FOLLOWERS

Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Monday, April 23, 2018

hello my blog!!

assalammualaikum =)

semenjak ada ig account, ku lbh suka syok sendiri kat ig tu hahaha
kesian blog ni ditinggalkan.
rugi ler pulak nak tinggalkan terus, so update ler sket.
kisah2 yg tertangguh tu, ntah bila lah nak teruskan huhuhu


alhamdulillah semuanya berjalan lancar...syukur.
berat badan bertambah?  no hal lah!


masing2 muka fake bila guna max beauty level hahaha


haishhhh byk sgt cerita smpi taktau nak cerita apa kat sini. 
itu je lah. bye semua!

Thursday, July 23, 2015

kisah kasut

assalammualaikum =)

kenangan sgt semua ni pada aku. tu sebab aku tulis pasal ni kat dlm blog aku. 


sejak aidilfitri 2014 hingga penghujung Ramadhan 2015 (sebelum cuti raya), inilah kasut kerja aku. 
kiranya ini kasut raya 2014. memang sedap sgt pakai sandal crocodile ni. ringan je. walaupun iman penah kata kasut ni cantik mcm kasut atuk, aku tak kira, janji sedap pakai...maklumlah aku kan sakit lutut. menjelang aidilfitri tahun ni, keadaan kasut merah mmg dah uzur. mmg dah beli sandal raya lain utk 2015, tp takde niat pun nak pakai kasut baru tu ke tempat kerja sbb kasut merah ni masih the best. nampak tak wlupun aku pakai baju hijau, kasut merah tetap ku sarung tanpa ku peduli apa org nak kata muahahha
kena plak mggu aku pakai handbag pink...(tetiap mggu aku mesti tukar handbag) maka hasilnya handbag pink, baju hijau kasut merah tudung apa pun blh hahaha
hodoh tak hodoh ar aku ke tempat keje.
nak dijadikan cerita, mggu last sblm cuti hari raya hr tu, pdp aku kena observe dgn puan pengetua. blh tahan arr prepare..siap bawah set hot wheel anak2 ke sekolah utk dijadikan bbm.

 alhamdulillah...syukur sgt2. berbaloi rasanya.
so mcm biasa ada lar sesi perjumpaan dgn pengetua lepas dia observe pdp tu.
jumpa kat bilik pengetua.
mmg redha je klu boss nak komen apa pun. pasti dia lbh berpengalaman, dan setiap teguran dia adalah utk aku perbaiki mana yg salah dan kurang. 
dup dap juga heartbeat aku masa melangkah masuk ke bilik boss masa tu.
korang tau tak satu-satunya perkara yg dia tegur aku adalah pasal kasut merah aku hahaha
serius wei aku gelak besar depan pengetua masa tu. mmg tak sangka sgt2 dia akan tegur pasal ni.
aku pun satu, dah tau nak kena observe, pakailar kasut bersarung patutnya. ni tak...sandal merah ni jugak yg aku bawak masuk lab hahaha
mmg tak terlintas langsung aku pagi tu nak pakai kasut yg lbh proper. ada je..tp tak sedap pakai wei. klu terpaksa je aku pakai.
pn pengetua kata, kita kena ikut professionalism keguruan, pakai kasut bertutup ke sekolah. 
dlm gelak2 tu aku cakap..aku sakit lutut, tak larat nak pakai kasut sarung.
puan siap bg idea utk aku beli kasut yg mahal sket brand mcm hush puppies, or scholl..insyaallah selesa pakai dan tak sakit kaki katanya.
aku pun sengih2...mengangguk...sambil kata ok insyaallah lepas raya saya mula pakai kasut sarung.
malu wei...mcm budak baru posting je kena tegur pasal benda ni huhuhu 

maka ini hasilnya...
kugagahkan keluar RM melabur beli kasut hitam hush puppies demi kerana SYMP hahaha
so mulai hari ni (semalam aku masih pakai kasut merah clark yg beli kat vietnam) aku pun berkasut hitam ke sekolah huhuhu
good bye sandal merah crocodile..jasamu amat di kenang.
ku kan tetap bersama mu di luar waktu kerja huhuhuhu
kepada kasut hitam hush puppies baru ku, moga kau mesra dgn kedua2 lutut ku ini hokay?
jgn mengada2 nak mintak geget..aku tak percaya dgn petua tu hahaha

itu aje merepek hari ni..harap2 boss tak baca entry aku ni. klu boss baca pun, harap2 boss anggap je entry ni sebagai bahan jenaka utk mencetus senyum di bibir boss.
serious puan, kenangan puan menegur kasut merah saya akan kekal dlm ingatan selagi hayat di kandungan badan insyaallah. 
akan sy ceritakan kisah ini pada anak menantu sy kelak, di ptg2 hari sambil bermain dgn cucu waktu tu ecewah...

itu aje..bye semua!

Wednesday, April 08, 2015

merapu suka suki

assalammualaikum =)

masa jaga amal dan irfan kat wad hospital tempoh hari, ntah mcm mana terdelete most of the pics dlm hset. mmg note2 aku dah out of space, masa aku click apa tah hr tu, err...ntah mcm mana terdelete most the pics huhuhu..terkedu aku jap masa tu.
mujur aku dah transer byk album pics including vietnam pics ke laptop.
tapi masih byk juga yg hilang..terutama latest pics anak2. sedih btl rasanya.
terus ngadu kat husband masa tu huhuhu..
pastu masa tukar shift, husband plak dok spital jaga amal, dia wassap kat aku pics anak2 yg ada dlm hset dia.
terima kasih byk2 ya hubby. tp tak sama lar dgn yg hilang tu huhuhu
sedih tau sbb aksi anak2 yg aku capture tu irreversible. 
alahai..kalau di kenang2 mau meleleh air mata.
dah le sekarang ni mmg sgt mudah air mata ni menitis.
aku..kalau bab anak2 mmg aku cepat terasa.
smpi ke tahap aku blh berdendam dgn org yg tak paham. 
mcm tu lah..


setuju tak? sape setuju angkat keyboard cepat!


hik hik hik...

td bila tgk 'my computer' 
uuiiiiiiiii byk nya cerita tak ber update kat sini.
citer kami cuti2 ke farm in the city dan icity
citer holiday sy ke vietnam
citer thn lepas kami ke bukit merah lake town resort pun terperap hahaha

apa nak buat...
suka hati aku lar kan, blog aku hahaha

Tuesday, March 03, 2015

TA dengan AJ

assalammualaikum =)

busy nya, smpi tak sempat nak update blog.
alhamdulillah, byk perkara menggembirakan hati berlaku sehari dua ni.
i am happy.
syukur alhamdulillah..
kadang2..or selalu...kenalan yg tak pernah bersua muka yg lbh memahami dan membuat kita happy, kan? setuju tak?

hati jd lebih happy bila tudung aj idaman hati dah dimiliki

 pagi ahad lalu, sy pakai gl love grunge ni. eh gl ke? or wl? tak ingat hahaha
byk benda lain aku nak ingat

 ptg ahad pakai wl love errr apatah tak ingat gak namanya
ok muka TA mmg sejak dulu lebo, so jgn pelik sgt ya hahaha

yeayyyyyy dah dpt bl love in paris! 
TA pakai semalam.
rasa suuuuwwwweeetttttttt je pakai pink ni hahaha
padahal bkn favo colour pun pink ni.

yeayyyyyy ni favo colour TA. 
MERAH!
hari ni TA pakai pl red sakura ni
terus up confident level hahaha

dah itu jer nak bebel
nnt bila dah siap marking semua paper ni baru update cerita2 panjang yg berlaku dlm hidup ;-)

bye semua!!
jumpa lg nnt ya 
tata!
oooo btw i dpt geng baru yg hunting aj smpi terbang beratus rm hahaha
gimmi 5 elly!

Thursday, February 26, 2015

stresssssss

assalammualaikum =(

stressssssss!


bagus juga kan hahaha!

eh jom lar kita ubati stress ini dgn bershopping
AJ release design baru lagi ni
lawo gila black label paris dia i told u...



cannot say no larrrr huhuhuhu

ok dah pre order.
stress released.

ok itu dulu bye semua!

Monday, June 30, 2014

anda dalam kategori mana? jin? syaitan? hahaha

assalammualaikum =)

monday blues?
jgn blues sgt puasa2 ni ye hehe
jom kita suka2 kan hati
nah baca ni

berapa berat korang?
dlm kategori mana?
hahaha sabor jer lar

itu dulu..bye semua!

Sunday, June 29, 2014

hanya di awal perkahwinan?

assalammualaikum =)

salam 1 ramadhan 2014.
berbuka puasa apa hari ni? ecewahhhh

saja suka2 di kala awal puasa ni
moga menjadi iktibar buat kita semua


hahahahaha
gelak besar sy baca ni tau.
betul tak?
setuju tak?
tepuk dada tanya iman..

ok itu dulu..bye semua!

Thursday, June 05, 2014

jangan marah ya

assalammualaikum =)

hikhikhik
bagi chance lar ek :P

 baru beli monopod kannnnnnn hehehe

dah lama x bergambar mcm ni

ni semua snap pagi semalam sebelum bawa baby irfan ke klinik utk check up sebulan.

itu dulu untuk entry suka suka hati aje ni
bye semua!

Wednesday, June 04, 2014

hobi baru kita

M.A.K.A.N.!!!!

assalammualaikum =)
aduuuhhhhhh kenapa tah sekarang ni asik nak mengunyahhhhhh jer
laporrrrrrr manjnag perut ni ha
camne tah nak kurus klu asik mkn jer
kembang perut wei!
mulalar keluar ayat: takpe baby menyusu badan, mmg mcm tu. takpe perut moncit, dah 3x kembang, biasalar tu. huhuhu tu semua hanya ayat penyedap hati. hakikatnya makan lagi sedap, sgt menyedapkan perut! eh?
tgh2 mlm pun aku blh ke dapur makan roti cecah air milo. 4keping hokay! 
bersamaan dgn 2pinggan nasi yer? ayoyoyo
mkn nasi tak pernah tak habis
sampaikan en.suami tegur hari tu tetiba dlm keta:
"ma perasan tak td ma makan nasi goreng ayam tu habis sepinggan? byk tu. biasanya ma susah nak habiskan"
what????? yer ker???? nape aku rasa mcm sket jer nasi tu tadi? hahahaha
tp bila recall back masa lepas bersalin amal dulu aku camni gak
badan rasa kembang jer
baju dan jeans byk yg ketat
makannnnn jer hahaha
serius perut rasa lapor memanjang
dpt mengunyah tu rasa best gila!
 ni cth yg berlaku isnin lepas

 beli ni utk lunch kami berdua
anak2 tinggal kat umah kakcik
nmpk tak BIG di situ? 
maknanya apa?
pizza tu aku mkn 4 slices, husband cuma 2.
roti tu aku habiskan sorang termasuk both  mushroom soup tu
ayam grg tak mkn lansung, husband hbskan semua
spaghetti tu aku mkn sesuap jer.
tp nmpk tak dah telan 4keping  pizza!!!
dulu nak hbskan sekeping pun terkulat2 ok

pun sama en.suami yg ckp..ma perasan tak ma mkn 4keping pizza hr ni?
adoiiiii apsal aku tak peraan lansung masa mkn td??? hahaha

eh korang, sbnrnya makan set pizza ni utk 2x sesi lar, lunch and dinner. 
1st sesi kul 3pm (lunch)
2nd sesi kul 8pm (dinner)
baru habis semua...

so ok lar kan???
hahahaha

berat kita sekarang?
54kg. byk berkumpul berat tu kat perut huhu
takde pasal arr aku nak diet2 sbb tau nnt bln puasa turun ler berat ni. tak bulan puasa, lg setahun ok lar :P
itu dulu, bye semua!!

Tuesday, April 15, 2014

kalau aku kaya~cruising nomads

assalammualaikum =)

malassssss sgt nak hapdet blog hr ni adoiiiyaaaaiiii
ni kisah 2 minggu lepas masa kami ke salam specialist hospital utk check up 35minggu
tgh hari tu kami pusing2 nak cr tempat untuk lunch yg sejuk.
aku tak sure ni kat sekyen berapa, tapi yg ada pizza hut tu ha
tp x lunch kat pizza pun sbb masa kami masuk tu, org ramai.
ada kakak tu ckp dia dah tggu order lbh setengah jam tp tak sampai2 lg
so kami pun keluar pi kedai lain utk mkn nasi
isk..bukan nak citer pasal makan
ni haaaaa kami follow blkng benda alah ni ha masa nak masuk kawasan ni

 its cruising nomads!
mcm pelik bila benda alah ni ada kat malaysia kan?
mula lar aku dan hubby berborak pasal ni
uiks kayanya..
bestnya..
banyaknya duit dia takyah kerja...
jimat ke travel naik ni jer?
jimat kot sbb takyah sewa hotel
bla..bla..bla..bla..bla..

 ingatkan pasangan omputih ni nak parking utk pi lunch jugak
rupanya tak.
depa stop enjin, and both pi bhgn blkg.
memasak kah?
tak panas kah?
ada aircond kah?
berehat sebentar melelapkan mata kah?
atau...mcm2 spekulasi kami buat keh keh keh...

 nampak tak ada seketul benda kat blkng cruising nomads ni?
motor beso you all!!
kiranya sesekali depa akan parking mana2 crusing nomads ni and just naik motor jer utk travel
bestnya!!!!

 perghhhhh round the world kot?
bermula dr czech republic and now dah smpi malaysia.
dasat..dasat...
aku rasa lps ni diorang akan ke singapore, then ke indonesia, then Australia
eceh...yg ko plak pi atur schedule utk depa travel nape???
hahahaha

kalau aku kaya...mungkin aktiviti ni akan jadi SALAH SATU dlm agenda kekayaan kami
muahahahaha

#beranganitupercuma

itu dulu...bye semua!

Monday, March 31, 2014

welcome back working monday

assalammualaikum =)

moga Allah SWT merahmati kita semua sepanjang hari ini insyaallah...

saja nak share:
hehehe....btl sgt kan?
atleast betul untuk saya lar :P
maka marilah kita sama2 meniup kembali semangat yang semakin pudar ini

insyaallah...

tapi bagi saya lah, semangat mmg membara2
malangnya daya fizikal yang takde
serius sy semakin tak lalu
ni celah peha sakit sgt2
bayangkan nak kena bergerak byk hari ni
Ya Allah..beri ku kekuatan ya Allah...

itu dulu
bye semua!

Friday, March 21, 2014

7 things to do

assalammualaikum =)

alhamdulillah dah bertemu dgn hari jumaat yg mulia ini lagi. 
jumaat terakhir persekolahan sbb esok bermulanya cuti pertengahan penggal pertama yeayy!!
9 hari cuti...i dah ada mcm2 plan nak buat kat vck.
holiday??
maaf ya anak2..mama tak lalu. kita lepak2 kat rumah jer yer. 
nak balik kampung pun tak lalu.
lps gaji kita terjah tesco jer cukup lar ya sayang...

i listkan kat sini apa nak buat dlm tempoh cuti 9 hari ni di vck
senang jd rujukan diri sendiri.

1) make over laundry area + garage storage di vck  DONE!
2) kemas beberapa ruang di kitchen cabinet  DONE!
3) set up dan bersihkan baby cot + baby cradle DONE!
4) potong rumput di laman vck
5) tukar mentol yang dah terbakar - ada 4. DONE!
6) marking TIMMS
7) packing beg baby muhammad DONE!


cukup lah 7 perkara ni hehehe..

ok tak sabar nak cuti
blh lar i switch on mode cuti tu sekarang walaupun masih berada kat sekolah ni ha :P

ok itu dulu ya...jumpa lagi nnt! 

Monday, February 24, 2014

cerita dari gambar

assalammualaikum =)

kisah mcm2...

 abg iman tgh pulun siapkan homework. 
hari ni dia ada projek buat kambing biri2 for english subject.
bahan2 semua mama dah sedikan
harap dia blh buat dgn baik.

tak ingat snap pic ni hari apa last week
ceria jer masa mama ambik dia dr sekolah
ni tgh tggu abg iman plak.

 mkn coklat yg dia jumpa dlm handbag mama hehe

 antara homework abg iman last week, kena buat cover buku
mama cemerlang bantu dia siapkan homework ni bersama2
mujur tak kena reject buat semula dgn teacher huda huhuhu

 aksi pelajar sy masa sy tunjukkan video kelahiran secara pembedahan utk set induksi bab 4 sains tingkatan 3
siap ada yg menangis!
klu tunjuk video kelahiran normal mau ada yg muntah dlm lab kot huhuhu

 aktiviti weekend anak2 kali ni adalah origami!
mcm tak percaya anak2 sy terutama abg iman dah blh buat mcm2 origami ikut step kat buku tu
ada ikan, anjing laut, musang dan penguin
penuh kertas kat living hall huhuhu

 aksi anak2 ber 'fear factor' 
kami tgh follow fear factor musim ke dua ni setiap weekend
anak2 cukup suka lbh2 lg bila nmpk mr.middleton pun ada

 dpt parcel lagi jumaat lps huhuhu..
esok gaji kan? adoi....mau terjebak lg ni sob sob

itu dulu cerita dr gambar.
bye semua!

Wednesday, February 12, 2014

fenomena

assalammualaikum =)

takmo stress sgt hari ni ya...
kita sengih-sengih ajer :D
wakakakaka!!!! stress cikgu??
ni ha senarai hukuman yang tak boleh:

hahaha
 tak pasti info ni betul atau tidak
yang pasti apa pun tak bolehhh
kalau mcm ni lah, cikgu tak dapat lagi nak mendidik..hanya dapat menternak
fikir dan renung-renungkan...

yang ni...betul sangat-sangat!
kesian cikgu!

fakta bukan auta: menurut kajian dari pihak HUKM tak silap, 60% pesakit mental adalah dari golongan guru. selebihnya barulah datang dari pelbagai kerjaya lain. haaaaa jaga-jaga! huhuhu

Thursday, September 19, 2013

shaklee oh shaklee

assalammualaikum =)

sampai jer sekolah pagi ni, nampak order shaklee dah sampai.
selama ni sy mmg takde concume any supplement, konon tak perlu 
tak sedar diri dah makin tua hahaha
memandangkan reputasi kesihatan semakin merudum lately ni
atas nasihat en.suami dan rakan2
maka inilah hasilnya....

muda-mudahan dengan izin dari-Nya yang Maha Esa
sihat hendaknya tubuh badan ni amiinnnn

terima kasih buat en.suami tersayang yg sudi sponsor set ni
ayat dia pagi tadi: pastikan habis ya. kalau tidak membazir jer beli mahal2.
ok ok hehehe

lately ni makin suka snap gambo sendiri
camne tuh?
ni TA pagi ni wearing tudung bawal aidiHAZA hikhikhik...

itu dulu...bye semua!



Tuesday, September 17, 2013

cerita tentang cuti

assalammualaikum =)

rasa kejap jer cuti kan?? pejam celik dah mula keje balik hikhik sabor jer lar
btw ptg smlm i pi massage perghhhhhh best gila arr. sedap rasa 1 badan. 
i pi massage bkn kat spa, pi kat umah tukang urut bidan kampung. tradisional sgt hehe

sblm citer apa berlaku weekend ni
i nak tepek sekeping gambo perasan cun TA kahkahkah...

gambo ni tak edit tau. blh plak x nampak muka permukaan bulan i hahaha tu yg suka tu
hakikatnya jerawat tgh menggila ni ha nape tah

so sabtu tgh hari kami bwk mak pi umah kak cho di teluk panglima garang
tujuan utama sy dan en.suami nak ke banting menghadiri majlis perkahwinan cikgu sekolah ni
sorry takde snap gambo pun kat sana
semua galak mkn nasi arab hasil air tangan pengantin hihihi

family kak cik dan abg atan pun dtg sekali ke rumah kak cho
ptg sabtu tu hujan lebat sgt...blh plak budak2 ni dapat kebenaran main hujan
my hubby cakap, hujan sabak bernam kita tak penah bg anak main
tiba hujan kat klang kita bagi plak huhuhu...btl jgk kan :p

 selain sate, ada mkn2 durian juga
abg iman sorang tak suka makan durian
budak2 lain semua kerumun mcm semut jumpa gula
amal siap pegang kiri kanan tangan

pastu hari ahad mcm biasa pi pasar kat stadium shah alam tu
takde tujuan pun...saja jalan2

 hr ni abang iman ada pertandingan pakaian kemerdekaan
so sy belikan dia selai thsirt dan 1 topi askar kat sini

b-daman bersepah di jual kat pasar shah alam ni
oh lupa nak bgtau, i pegi berdua jer sgn suami anak2 tinggal kat umah kakak hehehe

so inilah abang iman pagi ni.
elok smpi sek dia suh tanggal bendera kat pinggang tu. malu katanya hahaha

sebagai penutup tepek lg sekeping pic TA.
yg ni obviously dah kena edit arr...mustahil muka TA smooth mcm tu hahaha

ok itu dulu..bye semua!

Wednesday, September 04, 2013

macam-macam cerita

 assalammualaikum =)

huru hara jer kat sekolah hari ni huhuhu
7.45pg td ada mesyurarat khas guru sempena lawatan penasihat sekolah kluster kecemerlangan ke sbpisb isnin minggu depan. mcm biasa, lepas jer mesyuarat banyak lar kerja yg kami dpt utk dilaksanakan. biasa dah gitu..immune dah hehehe
apapun hr ni kami bertenang dulu. jap lg dlm 11.30am sy dan beberapa guru yg lain akan mengiringi pelajar ke setia city mall untuk jamuan meraikan pelajar cemerlang pmr 2012 dan pelajar elite. makan2 kat seoul garden hikhik. terima kasih pd en.suami yg bg kebenaran pd sy utk joint. 

emm...blh tak jadikan alasan kenaikan harga minyak untuk meneruskan online shopping? takyah pi kedai nak beli kan? dah jimat minyak kat situ kan? klik klik di hujung jari jer hehehe
so smlm dah smpi lg 1 parcel ni ha. dah pakai pun tudungnya hari ni hehehe i like! again tq sgt2 en.suami yg belanja sy tudung ni :D

wajah anak2 saya yg baru bangun tido sabtu lepas. suci jer...suka cium2 diorang masa bangun tido. 

 aktiviti pagi sabtu en.suami, mesin rumput.

nak jugak tepek gambar ni sbb iman sgt lar handsome masa ni. 

solar boat- naib johan peringkat negeri

solar car- johan peringkat negeri dan akan bertanding di peringkat kebangsaan pada 17 september nnt. tp masa tu design keta lain plak.

ok itu dulu...bas dah sampai. bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH