FOLLOWERS

Showing posts with label kisah amal. Show all posts
Showing posts with label kisah amal. Show all posts

Wednesday, November 13, 2019

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut - A special birthday treat for my amal.

Assalammualaikum =)

update blog laju2 di malam hari untuk menyimpan kenangan di sini.

alhamdulillah 5 Okt 2019 yg lalu genap amal 10 thn. mama abah taktau nak bg hadiah apa dah utk birthday anak2. bila tanya anak nak hadiah apa, depa pun dah taktau nak apa. maka sejak 2-3thn kebelakangan ni, kami akan bg special birthday treat dalam bentuk bercuti ke mana2 yg mama anak suka. 
maka utk birthday amal, kami ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut for 2D1N. 
perjalanan ke sini hanya mengambil masa 1 jam 30 minit dari villacomelkami. maka jam 12 tgh baru kami keluar dr rumah. 

 add-on 1 extra bed letak kat tgh between this two super-single bed - just nice for 5 of us.

anak aku siap angkut x-box ke sini. suka hatilah nak, dah namanya birthday treat..mama layankan aje apa korang nak selagi tak melampau. tgk lah tu bukan main seronok 3 beradik ni mengadap x-box sebelum terjun pool.

pool di resort ni mmg awesome! gonna repeat for sure. bukan anak je suka, mama abah pun sama.

tak silap ada 4-5 different pool kat sini tapi semuanye berdekatan aje. setiap pool ada keunikan tersendiri dan mengikut kesesuaian umur. mcm yg dlm gambar ni, infinity pool with awesome sea-view utk dewasa which is paling dalam. 

 irfan paling suka kat pool yg ni.

 cantik sgt view ni.

 pool yg ada slide di kiri kanan ni pula pilihan utama birthday boy dan abg iman. depa lama kat pool yg ni.

 lanskap sekitar resort mmg sgt indah.

 anaother pool yg ada slide yg lbh kecil, sesuai utk irfan.


3 panglima di hati mama

taadaaaa! amacam? seriously best sgt dah resting kat sini sambil menikmati view yg sgt indah ni. 
1st day, aku join anak2 mandi pool sepuasnya. 
2nd day, malas dah. just relaxing kat sini. 

hari ke-2 en.suami melayan isteri bergambar sekitar resort while anak2 mandi pool dengan pengawasan abg iman dan peringatan pjg lebar dr mama. alhamdulillah everything went well.


dah puas melayan isteri bergambar sekitar resort, baru ler en-suami join anak2 mandi pool. thank you sayang ❤️



 takde apa sgt aktiviti kami di sini melainkan spent masa mandi pool dan relaxing by the beach. 
malam tu kami keluar dinner di lumut dlm setengah jam dr resort. apa tah nama kedai ikan bakar ni lupa dah aku..tp mmg awesome lar lauk dia, sedap!



so tiga menu utama kami adalah seperti gambar di atas. 
makan besar alhamdulillah semua kata sedap.

aktiviti wajib sebelum check-out dah tentulah ronda sekitar resort dan bergambar. 
kat resort ni ada juga gym dan kids club. dpt lah si kecik ni spent dlm 20 minit main kat club ni.


view sekitar resort mmg sgt cantik. puas hati sgt. 




resting kat sini pun best. tgk lah tu my husband bkn main santai. 

ni kawasan pokok rhu, x silap kawasan ni untuk aktiviti 'burung hantu' di malam hari..tu ada tali berikat2 di setiap batang pokok tu.

kat belakang tu small animals farm. kami tak ke sana pun, just layan si kambing hitam ni aje. bukan main jinak. takde tali tu...lepas bebas aje.


kul 12tgh 6 Oct 2019 check out, singgah lunch di manjung dan berdesup balik. sempat solat zohor di rumah. kadang terfikir, dok selalu pi jalan jauh2 rupanya ada je resort best2 yg tak jauh dr rumah. tp mcm tu lah biasanya kan, yg jauh tu lah kita pi. yg dekat ni tak pernah smpi pun huhuhu.

sebenarnya sgt byk gambar menarik kami di sekitar resort ni. 
tapi cukup kot yg ini utk di simpan sebagai kenangan di blog.
selebihnya ada juga di instagram. 

nnt bila mama abah dah takde, bila anak2 rindu..blh lah baca blog mama ni kan =)

Happy Birthday abg Amal! 
doa mama sentiasa yg terbaik utk amal. 
mama selalu je baca catatan kelahiran amal dlm blog mama ni.
sgt mengimbau kenanangan.
itu aje...bye semua!

Friday, November 23, 2018

Hari terakhir persekolahan 2018

assalammualaikum =)

23 November 2018
alhamdulillah akhirnya tarikh ni muncul juga. hari terakhir sessi persekolahan 2018. dapatlah cuti 5 minggu. tapi bukan bermakna takde kerja cikgu kena buat, byk je kerja berderet2 menanti. mana yg blh diabaikan dulu, abai je lah hahaha


gambar terkini kami 5 beranak. abang iman dah pun tamat tahun 6. thn depan dah masuk sek menengah. beso dah anak bujang mama. berat dia dah 10kg lbh dr mama sila lah percaya huhu. mama sekarang 54kg dan abg iman 64kg. tinggi lambat lg kot dia blh potong mama sbb mama ni baka tinggi. tu tgk baru lepas bahu je tu. psra sek ptg dpt jaid jiddan alhamdulillah. upsr pula next wk baru keluar result. moga yg terbaik utk abg iman. tak taulah masuk sek mana ni nnt tingkatan 1. dah keluar upsr nnt, busy menguruskan persekolahan dia pulak.

abg amal, thn depan nak masuk tahun 4 dah. insyaa Allah abg amal akan pindah sek ke pekan sabak bernam yg lbh dekat dgn rumah. proses pertukaran sek abg amal akan diuruskan dlm cuti sek ni juga. nmpk tak byk nya hal kami nak urus dlm cuti ni. ada lagi tau...nnt aku list dlm ni hahaha
so pergi sek pagi, mama abah akan hantar amal. tgh hari amal akan transit di rumah kak fida (pembantu rumah aku yg dtg setiap weekend). pastu kak fida hantar sek agama pula..dekat je dgn rumah aku. ptg balik sek agama aku ambik. camtu lah plannya nnt. so no more menghala ke parit baru, no more pengasuh di parit baru, no more upah pemandu anak2 ke parit baharu. masa aku cakap kat pengasuh anak2 hari ni last anak2 dok dgn dia, menangis kak idah. mana taknya, dah 9thn dia mengasuh anak2 aku. since amal lepas pantang terus kak idah lah jd pengasuh. dah mcm keluarga sendiri. kak idah sgt bagus mengasuh anak2 aku. aku pun senang hati je anak2 tinggal dgn dia..rumah kampung, ada mbah wedok dan mbah lanang. anak2 kak idah juga rajin melayan anak2 aku. suami kak idah rajin je bwk amal / irfan masa depa kecik2 naik moto pi mengopi. oh..satu kenangan yg pasti aku takkan lupakan. 9thn wei anak2 aku membesar di tgn mereka..thn lepas mbah lanang dah meninggal dunia..al-fatihah utk mbah lanang. 

kisah anak bongsu pula. irfan next year dah 5 thn so dah wajib pi sekolah. ikut plan sekarang, irfan akan kami daftarkan di little caliphs teluk intan. 20 minit lg ke atas selepas semesti. takpelah jauh sket, nnt mama abah bergilir2 lah hantar ambik dia tgh hari mengikut jadual waktu kami nnt. dah mohon pd pk supaya waktu pertama kami dlm jadual 2019 di selang selikan supaya kami dpt bergilir hntr irfan ke LC. now, kami hanya blh berdoa moga Allah permudahkan urusan kami thn depan insyaa Allah. ntahlah, aku yakin je klu niat kita betul, nak bg yg terbaik utk anak2, pasti Allah akan permudahkan semuanya. doa je byk2. camtu ler aku lalui hidup skrng, malas dah nak fikir lbh2 jika berdepan dgn masalah, pendek kata takmo stress memikirkan mslh yg dtg. tenang aje. serahkan pd Allah, doa banyak2...pasti Allah bagi jalan penyelesaian yg baik. takde ke sek lain yg lbh dekat utk irfan? ada je kat area simpang 4 ni pasti dan tadika..tp ntahlah. tak berkenan sgt. cukuplah iman amal di pasti sbb kat parit baru mmg takde pilihan lain dah. anak bongsu ni bg chance lah kami hantar sek swasta, nak merasa hehehe..wlu yuran agak mahal, takpe blh. ada rezeki utk irfan. amboi mama beli hbag byk2 blh takkan nak hntr anak ke LC berkira yuran mahal bagai kan?? gitu jerlah aku fikir. nak yg terbaik utk irfan...si bongsu kami. so pdpc LC bermula jam 8.30 - 12.30. pastu kami ambik irfan bwk ke sek. kul 2, mama balik umah bawa dia terus. klu ada meeting ptg, bawak jugak masuk meeting, mcm tulah plan nya. so far kat semesti ni ok je nmkpnya klu bwk anak masuk meeting pun..pentadbir tak kisah sgt asalkan anak tu tak ganggu meeting. insyaa Allah moga 2019 yg bakal tiba nnt, dpt dilalui dgn baik mengikut perancangan. doa banyak2.

mengenai en.suami pulak. haaaaa takmo lah cerita lbh2 pasal dia hahaha...rahsia hokay :p.
yg pasti, seiring berat badan yg semakin bertambah, ku lihat dia semakin kacak. gitewwww hahaha

ok apa lg nk buat cuti sekolah ni? byk wei..byk.

* urus pertukaran sekolah amal pagi petang. ambik masa gak ni. byk stepnya.
* pendaftaran irfan di little caliph
* urus persekolahan iman ting.1 2019 (takde plan apa lg ni)
* kenduri kawin adik ipar di alor star
* kenduri kawin adik ipar di kuala kangsar
* husband meeting menanda paper AK SPM. khabarnya seminggu dia kena berkg kat hotel. hadoi. 
* daku blm tau lg terlibat dgn penyediaan buku pengurusan 2019 atau tak. mcm thn lps mmg terlibat sepenuhnya. byk kali kena dtg sek time cuti. thn ni blm ada apa2 info dr HM. tunggu jer lah.
* pastu kena cari ruang juga utk spent masa dah my mak. ini penting.
* nak juga bawa anak2 holiday dlm cuti sek ni. tp smpi skrng blm ada apa2 plan lg. mlm ni br nak hntr proposal kat husband. harap lulus hahaha.
...and the list goes on.

ok itu aje lah. 
alhamdulillah utk 2 thn yg mudah di semesti. ada je benda2 tak best berlaku. sama je kat mana2 pun mesti ada masalah yg dihadapi. tp so far semua blh dilalui dgn baik..syukur. dah tua2 ni malas sgt nak beria2 sbnrnya. dok kira berapa thn nak pencen je ni hahaha.

bye semua!!

Wednesday, October 05, 2016

7 years old and he still my baby

assalammualaikum =)

nampak gaya setahun 3x aje aku update blog lepas ni..masa birthday anak2 hahaha
bertabahlah. janji ada.
TA busy sokmo sejak jd business women ni.


alhamdulillah..hari ni genap 7 tahun usia muhammad amal hafiy, anak ke-2 kami.
anak yang paling mudah dilahirkan
anak yang dpt bfd mama selama 2 thn
anak yg paling manja
anak yg masih menyusu botol hahahaha

en.suami dah bising suruh dia stop menyusu guna botol.
susah dia nak dpt susu klu dgn abah
tapi klu dgn mama..laju aje dia dpt :p
hey i told u before..he still my baby ok hahaha
aduhhhh tak smpi hati nak suh dia stop menyusu botol sebab dia taknak minum susu guna cawan.
kalau dia bulat mcm abg iman takpe, ni nmpk tu slim aje huhu

so hari ni dia celebrate birthday dgn kawan2 di sekolah
tak sabar menanti gambar2 dari teacher huda.

buat anak manja mama abang amal,
mama really love you sayang..
mama doakan amal menjadi anak yang soleh, berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.
moga amal terus sihat dan success.
jangan tinggal solat ya sayang.
kena rajin2 belajar okay.
mama sayang abang amal sangat2.
kami semua sayang amal.
happy birthday my dear baby

~~muhammad amal hafiy~~

itu aje. bye semua.

Thursday, June 16, 2016

merengek

assalammualaikum =)

alhamdulillah kehidupan saya dan keluarga berjalan lancar seperti biasa. penuh dengan gelak tawa dan kekalutan anak2 hahaha
bulan puasa ni, cabaran utama sy dan suami adalah melatih abg amal utk berpuasa.
dia baru thn 1...5 oct ni baru cukup 7thn. badan kurus kering.
jadi sebagai mama..risau amat sgt tgk dia berpuasa.
tiada paksaan.
ikut pada kemampuan dia.
so hari ni kita semua dah 11 hari berpuasa, abg amal dah dpt puasa penuh 6 hari. tinggal 4 hari. hari ni blm tahu lg camne.
dah tu apa yg menjadi cabaran nya?
hahaha..cabaran nya adalah nak menahan dan melayan rengekan dia tu.
merengek oiiiiiii sgt2 merengek.
paling susah bila nak bgn sahur tu.
pujuk...pujuk...pujuk...tak jalan.
finally mama kena jugak bertempik pagi2 buta tu huwwwaaaaaaaa..pastu siap keluar ugutan nak tinggalkan dia bawah pokok pisang tepi kubur klu dia berterusan merengek mcm ni.
terus diam.
haaaaaa itulah amal. selalu kena marah dgn mama sbb kalau pujuk, level rengekan dia akan bertambah. nak bg turun, kena marah dia kena ugut dia. bila dia dah kembali normal, barulah mama pujuk2 dia ambik hati dia semula.
alahai anak mama hehehehe

tu blm cerita rengekan dia bila bgn tido ptg tu. klu tido lepas asar..confirm bila dia bgn dia akan tantrum. high level tantrum. bingit telinga dibuatnya.

moga nnt dah besar, amal jadi anak yg baik ya sayang..jgnlah ikut sgt panas baran mama ko ni.
buang jauh2 sifat tu, tak elok. 
ya sekarang, kalian dah tau perangai siapa yg dia ikut huuuuuuu


percayalah abg amal lebih kuat merengek dr irfan.
tp irfan lg gelap dr amal... ops!
sorry sayang hehehe

ok dah. bye semua!

Tuesday, December 22, 2015

2015: tahun cemerlang iman dan amal

assalammualaikum =)

walau cerita dah lama, tp tetap segar dl, minda mama.
2-3bln sblm final year exam abg iman, kami suami isteri cabar dia untuk dapat nom 1 nnt.
dia x pernah dpt nombor 1 dlm exam. sebagai mama, dah tentu aku kepingin nak anak dpt nom 1 kan? mcm2 kami janjikan utk dia kalau final exam nnt dpt nom 1. nak tau apa kami janjikan? hset seperti yg dia request. berkobar2 dia ok.
tp sy dan suami, dah berpakat...takdenya nak bg hset. lgpun masa birthday dia dah dpt tab. dah masukkan sim card pun. cukup lah. nak buat apa lg hset. tab tu pun jenuh mama nak pantau, tak pepasal mama join sama dlm group whats app kelas dia hahaha...
sesekali tersengih2 mama baca perbualan anak2 yg masih blm puberty ni. 

ok sepanjang 2 minggu sblm exam dan sepanjang minggu exam, mmg kami pantau dia bljr btl2.
en.suami teruatamanya...sgt2 mengambil berat pasal ni. yerlah, klu x dpt kerjasama en.suami, mana mungkin aku dpt bantu abg iman belajar dlm keadaan irfan yg tgh ligat tu.
abg amal, dia rilex aje sbb pra takde exam. masa iman belajar, amal pun mesti belajar sama, terutama utk melancarkan dia membaca. dpt bertahan setgh jam utk amal pun dah cukup baik. 
emmm ada kawan tanya tips mcm mana aku control iman utk belajar.
honestly, aku takde tips yg btl2 blh nampak lain dr lain.
aku guna kaedah yg org lain guna juga
wajibkan dia hafal sifir
masa dia belajar, mama/abah kena dok sama utk bantu dia
explain apa yg dia tak paham. bab ni klu subjek bahasa arab mmg jenuh huhuhuh..dia lagi pandai dr mama
jadualkan waktu belajar dia...kena disiplin. mcm tu lah.
selebihnya, doa doa dan doa...ikut nasihat ustaz, sebut nama dia dlm doa kita.

alhamdulillah...abg iman berjaya dapat nombor 1.
ingat lg mlm tu masa kami check saps abg iman.
tup tup dpt nom 1 semua menjerit2 ok!
semuaaaaa sampaikan irfan terpinga2 terkejut nape kami menjerit2 kegembiraaan..
siap peluk2 lagi.
empunya badan lg tak percaya dia dpt nom 1..lg mcm cacing kepanasan dia masa tu menjerit melompat tak percaya dia dpt nom 1. 
mma?...meleleh air mata i tell u.

phewwwww sape tak bangga wei anak dpt nom 1 dlm exam. 
bila tgk btl2, alhamdulillah dia satu2 nya pelajar thn 3 yg dapat 5A. matematik dia sorang je dpt A. tu yg terus dpt nom 1. ikut peratus, sama je dgn kwn dia yg dpt nom 2, beza hanya pada matematik.
btl, abg iman mmg minat dgn subjek matematik. ikut abahnya.
kalau ikut mama, lingkup muahahaha
another best thing is, selama ni paling tinggi sains dia dpt C aje, 
alhamdulillah final exam dia dapat A. malu wei mak cikgu sains tp anak tak perform, so aku ajar ler dia utk hafal semua fakta2 dlm sains tu.
sains...selain faham, u kena hafal. itu aje. 

hari anugerah sekolah abg iman dan amal serentak dgn hari ulang tahun perkahwinan kami yg ke-10.
19 november 2015
hadiah paling bermakna...
tak rasa apa dah wlu masa ni tak dapat hadiah dr en.suami.
yg penting, mama dah dpt hadiah paling best, kejayaan anak2 mama. 

 abg iman masuk persembahan dikir puteri.
tu yg kena pakai mcm pahlawan melaka tu hehe


majlis di adakan di dewan ipn, yeayyyy ada econ. mama is happy.

 alhamdulillah...anak manja mama ni pun berjaya menamatkan pra dgn baik
dah blh membaca dan mengira yg basic.
enough for him

 mcm x percaya thn depan dia dah nak masuk thn 1, kecikkk je lagi ni.
manja sgt2.
suka merengek huhu

 ni masa abg iman terima hadiah dpt nom 1 dan subjek terbaik matematik

 really proud of him

 masuk persembahan dikir puteri

 masa terima sijil pengawas

 susah agaknya soalan math, iman paling tinggi pun dpt 87% aje.



doa mama, moga tahun 2016 ini membawa kejayaan yg lbh baik buat anak2 mama.
kita usaha sama2 ya?

UPSR 6A..bukan 1 kerja yg mudah.

emmm tapikan, itu utk 2016...nnt 2017 tukar lg. 2018 tukar lagi.
kan sistem pendidikan di malaysia ni suka tukar2..kan???

krikk krikk krikk....

itu dulu, bye semua!

Monday, April 27, 2015

pic iman amal dr cikgu2 sekolah dia. terima kasih cikgu!

assalammualaikum =)

TA busyyyyyy wuhuhuhuhu
kat sek busy
kat umah busy
weekend baru ni en.suami OS so lintang pukang TA sorang2 handle anak 
aishhhhhhhhh tak sabar ni nak cuti 4 hari weekend ni

ok ok...ni nak share gambo anak2 di sekolah. 
terima kasih sgt2 pada cikgu pra amal, cikgu nennie yg wassap pic amal dan kawan2 nya pada sy.
begitu juga dgn teacher huda dan teacher safiyya yg send pic iman
tp pic yg teacher safiyya send dah terdelete huuuuuuu nak mintak balik udah malu huuuuu sedih mama sedih huuuuuu

abang amal berlatih sukan.
sukan dah lepas sabtu baru ni. 
itu citer lain entry lar ya. 
ni citer pasal latihan sukan dulu

semangat bersorak, pipi udah bulat sket alhamdulillah.
best sgt tgk betapa excited nya dia setiap hari masa nak pegi sekolah x sabar2 nak berlatih sukan.

apa yg dia tgh buat pun mama taktau.
amal rumah merah dannnn ya johan!
ok citer lain yg tu kemudian hehe

berlatih sorak agaknya?

bersedia untuk latihan larian berhalang dgn bawa pundi kacang atas kepala.
3 rumah je...no more green for this year.

zaman paling indah dalam hidup tanpa sebarang masalah..kan? 
setuju tak?
seboleh-bolehnya sy nak anak2 lalui zaman ni dgn sgt gembira. 

latihan di tapak sebenar.
nnt klu sempat mama cerita tentang sukan sebenar pula ya.

*****

kisah abg iman pula

masa ni ada program english dgn kolej komuniti.
bagus paniti BI sek abg iman ni.
cari inisiatif utk pelbagaikan pdp dgn cara berkolaboratif dgn kolej komuniti.
apa yg pasti..pelajar semua excited!

ni utk tahap 1. 
dgr iman bercerita pun dah tau betapa seronoknya dia dan kawan2 semasa program ni berjalan.

alololololo montel sgt!!!

ni semua pic dr teacher huda.
kot2 teacher safiyya terbaca entry ni
dan masih simpan pic iman dulu tu..teacher wassap sy semula blh ke?
huhuhuhuhuhuhuhusy ter delete lar teacher uwwaaaaa!!!! 
sorrryyyyyy teacher jgn rotan saya ya hikhikhik

buat teacher huda, teacher safiyya dan cikgu nennie:
terima kasih tak terhingga kerana sudi send pic ni semua pd saya.
really appreciated your effort.
terima kasih cikgu.

ok itu dulu...
adeh bila meeting kewangan ni nak habis.
bosan.

sekian terima kasih.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH