FOLLOWERS

Saturday, May 31, 2014

Hadiah hari jadi...

...Merangkap hadiah melahirkan anak ke-3

Assalammualaikum =)
Hehehe akhirnya dapat dah hadiah yg dinanti2. 2in1 gitu :D


Spek baru!! Tq abang...sayang abang sgt! Esok blh melaram pakai spek baru ngeh ngeh ngeh.

Sedang menanti pula hadiah hari ibu merangkap hadiah hari guru. 2in1 juga.

Itu dulu...bye semua!
posted from Bloggeroid

Wednesday, May 28, 2014

rambut pacak dan topi

assalammualaikum =)

salam hari rabu buat semua!

dah namanya baby boy ko nak pakaikan aksesori apa pun kan hehe

saja dok pacakkan rambut dia mcm ni
oh bising iman amal jeles takleh buat sebab rambut depa kontot
hoi jgn kata aku bg ajaran sesat kat anak ok
ni sesaja jer kejap nak amnik gambo

topi comel ni pun susah nak stay lama2 kat kepala dia
rimas gamaknya

itu dulu...bye semua!

Tuesday, May 27, 2014

cuti sekolah datang lagi

assalammualaikum =)

yeayyyy esok mula cuti sekolah!
walaupun sy mmg tgh bercuti, tapi tumpang happy untuk en.suami dan anak2.
abang iman terutamanya, letih beno dia sekolah pagi petang.
semalam dia dah ckp, rabu ni jgn sape2 kejut dia bgn tido awal. biar dia bangun sendiri, nak tido puas2 katanya . hehehe...kesian kan. tapi solat subuh kena bgn jugak sayang ya.
so apa aktiviti korang cuti sekolah ni?
memandangkan cuti sekolah ni sy belum habis berpantang maka takde kemana lah kami.
kesian kat anak2 huhuhu...
sy cuma target nak bawak iman amal ke sogo untuk beli baju raya depa.
pastu adalah dpt habuan msg2 tu kang, buat tutup mulut jgn asik mintak nak pi hotel bla bla bla...
baby irfan nnt tinggal dgn makcik ya. mujur my sis sanggup nak jaga irfan kejap masa kami outing nnt.
pastu nak buat apa lg ye cuti sekolah ni dgn anak2?
ingat nak buat ler 2-3 aktiviti bermanfaat dgn depa..tapi tak brain lg nak buat apa.
any idea?

sekolah abg amal dah mula cuti since semalam
means cukup 3 minggu dia cuti...sonok lar tu.
so semalam dan hari ni abg amal jd pembantu setia mama yg cukup rajin
tlg ambik diapers
tlg buang diapers
tlg jaga adik
ohh dia sayang sgt kat adik dia ni

tgh hari smlm mama kerah dua2 tido sbb mama pun nak membuta sama hahaha

ni plak pagi td, sejurus lepas abg iman ke sekolah, amal bgn pi toilet
then sambung tido tepi irfan hehe..come sgt

ni plak pic pagi td.

now semua dah ada kat rumah.
abang iman dipontengkan dr sekolah ptg hukhuk
sonok btl semua org bila dah mula cuti ni

ok itu dulu...bye semua!

Monday, May 26, 2014

Busy mama punya anak 3 hahaha

Assalammualaikum =)

Perghh busy ok x sempat nak update blog. Ada masa free tido lbh nikmat dr berblog. Mama jd busy sgt ni masa en.suami kena pi kursus 3 hari khamis-sabtu yg lepas. Dah lar dpt tau last min ptg rabu tu. So rabu mlm khamis berdesup en.suami blk kg ambik mak semula utk temankan mama dan anak2. Hr khamis tu, hr ke-23 berpantang sy dah selamat memandu kereta hahaha.... yer lar nak harap sape lg ambik hantar anak2 ke sekolah. So sy tawakkal jer lar. Nak pontengkan anak2 xleh lak sbb both tgh mid year xm. Maka khamis-sabtu tu galak ler sy memandu ke hulu ke hilir. Siap bawak cik alza pi carwash. Kesian...dah kotor x mcm kereta baru. Kereta ni...klu biar lelaki yg jaga mmg haru lar kan....
Alhamdulillah 3 hari tanpa en.suami tu takde apa yg berlaku. Cuma sy dah jandi mcm zombie sket lar urus anak2 sendirian terutama urus irfan pada waktu malam. Tp ok jer lar...semua ok xde apa syukur. Semalam kami balik kg jap ada kenduri cukur jambul anak sepupu sebelah umah mak. Meriah. Tapi cuaca smlm masyaAllah... panas sungguh lar. Muka baby irfan penuh naik ruam. Kesian dia. Now tggl bertiga kat rumah sekali dgn abg amal. Sek amal mula cuti hari ni. 3mggu cuti sonok dia. Ni tgh menanti irfan bgn tido utk mandi. Kerja lain semua dah siap. Mengantuk jer mata ni.. mlm td x berapa tido sbb irfan renyah semacam. Tp nak tido sekarang mcm x logik. Tu yg update blog jap.
Ok lar...itu dulu... bye semua!!

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 21, 2014

rezeki

assalammualaikum =)

orang kata rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari
syukur alhamdulillah..rezeki dtg dr Allah melalui pelbagai bentuk pelbagai medium

rezeki baby irfan hadiy

 ini plak rezeki untuk mama, hadiah dari seorang sahabat blogger yg tak pernah bertentang mata
inilah indahnya dunia blogging..kita berjumpa dgn ramai sahabat walaupun hanya di alam maya
tapi nilai persahabatan tu tak terhingga
elok jer hadiah ni sampai pada hari jadi sy tempoh hari

 terima kasih banyak kak sue..mcm tau2 jer sy suka collect handbag hehehe
sungguh sy suka sgt dgn hbag ni, cantik!
tak pepasal bertambah koleksi sy :-)
terima kasih daun keladi..

 ini pula rezeki berbayar huhuhu...
tetap juga rezeki namanya syukur
last week sampai.

 mana mungkin sy lepaskan design makmummy dan jewelry ni...cantik sgt!

dan ini, rezeki untuk cikgu2 iman dan amal
alhamdulillah...

itu dulu ya..bye semua!

Tuesday, May 20, 2014

11 mei 2014 ~ hari ibu

assalammualaikum =)

huwwaaaaa malas btl nak update blog huhu
ni cerita masa hari ibu ahad minggu lepas
meriah masa ni kat vck
adik beradik husband dtg, PIL pun ada kat sini, mak pun ada...mmg full house
takde celebrate apa pun..cake pun takde. 
tapi MIL masak best2 arr makan besar sungguh masa ni
ptg ahad tu bila adik beradik husband dah balik..iman dtg dekat mama tetiba 
"nah mama...kad hari ibu. selamat hari ibu"
waaahhhhhhh tersentuh sungguh hati ibu ni!
tetiba hokay sungguh tak sangka
rupanya dia buat kad hari ibu ni kat sekolah utk subjek english
amal plak dan dan tu jugak baru sibuk nak buat kad utk mama huhuhu

 mula2 mama letak kat wall peti ais
tapi rasa mcm tak kena plak

so mama tukar..letak kat soft board meja mama kat bilik nom.3
amacam cun tak kad hari ibu by iman ni? :P

alolololo..i luv u too sayang!

pastu dia tanya ada apa2 tak utk dia tlg mama?
alahai anak...nak buat apa yer.
mama kata takpelah iman main jer dgn amal
pastu tetiba dia tanya blh tak iman dgn amal tlg bersihkan grill pintu ni?
terima kasih banyak2 sayang...sayang iman amal sgt2!

malam td mama marah iman sampai dia menangis huhuhu
kesian sgt
punca mama marah dia sebab dia tak nak baca buku utk exam sek ptg
actually dah baca...tapi kejap sgt
pastu sambung main game kat hs mama
haaaaa tu yg mama marah tu
mmg mama tinggi suara huhu...menyesal plak rasanya!
mama suh dia masuk bilik baca buku
bila mama jenguk rupanya tgh tersedu2 nangis
mama tanya kenapa iman nangis
dia jawap "iman penat..iman nak rehat plak"
alahai anak...pastu ntah apa yg merasuk mama blh plak mama ckp
"ok simpan buku, tapi kalau iman tak blh buat ujian bahasa arab esok siap ya"
fuh...tak patut sungguh mama ugut mcm tu plak huwwwaaaaaaa
pastu dia lap air mata...dia hafal jap bahasa arab tu then dia pi ke ruang tamu semula tgk tv
fikir2 balik...mmg dia penat.
balik sek pagi kul 1pm ke rumah pengasuh, 2.15pm pi sek agama plak smpi kul 5.30pm
pastu abah ambik bwk balik, tiba di vck dlm kul 6.10pm (sbb iman selalu keluar lambat, dia solat asar dulu kat sek)
pastu main2 jap..mandi..makan...7.20pm pi mengaji kat rumah ustaz, sekali dgn solat maghrib kat sana. 8.15pm baru balik..pastu mama kerah buat kerja sek and study plak utk exam.
kul 10pm mesti masuk tido. esok pagi kul 6am dah kena kejut...gitulah rutin iman di hari persekolahan...pack sgt kan? kesian dia...tapi nak buat mcm mana? takan tak study untuk exam pertengahan tahun? mama dalam dilema..rasa bersalah huhuhu...
ni sedang menanti kepulangan iman amal. ok hari ni mama takmo marah2. 
kena letak sabar di level tertinggi dlm melayan kerenah anak2...ingat tu azimah. 

itu dulu...bye semua!

Monday, May 19, 2014

baby muhammad @ day 20

assalammualaikum =)

fuhh malas betul lar nak update blog sekarang ni.
dah namanya tgh cuti...malas benooo nak on laptop
tido dgn baby irfan lagi best hikhik

hari ni baby irfan dah genap 20 hari
means lagi 24 hari nak habis pantang wuwuwuw...lama tul!
syukur alhamdulillah mama dan baby irfan sihat takde masalah apa
cuma irfan lar...dah 3mlm tak lena tido 
baru mlm td dia tido lena
masa tak tido mlm tu, dia asik berak jer...byk! mcm CB gitu
kesian sgt
pikir punya pikir apa yg mama salah mkn...

oooo mama rasa ni mesti sebab minuman ni
alkisah mama start consume benda alah ni pada hari ke 15, konon kata lepas 2minggu blh dah kan.
haaaaaa sejak tu lar berak irfan dah mcm CB. kesian dia
so my mak kata stopkan dulu minuman ni tgk mcm mana
btl lar...semalam sy tak ambik minuman ni, mlm td elok irfan blh tido
berak pun kembali normal
kesian anak mama...rupanya dia tak tahan lg.
minuman ni pekat tau..
since sy consume minuman ni juga byk ruam2 merah naik kat badan dia.
acik cikin kata minuman ni mungkin panas that is why irfan tak sedap perut and badan naik ruam.
betul lar tu...sebab ingredients dlm minuman ni semuapun mcm rempah2 gitu
harap2 ruam di badan irfan kembali pulih.
pagi td lepas mandi sapu dgn jerselin oil
pastu tgh hari sapu plak dgn bedak agnesia
kang abah belikan pula calamine lotion 

inilah dia si bucuk mantung mama pada hari ke-20
pagi td nurse dtg untuk timbang
berat dia sekarang 3.2kg
cuma naik 0.2kg dr hari ke-10
mungkin sebab dia tak sedap perut lately ni terberak2 tu yg berat bdn dia x naik banyak
kira dalam tempoh 20 hari ni berat dia cuma naik 0.5kg jer
errrr ok ke tak kwn2?
lain2 perkembangan takde apa sgt...mcm tu jer lar dia menyusu tido menyusu tido..
baru 20hari pun kan hehe...

ok itu dulu...bye semua!

Friday, May 16, 2014

happy teacher's day!!

assalammualaikum =)



...to all teachers out there!

#tgh mengantuk sgt nak tido jap

bye semua!!

Wednesday, May 14, 2014

pengalaman melahirkan Muhammad Irfan Hadiy

assalammualaikum =)

alhamdulillah hari ni dah hari ke-15 sy berpantang. dah 2 minggu. berani dah kot nak mengimbau saat2 bersalin tu utk dicoretkan di sini sebagai kenangan hehehe...
moh le kita recall back saat2 itu...

30 April 2014 ~ 7.00am
kami ber-4 dah pun siap untuk keluar dari vck. destinasi pertama hantar anak2 ke sekolah dan hantar barang2 anak ke rumah pengasuh. jika ditakdirkan blh bersalin hari ni, anak2 akan bermalam di rumah pengasuh jer. perasaan aku masa ni, serius tak rasa apa, tidak secuak dan segabra minggu sebelumnya yg doctor reject suh balik rumah tu huhuhu..time tu aku lg nervous hahaha.. this time rilex sket. peluk cium iman amal siap pesan tlg doakan mama ya. 

30 April 2014 ~ 8.30am
aku dan en.suami tiba di rumah emak untuk ambik air selusuh dan peluk cium mak minta ampun maaf serta mohon doa mak supaya aku selamat bersalin hari ni. pastu berdesup ke shah alam. sempat singgah sarapan di tanjung karang. mkn nasi lemak lauk ayam masak rendang dgn berselera sekali hehehe..

30 April 2014 ~ 11.00am
kami tiba di SALAM specialist hospital. lepas urusan daftar selesai, tunggu turn kejap utk check up dgn gynae doctor mariam. tempat menunggu penuh..tapi takde lar kelam kabut, still rasa tenang lbh2 lagi econ yg super duper sejuk. so ok jer lg rasa masa ni. sbb dah set mind silap hb kena reject lg kali ni wlupun dah 39weeks. 

30 April 2014 ~ 12tgh
nama dipanggil utk masuk ke bilik doctor. ok dup dap dup dap jantung ku hahaha... mula2 doc scan dan ukur baby. doctor kata kepala baby masih blm engaged. air ketuban ok masih byk. berat baby pun baru 2.7kg katanya.. "kamu balik dulu lah, jgn paksa2 dia nak keluar" itu ayat doc yg buat aku tersenyum pahit masa tu. "emm tak blh lg ya doctor? kalau mcm tu saya nak mc bla bla bla.." aku pun explain kat dia yg cuti sebelum bersalin aku dah maksimum 14 hari, klu tak blh bersalin gak aku kena dptkan mc lg seminggu. pastu borak2 lagi dgn doctor, doc kata: kamu dari sabak bernam ya..jauh tu. kesian plak nak ulang alik byk kali. kenapa tak bersalin kat teluk intan jer?" dia tanya aku.
aku pun jawap tung tang tung tang dan akhirnya aku cakap: sebab sy nak doctor mariam jgk yg sambut baby sy. tersengih doctor tu tau hahaha...mesti dia terharu. 
tetiba dia cakap "jom lar kita buat ve. kalau dah blh bersalin hari ni kita on terus" 
eh pulakkkkk doctor ni. td suh aku balik dah. dan saat ni lar debaran di dada aku semakin memuncak setiap saat huhuhu..
so masa buat ve, doc kata "laluan tak terbuka lagi..tp takpe sy tlg bukakan sikit ya. tahan ya" doc pun twist...owh sakit ok! again...sakit!! siap ada darah lg. doc kata ni salah satu kaedah selusuh dia. actually aku rasa keadaan ni mcm ulang tayang aku melahirkan amal dulu. mcm ni lar keadahnya pun kecuali time tu laluan dah buka 3cm dan kepala baby dah engage, baru doc twist. kali ni laluan tak terbuka lansung lg dan kepala baby pun blm engage huhuhu... u all rasa mana lagi sakit? hahaha...
pastu doc suh nurse hantar aku masuk wad terus. dia kata insyaallah klu takde apa2 ptg ni lepas asar awak bersalin, esok blh balik katanya. see..doctor ni sgt positif tau. tak byk kerenah and tak guna procedure yg menyusah dan melambatkan. dia ambik jalan mudah jer..takmo rumit2 nak jugak tggu laluan terbuka sendiri sampai berhari2 dok wad huhuhu...yg tu aku tak sanggup. pastu aku ckp kat doc, sy nak pi lunch dulu blh tak. lepas lunch br masuk bilik. dia kata ok no problem, make sure awak solat siap2 nnt kul 2pm kita start the procedure. wuwuwuw...skelip mata kan?!

30 April 2014 ~ 12.30pm
aku dan en.suami pi lunch kejap kat restoran tepi SALAM tu. wlupun dah kena twist tp aku masih blh berjalan mcm biasa. cuma mkn tak berapa nak lalu dah sebab perasaan takut dah mula menerpa jiwa. sempat lg call mak bgtau ptg ni insyaalla blh bersalin. mohon mak dan mak mertua doakan.
pastu kami pun masuk ler bilik 205...solat jamak zohor dan asar siap2. eh jap. sebelum tu aku kena pi labor room dulu utk buat ctg jap. lepas buat ctg baru masuk bilik utk solat.

 bilik 205. besar bilik ni. tapi aku tak bawak toto..so mlm tu en.suami terpaksa tido duduk atas kerusi jer huhuhu kesian sgt. aku mintak tilam extra kat nurse dia kata mmg x provide. biasa suami bawak toto jer katanya huhuhu...mana lar i tau. 

 ok lar bilik ni...ada toilet sendiri, econ, tv flat screen. paling penting family blh berada kat sini sepanjang masa, en.suami terutamanya.

usai solat, aku dah start nangis sebab takut. ya aku takut. walau ini kelahiran anak ke-3 tapi aku tetap takut. salam peluk en.suami mohon diampun kan segala dosa2 dan doakan aku mudah bersalin. 1 lagi aku mintak kat en.suami plz plz plz jgn tinggalkan aku wlu sekejap pun masa kat lr nnt huhuhu...

maka kamipun melangkah ke lr. en.suami kena tggu kat luar jap sbb midwife nak pecahkan waterbag dulu. seriau ok! tp midwife tu sgtttttttttt baik dan sgtttttttt lembut orgnya. dia india...tp aku tak ingat nama. tp aku penah baca kat blog mmg ramai yg puji midwife ni. dia senior nurse kat sini since SALAM masa tu masih lg dikenali sbgi hospital mawar. aku sempat bersoal jawap dgn midwife ni kenapa kena pecahkan waterbag (amniotic sac) dulu sbb masa amal dulu, aku kena induce 1st...then dah terbuka laluan dlm 8cm baru ler waterbag dipecahkan. midwife ni kata klu pecahkan waterbag dulu, laluan lbh cepat terbuka. tapi dia kata kalau aku nak induce dulu pun blh...aku tanya which one is better. dia kata pecahkan waterbag dulu...so aku pun redha...ok utk makluman masa ni aku mmg tak rasa sakit apa sbb mmg xde contraction apa kan hehehe..
masa pecahkan waterbag tu, byk kali midwife ni say sorry kat aku. mcm dia buat salah plak..sorry ya puan..sket lagi..sorry ya puan..sket lagi...tu jer lar dia ulang. lama gak lar procedure ni sebab amniotic sac aku tebal katanya. rasa apa? dah tentu lar sakitttttttt sgt yang oi hahaha..ok sakit tau! again saaaaaakiiiiitttt! tapi tahan jer lar kan. zikir byk2. ingat Allah dan yakin Allah bantu aku. selesai pecahkan waterbag, en.suami pun dibenarkan masuk. sentiasa leaking jer masa ni air ketuban tu keluar. midwife yg baik td tu kata, dia nak balik dah sbb shift dia dah tamat. alahai...tak dpt dia nak bantu aku bersalin ptg kan. dia sempat wish best of luck kat aku. so sweet. 


30 April 2014 ~ 1.55pm

 lagi 5min kul 2pm, aku start di induce through drip. 
ada 3org nurse yg handle aku. ada sorang tu muda lagi and muka dia agak kemasaman nape tah. geram plak aku tgk dia. mujur midwife shift baru ni baik jugak orgnya. sgt lemah lembut mcm ibu ibu gitu. 

 dah start drip huhuhu..i takut sgt masa ni! en.suami yg snap pic2 ni semua utk aku guna dlm blog. terima kasih abang. nmpk tu tgn aku yg kepucatan dan kebengkakkan. masa ni tak henti aku baca doa nabi yunus tu. berdebar rasa hati huhuhu

 ko tgk en.suami ku ini...sempat berselfie masa dok teman aku hahaha
tp masa ni aku mmg tak rasa sakit lagi lar.

30 April 2014 ~ 4pm
aku dah mula rasa contraction. semakin kerap rasa sakit tu dtg, aku semakin berpeluh2 menahan sakit. sakittttttt sgt! ko bayangkan lah laluan nak terbuka secara paksa masa tu. sakit hokay! setiap kali contraction dtg, air ketuban akan keluar. midwife ckp itu maknanya kepala baby sedang memasuki laluan dan laluan juga sedang membuka jalan. kalau dikenang-kenang saat ni mcm tak percaya jer aku sekuat itu utk lalui kesakitan yg amat sgt ni. 

30 April 2014 ~ 5.30pm
sebenarnya aku tak pasti sgt masa ni kul bape tp aku anggarkan masa ni kul 5.30pm lbh kurang, aku dah sakit sgt tak tertanggung rasanya. memandangkan ubat tahan sakit tu dah termasuk dlm pakej, maka aku pun mintak nurse cucuk aku ubat tu masa ni. eh bkn epidural ya. ni apa tah namanya...dia cucuk kat peha. tp sungguhlar aku ada sedikit penyesalan ambik ubat ni hahaha...
masa amal dulu, ntah kenapa aku kuat semacam utk tak ambik ubat tahan sakit ni. hebat tak hebatlar aku masa tu hahaha...
kesannya lepas jer bersalin aku terus rasa segar....siap blh pi bilik air sendiri utk mandi wiladah lepas dihantar ke bilik semula. ehh..en.suami pimpin lar jugak masa tu, apa guna dia ada klu tak membantu kan hehe... tp pointnya di sini aku rasa ok jer lepas bersalin masa tu utk terus mandi wiladah. tp lain ceritanya masa bersalin irfan ni. kesan pengambilan ubat tahan sakit tu, aku jadi khayalllll jer! kalau hilang rasa sakit tu takpe gak. tp bila contraction dtg aku tetap rasa sakit yg amat sgt tu hahaha... cuma dia mcm larikan focus ko pada rasa sakit tu sebab ko dlm keadaan khayal tu jer. tapi tetap rasa sakit. eh paham tak ni? :p aku tak suka ok dlm keadaan khayal mcm ni. sgt tak membantu aku rasa.

30 April 2014 ~ 6.15pm
aku mula rasa sakit mcm nak meneran tu.
oh lupa, sebelum tu midwife ada buat ve 2x utk check bukaan. so far dia kata alhamdulillah progress bukaan jalan tu lancar seperti yg sepatutnya. ada sekali nurse sedut keluar urine sbb bila urine dlm pundi kencing penuh ia akan jd tekanan yg melawan kepala baby utk masuk laluan. masa ni semua procedure tu ko dah tak rasa sakit sbb sakit contraction tu beribu kali rasa sakitnya. yer sakit sgt hokay!
so aku pun bgtau kat midwife aku dah mula rasa nak meneran. nurse 3org pun dtg siap2 apa patut mengelilingi aku. doctor pun tiba masa ni. actually aku tak sedar sgt apa persiapan yg nurse buat sbb aku hayal. yg aku ingat diorang dok pakai apron plastik tu jer hahaha. en.suami setia kat sisi aku dok menahan genggaman tangan aku setiap kali contraction dtg. terima kasih sgt2 abg sbb jd kekuatan utk ma masa ni. so 3nurse + 1 doctor + en.suami..5org keliling aku utk bantu aku bersalin. camne yer nak citer detail..mcm susah plak. dimudahkan cerita, 3x push panjang, dengan sokongan ala2 penyokong bola sepak malaya oleh 5org keliling aku td, irfan selamat dilahirkan tepat jam 6.30pm syukur alhamdulillah. eh serius tau diorang punya sokongan tu sebijik mcm nak menyokong pasukan bola sepak untuk jaring kan gol hahaha...this time aku dapat rasa sgt masa kepala irfan nak keluar tu. rasa tegang jer. dulu2 mcm tak rasa jer huhu... doctor kata dia terpaksa gak buat guntingan epi wlupun baby kecik sebab perinium aku tinggi. kalau tak silap, perinium tu lantai pelvic tu ha. eh klu btl2 nak pasti perinium tu apa tanya cikgu bio ya. aku dulu tak ambik bio hahaha
lepas jer irfan lahir, aku dgr dia menangis kuat gila. mmg smpi sekarang pun klu dia menangis mmg kuat hehehe..tp jarang2 jer nak dgr dia menangis. tangisan dia hanya kedengaran masa basuh berak at the same time dia lapar masa tu. mmg kuat dia jerit hokay. tak padan yg kecik. 
haaaaaaaaa ni 1 citer best. lepas irfan lahir, wlupun aku hayal, aku tetap dgr doc panggil en.suami utk potong tali pusat (umbilical cord) anak. mula2 en.suami menolak sbb takut. tp doc tu cakap lg: eh takde apa nak takut, mari lah potong tali pusat anak awak ni. so en.suami pun potong lar..2x katanya. yg dekat hujung pusat anak dgn yg attach kat uri tu. mlm tu aku tanya dia masa potong tu keluar darah tak? dia kata mestilah ada..huhuhu...berani gak en.suami aku ni hehe. 
lepas potong tali pusat, doc letak baby atas dada aku. masa ni aku bantai nangis beria2 nape tah. td elok jer tak nangis masa nak bersalin. bila pikir2 balik, aku rasa aku nangis sbb rasa mcm tak percaya sgt2 baby muhammad dah dilahirkan dan semua rasa kepayahan aku tu dah pun berakhir syukur alhamdulillah semuanya selamat. serius aku bantai nagis beria tau huhu..
ok masuk plak part doctor nak jahit luka epi dan koyakan. this time aku rasa jgk lar masa doc tgh jahit tu. tp takdelah sakit sgt...oklar..blh tahan. blh dgr dan blh rasa doc jahit tu. aku tanya kat doc byk ke koyak dan kesan gunting tu?  byk ke jahitan? tapi doc just jawap: alar awak jgn risau lar...sket je ni ha. larrrr itu jawapan yg aku dpt huhuhu
utk larikan focus masa doc tgh jahit ni, aku terus mintak hs dari en.suami utk call mak. legaaaaaaa sgt rasanya lepas dpt berckp dgn mak. terus stop nangis. masa ni doc siap ckp (sambil dia menjahit tu) haa puas hati dah dapat cakap dgn mak. mesti anak manja ni. hahaha..yer doc saya anak bongsu mak saya :P mmg manja hokay. 

30 April 2014 ~ 7pm
aku dan en.suami dah berada di bilik semula. td kat lr en.suami dah azankan anak pun lepas anak dah bersih tu. tp aku tak dpt nak mandi lg ptg ni sebab aku benar2 hayal. rasa mcm berada dlm 2 dunia. nyampah tau. nak tido pun takleh sebab hayallllll jer. alhamdulillah sgt2 baby dpt bfd mama utk susu pertama dia. tp sepanjang mlm tu nurse yg jaga baby sbb aku hayal. masa adik ipar dan wife dia dtg melawat mlm tu pun aku hayal..sgt tak best rasa ni huhuhu

td before aku bersalin dia selfie sorang2 tak nampak gigi. this time dia berselfie dgn baby dah nampak gigi. maksudnya dia tersgt gembira lar tu kan? hehehe..

udah2 ler selfie tu bang...kesian kat baby tu ha. sebenarnya aku jeles hahaha

itulah kisahnya...cukuplah 3x aku melalui pengalaman seperti ni.
takmo dah. serik. in fact aku dah deal dgn en.suami, anak kami cukup 3org. lepas ni kita besarkan anak2 ni sehingga mereka jadi yg terbaik insyaallah. takpelah takde anak pompuan pun aku ok jer. kang dpt ler menantu pompuan 3 org insyaallah... kalau aku takde masalah ketika pregnant maybe aku nak anak lg. syok ramai anak ni. tp tu lar...aku pregnant teruk sgt.  kesian kat anak2 yg lain, mcm terabai jer. so Allah dah bagi 3org ni pun aku dah bersyukur sgt sgt sgt... tak putus doa aku moga urusan bersalin dan berpantang aku mudah. syukur Allah perkenankan doa ini. Allah itu Maha Adil, Dia dah bg rasa susah ketika pregnant, Dia mudahkan pula urusan bersalin dan berpantang. syukur. baby muhammad juga sgt mudah diurus...lega sgt mama.

fuh..byk kali wei aku stop masa menulis entry ni. nurse dtg lar...baby nak susu lar...baby berak lar...aku nak makan lar...sidai kain lar...akhirnya berjaya juga menyudahkan entry ni

itu dulu ya...bye semua!

Monday, May 12, 2014

12 may 1980 - 12 may 2014 ~ 34 years old!

Assalammualaikum =)



#modemalasnakmenaippanjang

posted from Bloggeroid

Saturday, May 10, 2014

dua emak

assalammualaikum =)

sebelum bersalin hari tu, hati risau jugak mcm mana nak berpantang di rumah sendiri nnt.
blh ke aku survive?
mak dah setuju untuk dtg sini. otw balik dari hospital terus ambik mak kat kg.
mcm2 mak bawak untuk aku. batu tungku, daun lengkuas untuk lapik tungku, kain batik berhelai-helai. jgn tak caya aku hanya ada 2 helai kain batik dlm simpanan hahaha...
hari khamis-sabtu bidan yang tlg mandikan baby irfan.time bidan takde, mak yg tlg mandikan. meringkuk2 dia, semangat masih kuat utk mandikan cucu bongsu dia. rasa sebak tgk semangat mak nak bantu aku. mula2 tu risau jgk dia dah tak lalu nak bgn duduk angkat baby. tapi kakcik ckp: 'takpe mah ko bg jer dia buat, nnt mak kata ko tak percaya kat dia plak' 
emmm btl jgk kang kecik hati mak kat aku. so aku bg jer dia mandikan irfan, siapkan irfan.. 
pastu mak rajin epok2 irfan. senang hati aku tgk dia gembira. 
pastu mak jugak lar yg tlg panaskan batu tungku utk aku tiap2 hari pagi ptg. ada sekali tu, mak jugak yg tlg masak..mencungap2 dia. kesian.
pastu hari isnin, mak dan bapak mertua plak datang. ya Allah..nampak tak betapa Allah sedang membantu aku? syukur alhamdulillah...
mak abah kuala dtg bawak mcm2 jugak. 
daun mengkudu utk bertungku, hamper utk baby irfan, biskut2 dan mcm2 lai lah.
batu tungku panas2 balut dgn daun lengkuas+daun mengkudu..aroma dia mmg best. wlupun amal tutup hidung, tapi aku suka bau ni.
so bila mak kuala dah ada, mak kuala yg take over semua. semua hokay! 
dapat lar mak aku rehat sket dok layan cucu2 jer.
citer pasal mak mertua plak, dr hari isnin dia dtg tu smpi ler sekarang, dia yg masak tetiap hari. lauk mmg best2. suka en.suami mkn masakan mak dia tau. pastu mak kuala jugak yg tlg mandikan irfan pagi ptg... bila irfan nanges nak susu masa dlm baby cot, cpt2 dia bgn and bagi susu.
aku senang hati jer melepak dlm bilik konon2 rehatlar kan. dah namanya dlm pantang hehehe...
padahal aku dok online shopping jer atas katil tu huhuhu...
menantu hantu sungguh.
tapi malam mmg baby irfan totally dgn aku lar...
ni sementara mak, mak abah kuala ada kat sini, biarlah diorang yg layan cucu2 bertiga ni.
bila iman amal balik dr sekolah pun, mak kuala yg akan layan depa nak mkn nak main dan lain2. Ya Allah...untung tak aku dpt mak mertua mcm ni?? syukur sgt2 tau. 
so masa mak kuala ada kat sini, mak aku take over urusan cuci pakaian plak.
dia yg ambik baju kotor masuk dlm washing machine, dia yg tlg sidaikan baju baby irfan, dia yg tlg masukkan kain dlm dryer, dia yg angkat semula bila dah kering nanti. 
aku buat apa?
ok hobi aku masa dlm pantang ni adalah mengemop dan menyapu hahaha...
dua benda ni mmg aku yg buat.
klu en.suami ada, dia yg tlg mop, aku sapu.
takper...slow2 jer aku buat kerja tu semua. 
masa aku tulis entry ni, dua2 emak tgh memasak kat dapur tu. aku kat depan dgn amal dan irfan.
iman sek. en. suami pun sek. nmpk tak Allah telah mudahkan perkara yg aku dok risau selama ni? 
syukur alhamdulillah...Allah beri aku dua emak yg sanggup buat apa saja utk aku. yg penting kita jgn putus berdoa dan yakin Allah sentiasa beri yg terbaik untuk hamba-Nya. kalau Allah tak beri apa yg kita mintak, mungkin Allah nak bg yg lbh baik atau Allah tau yg kita mintak tu tak baik utk kita. bersangka baik pada Allah :-)

sempena hari ibu esok ( 11 Mei 2014), aku nak ucapkan ribuan terima kasih di atas segala pengorbanan mak berdua pada gmah. emaklah ratu di hatiku dulu, kini dan selama-lamanya.
untuk mak aku, aku dah bgtau hujung bln ni lepas gaji aku belikan hadiah utk dia merangkap penghargaan aku utk pengorbanan dia menjaga aku ketika berpantang ni. 
emm sebenarnya takde apa lansung yg blh dijadikan balasan utk jasa2 emak pada aku. takde apa sbb jasa mak terlalu besar nilainya, tiada yg setanding. hadiah yg kecil ini hanyalah simbolik semata. utk mak mertua plak aku serah pada en.suami nak bagi hadiah apa hehehe..

emm..aku ni emak jgk kan? anak2 aku semua kecik2 lg, harap en.suami lar kot ada nak surprise aku apa2 hahaha..verangan jer lar wakakaka...aku tau takde apa pun huhuhu..takpe2. kot dia baca blog ni, aku bg hint, secret recipe ada jer dekat, kat pekan sabak bernam ni ha :p

itu jer lar...

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA YG BERGELAR IBU!

#sila click utk tgk animation


Friday, May 09, 2014

online shopping lagi~ waist trimmer

assalammualaikum =)

haiii parah dah aku ni
start dr cuti hari tu sampai ler sekarang mcm syokkkkk jer shopping atas katil huhuhuhu
click sana click sini tunggu 2 hari barang sampai 
sampaikan orang pos laju tu dah kenal aku ni
hari tu dgn memboyot perut keluar ambik barang depan pintu
lar ni dalam pantang, mak mertua yg tlg ambik kan
then orang pos laju tu blh ckp: dtg tgk cucu baru ke makcik? hahaha...

 baru jer sampai tadi parcel ni


beli waist trimmer 4stepshape ni ha
harga penghabisan stock rm26 termasuk pos, beli kat fb.
ooo sedap pakai lar bengkung ni sebab dia lebar
i is suka!
elok dia cover dr bawah breast smpi ke perut.
sedap pakai...rasa kejap jer perut
siap ada infrared ni
paling aku suka sebab takyah bukak bila nak ke toilet hahaha
just lipat sket jer bhgn bawah ke atas..then blh membuang dgn tenang
dia ada 4 zip..sekarang ni aku guna zip yg kedua
target blh smpi zip ke 4 insyaallah.
impian di hati nak pakai sentiasa siang dan malam kecuali waktu tidur malam.
waktu tidur aku perlukan keselesaan yg maksimum untuk handle baby.
yer lar dah nama pakai bengkung ni mesti lar rasa tah apa2 jgk kan.
tapi nak perut flat punya pasal...bertabah lar.

ok itu jer nak citer...bye semua!

baby irfan @ day 10

assalammualaikum =)

alhamdulillah syukur... hari ni genap 10 hari baby muhammad berada di luar perut mama
ya...kekadang mama masih panggil dia baby muhammad
sama mcm dlm perut dulu
tapi abang iman dan abang amal mmg panggil baby irfan


sedikit perkembangan baby muhammad setakat hari ke-10:

# berat dia dah cukup 3.0kg

# tali pusat dah tanggal seawal hari ke-5

# jari tangan dia biasanya dalam keadaan terbuka, bukan genggam. bidan kata baby selalunya genggam tangan sebab gayat. so baby irfan ni tak gayat...berani mcm mama. wahhh gitu kata bidan. 

# tone warna kulit berada di tgh2 antara iman dan amal. err paham tak?

 #tido malam ok jer takde masalah. legaaaa mama. tp standard baby lar, still bgn dgn kerap utk menyusu dan berak, lagi2 baby boy. takpe mama dah biasa.

# ya hobby irfan setakat ni adalah berak. takde lg diapers dia yg takde taik hahaha

# ramai yg kata muka baby irfan ikut muka mama..owhhh sejuk perut mama hihihi...

# sama mcm abang amal dulu, dr awal dah start campur bfd dgn fm. mama taknak susah2 nnt. so far alhamdulillah setakat ni bfd dia nak, fm dlm botol pun nak. paling best lps bfd dia mesti nak jgk sket susu dr botol br dpt lena. mcm tu jgk klu susu botol, dia mesti nak jgk bfd sket utk lena.

# time tido, kepala dia lebih kerap hala ke kanan.

# setakat 10 hari ni mama tak berani lg nak mandikan baby irfan. bidan, atuk dan opah yg mandikan irfan hehe

itu jer lar yg mama ingat...bye semua!

Thursday, May 08, 2014

sukan PASTI ~ amal dapat 3 medal!

assalammualaikum =)

tarikh kejadian: 4 mei 2014
hari: ahad
#sukan PASTI Sabak Bernam (combine 11 PASTI)

excited IA bgn awal di pagi ahad untuk pi sukan ni.
abg iman dah berjanji dgn kwn2 dia utk dtg sama bg sokongan kat adik2.
mama is sedih sbb tak dpt joint.
en.suami kati mostly yg dtg bawak anak2 adalah golongan ibu
golongan bapa sikit sgt.
sy dgn en.suami serta parents anak2 dr PASTI AL-HUDA agak frust dgn cikgu dia tau
dah ler cikgu ni yg dtg plg lmbt...
takde hiasan rumah
hiasan perbarisan pun ala kadar
sgt mengecewakan
cikgunya dtg lenggang kangkung tak bawak tikar lansung
makanan dan minuman jauh sekali
yg dia bawak adalah cucu umo 5thn..di mana lepas tu dia hanya busy melayan cucu sendiri
mak bapak lar yg terkontang kanting dok urus penyertaan anak2 PASTI AL-HUDA ni
bersama2 dgn seorang pembantu guru, cikgu anis. 
dibandingkan dgn 10 buah PASTI lain, semuanya gah2 belaka!
en.suami whatsapp gambar2 di hari kejadian...
ohhh sunguh meriah! tapi bukan dr PASTI AL-HUDA :(
mama is kecewa.
memandangkan yg meriah2 tu semua dr PASTI lain so tak kuasa ler aku nak tepek gambo tu kat sini
baik aku tepek gambar anak sendiri hahaha

abang amal yg comel
sayang sgt kat adik dia ni
nak panggil abg cik, dia bkn main marah hahaha

cuaca adalah sgt panas ada hari kejadian
drpd 4 acara, amal mampu masuk 3 jer. 
acara last sekali dah tgh hari tu dia takmo dah...dah letih, dah ajak balik



1st medal yg dia dapat...perghhh muka bangga gila!
balik2 rumah terus excited bgtau dia dpt 3 medal
kaedahnya kalah pun dapat medal jugak as saguhati kahkahkah
pastu siap cakap abg iman dulu masa pra cuma dpt 1 medal time main futsal
udahler moncong jer si abang bila di kata begitu hehehe
3:1...kalau aku pun aku bangga :p

dia selalu ckp...dah beso nnt dia nak main rugby mcm abah
part yg ni aku percaya dia blh sbb dia mmg lasak
abang iman?
err...sekarang dia cenderung main bola sepak
nak main rugby tu...mcm tak berapa kot hehehe

perghhhh apa lar perasaan dia masa ni ek.
yg bertopi merah tu rakan cikgu sekolah sy, ustaz wahid
al-kisahnya en.suami cerita ada 1 ketika amal tersalah org...
pi peluk erat kaki ustaz wahid ni sbb dia ingat tu abah dia
agak2 lar amal...beza gila kot saiz badan abah dgn ustaz wahid ni hahaha
pastu mama dgn abg iman bantai ejek dan ketawakan amal
dia punya marah lar...
ni kali ke-2 yg dia tersalah abah ni
mmg jadi bahan menyakat lar hahaha


tiga medal ok...tiga!
kau adooo??

habis cerita dah...bye semua!

Wednesday, May 07, 2014

goodies bag from SALAM

assalammualaikum =)

keluar dari hospital tempoh hari, SALAM bagi hadiah ni pada saya:

 S26 mama-baby bag!
cantik sgt beg ni tau.
kalau tau dapat bag ni takyah dah beli baby bag hari tu utk irfan.
hari tu siap beli 2 bag baby, 1 utk outing dgn irfan dan 1 lg utk bawak ke rumah pengasuh
ni beg ke-2 S26 yg sy dapat, 
yg 1st dpt masa promotion carnival S26 di giant shah alam beberapa thn lepas. 
kami borong susu 2S6 masa tu
so dpt free s26 mama bag yg sgt cun design dia jugak
still elok smpi sekarang..sesekali jer sy guna buat isi brg2 peribadi klu travel jauh. 

beg yg sy dpt dr SALAM ni dipenuhi dgn pelbagai item baby.
diapers sample jer dpt 10 keping alhamdulillah.
tu tak termasuk baby diapers dr hospital.
dpt susu
dapat sample nappy cream
sample dettol
byk lagi lah
katalog promotion item baby pun byk
paling tak blh blah siap dpt catalog tupperware..apakah?? hahaha

alhamdulilah...ni semua rezeki utk baby irfan.
ate dah namanya bayo mahal kan huhuhu...

itu dulu ya, bye semua!

7 Mei 2014 ~ Happy 35 Birthday abang!

assalammualaikum =)

hari ni hari ulang tahun kelahiran en.suami yg ke-35thn
takde rezeki nak share birthday dgn baby irfan hehe
hari ni juga hari pertama en.suami kembali bertugas setelah bercuti selama 7 hari
bermakna hari ke-8 sy berpantang

buat en.suami;

happy birthday abang! 
ma doakan abang success dan bahagia selalu
terima kasih kerana sentiasa berada di samping ma kala susah dan senang
abang adalah nyawa ma..tanpa abang, ma juga akan mati
kita bina kebahagiaan bersama dgn anak2 ya :-)

so hadiah birthday untuk abang telah selamat ma lahirkan :D
hadiah besday paling bermakna kot ek?

nnt jgn lupa hadiah birthday untuk ma ya lagi 5 hari jer
pastu takmo share dgn hadiah hari ibu tau
means hadiah hari ibu lain dgn hadiah birthday
pastu hadiah hari guru pun nak tau
hadiah selamat melahirkan baby pun nak
so ma nak 4 hadiah yer?
 wakakakakakaka.....
aku insan paling bahagia jika mimpi nak dpt 4 hadiah ni tercapai.


HAPPY 35TH BIRTHDAY ABANG!
MA SAYANG ABANG DUNIA AKHIRAT
MOGA ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA CINTA DI HATI KITA 
TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA!

p/s en.suami berpeluang memotong tali pusat baby irfan tempoh hari. nnt bila dah bersedia, sy coretkan kenangan bersalin irfan di sini ya. buat masa ni, sy masih ngeri nak mengenang saat2 itu huhu...

Monday, May 05, 2014

ephyra pulakkkk :p

assalammualaikum =)

kalau dah nama pompuan..sape taknak jadi cantik oi hahaha
hari tu dah terjebak dgn shaklee complete pregnancy set. 
terkandas jugaaaa...jual half price kat sepupu
vitamin b complex en.suami yg makan
ntah lar...tak menjadi

dan sekarang i terjebak pulak dgn ephyra ni


beli online dari SINI
beli pd harga promosi rm180 and get free mini mp3 player

hari ni hari ke-6 berpantang dan hari pertama pengambilan ephyra
kita nantikan apa akan jadi selepas 30 hari hahaha
en.suami dah perli2..lepas ni jadi cantik mcm memey...ATAU jual lagi separuh harga hahaha
adoi..sejujurnya sy bknlah someone yg rajin consume any supplement sama ada utk kesihatan atau kecantikan
tapi menyedari diri dah semakin tua ni, dan perubahan teruk pada kulit kesan perubahan hormon ketika hamil
kena jugak consume something dan ephyra menjadi pilihan...ecewah.

setakat hari ke-6 ni, muka masih nampak sembab
tapi jerawat degil dah mula menipis..pregnant dulu pun mcm ni jgk
bila baby lahir jer...sedikit demi sedikit semuanya kembali ok
harap kali ni lagi cpt ler dgn bantuan ephyra ni ihik..

biasanya ada peluang utk lelap sekejap di siang hari, sy mesti akan lelap.
ni td en.suami dh bg green light dia tgkkan anak while sy blh tido jap dlm bilik
wahhh best tuh.
tapi jenuhlar memujuk mata suh tido
takmo plak mata ni. ooo degil ya mata. org bg chance tido taknak tido plak
tup tup terpikir...kesan ephyra kah???
ok poyo :p

terus dpt update blog hihihi
ok itu dulu..bye semua!

p/s...korang..terima kasih atas ucapan tahniah kalian :-)


Saturday, May 03, 2014

Bengkung: mcm menyeksa diri

Assalammualaikum =)

BerStokin 24jam...ok takde masalah.
Bertungku 2x sehari... oh suka sgt.
Berurut...lagi lar suka.
Berbengkung??? Adoiiii masalah besar utk saya. Bila dah kena lilit tu oo mak ai susah gila nak bergerak. Ate klu dah x blh nak bergerak mcm mana nak urus anak2? Nak breastfeed baby pun rasa terseksa gila bila tgh pakai bengkung. Tu blm kira bab nak pi toilet buang air. Kata kena minum byk klu bfd baby kan? Sy ni high metabolisme..bila minum byk jwpnya kerap lar ke toilet. Dah 1 hal plak nak bukak pakai bengkung ni. Dah ler kena mengharap belas ehsan en.suami utk tlg lilitkan. Pakai plak di malam hari, lagiiiiiiii lar mcm sengaja menyeksa diri. Nak bgn duduk urus bby dgn beraknya yg 2-3x 1 mlm...bfdnya lagi. Arghhhhhhh nyampah ok kat bengkung ni. Sudahnya sy hanya byk pakai bengkung jns zapp tu jer hahaha... err still pki lg bengkung lilit tu tp setakat nak pi toilet jer lar. Dah bukak sekali x kuasa nak pakai balik. Lps mandi ptg kang pakai ler sekejap...pastu nak pi toilet lg...arghhhhh babai bengkung sendayu tinggi ku hahaha...mak tak terkata apa tah. Yerlar...klu ada org lain yg blh diarah2 buat itu ini, sy sekadar berbaring atas katil mmg x jd masalah. Ni nama jer dlm pantang..tapi kena gak buat kerja2 yg biasa dibuat. Terutama handle 3org tu kan. Ni en.suami tgh cuti blh ler tlg...kang dia dah start keje?? Emmmm...aci tak kalau x pakai dah bengkung lilit tu? Agak2 blh flat tak cik tummy kita ni klu x pki bengkung tu?

Thursday, May 01, 2014

Introducing my little muhammad :-)

Assalammualaikum =)



Name: muhammad irfan hadiy bin ismail ali
DOB: 30 April 2014
Time: 6.30pm
Place: SALAM specialist Hospital
Weight: 2.7kg
Length: 49cm
Method of birth: normal with episiotomi
Mommy's feeling right now: rasa nak lompat bintang!

posted from Bloggeroid

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH