Day 1 in London (23 Ogos 2018)
assalammualaikum =)
TA cuba sambung cerita laju2 ya.
kami landing di Heathrow Airport terminal 4 sekitar jam 7.40am. ambil masa sejam lbh juga nak lepas immigration sbb Q pjg. tp depa ckp Q tu dah kira tak pjg tu sbb flight kami tiba awal pagi. staff dia tegas tp so far ok aje. apa dia tanya, jawaplah dgn confident. jgn teragak2 nnt dia tarik masuk bilik.
then dah ada 2 mpv yg tggu kami utk ke hotel. perjalanan ke hotel ambil masa 1jam lbh juga.
kami stay di Alexandra Hotel di Paddington Area. dekat dgn zon A kota london tu yg penting. kat paddington ni sgt byk hotel. dr semurah2 hotel hingga semahal2 hotel. malam mmg meriah. makanan halal juga ada di sekitar sini. ada 2 train station yg berdekatan blh jln kaki je. that is why paddington menjadi pilihan tourist. eh tetiba teringat kat Paddington Bear berjaket biru tu hahaha.
kami tak blh check in lg sbb masih awal pagi. so kami simpan bag je dulu. destinasi pertama yg tourist guide (TG) ni nak bawa kami adalah Clark Factory yeay!!
sepanjang di london, pengangkutan utama kami adalah train dan bus. so kami dpt oyster card ni dr TG utk digunakan sepanjang kami di sana.
Dari hotel kami menapak ke paddington stn utk ambil train ke killburn.
then keluar dr killburn park stn utk ke clark factory.
sepanjang berjalan kami menyaksikan 'london' dgn mata sendiri. awesome!
buah buahan segar dijual dgn harga yg murah
tergoda dibuatnya bila dah susun cantik2 mcm tu.
ok pic seterusnya adalah pic sekitar kami menuju ke clark factory
eh yg ni pic sekitar Paddington
sekitar paddington.
sekitar killburn menuju ke clark factory. tu cikgu rohaya, cikgu add math TA dulu..sekarang dah jd rakan sekerja. panggil KAK aya aje hehe.
London bus at my back! excited dpt tgk..lg excited bila dpt naik dan duduk di upper deck hihi.
London Bus lagi!
Kami dari Sek Men Sains Teluk Intan
dalam 15 min menapak, maka sampailah kami di clark factory shop
kat uk ni, kasut clark ala2 kasut bata aje di malaysia. paham tak? maka mmg blh dpt dgn harga yg muraaaahhhhh byk. klu kat malaysia kasut clark beratus2 sepasang kan?
tu diaaaa galak daku dan kawan2 memilih dan membeli kasut. sbb dr awal dah tau selalu ada offer buy 1 pair and get another pair for only 1 pound, maka kami terus terjah area tu aje. pilihan design dan saiz limited, tp pandai2 lah cari ok. nak beli yg tanpa offer ni pun consider masih murah harga nya compare dgn harga di malaysia.
gembira sgt dah dpt 2 pasang sorang.
mine dpt 30 pound + 5 pound
husband dpt 50 pound + 5 pound
offer tu tak blh mix male and female.
begitulah kisahnyaaa
then dah dpt kasut clark, kami menuju ke kedai 1 pound. TG kata ni kedai wajib pi terutama utk habiskn duit syilling nnt.
pastu kami balik ke hotel semula untuk check in, mandi2 bagi segar badan yg dah 24 jam tak mandi ni hehehe.
dapatlah rehat sekejap seblm ke destinasi seterusnya.
ok nnt sambung lg ya
bye!































