FOLLOWERS

Showing posts with label home deco. Show all posts
Showing posts with label home deco. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

deco raya 2017

assalammualaikum semua =)

alhamdulillah dah 26 hari kita puasa. lagi 3 hari insyaa Allah nak raya dah.
so kat villa comel kami ada ler sket2 ganti baru ambik mood nak raya.

sofa baru. puas hati dapat sofa merah muahahaha
yg ni mmg niat nak tukar baru dah lama, sbb sofa lama aku tu dah rosak. 
pastu letak juga owl hijau tu sebagai throw cushion. tema living hall masih kekal merah hitam dan putih. pastu aku byk guna item2 berwarna hijau di sini bg mengelakkan mata jadi merah bebeno..tu sebab pilih owl hijau.

owl hijau ni..menyemak aje sebenarnya hahaha
aku dah selamat pi simpan kat bilik nom.4
living hall dah le kecik. dtg 5 ekor ni plak menyibuk..arghhhh simpan ajelah hehehe
kot ada tetamu nak dtg blh keluarkan, sbb masa ni mainan2 blh simpan. sekarang kita bg keutamaan kat mainan anak2 dulu.

pastu carpet baru. oh best sgt carpet ni. aku beli online. harga pun reasonable. tebal dan lembut nya tu..ya ampunnn aku sukaaaa. best aje kami guling2 atas carpet ni tgk tv.

nampak tak kerusi panjang tu? aku nakkkk sgt remove kerusi tu dan gantikan dgn 2 bijik wing chair kat situ. mesti nmpk lebih elegant..gittteewwww.
TAPIIII bhgn bawah wall kat situ agak comot. klu letak wing chair mesti terserlah kecomotannya. ku tak suka huhu..
so kita tangguh dulu wing chair. hajat di hati, cuti sekolah hujung tahun nak upah org cat dinding living hall dan sedikit dinding menghala ke dapur. ok kalau dah cat, blh dah letak wing chair kat situ. 
4 toys storage tu nak letak kat mana nnt? adalahhhhhh idea aku dah cantik dah ni. peruntukan utk tu pun insyaa Allah ada. tinggal masa aje lagi takde. yerlah..kena tggu cuti sekolah panjang utk urus semua ni. 

pastu ada lah frame gambar keluarga yang baru kat situ

itu aje...nak raya dah. yeayyyy!

bye semua!!

Tuesday, June 28, 2016

susun atur baru bilik anak2

assalammualaikum =)

mcm byk je masa aku update blog sekarang ni kan.
sebenarnya aku rehat jap dr jualan toys bulan puasa ni.
tak larat.
last pengeposan hari tu dlm minggu pertama puasa, pastu aku stop.
nnt lepas cuti raya continue semula belah guni.
alhamdulillah stock masih ada. jumaat ni pun masuk stock lg alhamdulillah sgt.

alkisah di kala org lain sibuk buat kuih raya, aku mmg xde lar nak buat hahaha.
microwave jd gajah putih dah kat dapur tu.
kebetulan warna dia pun putih. elok beno lar tu hahaha

aku dok sonok2 susun atur semula bilik anak2.
actually takdelah nak susun atur semula pun.
tapi terpaksa hahaha
sebenarnya kami ada beli locker lelong lepas prk hari tu.
locker besi utk polis (petugas) prk yg di lelong. so aku plan nak bg iman locker ni sebab dia tinggi. comey plak ada warna oren tu, sesuai utk kanak2. so almari iman bg kat amal..almari amal bg kat irfan. gitulah plan nya.  tapi mana ada ruang dah dlm bilik tu nak masuk almari. tu yg terpaksa susun atur semula. ni semua projek ahad lepas. nak dijadikan cerita, tgh nak alih2 katil tu tetiba prakkkkkkk katil anak runtuh! phewwww!!! jenuh en.suami terpaksa plak bertukang betulkan katil masa tu. udah ler tgh puasa. kesian sgt kat dia. en.suami kata, klu runtuh lagi, kta beli je katil baru utk anak. ewahhhhh mama suka je hahaha...
sebenarnya dah pernah runtuh pun sebelum ni katil tu.


so ini susun atur terkini bilik anak2.
masuk2 je nmpk katil tu. dulu katil tu letak tepi dinding kiri, now letak bawah tingkap. 

 ni pula sy snap dr katil anak. sudut belajar masih tak berubah kecuali dah diletakkan locker besi oren kat kiri tu. belah kanan pula letak rak ikea tu.
memang setiap sudut setiap ruang penuh dgn mainan anak2 aje hahaha
takyah nak heran sgt lah ya hahaha

 almari amal letak belah sini (ruang lama katil). kat pintu tu tempat sidai tuala anak2. ingat nak tukar label storage tu semua. tp blm berkesempatan. hujung tahun ni insyaa Allah.

 so locker oren tu jadi almari iman dan almari kecik tu jd irfan punya. alhamdulilah semua muat dlm bilik kecik ni. tapi isi dalam almari blh di tukar. sabtu or ahad ni lah mamam buat ya hehe.

 katil anak2 kat tepi tingkap.
dah 2 malam depa tido atas katil ni.
mcm pelik ek statement ni? sblm2 ni tido mana?
ok sbnrnya before ni anak2 tido dlm bilik ni juga tapi kena bentang tilam besar kat bawah utk depa berdua. amal tu ha...takut tido sorang2. nak jugak tido sebelah abg dia.
harap dgn susun atur baru ni, depa kekal tido kat katil masing2.
lagi kan...iman amal ni, klu masa cuti je mesti nak tido depan tv. jumaat malam dan sabtu malam mmg akan tido depan tv. dah terbiasa mcm tu. 



 ini ruang utk tarik katil bawah tu di malam hari.
that is why tak letak apa2.
insyaa Allah weekend ni en.suami akan grill tempat gantung sejadah kat bawah deretan kereta tu. haritu en.suami dah tak larat.


itu ajelah. bye semua!

Tuesday, December 15, 2015

sudut belajar anak2 sempena tahun baru 2016

assalammualaikum =)

sukaaaaaa sgt cuti sekolah sebab time cuti ni lah aku blh melayan jiwa dengan mengemas itu ini, ubah deco itu ini.
ya...itulah hobi TA.

sebenarnya takde apa perubahan sgt pada sudut belajar anak2 aku ni,

 cuma aku complete kan ABC mat kat dinding bhgn bawah tu.
sebelum ni tak complete, sbb x cukup.
kbtln dpt ABC mat dlm guni, so aku guna lar utk bagi penuh dinding tu. 
kerusi hitam tu nampak spoiled ke kat situ?
tak kisah lar, kerusi hitam tu wajib ada kat situ, tempat duduk TA atau en.suami yg garang ketika memantau anak2 belajar muahaha
klu takde kerusi hitam tu mana aku nak duduk woi.
takkan memanjang nak berdiri cekak pinggang pegang rotan hahaha
pastu sebagai deco tambahan ku selitkan ridsect di situ hahahaha
tu keje laki aku ler tu.
senang je, lepas spary bilik anak malam2, terus letak situ, adeh hai abang.
aku plak lupa nak alih masa snap pic ni.
biasa mmg aku le pun tukang kutip spary tu simpan tempat dia.

 alhamdulillah mama rasa sudut ni dah cukup baik utk keselesaan anak2 belajar.
antara nak atau taknak belajar je lagi huhu

comey dak?

ok tu aje...
bye semua!

Sunday, December 13, 2015

dekorasi bunga dari Cameron Highland di VCK

assalammualaikum =)

rindu sgt nak update blog.
maka pagi ni sy gagahkan diri utk on laptop.
byk cerita yg nak di catatkan di sini, sebagai kenangan utk anak cucu.

walau TA agak sibuk lately, tapi minat pada deco2 rumah tak pernah padam.
baru2 ni kami sekeluarga having short vacation di Cameron Highland.
mcm biasa aku terjebak dgn bunga hahaha
walau dah tau bunga2 ni tak tahan lama, tetap gak nak beli aduhai...
takpelah sesekali merabakkan poket utk kepuasan diri gitu.

mula2 dah menanam azam taknak beli bunga,
sekali dpt plak surprise red roses dr en.suami
hikhikhik..wife mana x suka dpt surprise flower cer kabo.
semua mesti tersengih2 terawang2 jap.

 tq ya en.suami
i luv you more muargh muargh

red roses di samping ciki si bantal irfan hehe
suka sgt dia dgn ciki dia ni.
dok peluk sakan dlm kereta,
kalau kat umah bantal gitar, tu lar favo dia.
mama pernah cuba bagi gajah pink kat dia.
alo comel sgt gajah tu.
jgn kata nak pegang, dia terus tepis aje hokay.
byk kali bagi still dia tepis.
anak jantan sungguh hehehe

ok berbalik pada cerita deko bunga di vck.

 tauke kedai bunga tu kata bunga ni dah di awet sebelum di petik lagi. so tahan 2thn. 
syarat penting: jangan letak air langsung.
maka TA pun percaya.
but now baru seminggu dia dah mula layu muahahaha
aku terpedaya aku terkena cessssss
takpelah, aku take at positive part, tak pepasal aku dah berjaya cuci bunga2 plastik yg dah berhabuk.
kan bagus namanya tu? hahaha

 so inilah deco di sudut katil master bedroom

harum semerbak bilik tidur kami dgn bunga2 hidup ni.

 ini pula deco di ruang tamu.
TA tak suka letak bunga2 atas meja makan.
dah pernah cuba buat.
tak effective langsung.
so atas meja makan mesti kosong pabila di luar waktu makan. 


 ini pula red roses yg en.suami bg td.
sy hiaskan di ruang laundry sebab bunga ni perlukan direct sunlight dan juga air
ini pandangan dari sinki dapur.
setiap kali cuci pinggan, dapat tgk view ni.

 inilah rupanya...
bunga padi ikea tu tetap segar walau dah bertahun muahahaha


cantik di mata ku
cukup sempurna.

ok itu aje utk pagi ni...
sambung lagi ntah bila huhuhu

bye semua!

Thursday, February 12, 2015

VCK: my kids homework station

assalammualaikum =)

schedule entry ni u all, taip sekali ptg semalam.
nak update blog masa keje btl2 tak sempat dah skrng ni.

cuba korang search homework station kat pinterest.
perghhhhhh macam2 deco yg kuar semua cun2 menggoda jiwa.

alhamdulillah...since masuk pindah ke vck 3thn lalu, homework station a.k.a meja sudut belajar anak2 yg ada meja kerusi diberi keutamaan utama.
mmg set up siap2 for long term use..means perabot yg dipasang blh guna smpi anak2 dah besar kelak insyaallah. 
sebenarnya dah pernah tayang homework station anak2 sy dlm entry ini
tapi this time sy makeover sket bg lg cun.
alarrrrr bkn hebat sgt pun hahaha
saja buat ayat yg nmpk hebat :p

ini dia homework station anak2 sy di vck
most of things here beli kat ikea

 baru install benda ni ha untuk letak segala mcm alat tulis iman amal.
bekas merah putih tu dah lama beli sbnrnya.
yg baru beli cuma dia punya besi bygel tu

 emmm nape tah takde plak gambar yg sy snap dr pandangan hadapan homework station ni hahaha
takpe, yg nak tgk pndangan hadapan blh click kat link entry atas tu ha
ada pic kat situ
cuma pic yg tu takde lg install bekas alat tulis ni

mmg kat sinilah tempat anak2 buat homework mereka setiap malam.
amal, since masuk pra ni mmg takde homework
so mama bg dia buat latihan dlm buku kerja yg mama beli sendiri 

ok itu aje nak share
bye semua!

Friday, January 09, 2015

new decoration of my work space at staff room.

assalammualaikum =)

*tajuk nak omputih aje. nyampah*

salam pagi jumaat yg indah buat semua
hujan sepanjang malam, so pagi ni sejuk damai aje alhamdulillah
suka dgn cuaca mcm ni.

tahun 2015 bermakna masuk 11 thn sy di SBPISB.
mmg berhajat utk thn ke-11 ni nak ubah dekorasi,
 nak sisihkan apa patut dr work space sy di bilik guru.
masih di tempat yg sama since sy posting pd thn 2005.
ada juga ura2 suara yg suh sy pindah dok bilik ketua bidang sbb sy su bidang dan juga GC
tapi smpi ke hari ni tiada arahan rasmi so tak perlu lar susah2 nak pindah kan?
emm mungkin itu suara2 yg tak suka sy dok bilik guru kot hahaha
abaikan.

maka utk tahun 2015, tiada lagi key chain yg bergayutan di work space sy ni
semua dah simpan elok2 dlm storage
kenangan gak semua tu kan

inilah dia simple decoration of my work space
mmg tak suka crowded
rasa takleh buat kerja klu meja dlm keadaan crowded
rasa lemas

ruang keseluruhan work space sy.
L shape table.
paling penting semuanya mesti dlm keadaan tersusun dan kemas.
deco tu takde apa sgt pun selain ada ayat kufi dan bunga di situ

 ayat kufi ni mcm biasa print sendiri aje atas glossy paper then tampal atas mounting board hitam.
moga lebih byk zikir yg dpt sy lafazkan dgn adanya ayat kufi ni di sini insyaallah
segala mcm to do list dan nota2 penting blh sepit kat tali tu
saja suka2 hahaha
actually kalau nak cucuk je kat soft board tu guna thumb tack warna warni tu pun blh :p

 bunga beli kat kaison
pasu ultraman dpt free masa pi hatyai tempoh hari
bekas air sbnrnya tu
3 botol kosong actually bekas paper clip.
nnt dah edar slip pbs blh masukkan semula paper clip dlm ni

 simple aje, yg penting mata tak serabut memandang

ni bhgn kiri meja sy td
kang ada yg pelik plak kenapa cikgu tak byk buku hehehe
banyakkkkkk ni ha sy simpan kat rak buku 3 tingkat ni
penuh
dlm almari tu pulak penuh dgn fail2 dan dokumen penting yg tak blh disisihkan
atas almari adalah ruang utk tugasan2 yg pelajar hantar
so takdelah kacau atas meja sy kan.

ok itu aje..
cuti tinggal 2 hari je ni huhuhu

ok bye semua!

Friday, January 02, 2015

VCK: my SOHO new decoration

assalammualaikum =)

lewat bersiaran hari ni.
bersiaran dari sekolah, 
setelah penat melakukan kerja2 yg tak pernah habis itu huhuhu

dlm entry ni sy nak share makeover soho saya di VCK. 
sedikit pun takde niat untuk menunjuk2. 
sekadar untuk abadikan soho saya di dalam blog ini.
juga utk perkongsian idea dan ilmu 
moga boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang punya minat yg sama dgn saya: main deco2 hehehe
soal menunjuk2 ni sebenarnya bertitik tolak pada bagaimana cara penerimaan / pandangan kita pada sesuatu itu.
kalau kita terima / pandang secara positif, maka positif lah hasilnya.
kalau negatif? negatif lah hasilnya. 

ok jom tgk new decoration of my soho

ok tak u all?
saja suka2 ubah mood sempena tahun baru
bila decoration baru, maka semangat nak buat kerja tu pun dtg lain mcm
gigih makeover masa cuti hari tu hehehe
nampak tu dah mcm dpt set meja dan kabinet baru gayanya hahaha


lilin itu hanya prop utk snap gambar ala pro kihkihkih
LOVE merah asalnya putih sy beli di kaison. 
spray merah maka merah lar hasilnya.
tin2 merah polkadot putih juga sy beli di kaison.
sejak kaison ada kat aeon manjung ni, senang i nak pi jenguk hahaha

puas hati sgt dgn hasil tangan sendiri mendeco soho saya ni
dah tentu dgn bantuan en.suami juga utk kerja2 yg agak sukar.


kabinet ni asalnya warna kayu tu. 
beli dari kedai 2nd je u all.
nak bagi nmpk baru maka gigih pasang wallpaper ni huhuhu
bukan 1 kerja yang mudah ok. 
memandangkan softboard warna biru dan kerusi warna hijau
maka wallpaper bunga biru daun hijau ni sgt bersesuaian.
cubaaaaaaa nak elak dr warna merah plak
tapi i gagal..ada gak merah kat bhgn atas shelf hahaha
korang nampak surat saman yg i display kat softboard tu? nampak? nampak?
ntah bila nak bayo huhuhu

bunga juga i tukar baru. 
beli kat kaison juga.
nampaknya bunga ni berjaya memberi nafas baru pada soho sy ni.
takde lar asik guna bunga purple tu aje kan hehehe

merah di atas shelf.
 takleh nak elak kalau dah minat merah.

ayat kufi ni sy print sendiri pada glossy paper dan masukkan dalam frame yang di beli di kaison.
eh aku ni dah mcm promoter kaison plak wakakaka

kalau dah addicted pd organizing and decoration, inilah hasilnya
alhamdulillah
gigih label sana sini termasuk rak fail tu semua. 

apapun saya suka sgt kat soho saya ni
korang tak suka takpe..dok diam2 ya hehe

moga dapat dijadikan inspirasi buat anda semua
ambil yg positif ya
yg negatif buang jauh2

itu dulu...bye semua!

Saturday, December 27, 2014

DIY Project on Weekend #12 ~ kids reading corner at VCK

assalammualaikum =)

alhamdulillah syukur sgt2 bila en.suami tunaikan impian tuan tanah utk wujudkan kids reacing corner di vck.
terima kasih ya abang, really appreciate.
mmg dah lama sy menanam impian utk wujudkan kids reading corner utk anak2.
ni semua pengaruh pinterest huhuhu
tapi utk kebaikan anak2 tak salahkan.
yer lar anak2 lelaki ni tau lar mcm mana kan, 
kalau tak di guide utk belajar, membaca dan cintakan buku mmg takde arr
mainnnnnnnnn dan makan jer yg depa tau huhuhu

actually kat vck dah ada mini library
ko tau lar kan kalau dah kata library tu semua buku tersusun rapi kat rak.
mmg takde tarikan lansung utk anak2 membaca
lagi2 bila ps2 juga di pasang di mini library kami
so ps2 vs buku korang rasa mana menang? huhuhu

maka inilah hasilnya :-)

suuuuukkkaaaaaaaa sgt!
semua ni DIY tau u all
jom tgk camne nak buat
harap korang blh gunakan idea ni utk anak2 korang plak ek. 

 inilah dia bahan2 yg sy gunakan.
1) papan ni beli kat daiso taiping sekeping rm5. ada dua saiz tu.
2) gam uhu utk kayu beli di mr.diy
3) sesiku L utk ampu papan rak buku di dinding
4) spray paint mengikut warna yg digemari..semestinya merah!
5) *tiada dlm gambar* hurup R E D beli kat kaison. asalnya warna putih. sy spray merah juga.
huruf A dah habis jadi gunakan kreativiti, beli frame kat kaison dan print out huruf A.

projek ni semua kami siapkan pada hari yg sama kami balik dr kk, singgah aeon manjung then ptg tu smpi umah terus mulakan projek DIY ni.
gigih en. suami i tau
tp smpi umah tu i bg dia dan irfan tido puas2 dulu, utk recharge energy hehehe

 masa depa berdua tido i lekatkan dulu papan ni menggunakan gam uhu kayu td.

 bila en.suami bangun tido, dia pun mulalah melayan kerenah isteri dia ni ahaks
dia tlg spray papan dan huruf tu dulu
yg love tu utk projek lain ihiks

 ini lokasi reading corner ni.
di hallway ruang tamu ke dining area.
actually ni dinding bathroom anak2, setentang dgn bilik mereka.
pintu tu pula bilik utama vck.
blh imagine dah kat mana kan? 
kiranya kami menggunakan ruang yg ada dgn maxima
 so en.suami pun mulalah kerja2 drill dinding utk lekatkan rak papan ni

bila rak buku dah tersiap pasang, sy ambil alih pula utk kerja2 mendeco
totally deco by myself :-)
tilam tu adalah tilam baby cot yg dah tersimpan bawah katil
alhamdulillah ada juga gunanya.
bantal2 tu semua beli kat kaison
actually sy cuba lari dr warna merah semata2..
cuba utk jadikan lbh colorful sesuai utk kanak2.
 rasa dah ok dah ni, wlupun tetap merah mendominasi hahaha

masa kerja2 diy sudut ni, iman amal takde,
bila depa balik umah, wahhhhh excited sgt depa tau tgk sudut ni
terus lepak adik beradik baca buku kat sini
nnt lain entry sy share gelagat anak2 sy di sini ok

 koleksi buku2 ni semua hasil tangkapan di BBW dlm beberapa thn
eh ada juga yg beli sendiri.
iman dan lancar membaca..english pun dah kira lepas dah
so dia lar yg rajin bacakan buku utk adik2

patutnya huruf A dlm frame tu takyah border kan hehehe
tgk lar nnt kalau rajij sy print out yg baru k

sukaaaaaa si kecik ni dtg ke sini tau
yerlar..colourful kan, sgt menarik lar pada kanak2
mula2 tu risau juga kot2 tilam dan bantal2 ni semua mengacau sy nak mop dan sapu lantai
rupanya tak kacau sket pun
ok aje takde apa
laluan masih besar.

alhamdulillah...gembira sgt sy dpt siapkan sudut membaca ni utk anak2

moga dpt iman amal irfan manfaatkan sebaiknya
insyaallah.

itu dulu utk entry kali ini
insyaallah akan dtg sy share kan gambar2 kids reading corner yg menjadi inspirasi sy.
 emmm lupa lak, pic outing kami ke farim in the city dan icity semalam sgt byk
nmpk gayanya lambat lg nak cerita pasal tu huhuhu
tggu tahun depan ek :D

oh ya, kalau rajin, why not you all buat sudut mcm ni di rumah utk anak2
pasti mereka suka

ok dahhhhh
bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH