FOLLOWERS

Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts
Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts

Wednesday, December 05, 2012

IA at Taman arnab Bukit Badong

assalammualaikum =)

bak kata elly, jenuh memikirkan aktiviti anak2 masa cuti sekolah ni supaya diorang tak boring
dalam erti kata lain: anak2 tak lar boring sgt sbb diorang main jer, mak dia ni haaaaa yg kuat boring kalau stay kat rumah jer hahahaha... mengerti?
selasa-ahad lepas kami 3 beradik balik berkumpul di rumah mak. 
family kak cik dpt 3 hari jer sbb kak cik ada kursus. fmly sy dan fmly kak cho yg lama di kg.
so ada sehari tu, kami bawak anak2 main rabbit kat bukit badong kuala selangor. 
ticket = rm2 tak kira usia. and sy bg jaminan tempat ni best, arnab dia semua gemuk, comel dan bersih.
pendek kata berbaloi sgt dgn rm2 yg dikenakan tu. taman dia tak lar besar mana, dpn rumah org jer pun. tp cukup luas utk budak2 ni mengejar arnab hehehe

 dlm 6org budak yg kami bawa ni, HANYA AMAL yg berani tangkap rabbit. mama bangga ok! hahaha
tgk tu, masuk jer tempat ni, terus dia kejar arnab padahal budak lain masa ni semua takut2 termasuk lar abg iman.

 yeah dapat!! gigih dia angkat rabbit tu. mama tau rabbit tu agak berat utk dia yg kecik ni

 senyuman bangga dan puas hati. takut? jauh sekali
nnt dah besar blh jd pemain ragbi mcm abah ni ;-)

 tangkat rabbit hitam plak. cer korang tgk rabbit tu, gebu2 gitu. mmg bersih..

 yeah berjaya lagi! alolololo comel sgt sengih dia ni tau.
dia peluk rabbit tu selamba jer mcm peluk teddy bear. eh anak sy boy ok, tak penah ada teddy bear.

mana budak yg lain??
#
#
#
#
#
#
#


 semua takut! duduk dgn kak cho
jenuh sy cabar diorang mcm2 barulah berani nak kejar arnab dan bg arnab makan

 yg dia ni tetap terus menangkap arnab sampai lar ada 1 arnab ni cakar tgn amal untuk lepaskan diri
amal menangis? heh tak macho arr menagis kena cakar hahaha...
dia sengih jer sambil mulut bising dok citer tgn dia kena cakar dgn rabbit. merah jugak lar 1 garisan
pastu terus taknak tangkap rabbit dah. 
cont dgn bg carrot kat rabbit plak

abg iman? dia takde lar takut sgt, cuma takut nak tangkap rabbit

 setakat aksi bg rabbit mkn carrot ni dia lulus cemerlang hehehe


*tetiba teringat zaman kanak-kanak sy dulu*
rindu arwah uwah sgt2.
 uwah = panggilan untuk abg sulung saya yg meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
itu dulu untuk entry kali ini. 
jumpa lagi nnt!

Monday, December 03, 2012

taman ikan air tawar kuala selangor

assalammualaikum =)

sy dan family baru hbs menonton filem istanbul aku datang! best! susah jumpa filem melayu yg best mcm ni. between aku terima nikahnya, untuk 3 hari dan istanbul aku datang, sy vote IAD for the 1st place! tgk dgn anak2 yg masih kecil, jenuh jgk menjawap soalan2 cepumas dr diorang. antara soalan yg mmg sy dan en.suami terkedu nak menjawap adalah: 

   amal: kita nak tgk cite apa amma? (dgn pelat)
   mama: istanbul aku datang
   amal: datang dari mana??
   mama: err...(kena fikir) dari malaysia lar...

*****************************************************************

lari tajuk lar plak intro ni hahaha... ok ni juga cerita dlm cuti sekolah ni. tu sbb cuti sekolah bermakna bersiap sedia untuk kehabisan duit yg amat sgt. mana tak nya, asikkkkkk berjalan jer. otak ni asik dok pk nak pergi mana nak pergi mana hehehe...teringat dulu masa blm ada innova dan Villa Comel Kami ni, lagi laju pergerakan masa cuti sekolah :D lar ni dah slow sket huhuhu...dok menghitung hari nak tggu 18hb ni. preparation untuk persekolahan iman blm start apapun. alahai...lambatnya gaji. cessssss lari tajuk lagi. ni klu cikgu BM yg baca mau dia geleng kepala byk kali sebagai tanda gagal untuk dpt A hahaha...
ok ok berbalik kpd tajuk. klu tak silap ni kisah sebelum kami ke bandung lagi. bawa anak2 ke taman ikan air tawar kuala selangor. emm oklar drpd membosan dok kat rumah. bila dah outing ni wlupun tak jauh mana dpt gak mama mengelat drpd masak. teng!! kantoi!! hahaha
jom tgk gambar kami di sana!

tempatnya biasa2 aje. orang pun tak ramai..

akuarium A di bhgn luar. ok jgn sekadar tgk. sila bgtau anak ini ikan apa itu ikan apa. itupun klu anak berminat huhu...

budak yg excited.. teringat dulu masa iman kecik bawak dia ke sini oh bkn main takut lg dia

ada juga sangkar haiwan seperti ayam, burung merak dll

akuarium B di bahagian dalam

see takde org pun. ada lar 3-4 org jer masu tu.
kami jer yg buat kecoh kat sini melayan kerenah anak2 hehehe


akuarium ikan buaya. amal takut sungguh nak dtg dekat.
abg iman kali ni berjaya memberanikan diri. tu pun tgk lar kuatnya dia pegang baju mama
mcm lar ikan tu blh serang dia hehehe

ada juga galeri ala2 mini muzium. jom masuk!


hanya kami dalam ni. 
kalau tak pernah kenal alat tangkapan ikan zaman mak nenek kita dulu, sila dtg ke sini ya

dalam galeri





jalan2 kat luar plak


klu ikutkan nak walking dgn anak2 ke dalam denai ni sket
tapi hujan dah mula turun masa ni
lansung tak jadi...

itu dulu untuk entry kali ni...
babai dan jgn lupa tempah tudung ya ;-)

Sunday, April 22, 2012

outdoor family photoshoot at Bukit Melawati

assalammualakum =)

dah lama sy idamkan aktiviti ini. tak tau knp tp sy nakkkk sgt melaluinya. then gambar2 ni semua akan diabadikan dalam photobook. kenangan abadi seumur hidup :-)
sempena hari jadi sy yg ke 32thn 12 mei depan, hubby bersetuju utk hadiahkan sy outdoor photoshoot ni. senang ckp dia bayo semua including the photobook hehe.. tq abang. ma appreciate sgt. photographer yg kami pilih ialah IJAD PHOTOGRAPHER. blh juga tgk facebook dia. search jer 'ijad photographer' ok. sy xde fb hehe...
ijad ni ex-students rugby mr.hubby so kami dpt special price tu yg best tu ngeee~~ utk price list and contact number semua tu blh tgk kat blog dia. sy dah link kat atas tu. klu berminat lar hehe... photographer mcm ni biasa amik wedding photo lar kan. tp kami peduli apa hehe.. ikut plan asal kami pilih taman tasik shah alam utk lokasi photo shoot ni. tp kan masa ni anak x sihat sgt so pilih tempat yg lbh dekat lar. bukit melawati kuala selangor menjadi pilihan. serius cantik x menyesal ok.
emm sy xkan upload semua gambar2 photo shoot ni kat sini, cukuplah beberapa keping. selebihnya biar menjadi simpanan kami sekeluarga. klu nak tgk jgk blh lar dtg ke rumah tgk photobook kami ceh azimah perasaan mcm artis duuhhhhhh hahaha
selebihnya, let the picture tell the story :-) 

*blm fully edited ni*









*aim for my next wish list

Saturday, April 21, 2012

kisah sabtu lepas

Assalammualaikum =)

kisah basi yg masih segar dalam memori :-) sabtu lepas (14 april) kami ke bukit melawati kuala selangor utk sesi photo shoot dgn pro-photographer. gambar2 baru jer dpt smlm. tp masih blm fully edited. dia bg dulu yg ada ni sbb sy dah x sabar hehehe...nnt dah fully edited dia bg lg 1 copy yg baru. tp pasal photo shoot tu blm lg nak citer. now cuma nak share gambar anak2 yg ketakutan tgk monyet2 kat sini. klu dulu iman jer yg takut, but this time dgn adik pun menangis sama.. alar sy rasa amal tak takut sbnrnya, tp bila tgk abg dia takut dia pun ikut takut gak. alahai kamu semua ni... macho arr sket hehe...

 sabtu dan ahad kena naik keretapi ke atas bukit

mula2 sampai mcm berani. anak monyet lompat kat amal pun dia ok jer

 ni lar keadaan dia sepjg tgk monyet. nasib baik bila sesi photo shoot bermula (bkn di kawasan yg byk monyet) dua beradik ni dah happy semula. sy siap pesan kat photographer tu, amik muka diorang tgh nangis hehe..

 ops mama pun takut sbnrnya :p

 lari jauh sket

 alalalala comeynya

 si kecik pun dah melalak sama

mama berkata: dah2 jom kita pegi tempat lain yg xde monyet. dah jgn nangis ok

sekian terima kasih

Tuesday, December 15, 2009

bukit melawati- kami datang lagi...

assalammualaikum semua...
sabtu baru ni kami plan nak bawa iman tgk monyet kat bukit melawati kuala selangor. seingat saya ni kali ke-3 kami dtg ke sini. kali pertama iman kecik lg so dia rilex je. 2nd time umur 2thn tak silap saya...takuttttt sgt dia kat monyet2 ni. this time bila tanya: iman takut tak kat monyet2 tu nnt? dgn selamba dia jawab: tak takut dah....iman kan dah besar. huhu kita tgk saja nnt apa yg berlaku. so far kami enjoy dgn aktiviti harini. kos pun tak banyak. rm2 per person jer utk naik tram ke atas. untuk makluman semua, sabtu dan ahad hanya tram saja dibenarkan naik ke atas. klu nak naik kenderaan persendirian blh dtg antara isnin - jumaat. paling best this time kami turut dibawa ke taman ikan air tawar kuala selangor yg baru dibuka bersebelahan taman alam. memang menarik! byk ikan2 air tawar yg tak penah kita kenal ada dipamerkan di sini. akuarium besar2 dan blh tahan banyak. akuarium kecik2 pun banyak.. memang puas hati dgn bayaran rm2 td. smpikan sy n hubby bertanya sesama sendiri, berbaloikah bayaran rm2 utk mereka jaga taman ni semua? emmm mungkin juga ini bayaran promosi coz taman ni baru dibuka. pengunjung memang lar ramai....maklum saja cuti sekolah. jom kita tgk pic ok :)


rumah api: mercu tanda bukit melawati. suatu ketika dulu rumah api ini cukup berperanan kepada para nelayan sebagai penunjuk arah.

inilah tram yg kami naiki utk ke atas. cantik kan! lebih cantik dr tram zoo taiping.
mama dan iman pose depan meriam

haa inilah antara ratusan monyet yg ada kat sini. aksi monyet ni mendokong anaknya membuat kami terfikir, sedangkan haiwan sayang kan anaknya, kenapa masih ada manusia yg sanggup buang anak sendiri? tak sayangkah mereka pada anak yg dilahirkan itu????

abah pose dgn monyet2 hehehe

saya cukup takuttttt sbnrnya time ni huhu...

heartbeat laju wooo time ni huhuhu...geli!

yaaaaa inilah iman kesayangan kami yg td kata tak takut monyet huhu... sepanjang kat atas bukit ni lbh kurang mcm ni lar aksi dia. penakut!!

pose depan taman ikan air tawar

nak dijadikan cerita dgn ikan2 ni pun iman takut huhu apalar anak bujang aku ni. harap badan je bulat. mcm lar ikan ni blh kuar dr akuarium terkam dia....



mural ni cantik sgt! so pose lg...hehehe

cepat lar amal besar...blh joint kami jalan2. nak tggu tengkuk dia blh tegak jer ni untuk senang dukung hehe...

taman alam...kami plan nak ke sini untuk tracking nnt. tp berdua jer lar..mana blh bwk budak kecik utk aktiviti mcm ni.

pose lagi...


...dan lagi

itu dulu untuk entry kali ni. jumpa lagi!! saat ni jam dah ke angka 12.25 pagi n mata cukup mengantuk. esok kena jaga spm lg, last day! mengantuk pun tahan jugak demi berblogging huhu...siang td tak sempat. sibuk layan anak2 jer.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH