FOLLOWERS

Friday, July 23, 2021

Projek PKP 4: Bunny!

 Assalammualaikum =)

Last TA ada pet masa sek ren dulu, seekor kucing kampung. tak berapa pet pun, lbh kpd kucing liar yg sering dtg ke rumah dan di beri makan. nama pun takde, panggil meow aje. anak2 pula, setakat bela kura2 bersaiz kecil tu. ikan pun pernah cuba. tp semua tak kekal lama. mama abah berkerja, agak jenuh juga nak spent masa urus semua tu. tapi sejak pandemic melanda ni, TA dan suami pjg akal mencari aktiviti yg boleh dilakukan bersama di rumah, maklumlah nak berjalan tak boleh. sek pun on off. masa byk dihabiskan di rumah. So kena ada aktiviti utk mengurangkan anak2 melekat terlalu lama dgn gadget. Lps asar, anak2 wajib keluar ke laman. bagi terang sket biji mata hehe.. biasanya the boys main bola. tp mcm sekarang cuti seminggu dr PdPR, amal dan irfan enjoy mandi pool di car porch. so apa lg aktiviti yg bebudak ni blh buat? dr sinilah timbul idea yg bermula dr en.suami: "jom bela arnab" katanya... anak2 jd excited. mama yg lbh2 hahaha

16 October 2020 ~ akhirnya kami memiliki sepasang arnab species minirex diberi nama milo dan oreo. alhamdulillah milo masih ada smpi skrng untuk dijadikan induk tapi halahhhhhhh dia xmo matting 😂 rasa nak dikualikan aje hahaha. oreo dah mati dan digantikan dgn stylo. 


nak pelihara apa haiwan sekali pun, kena ada ilmu. klu bela suka suki aje, dah mcm menyeksa haiwan tu pulak kan? tak baik. so bermula saat ini, kami belajar, mencari ilmu tentang penjagaan arnab dr fb, dr google, dr penternak arnab yg berjaya...yg akhirnya dah jadi sahabat TA alhamdulillah. eh, ni bunyi nya dah mcm nak bela secara besar-besaran je hahaha. 
tidaklahhh mana kami ada space kat vck ni dah. so niat asalnya nak bela sebagai pet aje. tp tu lah, seorang azimah dah teruja tgk pelbagai species arnab yg sangattttt lah comel eeee geram!. maka akhirnya kami ada :

  • sepasang minirex
  • sepasang arnab pedaging (doe - new zealand white. Buck - Chincilla)
  • sepasang arnab mix. (now induk betina dah ada 3 ekor)
  • sepasang netherland dwarf (nd)
  • sepasang holland lop


daripada single cage mcm ni..

kami beli cage 6 pintu mcm ni. en.suami dgn penuh gigihnya diy cage ni jd 10 pintu. 
alhamdulillah projek yg bermula dr suka2 aje, sehingga sekarang dah dpt jual byk jugalah anak arnab mix. setakat ni baru arnab mix yg membiak. yg lain blm. kami jadualkan matting arnab ni semua sbb cage kami limited. setiap kali ada arnab yg dpt dijual, anak2 pasti dpt komisen nya sbb anak2 yg banyakkkk menguruskan arnab ni bermula dr kerja2 memberi makan, mencuci cage / lantai car porch dan juga grooming. 


dalam rumah sebagai pet anak2 kami pilih zorro (buck holland lop). kami panggil ni arnab kayangan..tgk lah tu dok dlm bungalow siapa ada laman yg luas lagi. econ plak tu hahaha. 

zorro free roaming dlm vck terutama time kami semua lepak di ruang tamu. menggeletis dia nak keluar dr cage juga sbb nak dtg dekat kami mintak cheek rub. TAPI zorro tak suka diriba. menggelupur kalau angkat dia utk diriba. now anak2 dah berkira2 nk letak zorro di luar bersama arnab yg lain sbb nak bawa masuk anak nd yg baru lahir utk kami manjakan sbgi pet...blh diriba2. tgk lah mcm mana nnt. kesian jgk kat zorro hahaha

my handsome zorro. 


inilah 3 ekor anak nd (stella vs oyen) yg jd kesayangan kami skrng ni. alah alah alah comel sgttttt!. kali pertama stella melahirkan, semua 5 ekor anak dia mati. masa tu dia x reti lg nak jaga anak ditambah dgn ancaman kucing liar. kesian dia. but now alhamdulillah...pandai haaa dia jaga anak2 dia sbb jd gebu mcm ni. ciri2 istimewa nd: (short ears - not more that 2 inc and hidung pesek).
nama 3 ekor ni obviously given by Irfan HaDIY hehehe..dia kata ni semua adik2 dia 😜

whitediy

blackdiy. comel sgt ni. black otter. bhgn bawah dia mcm ada shadow. 
harga jualan arnab bergtg pd species (lg rare lg mahal) dan warna2 cun mcm ni. 

goldiy

alhamdulilah sgt, byk manfaat yg kami dpt dr projek pkp - bunny ni. plg utama dpt pupuk rasa kasih sayang anak2 terhadap haiwan. jgn kata anak2, TA dan suami pun sukaaaa je membelek menggomol arnab ni semua. depa dah kenal kami so mmg x lari..manja. 

kdg ptg2 kami lepaskan juga arnab2 ni di padang kecil vck, dah jd mcm taman arnab utk irfan main  kejar2 arnab. 

klu nak tgk update TA tentang arnab peliharaan kami blh follow IG: ta.rabbitry.sabak.bernam

itu aje...bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH