FOLLOWERS

Showing posts with label aidilfitri 2014. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri 2014. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

aidilfitri 2014: #Raya Day4 ~~ family photo shoot @ studio

assalammualaikum =)
ok citer sket pasal hari raya ke-4 kami
rasanya cukup kot citer raya smpi hari ke-4 hehehe
kang jadi tah apa2 jer lbh2 plak nak citer sampai sebulan :p

bangun pagi2 tu kak cho sibuk2 ajak pi ambik gambo family kat studio
alahai...letih btl apsal ler baru pagi ni keluarkan cadangan?
cadangan yg aku rasa dah mirip kepada paksaan huhuhu
kebetulan plak hari ni semua adik beradik ada balik berkumpul di rumah mak
tu yg timbul idea ni kot
parahnya saya dah anto balik semua baju raya ke vck hokay!
1 hal plak nak kena pi ambik semula..nak iron..adoiiii
gagah jugak diri pi ambik jap baju2 raya kat vck pagi tu jugak
plan nak gerak ke studio gambo kul 3pm
nak iron baju dlm cuaca panas ni???
not a good idea lar ok
so upah jer anak sedara tlg iron kan hahaha
depa kata belanja topup hs. okay beres.
 maka kul 3pm berdesup kami 4 kereta ke sg besar
kecohhhhhhh hahahaha
ingat senang nak control 20 orang???
nak pastikan si baby tgk camera pun bkn mudah hokay
maka setelah bertungkus lumus maka inilah hasilnya....
taaaaddddaaaaaaaaa


 ni pic beramai2. sy snap kat external pic tu yg shining2 tu.
tgk tu baby irfan elok jer mengadap camera!
cayalah sayangggggg mama!
 paling best semuaaaaaa kelihatan muda 10thn hahaha
terbaik punya editing

utk family kecik saya..takde gambo baby irfan pandang camera
tp takpe..yg ni pun ok dah hihi
abang iman senyum sengettttt kahkahkah

pastu dlm cd toke ni kedekut gila dia just bagi 1 pic jer free style
ni pun kena byr rm60
hampeh tul

suuuuukkkaaaaaaa sgt dgn free style pic ni
semua nampak happy
nampak ceria
terus jadi backdrop laptop kita ni hihihi
total damage rm340 utk dptkan 2 frame saiz 12R dan 4 keping gambo saiz kecik sket
ni takde dlm budget raya punya plan ni
naya tullll
itu jer nak citer...bye semua!
esok blh citer pasal lain plak

Monday, August 11, 2014

aidilfitri 2014 #Raya Day3

assalammualaikum =)

update laju2 pasal raya ke.3.
yeayyyyyy nak balik sekinchan!
plan nak gerak lepas breakfast tp dah berganjak sket gara2 menanti mak dan abah balik dari pasar
sabor jer lar kita
sementara tggu mak dan abah balik moh kita bergambo sket

baru raya pertama purple, raya ke-2 merah, raya ke-3 pun merah
raya ke-4 nnt citer kemudian hihihi
tu tu tudung F1 aidijuma kiterrr
tapi kan baru2 ni ada sambutan hari raya di sekolah
student pun ramaiiii pakai tudung aj hahaha
patut ler kita tgk kat fb rmi dah yg jual pre-loved koleksi aj depa
harga mampu milik oleh semua kan

nmpk tak dua beradik ni buat memek muka yg sama?
ada yg kata ifran byk ikut iras abg iman
cuma warna kulit gelap sket
yg pasti dua beradik ni nmpk kamceng
terkekeh2 irfan ketawa klu abg iman agah
abg amal lain sket..dia pi cakap dgn irfan muka dekat2
pastu suka usik2 irfan ish sh

3 jejaka ini yg sentiasa menjadi kekuatan mama insyaallah

my little handsome boy
semakin bambam

dlm kul 10.lbh gak baru dpt gerak balik sekinchan
takde singgah mana2 pun kecuali singgah vck jap utk tinggalkan baju2 yg dah di pakai
tak kose nak hangkut semua balik sekinchan
kebetulan mmg lalu vck so singgah ler kejap

smpi umah mak dlm kul 1.30pm
berkeroncong perut masa ni
tgk ada ikan kembung goreng garing perghhhhhh
byk lg lauk lain yg sedap2 tp yg ni jugak aku mkn byk siap ratah
mak mmg sentiasa tahu mknn kegemaran anak bongsu dia ni
sayang mak sampai hujung nyawa

itu dulu...bye semua!


Wednesday, August 06, 2014

aidilfitri 2014 #RayaDay2

assalammualaikum =)

sangap rasanya nak update blog bila dah keje ni. busy sgt2. 
sejak isnin hingga hari ni (rabu) TA masih tak masuk sekolah sbb terlibat dgn KASTEK peringkat negeri selangor. mujur tahun ni sabak bernam tuan rumah berpusat di smk sg besar, 10min jer dr vck. blh ler rilex2 sket enjoy me-time pagi2 hari ni sblm basah ketiak berpeluh tgh panas sampai ke petang kang #nanges.
ok hr ni nak citer ringkas2 pasal aidilfitri ke-2 kami. 
hari ni nak balik batu kurau, rumah tok en.suami.
sebelum tu sempat singgah umah 2org kawan semesti dulu. 
mula2 singgah umah mimie fazira di simpang

 TA with acik mimie and kids.
acik mimie ni kawan menangis masa form 1 dulu, homesick teramat sgt kehkehkeh
pastu pernah 1 team pantun hingga ke peringkat negeri.
wahhhh pantun ok pantun :p
masa ni baby irfan tgh tido, tu takmo kacau dia. 
mimie ada 2 anak dara dan 1 teruna. 
best btl tgk dia main make up dgn anak dara dia.
ko tgk anak bujang aku buat muka malu2 kentut dok tepi anak dara orang hahaha
oh ya biskut Y acik mimie sedappppppp nasib tak habis sebalang TA kunyah hahaha

 lepas tu berdesup pula ke rumah siti sharina
td umah mimie tu actually umah mak dia, mimie dok puchong kot klu tak silap. lupa. eh mesti acik mimie baca blog ni..mimie dok mana ek sbnrnya? serius lupa. 
umah sharina ni umah dia sendiri. mak oi besarnya! sonok tgk deco2 umah dia tau. 
tapi umah acik mimie kat bandar pun ytak kurang hebatnya sbb pernah pi sekali dulu.
2 tingkat lg.
kat umah ina kami dihidangkan dgn laksa cina.
oi 1st time aku dgr ada laksa cina dan ia sungguh sedap!
padahal ina kata kuah dia dibuat dr sardin tin jer pun tapi mak si sedap ok! 
semangkuk beso habis masuk dlm perut hahaha
ina ada anak kembar girls umo 9thn and boy umo 2 thn tak silap.
insyaallah panjang umo kita jumpa lg ya.

 lepas jer kemunting nak menghala ke batu kurau jalan jam amat sgt
sangapppp dibuatnya dok lama2 dlm keta.
mujur juga perut memasing dah kenyang makan laksa
dah pemandangan kiri kanan sgt indah
dapat ler segarkan mata ni kejap

baby irfan pun ok jer dlm keta masa ni. dok sembang2 jer lar dgn dia

tiba kat batu kurau ooo laaaaa laaaaaa musim buah is still on!
sedap makan buah pulasan dari dusun tok. 
besar2 dan manis2 buah dia

penuh umah tok masa ni
tapi sgt melampau lar kan kalau aku asik keje ambik gambo jer
so ini jer gambo yg ada utk raya ke-2.

lepas maghrib balik kuala kangsar semula
otw balik ni takde lar jam sgt tapi kereta byk so bergerak perlahan.
baby irfan bantai nanges lama dlm keta
nah rasakan mama huru hara hahahhaa


ok itu dulu, bye semua!

Saturday, August 02, 2014

aidilfitri 2014 #RayaDay1

assalammualaikum =)

pejam celik dah pun hari raya ke-6 hari ni. kejap btl masa berlalu. ramadhan juga terasa begitu cepat meninggalkan kita. ok moh ler kita citer tentang raya thn ni sebelum ianya menjadi basi. alhamdulillah syukur tak terhingga ke hadrat Allah SWT thn ni dpt beraya dlm suasana yg sederhana, semua org gembira. happy sgt beraya dgn baby baru. thn ni turn beraya rumah in law di kuala kangsar. walau dah 9 thn kawen, bila tiba turn beraya rumah in law, tetap rasa lain huhuhuhu...kalau blh tiap2 thn nak beraya dgn mak sendiri di sekinchan. tapi apakan daya, dah jadi isteri ni kena lar bertolak ansur gitu kan. susasan beraya di sekinchan dan kuala kangsar agak berbeza. tp sebab dah 9thn kawen dgn org kk, so dah biasa kot dgn perbezaan tu. sabarkan jer rasa hati menanti pagi raya ke-3 utk balik sekinchan keh keh keh. eh ni luahan jujur dr hati tau. walau sy tahu adik2 ipar, (hai awin! hai fara! hai cik yam!) dok rajin baca blog ni as a silence reader, takpelah, sy bgtau yg benar. buat apa nak tipu2. depa pun dah kawen, tentu paham apa yg saya rasa hikhikhik..
kami gerak ke kk pagi ahad. hubby dok ajak balik kk hr sabtu. sy kata ok blh jer tapi balik sekinchan ptg raya ke-2 amacam? hahaha...sudahnya hubby sendiri ada kerja hari sabtu tu. maka balik ler kami ke kk hari ahad. menu raya selain biskut raya yg mak mertua buat, ada juga rendang ayam + nasi impit, dan juga mee kari. kat sini takde air bikarbonat di hari raya. mula2 kawen dulu rasa sgt pelik sbb dah jadi budaya di rumah saya kalau raya mesti ada air bikarbonat. klu takde means bkn raya. blh gitu? tp hubby dah paham, tiap kali turn beraya di kk mesti dia belikan 3 botol besar air bikarbonat. barulah raya namanya hehehe

tahun ni kami berpakaian dgn tema purple. actually sy pakai baju lama jer. upgrade letak border lace utk kelihatan menawan gitu hahaha...hubby dan anak2 jer tempah baju melayu barutahun ni semua adik beradik hubby  kecuali awin and family beraya di kk. awin , jer beraya di rumah in law dia. meriah juga umah tok ali dgn 5 org cucu yg ligat2 belaka.

 tu dia cucu sulung tok ali

 manja opah ke?

 kalau TA yg snap gambo semua cantik and clear. tapi gambo TA semua blurrrrr sabor jer lar



sepanjang sesi bermaaf-maafan budak tecik ni elok lena dlm buai. sorry ler sayang takde baju purple hehehe..jenuh mama cari baju baby boy warna purple, non hado. semua utk baby girl jer. tgk tu, walau tak dpt joint salam2, tetap dpt duit raya.

ok ni nak citer ni. bila dah anak 3 ni yg semua nya tgh ligat semacam, utk dpt gambar raya yg proper sgt ler susah. hazab ok. ni yg aku upload ni kira yg terbaik ler ni. mcm2 gaya anak2 bujang aku buat. bila depa dah ready buat muka comel depan kamera, si baby plak menguap hahaha

 baby irfan nak nanges

eh korang tau tak punya payah nak menaip entry ni. baby irfan skang ni asik nak berpegang jer. nak dok tegak. bila baringkan dia nanges. tido pun kejap2 jer ha. ni aku dok riba dia sambil taip entry ni. hebat tak hebat lar hehehe

 lepas sesi bermaaf-maafan td, kami semua ke masjid ubudiah kuala kangsar utk sesi fotografi 1 family.

sgt susah nak dpt pic yg proper semua tgk kamera. tgk lukman tu hehehe

 4 lelaki di hati kita weeeeeee

baby irfan dah menangis tapi mama tetap sengih ngadap kamera.

keluar dari masjid ubudiah kami beraya di rumah mak sedara abah. 
patu terus balik umah.

belah ptg ramai btl sedara mara dtg beraya. lepas asar kami berlima beraya pula di rumah kawan hubby.
kesian dia beraya tanpa isteri sbb wife dia bertugas di ukraine dan Amsterdam sebagai pegawai forensik mh17.
malam..tido.

itu jer citernya...bye semua! 

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya 2014

assalammualaikum =)


salam aidilfitri 2014 dari kami sekeluarga:

en. ismail ali bin mohamed alipiah
pn. norazimah bt arshad
muhammad iman kasyfi
muhammad amal hafiy
muhammad irfan hadiy

berhati-hati di jalan raya ya semua...

bye!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH