FOLLOWERS

Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Bandung aku datang...finale!

assalammualaikum =)

yeah akhirnya smpi juga ke entry terakhir!
lps ronda2 FO, kami ke cihampelas walk plak
jalan2 kat area sini dipenuhi dgn kedai2 pakaian dgn pelbagai nama unik
ada kedai superman, kedai ultraman, kedai ironman dan pelbagai man yg lain
sekadar mencuci mata sbb kat sini hampir 100% adalah fesyen indonesia
takmo aku :P
jom tgk gambar sebab dah mcm malas sket nak taip panjang2 wakakakaka








teruja sungguh anak2 aku tgk gambar2 ni semua hehehe

bukti dah smpi cihampelas walk
ciwalk ni sebenarnya satu shopping complex baru yg besar
masa tu tetiba rasa berada di malaysia hehehe
tp mcm biasa aku x beli apa kat sini

dh malam...kitorang ke kartika sari plak


beli banyak..segala brownies yg bloggers suggest aku beli
sudahnya tak habis...sabor jer lar :-(
btw, kartika toast ni sgt sedap!

suasana dlm kartika sari wlupun dah malam

keluar dr kartika sari, aku suh supir bawak kami ke kilang baju pasang sulam tu lg hahaha
borong lg kat sana byk2
puas hati
habis dah.......

hari ke-4
flight kami seawal 8.30am
so lps breakfast terus ke airport

ada satu kejadian yg membuatkan aku menyampah gila kat kastam indon
gila2 menyampah
takmo pegi indon dah konon
tapi semalam tergugat gak jiwa tgk ticket air asia murah ke bali hahaha

alhamdulillah kami selamat tiba di malaysia wlupun aku kena pow rm50 dgn kastam indon

yeah yeah dah habis citer bandung!!!
aku ada bykkk lg citer lain nak share kat sini :D
so far percutian aku di bandung menelan belanja sekitar rm3k termasuk hotel, supir, makan dan shopping.
kira berpuas hati lar..
melalui pengalaman baru di tempat org.
cukup sudah cukup sudah...cukup smpi di sini saja.. makan angin di negara org.
thn depan aku punya misi yg lbh besar...
nak menambah umat Nabi Muhammad SAW insyaallah...eh tak paham?
hahahaha
aku ni klu pregnant teruk keadaannya
so agak mustahil utk berjalan jauh masa tu
TAPIIIII
sblm pregnant lg ingat nak ke thailand plak dulu :P
which part of thailand?
tungguuuuu..not sure yer jd ke tak hehehe

ok lar you all...bye semua!

selamat menempah tudung...eh tetiba. 

Tuesday, November 27, 2012

Bandung aku datang... bahagian 5

assalammualaikum =)

sambung lg citer bandung... haih bila nak habis ni.
destinasi seterusnya selepas x jd nak main atv, kami ke rumah mode yg glemer itu.
btl apa yg bloggers selalu cerita..harga kat sini lbh tggi berbanding FO yg lain 
tp lilihan pakaian lbh byk dan lbh up to date
aku yg awalnya masuk ke sini dgn niat xnak beli apa2
terjebak juga hahahaha
haaaa lupa nak citer
otw dr tangkuban parahu ke FO ni, 
aku dah call maybank malaysia utk activekan pengeluaran antarabangsa.
pastu terus suh supir bwk ke maybank bandung
selesai mslh kekurang Rp dan ketiadaan credit card hahaha
bijak aku kan? kan? :p
so blh terjah FO dgn senang hati semula lalalala


ini jer lar 2 gambar kat rumah mode yg aku ada
udahler hujan, org ramai lak tu
so x sempat arr nak bergambar bagai...
shopping lg best. 
err share sket lar yer kat blog ni. 
kat rumah mode  aku dpt beli sehelai jeans miss sixty dgn harga Rp205,000 (rm65) 
murah kan? kan? 
pastu kemeja esprit dgn harga Rp105,000 (rm33)
itu jer lar hehe..klu ikut hati semua pun nak


lepas pi beberapa FO, kami pi mkn tgh hari kat restoran sangkuriang
again makanan sunda
dan kali ni menu yg kami pilih mmg kena betul kat tekak aku
smpi kan tersandar kekenyangan hahaha
jom tgk sekitar restoran ni yg btl2 menggambarkan ciri2 sunda



coating spek ni dah rosak. alhamdulillah now aku dah selamat pki spek baru. no more shining mcm tu dlm gambar. eh tetiba lari dr tajuk plak hehehe



pondok2 tu semua tempat mkn style bersila


jus sirsak dan teh o es yg super duper sedap. jus sirsak = jus durian belanda

sedap ok! habis licin semuanya padahal 2org jer yg mkn hihi

kami solat siap2 kat sini..
rupanya style surau kat bandung ni, bercampur lelaki dan perempuan
masa aku gi solat, dah takde org. tetiba tgh solat, ada lelaki dtg solat tepi aku wakakaka
apa lagi lajuuuu jer aku solat time tu dgn jantung berdegup kencang
dah ler surau ni nun jauh ke belakang
aku bergilir solat dgn en,suami sbb masa ni kami blm byr, minuman pun blm habis, tu yg bergilir tu.
satu pengalaman baru lar utk aku kan..

itu dulu utk utk kali ini. jumpa lg nnt!

P/S KALAU ADA SESAPER NAK TEMPAH TUDUNG SEMPAT LAGI NI.
KHAMIS BARU NAK HANTAR TEMPAH.
EMAIL SAYA YER :-)


Monday, November 26, 2012

Bandung aku datang...bahagian 4

assalammualaikum =)

cerita ringkas mengenai kami di tangkuban perahu ya. 
mood sgt larrrrr malas nak update blog 
tp klu ikutkan rasa malas ni alamatnya tak habis citer di bandung ni
so update ringkas2 jd lar...
knp tiba2 pergi tangkuban parahu plak? kata niat asal xnak pegi?
duit semakin kontang, so klu dr awal pagi smpi mlm hr ke-3 ni kami ke FO, menempah maut tu hahaha
so ke tangkuban parahu lar kami nak menghabiskan masa yg ada...
lepas bergambar di kawah ratu, kami pun menyusur ke bawah untuk melihat kawah ratu dgn lebih dekat.
untuk turun ke bawah, kena lalu deretan kedai2 ni

 ahhhh sudah, tak ubah mcm di perkampungan tomok, danau toba dulu.
klu kat sana diorang semua ganas2 siap keluarkan parang kontot bagai..
ni aku seram ni..tp supir kata takpe, kat sini diorang takkan paksa kita beli klu taknak

 mmg betul apa supir tu kata. 
diorang kat sini jauh lbh ok berbanding masa kat perkampungan tomok danau toba dulu.
tgk ukiran kayu ni...semuanya cantik2 dan halus ukirannya!
tp org islam tak blh letak patung2 mcm ni dlm rumah, so jgn mengada nak bazir duit beli benda ni yer

 macam2 ada...


 aku jatuh cinta pada yg ni. sgt sesuai untuk hiasan di Villa Comel Kami
itu bkn gading, tapi batu dr gunung berapi
so agak berat jgk lar...

 sesi tawar menawar aku serahkan pd en.suami, dia lbh pakar...

 cantik sgt!

 terbaik!
tapi jgn mengada nak beli hehehe tgk jer ok

 agak2 ada ke yg nak beli?

 haaaaa ini pun ada? hand made ni ok cantik..

 beli jgk utk anak hehehe..
ha yg baju biru belah kanan tu lar supir kami kat sana,
merangkap tukang angkut barang :D


 batu berketul tu adalah batu belerang dr gunung berapi
yg putih dlm botol tu, batu ni yg telah dihancurkan menjadi seperti bedak
klu ikut cakap diorang kat sana, semuaaaaaa yg ada di sekitar ni blh jd ubat utk pelbagai jns penyakit terutamanya sakit kulit
berani nak cuba?
aku takutttt :p

 jumpa teh botol!! dek kerana ramai bloggers yg suggest sbb rasanya sedap
aku pun suh lar en.suami beli dan rasa..

en.suami blh jer habiskan,
tapi bila aku rasa jer sket, terus kembang tekak! 

 tak berani beli so tgk jer...

 beli jagung bakar jer. tante ni kata manis, 
tapi bila aku mkn dlm keta, emmm jagung cameron highland jauh lbh manis
blh gitu?
anak malaysia sungguh aku kan? hehehe

 mcm2 yg dijual...

 ini pun ada hahaha...
topeng hantu gunung berapi kah??


hampir sejam juga kat sana
ikut plan asal, lps pi tangkuban parahu kami nak ke kamanja adventure land utk main atv
tapi supir taktau tempatnya kat mana
aku plak dpt tau dr 1 blog ni
tp lupa plak nak ambik add dia
jenuh supir tu dok tanya kwn2 dia kat office, semua taktau
so cancel lar main atv...

so ke mana kami lps turun dr tangkuban parahu?
nantikan dlm entry seterusnya...

P/S: tempahan tudung sy dah hantar tadi...so utk next tempahan sy akan hantar khamis ni yer.
klu ada sape2 nak tempah lg blh email sy yer 
azima03@yahoo.com

bye semua!




Sunday, November 25, 2012

Bandung aku datang...keindahan sekitar Kawah Ratu

assalammualaikum =)

sebelum aku bercerita dgn lebih lanjut mengenai hari ke-3 kami di bandung,
mari kita bersama melihat keindahan sekitar Kawah Ratu di Tangkuban Perahu
hasil dr canon s95 yg comel

***inilah antara bukti kekuasaan Allah SWT***

syukur alhamdulillah ke hadrat Mu ya Allah
kerana memberi peluang kpd hambaMu yg lemah ini
menyaksikan sendiri betapa besar keagunganMu
Tuhan sekalian alam...

 Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

 Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.

 Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka

 Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.

 Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang direjam

 Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar

 Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.

 Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada-Nya.

 Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w.

 Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah

 tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai

 Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat

 Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Muhammad Pesuruh Allah 

Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui

 Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan – (3 kali).

Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami menyesal ya Allah – (3 kali).

tiba2 rasa sebak sgt...bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH