FOLLOWERS

Tuesday, December 22, 2015

2015: tahun cemerlang iman dan amal

assalammualaikum =)

walau cerita dah lama, tp tetap segar dl, minda mama.
2-3bln sblm final year exam abg iman, kami suami isteri cabar dia untuk dapat nom 1 nnt.
dia x pernah dpt nombor 1 dlm exam. sebagai mama, dah tentu aku kepingin nak anak dpt nom 1 kan? mcm2 kami janjikan utk dia kalau final exam nnt dpt nom 1. nak tau apa kami janjikan? hset seperti yg dia request. berkobar2 dia ok.
tp sy dan suami, dah berpakat...takdenya nak bg hset. lgpun masa birthday dia dah dpt tab. dah masukkan sim card pun. cukup lah. nak buat apa lg hset. tab tu pun jenuh mama nak pantau, tak pepasal mama join sama dlm group whats app kelas dia hahaha...
sesekali tersengih2 mama baca perbualan anak2 yg masih blm puberty ni. 

ok sepanjang 2 minggu sblm exam dan sepanjang minggu exam, mmg kami pantau dia bljr btl2.
en.suami teruatamanya...sgt2 mengambil berat pasal ni. yerlah, klu x dpt kerjasama en.suami, mana mungkin aku dpt bantu abg iman belajar dlm keadaan irfan yg tgh ligat tu.
abg amal, dia rilex aje sbb pra takde exam. masa iman belajar, amal pun mesti belajar sama, terutama utk melancarkan dia membaca. dpt bertahan setgh jam utk amal pun dah cukup baik. 
emmm ada kawan tanya tips mcm mana aku control iman utk belajar.
honestly, aku takde tips yg btl2 blh nampak lain dr lain.
aku guna kaedah yg org lain guna juga
wajibkan dia hafal sifir
masa dia belajar, mama/abah kena dok sama utk bantu dia
explain apa yg dia tak paham. bab ni klu subjek bahasa arab mmg jenuh huhuhuh..dia lagi pandai dr mama
jadualkan waktu belajar dia...kena disiplin. mcm tu lah.
selebihnya, doa doa dan doa...ikut nasihat ustaz, sebut nama dia dlm doa kita.

alhamdulillah...abg iman berjaya dapat nombor 1.
ingat lg mlm tu masa kami check saps abg iman.
tup tup dpt nom 1 semua menjerit2 ok!
semuaaaaa sampaikan irfan terpinga2 terkejut nape kami menjerit2 kegembiraaan..
siap peluk2 lagi.
empunya badan lg tak percaya dia dpt nom 1..lg mcm cacing kepanasan dia masa tu menjerit melompat tak percaya dia dpt nom 1. 
mma?...meleleh air mata i tell u.

phewwwww sape tak bangga wei anak dpt nom 1 dlm exam. 
bila tgk btl2, alhamdulillah dia satu2 nya pelajar thn 3 yg dapat 5A. matematik dia sorang je dpt A. tu yg terus dpt nom 1. ikut peratus, sama je dgn kwn dia yg dpt nom 2, beza hanya pada matematik.
btl, abg iman mmg minat dgn subjek matematik. ikut abahnya.
kalau ikut mama, lingkup muahahaha
another best thing is, selama ni paling tinggi sains dia dpt C aje, 
alhamdulillah final exam dia dapat A. malu wei mak cikgu sains tp anak tak perform, so aku ajar ler dia utk hafal semua fakta2 dlm sains tu.
sains...selain faham, u kena hafal. itu aje. 

hari anugerah sekolah abg iman dan amal serentak dgn hari ulang tahun perkahwinan kami yg ke-10.
19 november 2015
hadiah paling bermakna...
tak rasa apa dah wlu masa ni tak dapat hadiah dr en.suami.
yg penting, mama dah dpt hadiah paling best, kejayaan anak2 mama. 

 abg iman masuk persembahan dikir puteri.
tu yg kena pakai mcm pahlawan melaka tu hehe


majlis di adakan di dewan ipn, yeayyyy ada econ. mama is happy.

 alhamdulillah...anak manja mama ni pun berjaya menamatkan pra dgn baik
dah blh membaca dan mengira yg basic.
enough for him

 mcm x percaya thn depan dia dah nak masuk thn 1, kecikkk je lagi ni.
manja sgt2.
suka merengek huhu

 ni masa abg iman terima hadiah dpt nom 1 dan subjek terbaik matematik

 really proud of him

 masuk persembahan dikir puteri

 masa terima sijil pengawas

 susah agaknya soalan math, iman paling tinggi pun dpt 87% aje.



doa mama, moga tahun 2016 ini membawa kejayaan yg lbh baik buat anak2 mama.
kita usaha sama2 ya?

UPSR 6A..bukan 1 kerja yg mudah.

emmm tapikan, itu utk 2016...nnt 2017 tukar lg. 2018 tukar lagi.
kan sistem pendidikan di malaysia ni suka tukar2..kan???

krikk krikk krikk....

itu dulu, bye semua!

Tuesday, December 15, 2015

sudut belajar anak2 sempena tahun baru 2016

assalammualaikum =)

sukaaaaaa sgt cuti sekolah sebab time cuti ni lah aku blh melayan jiwa dengan mengemas itu ini, ubah deco itu ini.
ya...itulah hobi TA.

sebenarnya takde apa perubahan sgt pada sudut belajar anak2 aku ni,

 cuma aku complete kan ABC mat kat dinding bhgn bawah tu.
sebelum ni tak complete, sbb x cukup.
kbtln dpt ABC mat dlm guni, so aku guna lar utk bagi penuh dinding tu. 
kerusi hitam tu nampak spoiled ke kat situ?
tak kisah lar, kerusi hitam tu wajib ada kat situ, tempat duduk TA atau en.suami yg garang ketika memantau anak2 belajar muahaha
klu takde kerusi hitam tu mana aku nak duduk woi.
takkan memanjang nak berdiri cekak pinggang pegang rotan hahaha
pastu sebagai deco tambahan ku selitkan ridsect di situ hahahaha
tu keje laki aku ler tu.
senang je, lepas spary bilik anak malam2, terus letak situ, adeh hai abang.
aku plak lupa nak alih masa snap pic ni.
biasa mmg aku le pun tukang kutip spary tu simpan tempat dia.

 alhamdulillah mama rasa sudut ni dah cukup baik utk keselesaan anak2 belajar.
antara nak atau taknak belajar je lagi huhu

comey dak?

ok tu aje...
bye semua!

Sunday, December 13, 2015

dekorasi bunga dari Cameron Highland di VCK

assalammualaikum =)

rindu sgt nak update blog.
maka pagi ni sy gagahkan diri utk on laptop.
byk cerita yg nak di catatkan di sini, sebagai kenangan utk anak cucu.

walau TA agak sibuk lately, tapi minat pada deco2 rumah tak pernah padam.
baru2 ni kami sekeluarga having short vacation di Cameron Highland.
mcm biasa aku terjebak dgn bunga hahaha
walau dah tau bunga2 ni tak tahan lama, tetap gak nak beli aduhai...
takpelah sesekali merabakkan poket utk kepuasan diri gitu.

mula2 dah menanam azam taknak beli bunga,
sekali dpt plak surprise red roses dr en.suami
hikhikhik..wife mana x suka dpt surprise flower cer kabo.
semua mesti tersengih2 terawang2 jap.

 tq ya en.suami
i luv you more muargh muargh

red roses di samping ciki si bantal irfan hehe
suka sgt dia dgn ciki dia ni.
dok peluk sakan dlm kereta,
kalau kat umah bantal gitar, tu lar favo dia.
mama pernah cuba bagi gajah pink kat dia.
alo comel sgt gajah tu.
jgn kata nak pegang, dia terus tepis aje hokay.
byk kali bagi still dia tepis.
anak jantan sungguh hehehe

ok berbalik pada cerita deko bunga di vck.

 tauke kedai bunga tu kata bunga ni dah di awet sebelum di petik lagi. so tahan 2thn. 
syarat penting: jangan letak air langsung.
maka TA pun percaya.
but now baru seminggu dia dah mula layu muahahaha
aku terpedaya aku terkena cessssss
takpelah, aku take at positive part, tak pepasal aku dah berjaya cuci bunga2 plastik yg dah berhabuk.
kan bagus namanya tu? hahaha

 so inilah deco di sudut katil master bedroom

harum semerbak bilik tidur kami dgn bunga2 hidup ni.

 ini pula deco di ruang tamu.
TA tak suka letak bunga2 atas meja makan.
dah pernah cuba buat.
tak effective langsung.
so atas meja makan mesti kosong pabila di luar waktu makan. 


 ini pula red roses yg en.suami bg td.
sy hiaskan di ruang laundry sebab bunga ni perlukan direct sunlight dan juga air
ini pandangan dari sinki dapur.
setiap kali cuci pinggan, dapat tgk view ni.

 inilah rupanya...
bunga padi ikea tu tetap segar walau dah bertahun muahahaha


cantik di mata ku
cukup sempurna.

ok itu aje utk pagi ni...
sambung lagi ntah bila huhuhu

bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH