keluar. dinner kat cafe hotel jer. sy dah start menyengeh nampak gigi ngeeee~~~ lepas solat maghrib, mula siap2 konon nak nampak gorjers dinner kat hotel. pakai dress + long cardigan. 2nd time pki dress. 1st dulu masa kat pulau pangkor.. dinner kat hotel tuh keh keh keh...

semua bergaya sakan. en.suami dan amal pakai baju Canterbury. iman plak pakai baju adidas. baju mama jer murah sob sob..beli kat GM klang and pasar shah alam jer uwwaaaaa kantoi! sungguh lar sy bukan jenis yg shopping kat butik ok. tak mampu...sobbbb panjang sambil kesat air hidung

pastu masuk cafe hotel. ambik tempat yang ala2 romantik sket. jgn harap lar nak romantik2 dgn bwk 2 jejaka kecil itu hahaha... pastu order chicken chop 1 set jer sbb ptg td we all dah mkn byk dlm bilik. masing2 kenyang sbnrnya. anak2 pula cuma mkn fries. then milo ice dua. sambil tggu order dtg, borak2 layan anak-anak...

then tetiba....tada!!!!! sorang waitress menatang sebiji chocolate cake ke meja kami. kbtln masa ni sy tgh buat rakaman video gelagat anak2 saya so terus rakam sekali kedatangan kek tersebut. owh best sgt rasanya masa ni! bahagia!! 
actually masa masuk cafe td dah terpandang 1 kotak kek yg super duper besar. 5kg kot! sy dah seriau, takkan kek beso ni untuk saya???? oh no no no...itu utk team yg ada function td rupanya.

dan ini kek utk saya :D... serius rasa nak menari2 kegembiraan masa ni ok. yerlar rasa diri ini sgt special di mata suami dan anak2. apa lagi yg sy inginkan? dah cukup bahagia kan? pada umur 32 tahun, saya rasa hidup saya dah lengkap. tinggal lagi nak menunaikan haji tanah suci. insyaallah...impian itu tak pernah padam selagi saya bernafas. eh you all perasan tak nama AMAL pada kek tu dan bertukar kpd AMAN huhuhu :P

 saya gembira, saya bahagia... syukur alhamdulillah.





saat2 ni pasti segar dalam ingatan saya selamanya insyaallah. kalau setahun yg lalu sy dapat ipad2 sebagai hadiah hari jadi pada 12 May, tahun ni kejutan yang lain pula untuk saya. abang...ma sayang abang sgt sungguh!! muarghhh....

cuti-cuti kuantan: spending our precious moment in swimming pool

assalammualaikum =)

*entry yang banyak gambar... antara saat yang membahagiakan saya sebagai seorang ibu, adalah menghabiskan masa bersama mereka dengan penuh tawa ria. moga saat2 ini akan berada di ingatan anak2 selamanya. paling tidak moga suatu hari ini, moment indah seperti ini menjadi halwa telinga saya dari anak2, untuk dikenang semula keindahannya, diselangi bacaan ayat2 suci Al-Quran ketika sedang terbaring uzur meniti hari2 terakhir sebagai khalifah di bumi Allah...
Saya terus berusaha untuk menjadi ibu terbaik pada Iman dan Amal, Isteri yang menyenangkan hati suami juga...bukan mudah, tapi tak susah jika kita sentiasa melalui landasan yang betul insyaallah.. :-)

saat2 indah bersama bergembira di kolam renang...
Sabtu (12 May 2012) jam 4pm-6pm
ahad (13 May 2012) jam 9am-11am
isnin (14 May 2012) jam 9am-10.30am
* gambar sangat banyak..susah nak pilih hehe *



















perasan tak iman pakai 2 swimming suit: biru dan oren. swimming suit biru dah ketat sgt kesian dia. so hari ahad saya belikan swimming suit baru berwarna oren ni di gerai jualan sekitar pantai cherating. google pun beli pada hari ahad, tu yang bergaya sakan dia dalam kolam renang pada hari isnin. apa saja untuk mu anak..
actually percutian kali ini juga penghargaan buat iman yg dah nak masuk iqra' 4. masa naik iqra' 3 dulu, kami hadiahkan keseronokan bermain di Berjaya Time Square Theme Park. rezeki anak2, kita kongsikan bersama insyaallah diberkati. bagi saya percutian seperti ni mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri dan anak2...itu saya. anda di luar sana mungkin berbeza...takpe, ikut cara masing2 untuk berasa gembira ya :-)

Tuesday, May 15, 2012

cuti-cuti kuantan: Talking about the hotel- De Rhu Beach Resort

assalammualaikum =)

busynya saya hari ni tak berkesempatan lansung nak belek gambar2 percutian kami ke kuantan. tp klu simpan lama sure dah basi dan alamatnya tak bercerita lar saya tentang percutian ni kat blog huhu... so gagahkan mata sekejap eh kenapa mata? untuk sy update blog sebelum lelap kejap lg hehehe...
percutian kami di De Rhu Beach Resort adalah menggunakan vouvher yang dibeli dari matta fair, serius murah tak tipu! voucher untuk superior room + king size bed (with garden view) cuma RM100 per nite inclusive breakfast for 2 person. kami ambik 2 malam (sabtu-isnin) so total rm200.00 tp untuk breakfast iman dah kena bayar, rm13.70 per day. sgt mahal jadinya sbb iman hanya makan bbrp potong sosej!! uwwaaa..... takleh jadi mcm ni. so sy bantai bungkus muffin n roti dlm tisu n sumbat dlm hand beg miahaha... lepas berendam dlm swimming pool cepat jer habis semua stock mknn ni so xde lar rasa rugi bayar bfast mahal2 utk iman. bijak kan? miahahaha....again.
jom tgk gambar2 hotel ni snap using my canon s95. ok jap lupa plak 1 perkara.klu di tanya apa yang  paling best pasal hotel ni? jawpan sy dah tentulah sbb swimming pool dia yang sgt luas ok siap ada mini play ground dlm tu. pool kanak2 bersambung2 dgn pool dewasa melengkar2 memanjang...sgt luas dan best! 
ok jom tgk gambar sekitar hotel ni.

bilik yang luas. kami puas hati sbb anak2 blh berlari bekejar main bola dlm bilik ni. 

berbaloi sgt utk value RM100 per nite

view dari tingkap bilik kami. saujana mata memandang..tenang dan hijau :-)

zoom dari tingkap bilik (belah kiri). masa ni ada function tak silap dari TNB

yang ni pemandangan belah kanan plak.

antara yang menarik tentang hotel ini juga, setiap pagi ada surat khabar di hantar ke bilik. hari ke-2 kami di sini, pihak pengurusan hotel siap bagi buah-buahan tempatan mcm dlm gambar di atas :-) sgt puas hati dgn harga yang sy bayar...

sekitar lobi hotel

tangga utama di hadapan lobi hotel

tarikan utama: kolam renang yang sgt besar. puas hati berendam :-) gambar kat atas ni adalah swimming pool utk org dewasa (means lebih dalam lar ok)

kepenatan melalui perjalanan yang jauh seawal jam 7am, hilang bila kami tiba di hotel pada jam 3pm dengan disambut oleh keseronokan berendam dlm swimming pool ni. eh knp lama sgt perjalanan? 1) sbb jauh 2) sbb banyak singgah so nnt next entry sy cerita mengenai perjalanan kami ke kuantan pula ya. actually mcm boring nak cerita ikut hari demi hari so tukar style skit lar hahaha..

Friday, May 11, 2012

My Birthday Vacation

assalammualaikum =)

tomorrow, me and my beloved IAs (Ismail Ali + Iman-Amal sweet kan?? ahaks...) 
really exciting towards this 3D2N vacation 
my Birthday Vacation!!
cannot imagine how i will celebrate my birthday at 'beach resort' 
ibarat mimpi jadi kenyataan...'=)
Ya Allah...moga Kau berkati dan permudahkan percutian kami kali ini
moga Kau pelihara keselamatan kami sekeluarga dalam perjalanan pergi dan balik
Aminn..Amin...YaRabbal alamin...


ini yang dinanti-nanti sangat oleh my Little IAs hehehe..
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH