FOLLOWERS

Showing posts with label school holiday. Show all posts
Showing posts with label school holiday. Show all posts

Sunday, April 06, 2014

aktiviti IA cuti sekolah last week

assalammualaikum =)

salam hujung minggu semua
best btl cuti 4 hari hehehe
cerita basi sket hari ni
kisah anak2 masa cuti sekolah seminggu last wk
selain dr bawa anak2 ke tesco dan karnival giant balloon tu,
kami hanya stay di rumah
ada lah sket aktiviti anak2
yg utamanya main..main..main..dan main...

 IA request nak mandi pool
dpt lar beberapa kali mandi dan main air kat sini
tak kira cuaca yg tgh panas terik
nak berendam jugak...silakan wahai anak2 hehehe

 lama jugak IA berendam setiap kali mandi pool ni
smpi kecut2 baru nak stop

cuti panjang jer pun baru en.suami nak bukak pool ni
kalau cuti weekend jer jgn harap lar

dapat jugak en.suami melayan amal ber logico primo 

 baru beli colorful stick ni
ralat jugak IA amal dok main ni berdua
eh korang tau tak mcm mana nak main stick ni?
kena tarik 1 stick dgn syarat stick lain tak blh bergoyang 
sape dpt kumpul stick plg byk dia menang

 dan ini aktiviti yg plg IA suka
membongkar segala mcm koleksi toys yg ada dlm simpanan
dah nama pun cuti sekolah
so mama dan abah ok kan ajer
dgn syarat lps habis main mesti kemas semula
klu tak mama bawak plastik hitam hahaha

tgk tv dah tentu...

ok itu dulu cerita pendek utk hari minggu ni
sedang mengumpul kekuatan nak pi kerja esok
2 minggu jer lagi kerja sebelum bercuti panjang
semangat! semangat!

bye semua!

Friday, March 21, 2014

7 things to do

assalammualaikum =)

alhamdulillah dah bertemu dgn hari jumaat yg mulia ini lagi. 
jumaat terakhir persekolahan sbb esok bermulanya cuti pertengahan penggal pertama yeayy!!
9 hari cuti...i dah ada mcm2 plan nak buat kat vck.
holiday??
maaf ya anak2..mama tak lalu. kita lepak2 kat rumah jer yer. 
nak balik kampung pun tak lalu.
lps gaji kita terjah tesco jer cukup lar ya sayang...

i listkan kat sini apa nak buat dlm tempoh cuti 9 hari ni di vck
senang jd rujukan diri sendiri.

1) make over laundry area + garage storage di vck  DONE!
2) kemas beberapa ruang di kitchen cabinet  DONE!
3) set up dan bersihkan baby cot + baby cradle DONE!
4) potong rumput di laman vck
5) tukar mentol yang dah terbakar - ada 4. DONE!
6) marking TIMMS
7) packing beg baby muhammad DONE!


cukup lah 7 perkara ni hehehe..

ok tak sabar nak cuti
blh lar i switch on mode cuti tu sekarang walaupun masih berada kat sekolah ni ha :P

ok itu dulu ya...jumpa lagi nnt! 

Friday, December 14, 2012

berkumpul ramai2..best tau!

assalammualaikum =)

keluar dr zoo negara sekitar jam 2pm, kami terus ke bandar seri putera bangi 
sepupu sy ni baru berpindah masuk ke rumah baru
banglo 2 tingkat bernilai rm1.3 juta u!
jgn terkejut, diorang suami isteri doctor pakar hehe
masa tu terus tanam niat dalam hati, klu tak semua, 1 of  my kids mesti jd doktor jgk hahahah
blh gitu?

 tak semua keluarga besar adik beradik mak sy ada masa ni...
ni baru sebahagian

 best betul dpt rumah besar camni
serius sy segan nak snap gambo setiap pelusuk rumah ni
tp mmg ala2 rumah dlm majalah i told u!
sbnrnya perabot tak lengkap lg sbb baru jer pindah masuk
tgk bilik2 anak diorang...perghhhh lawa sgt ok!

gambar mknn pun i tak snap. segan kekeke
ni gambar beramai2 sblm kitorang pi nilai3 plak.
dr rumah dia, ikut jln blkng cuma 10min ke nilai3
tp sbb duit pun non-ado, nilai3 jd boring kekeke
oh yer, sepupu sy yg duduk belah kanan tu.

itu dulu untuk entry kali ni
jumpa lagi nnt!

SAPE NAK TEMPAH TUDUNG LAGI??
ROGER SAYA YER :-)

Monday, December 03, 2012

taman ikan air tawar kuala selangor

assalammualaikum =)

sy dan family baru hbs menonton filem istanbul aku datang! best! susah jumpa filem melayu yg best mcm ni. between aku terima nikahnya, untuk 3 hari dan istanbul aku datang, sy vote IAD for the 1st place! tgk dgn anak2 yg masih kecil, jenuh jgk menjawap soalan2 cepumas dr diorang. antara soalan yg mmg sy dan en.suami terkedu nak menjawap adalah: 

   amal: kita nak tgk cite apa amma? (dgn pelat)
   mama: istanbul aku datang
   amal: datang dari mana??
   mama: err...(kena fikir) dari malaysia lar...

*****************************************************************

lari tajuk lar plak intro ni hahaha... ok ni juga cerita dlm cuti sekolah ni. tu sbb cuti sekolah bermakna bersiap sedia untuk kehabisan duit yg amat sgt. mana tak nya, asikkkkkk berjalan jer. otak ni asik dok pk nak pergi mana nak pergi mana hehehe...teringat dulu masa blm ada innova dan Villa Comel Kami ni, lagi laju pergerakan masa cuti sekolah :D lar ni dah slow sket huhuhu...dok menghitung hari nak tggu 18hb ni. preparation untuk persekolahan iman blm start apapun. alahai...lambatnya gaji. cessssss lari tajuk lagi. ni klu cikgu BM yg baca mau dia geleng kepala byk kali sebagai tanda gagal untuk dpt A hahaha...
ok ok berbalik kpd tajuk. klu tak silap ni kisah sebelum kami ke bandung lagi. bawa anak2 ke taman ikan air tawar kuala selangor. emm oklar drpd membosan dok kat rumah. bila dah outing ni wlupun tak jauh mana dpt gak mama mengelat drpd masak. teng!! kantoi!! hahaha
jom tgk gambar kami di sana!

tempatnya biasa2 aje. orang pun tak ramai..

akuarium A di bhgn luar. ok jgn sekadar tgk. sila bgtau anak ini ikan apa itu ikan apa. itupun klu anak berminat huhu...

budak yg excited.. teringat dulu masa iman kecik bawak dia ke sini oh bkn main takut lg dia

ada juga sangkar haiwan seperti ayam, burung merak dll

akuarium B di bahagian dalam

see takde org pun. ada lar 3-4 org jer masu tu.
kami jer yg buat kecoh kat sini melayan kerenah anak2 hehehe


akuarium ikan buaya. amal takut sungguh nak dtg dekat.
abg iman kali ni berjaya memberanikan diri. tu pun tgk lar kuatnya dia pegang baju mama
mcm lar ikan tu blh serang dia hehehe

ada juga galeri ala2 mini muzium. jom masuk!


hanya kami dalam ni. 
kalau tak pernah kenal alat tangkapan ikan zaman mak nenek kita dulu, sila dtg ke sini ya

dalam galeri





jalan2 kat luar plak


klu ikutkan nak walking dgn anak2 ke dalam denai ni sket
tapi hujan dah mula turun masa ni
lansung tak jadi...

itu dulu untuk entry kali ni...
babai dan jgn lupa tempah tudung ya ;-)

Saturday, May 26, 2012

school holiday!!

assalammualaikum =)

teacher azimah mmg sukaaaaa sgt cuti sekolah. walaupun kertas exam ada 4 kelas nak kena marking, hati tetap bahagiaaaaaa jer rasanya. bukan apa, masa ni lar sy nak rehat puas2 bersama keluarga, blh jalani rutin harian yg tak berapa penat. blh main dan belajar bersama anak, blh masak bersama suami dan mcm2 lagilah. pendek kata masa ni lar saya blh all out hanya untuk keluarga tersayang :-)
mlm td sblm tido sy dah set alarm kul 6.40am. saja arrr nak bgn lewat sket. cuti sekolah kan hehe... tp hampeh, aura mata ni lbh kuat dr aura alarm tu. kan mata ni dah biasa celik kul 5.30am. jd kul 5.30am ler sy bgn huhuhu... maka siap ler semua kerja rumah dgn jayanya. sat lagi nak goreng bihun utk breakfast. saja takmo goreng awal kang sejuk tak sedap plak. lelaki2 dlm umah ni mana? ya mereka masih membuta....hahaha
pg td sambil2 marking paper dan lipat kain (wahhhhh sungguh multi-tasking!! sape blh buat marking paper sambil lipat kain??? yes saya boleh! sila lar kagum hehehe) saya download wrath of the titans. (wahhhh sekali lagi nmpk tak sy buat 3 kerja dlm 1 masa di situ???)  laju sket download pagi2 ni. sejam dah siap. sekali dah siap, alar....buruknya gambo dia. copy wayang huhuhu cr lain lar nnt. semalam dpt tgk the vow. best!! inspired from the true story. berlenang2 air mata hehehe...tp ending tak berapa menarik :p
emmm merepek panjang2 tp xde gambo mcm x best kan. so jom tgk gambo BBQ rugby 'shark' team sbpisb on last wednesday. makan!!! 





sekarang ni, semua org dah bgn. sy and en.suami br lepas breakfast. anak2 tgk upin ipin kat 615. yes cuti sekolah!!

Thursday, May 24, 2012

iman also start planning for his school holiday

assalammualaikum =)

hai semua!! skang ni makin susah sy nak update blog kat sek. busy menanda plak huhu.. tapi blm siap pun lg :P pagi td ada sambutan hari guru kat sekolah. best!! show dr pelajar t5 sgt awesome! tahniah pada ali and the geng :D
pagi td lepas mandi nak pi sek, tgh2 iman bersiap tu tetiba dia ckp mcm ni:

iman: mama mama (mcm nada hagemaru tu selalu buat kekeke), cuti sekolah ni lepas balik dr rumah opah dan cameron highland, kita pegi main salji nak?yang kat shah alam tu...
mama: icity ke? (sambil pandang abah hehe)
iman: aah icity. dah lama kita tak pegi sana kan mama?
mama: kat icity skang ni mmg byk attraction baru bang. masa kita pegi dulu tu takde lg yg mcm theme park tu semua. (seeee!!!!! mama plak yg over dr iman tau)
abah: tgk lah nnt minggu ke-2 ya lepas kenduri rumah mak sekinchan. tapi iman dgn abah kena naik eye on malaysia tu tau. 
iman: bla bla bla bla bla bla (semakin excited!)
* mama iman ni rasa mcm ni ha: weeeeeehooooooo!!!!! blh jalan2 lagi!! 




*selalu jer out of budget bila cuti sekolah panjang2 ni. nampak gayanya cuti sekolah kali ni pun sama haihhhhh*

Wednesday, May 23, 2012

plan cuti sekolah next week

assalammualaikum =)

semua rakan2 tgh excited planning for their school holiday next week. sejujurnya kami x suka sgt pi bercuti ke mana2 masa cuti sekolah sbb keadaan yg crowded dgn manusia. so isnin depan kami akan balik ke kuala kangsar. jumpa mak abah and tetiba rasa nak bwk diorang jenjalan. eh? pulak...td kata tak suka jalan masa cuti sekolah. pang kang!! ke mana ya? 
1st plan nak ke penang. sungguh sy tak penah jejak lg kaki di bumi penang. setakat lalu highway then nampak signboard pulau pinang itu je lar...takde makna ok. teringin rasa hati nak naik train ke bukit bendera. 


TAPIIIIIIIII 
daripada Penang hati saya lebih terpanggil untuk bawak mak abah ke


AGAIN!!!!!

hahahaha dah byk kali wei kami ke sini. last bln 3 haritu. nape tah rasa nakkkkkk sgt pergi lg. maybe sebab faktor cuaca yg sgt panas sekarang ni. dgn harapan masa dtg sini, cuaca lebih sejuk dan menyegarkan. pastu dpt pekena hot tea dia yg marvelous, jagung rebus yg manis, strawberry, cendawan goreng dll uhhhhhhhhh rasa nak terbang sekarang jugak ke sana :p
apartment dah dapat. rate agak mahal sbb cuti sekolah adeh. tggl lg nak transfer deposit jap lagi. harap menjadi. amiinnnn

Wednesday, March 14, 2012

our precious moments at pangkor island - final part

assalammualaikum =)

laju laju laju update semua cerita kami di pulau pangkor hehe.. x janji ni entry last sbb lepas ni klu sempat nak buat entry tips2 bercuti di pantai plak. untuk entry ni, sy update laju2 je ok. gambar pun sikit2 jer. noted you semua gambar2 ni tak melalui apa2 editing sbb dah x sempat dan dah malas. so tgk jer lar gambar tak seberapa ni ya. 

anak2 semua bgn awal pagi hari ke-2 kami di sini. hari terakhir lar...dah nak balik pun jap lg. seawal jam 7.45am kami dah keluar bilik utk bfast. anak2 xnak mkn sgt sebab masing2 dah x sabar nak main pasir jap lg. bfast di hotel ni bg sy biasa2 jer...x best sgt. blh lar sekadar mengalas perut. lgpun dah masuk pakej harga bilik yg kami amik ni kan so makan jer lar jgn byk komplain.

tak sempat nak crop huhu...eh ada yg kata sy pakai kain batik ke ni?? mmg nak kena sepuk hahaha

lepas bfast n snap sket2 gambar pakai pario, kami pun cepat2 tukar baju utk ke pantai.
main pasir!! look at amal, dia masih geli2 nak main pasir masa ni. tp better lar dr iman masa sebaya amal dulu, nak pijak pasir pun takut hahaha

anak2 leka main pasir, me and hubby berendam kat pantai. masa ni x panas...redup jer. sgt best...
dahlar private beach, so takde org lain. ada lar 5-6 org yg lain dtg dr hotel yg sama. 

sambung main pasir lagi

 berendam dgn anak2 plak. tp iman x suka sgt mandi kat pantai sebab air masin katanya hahaha...sibuk ajak mandi kat swimming pool lg. 

masa kami kat pantai ni, kami di sapa oleh pemandu bot yg menawarkan perjalanan menaiki bot ke coral island. kami difahamkan coral island lbh cantik dan airnya lbh jernih. blh lakukan aktiviti snorkeling juga di sini. sewa bot pegi balik sekali dgn peralatan snorkeling rm150.00. klu pi ramai2 ok kot. tp kami tak pi kali ni, maybe next time pulak sbb kul 12pm dah check out. klu stay 3d2n ok kot...

lbh kurang sejam kat pantai, sambung mandi kat pool pulak. 


kul 11am kami dah bergerak semula ke bilik sebab kul 12pm dah kena check out. puas hati btl main air lama2 ok...terbaik!

then mcm biasa sblm check out sempat lg berphoto gediks hahaha

gambar ni lepas edit mesti lg cantik. *ok puji diri sendiri*

then kami check out dr hotel dgn perut yg lapar hehe.. jgn lupa minta tlg pihak hotel call teksi utk bawa kita balik ke jetty semula ya. oh ya, payment teksi 1 hala rm10 utk 1 teksi ke pasir bogak dan rm15 utk 1 teksi ke teluk nipah. beli mknn ringan jap kat jetty utk anak2 kunyah masa dlm feri. kami sampai di jetty lumut semula sekitar jam 1.30pm. lps abah antar barang2 kat innova barulah kami lunch, makan nasi ayam n nasi goreng ayam kat restoran sekitar jetty ni. then beli jugak sedikit mknn hasil laut pangkor yg byk di jual di sini. nnt sy display dlm next entry ok. hajat di hati nak jugak jalan2 di sekitar lumut waterfront (bersebelahan jetty lumut) sbb kawasan ni cantik, sesuai utk org mcm sy yg suka bergediks depan kamera hehehe..tp apakan daya hajat tak sampai sbb anak2 dah merengek mengantuk. masuk keta jer diorang terus lelap. kami selamat tiba di rumah sekitar jam 6pm sbb byk beno singgah2 nya. habis daaaaaaaa.... next entry: tips2 bercuti di pantai ok ;-)

our precious moments at pangkor island - part 4

assalammualaikum =)

sambung lagi ngeh ngeh... ada sesaper nak muntah dah ke? hahaha... cuti sekolah ok byk plak masa free mengadap blog. ok selesai sesi photo shoot with my loves and my s95 ptg td, kami pun masuk bilik semula sekitar jam 6pm. rilex-rilex-rilex-having fun with the kids and hubby. sekitar jam 7pm both my kids dah tidur. letih sgt ler tu kan. sy pandang hubby, hubby pandang sy...jom let us start the project!! hubby kata tggu lepas solat maghrib dulu, ok fine. 
eh korang fikir apa ni???? tak baik tau hahaha.... actually dah plan dgn hubby klu anak2 tidur awal, mlm ni kitorang nak keluar dr bilik senyap2 nak having photo gediks pulak miahahaha... feeling like honeymoon gitu, berdua-duaan..  ok sy cuma upload 4 pics here utk mengelakkan korang muak tgk pic2 sy ni ;-)


 masa ni keadaan sgt windy...best sgt! feeling romantik gitu...sambil berjalan berpegangan tgn dgn en.suami...terasa mcm honeymoon plak hihi


4 pics cukup. yg lain2 jd simpanan peribadi kami ok. lbh kurang stgh jam kat luar ni, kami pun balik bilik. anak2 masih tidur dgn lena. hubby buat teh utk kami n cont rilex kat beranda garden villa. having very romantic chat with him ouch! 1 thing yg kami realize, lps kawin, kami honeymoon di bukit tinggi berdua then sy terus pregnant. org tua2 kata bunting pelamin. bila dah pregnant keadaan sy sgt teruk so kami dah xde peluang bercuti berdua mcm pasangan lain. itu jer lar sekali..selebihnya dah bwk anak2 hehehe... syukur alhamdulillah utk semua ini. habis cerita hari pertama...hr ke-2 sambung nnt plak k.bye!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH