assalammualaikum =)
19-22 sept 2011, sy mengiringi 3 pelajar SBPISB ke pertandingan KASTEK PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 yang berlansung di sepang. raida, zakwan dan naim akan mewakili negeri selangor dlm kategori solar boat. eeeee sy tak reti arr nak cerita secara formal. sy guna ayat sempoi je ya.
- hari pertama - pendaftaran.
- hari kedua - penyediaan rekabentuk bot (4jam) dan penyediaan power point (4jam).
- hari ketiga - presentation dan race (part paling best)
- hari keempat - majlis penutupan dan penyampaian hadiah.
sepanjang pertandingan berlansung, guru pengiring hanya melangut. saya? mujur ada teman: ipad dan s95 haha...
jom tgk gambar ya. AMARAN: ini blog saya so gambar sy yg paling byk ditempek di sini berbanding gambar peserta lalalala....

hari pertama: penyediaan rekabentuk solar boat di makmal kimia.

inilah hasilnya. paling kemas ok. serius. sila percaya :D

hari kedua: kena kuarantin sebelum presentation. teacher azimah joint lepak dlm bilik kuarantin hehe.. mujur tgn teacher ni sgt bertuah cabut undi dpt giliran nom 1 so stress cpt hilang. selebihnya adalah keboringan menanti bila peserta lain nak habis present.

sian diorang boring, bg arr main ipad2 ni. teacher buat apa? tido hahaha...

hari ketiga- sblm race raida tlg snap gambar teacher azimah ya :D

steady jer raida ni. dia nampak tenang jer. tapi hakikat nya, kalut! hahaha...ok rilex rilex..
mujur air dalam track ni tak tumpah dek kerana kekalutan dia :p

sepatutnya ada 3 saringan utk race ni. then the best 8 masuk separuh akhir dan the best 4 for final. tapi kuasa tuhan tiada yg dapat menghalang. blm sempat habis saringan kedua, hari mendung dan hujan turun dgn lebat. takde solar so boat tak jalan.

ni bergambar selepas hujan, tapi mendung masih tebal, solar tetap xde.
nak dijadikan cerita, hakim telah display markah rekabentuk dan powerpoint (70%) ketika ini. so kami semua target boleh dpt johan. semua dah mula ceria sbb race yg sekali td pun not bad kelajuan nya. apapun keputusan hakim adalah uktamad.

petang hari ke-3, bawak diorang main bowling kat alamanda utk release stress. teacher azimah release gian dah lama tak main bowling ni haha.. the best part is teacher menang dua2 game lalala...( wei korang sengaja bg teacher menang ya??)


apsal lar suka sgt gaya cekak pinggang ni???

dah hari keempat. hati yg mulanya tenang kini menjadi kalut semula. betul ke blh dpt johan ni? teacher pun berdebar sama. nak mengisi masa boring menanti vip dtg, jom snap gambo lg :D

sgt obvious mata yg bengkak itu huhu

akhirnya dpt jgk mereka naik ke pentas. alhamdulillah
NAIB JOHAN milik kami yeah!! org lain naik pentas senyum lebar wlupun dpt tmpt ke-3, diorang ni masam je muka haha...sbb target johan ok.

kat sinilah peranan guru pengiring ni chewahhh.. bg diorang +ve semula dan terima hakikat sbnr. (dlm hati teacher..kecewanya tuhan jer yg tahu huhu... control control..)

terima kasih buat semua yang membantu dan mendoakan kejayaan kami. 1st time joint terus dpt naib johan peringkat kebangsaan, not bad tau hahaha. a BIG congrats dr teacher buat kamu bertiga. simpan kenangan kita 4 hari di sini untuk diceritakan pd cucu cicit kamu kelak ok. tp yg tak bestnya, guru pengiring tak dpt sijil pun, piala jauh sekali huhu...
p/s
epal merah dan
epal hijau yg kita dpt tiap hari tu not bad jugak rasanya kan? dah smpi rumah br teacher makan hehe..