FOLLOWERS

Sunday, September 30, 2012

candle on the table

assalammualaikum =)


How far that little candle throws its beams! So shines a good deed in a naughty world. 




sekarang ni sy cukup suka baca blog and website berkaitan home deco.
mula lar terasa nak itu nak ini hehehe 
mmg plan nak letak something atas meja makan ni
biasa kita lihat bunga segar menjadi pilihan utama utk diletakkan di atas meja makan
cantik..mmg sgt cantik
tp sy pilih lilin utk diletakkan di sini
sekadar hiasan, bukan utk dinyalakan hehehe
biasanya sy tolak semua ni ke hujung meja supaya tak ganggu proses mkn beradab ngeh ngeh ngeh

itu dulu ya. jumpa lagi nanti and bye!

Earth Laughs in Flowers

assalammualaikum =)

Flowers are restful to look at. They have neither emotions nor conflicts. 



larrrr bila lar sy mula jadi pencinta bunga ni kekeke...
apapun kehadiran bunga ni di tepi katil benar2 menyegarkan pandangan. 
di sinilah tempat sy meletakkan handset, cermin mata dan botol susu amal setiap malam :D
bunga di beli dari kaison
vase and photo frame adalah hadiah dari anak murid saya

salam hujung minggu buat semua!

Saturday, September 29, 2012

aktiviti terakhir: dinner @ Restoran Flaming Steamboat Buffet

assalammualaikum =)

inilah tujuan utama khamis lepas. ada jamuan mkn malam untuk pelajar elite SBPISB di restoran flaming steamboat buffet shah alam. semua guru dijemput hadir. so alang2 ke sini, kami jadikan agenda harini 5+1 kekeke...bijak kan? lepas solat jamak di surau petronas highway kesas, kami meneruskan perjalanan ke restoran yg terletak ni kota kemuning ini. perghhh ayat karangan BM PMR sungguh wakakaka..... kami smpi sekitar jam 6.30pm dan masa ni restoran dah penuh dgn warga sbpisb yg hadir. eh, org luar pun ada jgk menyibuk masa ni huhu mesti diorang pening sbb rombongan sbpisb ramai gila 2 bas ok!


adakah aku sempat snap gambo setiap makanan? huh buang masa jer nak snap gambo mknn sedangkan masa tu kawan2 dah start makan2 sbb kitorang smpi agak lewat. so tanpa membuang masa, kitorang joint terus acara makan2 tersebut. rupanya agak melecehkan bila nak mkn steamboat dgn anak2. tp itu bkn mslh besar utk kami coz kitorang dah tau mcm mana nak handle keadaan gini. yg penting mkn! 

nampak tak pengantin baru sebelah tu. pakai tudung ada crown you!


 nampak tak yg busy semacam tu? dialah mastermind program ni. tq kak sally!

 tgk gambar jer lar ok hehehe

 entah kenapa aku semakin jatuh cinta dgn tudung soft awning setelah berjaya mengepow tudung anak sedara aku ni hehehe...korang percaya tak aku sama saiz dgn anak sedara aku yg baru darjah 5? sila percaya ok..nnt ada peluang akan kubuktikan di sini...eh tak! dia tak gemuk ok! saiz dia mmg aku ni, tp dia baru darjah 5. 


budak berdua ni mula2 dlm keta kata lapor. tp kat sini asik lar mkn aiskrim jer huhu

tp aiskrim dia mmg super duper marvelous pun :D

honestly aku bknlah penggemar steamboat. so aku byk mkn 'family of mushrooms' jer. bila makan seketul sotong, terus kembang tekak kekeke...
tapi side dishes yg ada kat sini pun not bad. ABC pun nmpk best tapi perut dah bentak hehehe...
suka tgk mr.hubby makan masa ni, bertambah2. 
sgt berbaloi dan sedap mkn di falming steamboat buffet ni tp you all kena research btl2 sbb ada restoran ni yg tak halal ok. yg kat kota kemuning ni confirm halal. pengunjung yg dtg pun aku tgk semua melayu.

ok habis dah kisah kami pd khamis lepas...
jumpa lagi nnt! 

kaison lagi

assalammualaikum =)

salam hari sabtu semua!
pagi td sy bgn kul 4.30am solat isyak huhu..jgn contohi ok :D
mlm td kul 8.30mlm sy dah tido x sempat nak solat isyak. tido sungguh plak tu hehehe..
letih sgt arr semalam ligat kemas rumah. maklumlah hr khamis sblm tu dah outing seharian 
lps solat isyak sy tekun melipat kain plak. masa tu dekat2 kul 5pagi hehehe...korang sanggup lipat kain kul 5am? yup..sy sanggup. sepatutnya aktiviti lipat kain ni dibuat ptg jumaat. tp ptg smlm ada perkara perlu diuruskan so x sempat lipat dah. terpaksa buat pagi td sambil2 dgr ceramah ustaz kazim kat ipad. 
selalunya mcm tulah...sambil dgr ceramah ust kazim, x sedar dah siap melipat. ini jer lar pun masa nak dgr ceramah2 agama ni. klu anak2 jaga, ipad tu kat tgn diorang jer. 
kul 6.10am barulah sy siap melipat semuanya. lama kan? hehehe...itupun byk kali gak berenti rehat sbb dah pening kekeke... eh ada ke org yg mmg suka melipat kain ek?
sy tak suka, tp terpaksa buat sbb lg tak suka tgk kaing tu menggunung tak berlipat atas katil bilik belakang.
lps breakfast sy dan en.suami deco2 rumah sket. bila dah menggril dinding, habuk pun blh tahan byknya. satu hal plak nak ngemas. kul 11.30am baru start masak huhuhu....tak dpt dok diam. 
pastu sy pelik btl dgn mata ni tau, lately ni dah takleh tido tgh hari. padahal masa sy menaip entry ni amal tgh tido, blh jer sy joint sekali. tp tular, lama gak sy baring td, mata taknak lelap. rasakan akibatnya mlm ni duhai mata kekeke...confirm lelap awal lg.
ok jom sambung cerita ounting kami khamis lepas. perghhhh baru nak masuk cerita sbnr. punya pjg mukadimah hahaha..
lepas lunch kat kenny rogers roasters, kami ke giant dan tesco extra shah alam utk beli barang sket. sbnrnya lbh kpd nak menghabiskan masa smentara tggu agenda belah ptg hehehe...
keluar dr giant, kami dah tak tau ke mana last2 kami ke paradigm mall lagi. 
tak lain tak bukan kaison juga yg di tuju yeah...mama mmg dah jatuh cinta dgn kaison :p

 kalaulah kaison blh byr kat sy sbb selalu sgt promote kedai dia ni hehehe *sesi berangan*

 yerr kali ni sy beli byk bunga lalalala...eh sejak bila aku jd pencinta bunga ni?? ayoyoyo...

serius lama aku dok pusing2 dlm ni. ok kata ganti nama aku digunakan untuk lbh menyedapkan jalan cerita. 
mula2 tu anak2 dan en.suami follow jgk. at last diorang give up ko, terus keluar lepak kat luar. 

 bila mama nak habis shopping ni...

 sampai tertido menunggu mama hehehe...
kami tak bawa stroller hr ni. mujur kat paradigm mall ni blh rent stroller. masa smpi sini td dah nampak yg amal mcm penat, mengantuk dan merengek sket. so bg dia rehat dlm ni, lg senang. 
at last tido jgk...lama sgt tggu mama shopping kat kaison kekeke

 rupanya diorang pi lepak kat chatime. emm not bad jgk ice blended dia. sedap. sempat mama joint diorang rehat jap kat sini. tgk plastik kuning tu..itulah namanya terapi minda! kekekeke

last but not least...love photo taken by my son :D


itu dulu...
sambung lg cerita aktiviti terakhir kami khamis lepas on next entry ok bye!

Friday, September 28, 2012

lunch @ kenny rogers roasters

assalammualaikum =)

sambungan cerita hari kami menjalani terapi minda smlm :-) lps anak2 dah dpt habuan mereka, kami terus ke kenny rogers roasters untuk lunch. masing2 dah lapar sbb pg td cuma breakfast roti bakar. 

 my lovely hubby yg rajin melayan anak2 bermain :D

 pesanan pertama dah smpi

this one is for me

yg ni plak my other half yg punya
ada lg side menu yg lain which is mushroom soup and garlic bread tp xde snap gambo hehe..
smlm bila tgk bill mkn kat sini, my other half said that mkn kat sini harga dia ok sgt utk food tp utk air masyaallah mahal gilez wei. 
segelas air kat atas tu rm14. tak cukup 3 gelas, add 1 more glass so total utk air jer dah rm56! huh pndi btl business strategy diorang ni tau
total rm80 so balance tu harga utk food, oklar kan? 
lain kali kena bwk mineral water in my handbeg lar kekeke... 

 dia buat muka comel lg....eee geram! rasa nak geget2 jer hehehe

beza sgt kan wajah anak2 sy...syg sgt diorang ni tau

itu dulu cerita kali ini. 
jumpa lagi next entry! :D

gelagat anak2 manja sy di AEON bukit raja (it's terapi minda for mama!)

assalammualaikum =)

semalam hari kami sekeluarga menjalani terapi minda..best! dah lama benar tak bawa anak2 outing mcm ni. so smlm panjang langkah kami dr pagi smpi ke tgh malam hehehe... keluar dr rumah kul 8am, tiba semula di rumah jam 11pm. letih mmg letih...tp best! :D
mula2 kami ke Aeon bukit raja dulu. tujuan nak belikan mainan utk anak2, dan mama plak nak shopping lingerie items sket.  kami tiba di sana kul 9.45am, aeon pun blm buka hahaha..excited jer keluar awal2 td. dalam keta anak2 takde mslh sbb masing2 tido...bila dah smpi mereka bgn dgn cukup ceria. maklumlah nak beli mainan!

 masa ni tgh tggu pintu aeon di buka. eh kali ni sy rajin plak edit gambo guna mcm2 effect. ada masa extra sket ni blh lar edit gambo hehehe

 bila pintu shopping complex di buka, masing2 meluru ke arah bola besar ni. ok layan jer anak2 yg tgh happy ni hehehe... eh perasan tak amal dah tukar baju masa ni? sy rimas tgk dia pki baju ragbi sblm tu so sy tukar kan dgn yg lain kekeke...baru ler nmpk mcm budak kecik :p

 alolololo buat muka comel plak dia ya syg sgt kamu berdua!

 byk lagi kedai tak buka masa ni. awal lg kan. khamis plak tu hehehe...
tgk lar amal tu suka hati berlari ke sana sini.

 kami follow dia dgn camera kekeke

 pesta tanglung dah dekat ya?

 buat muka comel lg

 dah smpi pun tempat yg di tuju.. mama and abah suh diorang beli hot wheel on the wall yg selalu kuar kat iklan tu. sbb tiap kali kuar iklan dia, tiap kali itular budak berdua ni request to have one. tp this time diorang tak nak plak. mengada tau...mesti sbb dah rambang mata

 with the robot

akhirnya pedang armour hero menjadi pilihan. abg iman lar ni pengaruh adik dia utk pilih pedang ni. oklah, mama dan abah ikutkan jer...mesti main ok :D

itu dulu ya. next entry sambung lg kisah terapi minda kami semalam
jumpa lagi nnt!

Wednesday, September 26, 2012

Our little backyard garden: berjasa pd tanah

assalammualaikum =)

sekarang ni aktiviti di petang sabtu dan ahad kami tak lain tak bukan turun ke bendang...
eh tu melampau! hahaha
apa lg klu bukan mengerjakan tanah yg seciput ini
untuk bahasa yg lbh indah, berjasa kepada tanah...ecewah! hahaha adoi...sabar jerlar
sebenarnya inilah aktiviti bg org yg dah kekurangan RM utk outing kekeke
klu dulu pantang free sket, mesti kami akan outing ke mana2
setakat klang, shah alam, KL tu apa lar sgt jauhnya hehehe
tp itu dulu...kini bkn lg jd amalan sob sob sob...

weekend baru ni mr.hubby dah selesaikan proses mencabut rumput kat bhgn blkng garden kami ni. nampak jer kecik, hakikatnya besar wei...berpeluh2 jgk en.suami buat ni sorang2 di bawah terik mentari. saya?? hehehe x minat arr, sakit tgn nnt :p setakat click button camera ok lar hehehe

dah dia kata hobi..so dia pun ok jer lar hehehe ;-)
dah clear dah kwsn blkng pagar putih ni
weekend ni nak start tanam pokok serai, pokok kunyit dan pokok pandan yg dah pun emak semaikan di kampung. 
actually sy dah ada list pokok2 yg nak di tanam kat sini...
next time lar citer yer. 


so apa jer yg teacher azimah buat masa ni? takkan click button camera je??
so ini lah dia yg sy buat kekekeke

susun batu putih di kaki payung

dan di tepi longkang ni. itupun tak siap lg wakakaka....panas wei berpeluh2 sbb masa ni terik.

kita still x puas hati dgn rumput2 ni semua. tgk lar nnt tetiba ada durian runtuh, kita nak beli lg bagi penuh cepat. en.suami tlg tanam ya? hehehe

itu dulu ya...bye semua
jumpa lagi nnt! ;-)

outdoor breakfast

assalammualaikum =)

salam hari rabu.. sejuk jer pagi ni kan. sbb subuh td hujan turun lebat. patutlar mlm td panas semacam. amal pun renyah jer tidonya. xde plak on econ mlm td nape tah. 
ahad baru ni buat pertama kali kami breakfast kat luar..eh i mean breakfast kat meja kat luar rumah tu, di bawah payung hitam hehehe...

rumput dah hijau...tp belum penuh. lama lg nak penuh nya tu huhu...masa ni mak pun ada so kami bertiga bfast kat luar, anak2 tido lg masa ni. kebetulan cuaca pagi ahad tu sejukkkkk jer dan berangin. hubby kata mcm kat cameron highland plak ecewah.... breakfast nasi lemak yg kami beli jer hehe...sy tak tau nak masak apa :p alasan semata

apsal tembam plak dlm gambar ni isk isk...

itu dulu ya. jumpa lagi!

Tuesday, September 25, 2012

update tentang ipad2 saya

assalammualaikum =)

alhamdulillah problem pd ipad2 dah setel. 
smlm i sempat antar service and alhamdulillah semuanya ok 
cuma mslh software tak ber update hehe..
sekarang dah update to latest version
rupanya lg byk apps yg best2 through this new version
lebih2 lg games dia
sambil2 tulis resit yuran majalah, sy download apps yg best2 tu

oh ya...ipad2 sy dah berbaju baru
baju merah lama dia tu dah lusuh sgt
so kbtln smlm dpt payment kelas tambahan
so sy gunakan duit tu utk byr service ipad2 ni dan belikan baju baru dia

tadaaaa mcm beg hehe..
pilihan asal nak body dia tu kaler pink, tali kat tgh2 tu kaler hitam
tapi yg tu ada problem pd button dia
so i just choose this colour
cantik kan?
harap2 dia dah dpt baju baru ni, dia tak buat hal lagi ya

itu dulu...bye semua!

Selamat Pengantin Baru Teacher Mas :D

Assalammualaikum =)

dlm pada bengang2 smlm, sy bersama rakan2 sbpisb yg lain sempat meraikan hari istimewa buat kawan seperjuangan di sini, Teacher Mas Rohaiyu yg telah selamat diijabkabulkan dgn pasangannya Mohamad Ishak di Surau Assyakirin SBPISB. kitorang semua sgt teruja bila majlis akad nikah diadakan di sini. alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. sy tumpang gembira melihat kegembiraan k.mas. syukur sgt, Allah permudahklan urusan jodohnya. moga berkekalan hingga hujung nyawa insyaallah...
ada gambar yg sempat sy edit terutama gambar yg ada wanita berbaju merah tu ngeh ngeh ngeh... tapi byk gambar tak beredit lar, tak sempat. sbnrnya masa sy tgh buat entry ni, nazir sbt ada kat sini. itulah sek sy, selalu beno didatangi nazir. moga2 kali ni dpt ler kami sbt tu insyaallah...(wlu ada suara dlm hati ni tak nak dgn title sbt tu mengenangkan bebanan kerja yg bakal diterima bila berada di sekolah berprestasi tinggi).

sy bersama sebahagian warga sbpisb yg sdg menanti kedtgn pengantin. masa ni pengantin lelaki dah pun tiba.

itu dia k.mas dah tiba di surau assyakirin...comel sgt!

masa ni kami semua menanti kehadiran tok kadi. sebelah kanan tu semua ahli keluarga kak mas.

yg paling kiri tu adalah pengantin lelaki. zoom dr jauh jer... sblm acara akad nikah nmpk jelas dia nervous. rasanya semua pengantin lelaki akan merasai saat ini kan.

me and kak mas yg sgt tenang dan kelihatan gembira sepanjang majlis

tok kadi dah smpi, majlis pun bermula...



inilah tok kadi paling sempoi yg sy pernah jumpa. siap buat lawak2 lagi xnak bg pengantin lelaki tu nervous. 
bagus tok kadi ni, memudahkan cara..

alhamdulillah...dah selamat

kak mas kini bergelar Pn. Mas Rohaiyu...moga cepat2 dpt baby ya ;-)


alololololo sooo sweetttttt

gambar kenangan kami bersama pasangan pengantin..

selamat pengantin baru ya kak mas!

p/s: kawan2...terima kasih banyak2 bg idea pasal problem ipad sy smlm. alhamdulillah dah setel...
dah update to latest version pun which is 6.0 (10A403) same version to iphone5. 
semua apps hilang...kena install baru huhu...

itu dulu ya...bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH