FOLLOWERS

Wednesday, September 12, 2018

Travelog TA ke London: Kasut clark dan sekitar killburn

Tarikh: 22 - 28 Ogos 2018
Day 1 in London (23 Ogos 2018)

assalammualaikum =)

TA cuba sambung cerita laju2 ya.

kami landing di Heathrow Airport terminal 4 sekitar jam 7.40am. ambil masa sejam lbh juga nak lepas immigration sbb Q pjg. tp depa ckp Q tu dah kira tak pjg tu sbb flight kami tiba awal pagi. staff dia tegas tp so far ok aje. apa dia tanya, jawaplah dgn confident. jgn teragak2 nnt dia tarik masuk bilik.
then dah ada 2 mpv yg tggu kami utk ke hotel. perjalanan ke hotel ambil masa 1jam lbh juga.
    

 kami stay di Alexandra Hotel di Paddington Area. dekat dgn zon A kota london tu yg penting. kat paddington ni sgt byk hotel. dr semurah2 hotel hingga semahal2 hotel. malam mmg meriah. makanan halal juga ada di sekitar sini. ada 2 train station yg berdekatan blh jln kaki je. that is why paddington menjadi pilihan tourist. eh tetiba teringat kat Paddington Bear berjaket biru tu hahaha.  



kami tak blh check in lg sbb masih awal pagi. so kami simpan bag je dulu. destinasi pertama yg tourist guide (TG) ni nak bawa kami adalah Clark Factory yeay!!

sepanjang di london, pengangkutan utama kami adalah train dan bus. so kami dpt oyster card ni dr TG utk digunakan sepanjang kami di sana.

Dari hotel kami menapak ke paddington stn utk ambil train ke killburn.

then keluar dr killburn park stn utk ke clark factory.
sepanjang berjalan kami menyaksikan 'london' dgn mata sendiri. awesome! 

buah buahan segar dijual dgn harga yg murah

tergoda dibuatnya bila dah susun cantik2 mcm tu.

ok pic seterusnya adalah pic sekitar kami menuju ke clark factory

eh yg ni pic sekitar Paddington

sekitar paddington. 


sekitar killburn menuju ke clark factory. tu cikgu rohaya, cikgu add math TA dulu..sekarang dah jd rakan sekerja. panggil KAK aya aje hehe.

London bus at my back! excited dpt tgk..lg excited bila dpt naik dan duduk di upper deck hihi.

London Bus lagi!

Kami dari Sek Men Sains Teluk Intan

dalam 15 min menapak, maka sampailah kami di clark factory shop

kat uk ni, kasut clark ala2 kasut bata aje di malaysia. paham tak? maka mmg blh dpt dgn harga yg muraaaahhhhh byk. klu kat malaysia kasut clark beratus2 sepasang kan?




tu diaaaa galak daku dan kawan2 memilih dan membeli kasut. sbb dr awal dah tau selalu ada offer buy 1 pair and get another pair for only 1 pound, maka kami terus terjah area tu aje. pilihan design dan saiz limited, tp pandai2 lah cari ok. nak beli yg tanpa offer ni pun consider masih murah harga nya compare dgn harga di malaysia.



gembira sgt dah dpt 2 pasang sorang.
mine dpt 30 pound + 5 pound
husband dpt 50 pound + 5 pound

offer tu tak blh mix male and female.


begitulah kisahnyaaa

then dah dpt kasut clark, kami menuju ke kedai 1 pound. TG kata ni kedai wajib pi terutama utk habiskn duit syilling nnt.

pastu kami balik ke hotel semula untuk check in, mandi2 bagi segar badan yg dah 24 jam tak mandi ni hehehe.

dapatlah rehat sekejap seblm ke destinasi seterusnya.

ok nnt sambung lg ya
bye!

Tuesday, September 04, 2018

Travelog TA ke London: Penerbangan ke London

Tarikh: 22 - 28 Ogos 2018
Penerbangan pergi: Vietnam Airlines VN 680 7.10pm KUL - 9.25pm HAN.
                                Vietnam Airlines VN 55 1.15am HAN - 7.40am LHR   

Assalammualaikum =)

Tak berapa ada mood hari ni. tak mcm semalam. hr ni swing lain macam huhuhu..
maka kugigihkan diri menulis di blog yg semakin dilupakan ini.
sebenarnya banyak kisah ngeri melanda kami sebelum dapat ticket terbang ke london. stranded 2 hari kat klia tau huhuhu.. tapi kisah ni semua tak best so nnt2 lah cerita.

 inilah gambar kami setelah confirm dpt ticket penerbangan pd ptg rabu. dah tentulah gembira. nak pi holiday dgn husband tuuuu hahaha


gambar tak memuaskan tp ini je yg ada. trip kami ni 12 org + 1 tourist guide. inilah dia wajah2 mangsa stranded 2 hari di klia huhuhu..
daripada tak kenal siapa, kami jd akrab. now dah start plan for the next trip pulak. moga ada rezeki lg thn depan, aminnn. 


rupanya bila baca review, VA ni mmg suka delay. tapi apa nak buat, dah itu flight yg kami dpt huhuhu. tapi kan, bila kita tenang dan redha dgn ketentuan Allah swt, byk hikmahnya atas apa yg berlaku. 1. dpt kami beraya dgn anak2 dulu rabu tu. mujur klia ke rumah kak cho tak smpi 1 jam. masa kami muncul ptg selasa tu kat rumah kak cho, irfan sambut mama dgn pelukan yg sgt erat.
then lepas zohor rabu baru ke klia semula.
2. bila VA delay, dpt kami solat dulu siap2 sblm masuk flight. takyah susah2 nak solat dlm kapal or cari tmpt solat kat hanoi nnt.
tenang dan redha dgn ketentuan Allah, pasti ada byk hikmah yg kita dpt semula, juga dr Allah. alhamdulillah.

en.suami ku ini bkn yg suka travel. tp berjaya ku pujuk utk join ke london kali ni. balik dr london, dia yg beria plan nak repeat this trip hahaha. obvious kan kami happy masa ni sbb nak terbang dah.

dari review yg ku baca, kita perlu request via email for halal food in VA. dah berkali2 kami ingatkan tn hj tu, hampeh..takdenya dia buat. maka jenuhlah menapis makanan yg diberi. yg ni flight dr klia ke hanoi.. mujur ada fish set. dari hanoi ke london nan hado..makan roti aje dgn buah. mujur ok je sbb tido je byk. 

ni masa kami transit di hanoi. 


 check in gate 29 pula utk flight VN 55 ke london. 

 transit di Hanoi.

so dr kl ke london, hampir 22jam penerbangan termasuk transit di hanoi. letih.tp ok aje hehehe sbb semua tgh excited!

 ni dalam flight dr hanoi ke london. ada tv dgn plbgi pilihan entertainment. best! selain dr mslh mknn (tp blh request halal food via email) dan suka delay, VA is a perfect choice sbb agak murah hehehe.
ok dlm pic ni beria daku mkn roti sapu butter

 kembung2 pipi dok kunyah roti yg dah mula nak mengeras.

 perut dah kenyang..tido wakakaka

 celik mata, fajar dah kelihatan..so london dah dekat

yeayyy akhirnya kami smpi london!

bersambung. 
       

Travelog TA ke London 22 - 28 Ogos 2018: The Teaser

Assalammualaikum =)

agagagagaga cerita ke jepun tak habis lagi, tetiba dah sethn lbh dah smpi ke london pulak.
adoi..kesian kat blog ni, makin terabai.

takpelah.

TA bagi teaser sket  2 pic TA di london 22 - 28 Ogos 2018 yg lalu.
summer holiday so bawa jacket nipis aje.
sampai sana hambek ko..mengigil2 kesejukan huhuhu.
the highest temperature is around 20 degrees masa ni. the lowest cecah 10 degrees. senang cerita dah masuk autumn. maple leaves pun dah berguguran meninggalkan effect yg sgt cantik di sekitar taman .

 autumn in my heart ececece.
TA and husband di hadapan Tower of London.

Tower Bridge

kesimpulan pertama: kami nak repeat london!

itu dulu ya hihi..bye!


Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH