FOLLOWERS

Showing posts with label Pangkor Island 2012. Show all posts
Showing posts with label Pangkor Island 2012. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

10 tips bercuti di pantai

assalammualaikum =)

ok sy sajer jer suka2 nak berkongsi tips2 bercuti di pantai atau pulau yg sy sendiri dpt dr blog kawan2 yg lain. sharing is caring kan? ;-) blh jd panduan untuk mereka yg sedang merancang bercuti di pulau atau pantai.. blh jd check list hehehe..

 tips ini lbh kpd mereka yg bercuti bersama anak2 dan kpd mereka yg suka bergambar macam saya. 
sila pastikan barangan berikut ada bersama percutian anda (ikut kesesuaian masing2 jugak ok)

  1. RM yang mencukupi untuk pastikan percutian anda benar2 bermakna. start saving ur money from now hehe
  2. cukup kalau bawak sehelai seluar mandi untuk diri sendiri dan suami..blh guna byk kali. x perlu pack byk2 buat berat jer balik kang nak memikul baju basah. just tukar baju dan inner jer ok. inner pun kalau blh guna yg pakai-buang lg senang hehe...
3. untuk anak2, pastikan jgn lupa bawa baju mandi dan mainan pasir ni utk mereka ok. baju mandi ni, sepasang cukup, blh guna banyak kali jugak. mmg harganya agak mahal, tp klu pandai cari, u all blh dpt dgn harga yg murah. mcm baju iman ni cuma rm17 kat kedai apa tah dulu dlm tesco setia alam. baju mandi amal ni pulak cuma rm35 sy beli kat pasar shah alam. kalau beli kat jaya jusco atau  1utama mmg lar mahal hehe.. klu blh elakkan beli toys dan baju mandi di kedai2 y ada di sekitar jetty atau tepi pantai coz harganya lbh mahal dr biasa. klu byk RM no hal lar.. beli jer kat mana. 

4. jgn lupa bawak beg plastik 2-3 helai untuk letak baju basah. ada hotel yg mmg menyediakan beg plastik dlm bilik, kat hotel yg kami stay ni pun ada so xde masalah.

5.  dah tau nak ke pantai jgn mengada nak pakai high heels or sport shoes. selipar mcm ni dah cukup. yg penting selesa dan cepat kering. sy cuma pakai sandal crocs..lg cepat kering haha...

 6. bagi yg suka bergambar mcm sy, jgn lupa bawak topi pantai mcm ni ya. byk juga di jual di sekitar jetty dan tepi pantai. nnt sy tayang koleksi topi pantai yg sy ada hehe.. pastu blh jgk bawak baju2 pantai mcm ni ya. byk jgk di jual di area sini.

 7. utk feel yg lbh ketika bercuti di pantai ala2 minah salleh, jgn lupa bwk pario ok. tp kenalar pakai dgn sopan hehe.. pario ni sy beli kat sini jer rm16. sekali pandang dah mcm pakai kain batik plak miahahaha (mcm minah indon pun ada hahaha)

 8. klu hotel yg korang duduk tu ada swimming pool, jgn lupa bwk water toys mcm ni ok. klu tak diorang akan meleleh air liur tgk budak2 lain main mcm2. mula lar merengek. bisa potong keseronokan bercuti. pistol air dan bola ni kami beli kat sini jgk. smpi rumah anak2 sambung main dlm bilik mandi haihhhh

9. lain2 keperluan asas untuk bercuti tu jgn pulak korang lupakan ok. mcm camera, baju2, ipad and psp (supaya anak2 blh duduk diam masa makan) etc etc..

10. dan ini adalah yg palingggggg penting supaya tak menyusahkan org lain. thanx to mr hubby yg belikan sy mini tripod ni, just nice utk canon s95. hubby beli kat flea market am corp mall only for rm10.  

harap semua tips ni dapat membantu anda ok. masa untuk turn off my lappy.  bye semua!!!

our precious moments at pangkor island - final part

assalammualaikum =)

laju laju laju update semua cerita kami di pulau pangkor hehe.. x janji ni entry last sbb lepas ni klu sempat nak buat entry tips2 bercuti di pantai plak. untuk entry ni, sy update laju2 je ok. gambar pun sikit2 jer. noted you semua gambar2 ni tak melalui apa2 editing sbb dah x sempat dan dah malas. so tgk jer lar gambar tak seberapa ni ya. 

anak2 semua bgn awal pagi hari ke-2 kami di sini. hari terakhir lar...dah nak balik pun jap lg. seawal jam 7.45am kami dah keluar bilik utk bfast. anak2 xnak mkn sgt sebab masing2 dah x sabar nak main pasir jap lg. bfast di hotel ni bg sy biasa2 jer...x best sgt. blh lar sekadar mengalas perut. lgpun dah masuk pakej harga bilik yg kami amik ni kan so makan jer lar jgn byk komplain.

tak sempat nak crop huhu...eh ada yg kata sy pakai kain batik ke ni?? mmg nak kena sepuk hahaha

lepas bfast n snap sket2 gambar pakai pario, kami pun cepat2 tukar baju utk ke pantai.
main pasir!! look at amal, dia masih geli2 nak main pasir masa ni. tp better lar dr iman masa sebaya amal dulu, nak pijak pasir pun takut hahaha

anak2 leka main pasir, me and hubby berendam kat pantai. masa ni x panas...redup jer. sgt best...
dahlar private beach, so takde org lain. ada lar 5-6 org yg lain dtg dr hotel yg sama. 

sambung main pasir lagi

 berendam dgn anak2 plak. tp iman x suka sgt mandi kat pantai sebab air masin katanya hahaha...sibuk ajak mandi kat swimming pool lg. 

masa kami kat pantai ni, kami di sapa oleh pemandu bot yg menawarkan perjalanan menaiki bot ke coral island. kami difahamkan coral island lbh cantik dan airnya lbh jernih. blh lakukan aktiviti snorkeling juga di sini. sewa bot pegi balik sekali dgn peralatan snorkeling rm150.00. klu pi ramai2 ok kot. tp kami tak pi kali ni, maybe next time pulak sbb kul 12pm dah check out. klu stay 3d2n ok kot...

lbh kurang sejam kat pantai, sambung mandi kat pool pulak. 


kul 11am kami dah bergerak semula ke bilik sebab kul 12pm dah kena check out. puas hati btl main air lama2 ok...terbaik!

then mcm biasa sblm check out sempat lg berphoto gediks hahaha

gambar ni lepas edit mesti lg cantik. *ok puji diri sendiri*

then kami check out dr hotel dgn perut yg lapar hehe.. jgn lupa minta tlg pihak hotel call teksi utk bawa kita balik ke jetty semula ya. oh ya, payment teksi 1 hala rm10 utk 1 teksi ke pasir bogak dan rm15 utk 1 teksi ke teluk nipah. beli mknn ringan jap kat jetty utk anak2 kunyah masa dlm feri. kami sampai di jetty lumut semula sekitar jam 1.30pm. lps abah antar barang2 kat innova barulah kami lunch, makan nasi ayam n nasi goreng ayam kat restoran sekitar jetty ni. then beli jugak sedikit mknn hasil laut pangkor yg byk di jual di sini. nnt sy display dlm next entry ok. hajat di hati nak jugak jalan2 di sekitar lumut waterfront (bersebelahan jetty lumut) sbb kawasan ni cantik, sesuai utk org mcm sy yg suka bergediks depan kamera hehehe..tp apakan daya hajat tak sampai sbb anak2 dah merengek mengantuk. masuk keta jer diorang terus lelap. kami selamat tiba di rumah sekitar jam 6pm sbb byk beno singgah2 nya. habis daaaaaaaa.... next entry: tips2 bercuti di pantai ok ;-)

our precious moments at pangkor island - part 4

assalammualaikum =)

sambung lagi ngeh ngeh... ada sesaper nak muntah dah ke? hahaha... cuti sekolah ok byk plak masa free mengadap blog. ok selesai sesi photo shoot with my loves and my s95 ptg td, kami pun masuk bilik semula sekitar jam 6pm. rilex-rilex-rilex-having fun with the kids and hubby. sekitar jam 7pm both my kids dah tidur. letih sgt ler tu kan. sy pandang hubby, hubby pandang sy...jom let us start the project!! hubby kata tggu lepas solat maghrib dulu, ok fine. 
eh korang fikir apa ni???? tak baik tau hahaha.... actually dah plan dgn hubby klu anak2 tidur awal, mlm ni kitorang nak keluar dr bilik senyap2 nak having photo gediks pulak miahahaha... feeling like honeymoon gitu, berdua-duaan..  ok sy cuma upload 4 pics here utk mengelakkan korang muak tgk pic2 sy ni ;-)


 masa ni keadaan sgt windy...best sgt! feeling romantik gitu...sambil berjalan berpegangan tgn dgn en.suami...terasa mcm honeymoon plak hihi


4 pics cukup. yg lain2 jd simpanan peribadi kami ok. lbh kurang stgh jam kat luar ni, kami pun balik bilik. anak2 masih tidur dgn lena. hubby buat teh utk kami n cont rilex kat beranda garden villa. having very romantic chat with him ouch! 1 thing yg kami realize, lps kawin, kami honeymoon di bukit tinggi berdua then sy terus pregnant. org tua2 kata bunting pelamin. bila dah pregnant keadaan sy sgt teruk so kami dah xde peluang bercuti berdua mcm pasangan lain. itu jer lar sekali..selebihnya dah bwk anak2 hehehe... syukur alhamdulillah utk semua ini. habis cerita hari pertama...hr ke-2 sambung nnt plak k.bye!

our precious moments at pangkor island - part 3

assalammualaikum =)

sambil2 kemas rumah dan packing nak balik kg, sy cont update cerita percutian kami di pangkor island ok. bkn apa, sy kat kg smpi hr sabtu so klu dah bertangguh cerita ni, alamatnya x terbuat lansung lar entry ni nnt huhu..

ok lepas mandi-manda kat swimming pool, kami blk ke bilik utk bersihkan diri dan siap2 lg. nak ke mana? having photo shoot lar plak hehehe... perut semua dah lapar. so mkn2 dulu kat cafe hotel. masa mkn2 ni amal kelihatan sgt mengantuk. kesian dia. tp x merengek so kita teruskan dgn planning asal.

oh ya klu anda rasa nak muntah tgk gambar2 ni semua sila cepat2 close blog ni ok ;-)
















*tak sabar nak edit gambar2 ni semua dah start buat photobook*
sekian terima kasih.

our precious moments at pangkor island - part 2

assalammualaikum =)

sempat lg buat entry ke-2 sblm balik kg hehe.. ok sy sambung citer. lepas check-in, kami solat then terus siap2 nak pi terjun swiming pool. paling x sabar dah tentu abg iman..selagi tak ke swimming pool, selagi itu bising mulut dia. layan kan ajer kerenah anak2 yg mencuit hati ni hahaha... 

 masa ni hujan masih turun. tapi kami redah jer. dah tentu nnt terjun dlm pool semua basah jgk kan. tawakkal jer utk anak2 ni. tgk tu abg iman dah laju ke depan, xmo amik gambar dah.

 ini swimming pool utk dewasa..dpt jgk sy dan en.suami berendam dlm ni huhu serius best! dah lama x buat kerja gila2 ni.

 ini plak swimming pool utk kanak2..just nice utk iman dan amal. actually me and my hubby pun lama spent masa kat pool kanak2 ni jer...dok kawal amal. byk kali jgk dia tenggelam. tp dia ok jer...masih nak teruskan main air wlupun dah hampir lemas hehehe

 warm-up dulu

 see dah xde org lain sbb hujan makin lebat masa ni. kami x kira...biar basah bersama hahaha

 conquer the pool hahaha...best sgt! semua org ketawa

 splash here splash there...

 budak paling happy

 menggigil2 kesejukan tp bila ditanya nak stop x? cepat jer jawap 'amal nak main lagi'...camtu lar budak2 klu jumpa air kan. tp xleh selalu lar..

 'buaya dan sang kancil'

yg naik blkng 'sang buaya' tu adalah 'sang kerbau' hahaha

banyak lg gambar yg kami snap. tp cukuplah yg ini utk kenangan di dlm blog. lbh 1jam kami having fun kat swimming pool ni. anak x tido2 dr bertolak pagi td. asalkan jgn merengek mama ok jer. oklah semua...nnt klu sempat sy cont lg ya. now nak sambung lipat kain yg dah menggunung ni...bye semua!

Tuesday, March 13, 2012

our precious moments at pangkor island - part 1

assalammualaikum =)

lama sy tak update blog. actually kami sekeluarga bercuti (again?) ke pulau pangkor utk 2D1N (12-13 mac 2012). cuti sekolah kan...apa lg yg best selain bercuti menenangkan fikiran dan menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak dlm suasana yg sgt meninggalkan kenangan pd kami semua.. menghabiskan RM juga. percutian kali ni dah plan lbh kurang 2mggu awal. klu ke CH sblm ni kami membawa misi utama utk makan-makan, kali ini misi kami adalah utk relax dan mandi-manda sepuasnya. so kami decide xnak buang masa utk pusing2 sekitar pulau. lgpun sblm ni sy dah penah ke sini (sblm kahwin), dah penah pusing pulau..xde apa sgt. bg sesiapa yg blm pernah bercuti ke pangkor island, sy cuba tinggalkan tips2 percutian di sini utk panduan anda semua ya :-)
perjalanan kami bermula jam 10am isnin utk ke jetty lumut (tempat utk kita naik feri ke pangkor island @ PI) lbh kurang 11.30am kami dah smpi. x jauh sgt pun tp ntah knp sblm ni x pnh bercuti ke sini. asik pandang yg jauh jer padahal serius best klu nak rilex2 di PI ni. feri ke PI banyak, xyah tggu2 pun sentiasa ada jer. tiket utk dewasa RM10 pergi balik dan kanak2 RM5. actually ada lg 1 jetty yg menawarkan perkhidmatan feri ke PI iaitu dr Marina Island (Teluk Batik) yg baru saja beroperasi. otw balik td sempat pi jenguk jetty ni. blm ramai pengguna kat sini. harga tiket sy xtau tp mungkin lbh mahal sbb dr banner yg ada kat situ, masa dr jetty-PI cuma 10min berbanding dr jetty lumut-PI yg mengambil masa lbh kurang 30min. haaa panjang lebar dah maklumat yg sy bg. dpt membantu anda tak? sharing is caring ;-) o lg 1, gambar2 dlm entry ni blm melalui proses editing. malas ok huhu... nnt nak edit masa nak buat photobook jer. ya special photobook for this vacation sbb besttttt sgt utk kami. serius rasa nak pegi lg ok.

 bila nak masuk kawasan lumut, mendung mula berarak. alahai...hujan ke kat PI nnt? jwpnnya YA! tp kami tak kira dgn hujan itu...aktiviti tetap berjalan ikut plan. xnak buang masa tggu hujan berhenti. lgpun hujan kat rahmat Allah SWT utk kita semua? so x perlu takut hujan...

sampai di jetty lumut, lepas parking kami lunch dulu. hujan sedang turun mencurah2 masa ni. oh ya kawasan parking mmg byk di sekitar jetty ni x perlu risau. kami pilih parking bertingkat yg bayaran cuma rm8 utk 24jam. sila compare dgn parking keta kat kl, jauh lbh murah ok huhu... kami just lunch di restoran bawah parking bertingkat ni. 
 menu yg sy pilih. eh cukup ke?? gila ko klu mkn ni jer hahaha...

 haaaaa ni yg utama pergh meletopp!! tq en.suami yg tlg sy kopek kulit udang dan ketam ni. ohh manja kamu ya?? miahaha..

 ini utk iman nasi kuah kari dan ayam goreng. sama dgn amal punya. menu en.suami tak sempat snap huhu... ok dah kenyang semua jom melangkah ke jetty...

 cer tgk berpusu2 org nak ke PI wlupun hari isnin. maybe sebab cuti sekolah kot.


 sebelum melangkah masuk ke feri, sempat kami snap this pic. keadaan feri not bad, ada econ yg sejuk wlupun ramai org. xde gambor dlm feri ok..

 dah slmt smpi di Pangkor Island

 teksi pink utk ke hotel. ok kat PI ni ada 2 pantai yg popular iaitu Pantai Teluk Nipah yg happening dan Pantai Pasir Bogak. driver teksi ni kata pantai teluk nipah lebih cantik dan happening berbanding pasir bogak. hotel, tempat makan dan kedai jualan cenderahati pun lbh byk di persisiran pantai ini. sy dah penah ke pantai ni dulu, serius crowded. so this time kami pilih utk stay di PUTERI BAYU BEACH RESORT di pantai pasir bogak. besttttt sgt sbb ada swimming pool yg jaraknya cuma lbh kurang 100m dgn private beach hotel ni. terasa pantai ini ana yg punya hahahaha...

 masa nak check in hotel. kami smpi lbh kurang jam 2pm, so kena tggu sekejap sblm dpt masuk bilik. hujan masih lebat masa ni. nnt sy akan tunjukkan persekitaran hotel ni ok. really suggested to you out there. blh click kat link di atas utk tgk website hotel ni. konsep hotel ni adalah suasana dalam kampung..oh sy suka! landscape sgt indah! sape yg nak honeymoon blh dtg sini ok :-) 

 belakang mercu tanda hotel ni adalah kawasan chalet. kami stay di GARDEN VILLA. actually klu ada extra RM blh stay kat BAYU VILLA yg mengadap pantai serius romnatik jer. siap disediakan buaian kat dpn bayu villa tu. 

 see dekat je kan swimming pool dgn private beach dia.




 bilik kami.sgt luas utk kami ber-4..anak2 blh berlari sesuka hati. semua org enjoy..

 ok lihat pd keluasan garden villa ni ya. jgn lihat yg lain hehehe

 snap from the balcony. anak2 blh main bola depan ni


 inilah rupanya garden villa- connecting room dgn yg sebelah lg

tgklah...cantik kan. tak sabar nak berphoto gediks kat sini hahaha...

ok cukup dulu utk part 1 ok. xtau lg bila blh cont part 2 sbb esok sy dah nak balik kg. ada urusan di kg yg perlu dibereskan... babai semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH