FOLLOWERS

Showing posts with label Hatyai-Songkhla-thailand. Show all posts
Showing posts with label Hatyai-Songkhla-thailand. Show all posts

Friday, September 20, 2013

apa yg TA beli di hatyai?

assalammualaikum =)

salam pagi jumaat yang indah buat semua. yeayyy dah jumaat!! best! best! petang ni sy nak balik kg, berhujung minggu di rumah mak sbb en.suami pi ragbi kat SDAR smpi ahad. 
so mcm mana you all semua?? mesti kena ceria2 selalu ek :D

ok ni entry terakhir cerita pasal lawatan sy ke hatyai. bagus akhirnya smpi juga ke penghujung. dlm entry ni nak share apa yg kami beli di hatyai. pada mulanya kami hanya tukar rm500 kpd matawang thailand. dptlar lbh kurang 5000baht utk 2 org. byk arr tu kan. 2 hari jer pun hehehe...
tapi bila dah smpi sana..ternyata tak cukup byk tu. so di pendekkan cerita total kami berhabis kat sana utk makan minum dan shopping adalah sebanyak rm800. ok tak? ok tak? ke ada yg terkejut sbb sikit sgt?? or rasa uiks...byk tuh?! bagi kami kira ok dah ni hehehe... tambah rm300 tambang ke sana utk 2 org, total jadi rm1200. ok kan?

jom skodeng apa yg kami beli kat sana
alar...beli yg murah2 aje. 
semestinya 3 handbag utk TA tehehee

lbh kurang rm30

yg ni serius cun! rm80. kulit kambing tu. tapi my kakak dok pujuk2 utk jual hbag ni kat dia
ok lah...
so hbag sy tinggal 2 jer huhuhu

dan yang ni rm25. besar ni blh masuk laptop.
rambang mata arr you all tu yg at last pi ambik gambo burung tah apa2 kan hahaha

lapik kaki yg comel. 2 for rm15 tak silap

 kenangan naik gajah di chang puak camp
dah siap frame 2 for rm60
mahal nak mampppss...tapi beli jugak utk kenangan
cukup arr sekali merasa naik gajah. takmo dah huhuhu...
baik naik jet ski hahaha

 seramik comel bagi kat sedara mara dan pengasuh anak

 tshirt hatyai beberapa helai utk anak2, anak pengasuh, diri sendiri dan suami.

 2 tali pinggang kulit utk suami dan topi cantik utk saya

 key-chain utk mr.innova

 FM, key-chain, brg2 hiasan rumah

 comel tak set ni? sbnrnya ni set garfu2 kecik utk makan manisan tu. 

set piring hiasan. yang atas tu dr singapore. yang belah bawah dr thailand.

tu jer lar pun yg kami beli hehehe...
ada lagi 1 sling bag en.suami takde dlm gambo. 

ok habis dah citer cuti2 di hatyai...
moga2 ada rezeki lagi utk ke sana.
emmm takmo ke sana dah...ada rezeki kita pi tempat lain plak ek. 
takmo repeat tempat yg sama kalau blh
bumi Allah ni kan luas....

ok itu dulu..bye semua!

Wednesday, September 18, 2013

shopping di hatyai plaza. the best!

assalammualaikum =)

TA masih di sekolah. bertabah lar ya huhuhu...
dr pagi tak balik2 lg ni
dah 2 hari balik lambat. tu sebab kena selalu online shopping, utk balance kan dgn keadaan ni supaya tak stress. blh tak alasan tu?? muahahahaha lantak ko arr TA.

ok hari ke-2 di hatyai...
jom kita sarapan dulu
kami gamble jer jln2 area hotel ni sbb tourist guide dah bgtau area ni byk tempat mkn halal
tak lama tu jumpa lar kedai ni...

tak paham ok
jenguk ke dalam restoran

 ok confirm halal. kat dalam ni semua pengunjung dr malaysia dan beberapa org tempatan bertudung.
muslim ler tu kan.
kami mkn roti canai yg alahai sedapnya. serius sedap sbb dia goreng tak guna minyak tapi guna planta. 
roti canai mcm rangup2 sket. isk..taktau nak ckp camne tp sedap.
1 set contain 2 keping roti canai sbb saiz dia kecik sket dr roti canai malaysia.

lepas sarapan kami cari tuk-tuk lagi utk ke hatyai plaza
rupa-rupanya you all...kat sini lar tempat membeli belah yg best hahaha
sila highlight ok HATYAI PLAZA.
malangnya kami ke sini pada ketika hanya tggl 2jam utk balik ke malaysia
dgn duit yg menipis, apa pun tak boleh huahuahua

kami difahamkan hatyai plaza ni ada 3 bahagian. HP 1, 2 DAN 3.
yg dlm pic ni HP 3 tempat menjual barang2 basah. so takyah pegi lar yer korang
sila terjah hatyai plaza 2 dan 1. sebelah dia jer...tempat sy berdiri ambik gambar ni

di bahagian luar HP ni mcm ni ha keadaan dia. dlm tu bersepah kedai kecik2 yg best jual mcm2 ok
so jgn segan silu nak merayap ke bhgn tgh bangunan ni.

 ni pun masih di bhgn luar lagi ni
jom tgk apa ada kat bhgn dalam

 haaaaaa mcm ni lar situasinya. lorong ni berlapis2 ok. ada jual baju, brg made in thailand, kasut dan paling best handbag yg cun2!

 harga pun murah2 ok. blh tawar menawar. most of them blh jer ckp bm or broken english so ok jer nak berurusan.

 saya suka!! saya suka!! design up to date ok. u all tak suka ke??
kami smpikan terpaksa guna rm kat sini sbb dah kehabisan baht hahaha...
pastu ada gak smpi kena tukar duit dgn penjual kat sini
klu nak designer hbag gredd AAA tu sila tanya ok. sbb dia tak display. dia sorok dlm travel bag yg besar2 tu. harga yg gred AAA ni blh dpt serendah rm200 (belum tawar). ok sgt arr kan. cer you all tgk harga online. mahal ok.

 meroyan jap hahaha

 barangan kulit utk lelaki pun byk kat sini tau
pendek kata bwk jer RM

 ok dah jom balik

 balik ke hotel semula utk packing. bye bye hatyai plaza!

dah siap2 nak naik bas
dr 1 beg dah jadi 3 beg hehehe

selamat tinggal thailand!!
panjang umur kita jumpa lagi di krabi
eh???
muahahaha

itu dulu...bye semua!

sekitar lee garden plaza

assalammualaikum =)

sambung lg cerita hatyai...
tak sabar ni nak habiskan. banyak lagi ni cerita tertunggak.
sebenarnya lee garden plaza ni adalah sebuah shopping complex. kira mcm pusat bandar hatyai lar ni. pelancong yg dtg ke hatyai lbh suka mencuci mata di sekitar lee garden plaza sbb kawasan ni sgt hidup pd waktu malam. ala2 uptown gitu. shopping complex tu dah tentulah tutup kul 10pm kan.
mcm2 yg dijual di sekitar ni...cenderahati, handbeg yg cun2. harga pun sgt berpatutan.
tp we all masih tak jumpa tempat shopping yg btl2 best di hatyai...
rupa-rupanya....jeng jeng jeng...cite kemudian ya :P

jom tgk gambar sekitar lee garden plaza ni

 itu dia shopping complex lee garden plaza. kawasan sekitar dia sgt hidup.
walaupun ada penjual yg memakai tudung kat gerai2 mkn ni, tp kami tak beli apa pun. perut dah kenyang kan...

 jual cd sgt byk kat sini. dr x hinggalar xxxxxx
open saja..

 tuk tuk bersepah

 spa for massage pun byk


 pulut mangga



tak byk arr snap gambar...sibuk shopping jer hehehe

ok itu dulu..bye semua!

hamid restaurant hatyai

assalammualaikum =)

semalam abang iman balik sekolah bwk hadiah. dapat tempat ke-7 utk pertandingan pakaian kemerdekaan. suka dia hikhikhik... abg iman kata ada 22 org peserta. hanya 10 org yg dapat hadiah.
abang iman dpt nom 7, kira ok lar tu kan :-)

ok jom sambung lagi citer tentang hatyai. 
selepas keluar dr night market yg tak best tu, kami 10org naik 1 tuk2 menghala ke lee garden plaza semula
tujuan utama nak mkn malam sbb semua pun dah lapar.
kat area lee garden plaza ni mmg byk kedai makan islam, kira tak susah lar nak cari mknn yg halal. 
cuma mata kena meliar sket arr utk mengesan kedudukan kedai makan halal ni.

so kami jumpa hamid restaurant hatyai ni
tak silap mcm org kelantan..not sure
staff dia pun pakai tudung tp org hatyai arr...tak reti sgt ckp melayu. tapi muka mmg cun ahaks..
kedai mkn ni nampak esklusif tau. kitorang gamble jer mkn kat sini tanpa ambik tahu harga hahaha
nampak tu, siap sediakan free wifi lagi

10 of us + 1 baby. tak nampak plak dlm gambar ni.
korang bayangkan 10 org ni sumbat dlm 1 tuk-tuk wahahaha

malam tu kami dinner dgn order masing2, bkn yg share lauk tu

ni saya punya...nasi goreng....apa tah? uwwaaaa dah lupa!

ni nasi husband beserta dgn...

tomyam campur!!! serius super duper lazat ok. lain rasanya dgn tomyam di malaysia

somtam ni kawan yg order. i rasa jugak. perghhhhh pedas nak mammppss!!!

total kami mkn mlm tu purata sorang dlm rm15. ok sgt kan? hehehe

ok sambung lagi nnt...bye semua!

Tuesday, September 17, 2013

tuk-tuk di hatyai

assalammualaikum =)

pi hatyai 2 hari jer pun. tapi citernya lambat beno nak habis
jom sambung lagi citer sementara menanti kelas bermula jam 3pm ni
lepas solat maghrib dan isyak, kami pun merayap keluar. 
tujuan utama nak ke night market, makam malam dan jalan2 area lee garden plaza
tapi i told u...night market dia tak best langsung ok
takyah pi pun takpe
jual barang yg kat malaysia pun byk. tapi kat night market tu jgk sempat i menjeling kat pork burger dan serangga goreng huahuahua...kembang tekak ok!

kami pi night market naik tuk-tuk. sorang rm2 jer utk keliling bandar. tourist guide dah ingatkan, kalau driver dia mintak lbh jgn bagi. so kena kautim awal2 lar

masa pergi kami naik 2 tuk-tuk berasingan untuk menampung 10org tak silap.

gambar yg sy snap dr atas tuk-tuk.
oklar..tak macet sgt. indonesia lagi teruk
tapi driver tuk-tuk ni bawak blh tahan gak laju hehe

takde apa arr kat night market ni. bosan jer.
cerderahati pun xde

inilah rupanya tuk-tuk yg kami naik. masa balik dr night market menuju ke sekitar lee garden plaza utk mkn mlm, kami bantai sumbat 10 org dlm 1 tuk-tuk hahaha...sardin ok sardin!
bayangkan sebelah seat tuk-tuk yg memanjang tu 5 org duduk. sesak!
ni gambar sy pd hari ke-2. err...lawo tak t-shirt muslimah sy ni hikhik...
skang ni dah beralih ke jubah muslimah plak.
beli online jgk, baru jer sampai td. haru btl...

ok citer tentang mkm malam kami di hatyai sambung kemudian plak ek.
itu dulu..bye semua!

Wednesday, September 11, 2013

O.H Hotel @ Hatyai

assalammualaikum =)
bayar rm150 jer utk lawatan ke hatyai ni so jgn mengada nak dok hotel best2 hehehe
so kami dok hotel budget jer
tapi sgt ok tau
hotel ni mmg takde cafe ya. tak provide mknn lar. klu ada pun bknnnya halal.

hotel ni terletak di tgh2 bandar hatyai. nak pegi sekitar lee garden yg glemer tu pun dlm 5min berjalan jer.
sepanjang berjalan tu blh jumpa byk kedai2, spa, dan restoran muslim. 

 bilik kami. ok lar kan? utk tido jer pun. nak dijadikan cerita, air-conditioner takde remote utk control suhu dia. semua bilik mcm tu. maka menggigil-gigil ler kami tido mlm tu. punya kuat arr econ dia. nasib baik blh peluk-peluk...gitttewwww :D

 siaran malaysia pun dpt. so dpt ler tgk buletin utama di tv3 jap mlm tu sblm keluar merayau lagi. 

itu jer pasal hotel...bye semua!

klonghae floating market | hatyai-songkhla-thaliand

assalammualaikum =)

salam hari rabu buat semua
alarrr....baru rabu?? lambatnya lagi nak weekend! huhuhu
ok sambung lagi citer mengenai kunjungan sy ke hatyai dan songkhla tempoh hari.
destinasi selepas ke simila beach adalah klonghae floating market. excited ok! sebab kat malaysia kan takde floating market. nak juga merasa apa yg menariknya di floating market ni. kat vietnam pun ada kan floating market ni?

beginilah keadaan klonghae floating market. actually ada 2 bhgn. 1 bhgn lagi di atas darat yg menjual pelbagai jenis mknn, brgn cerderamata dan pakaian. harga pun murah2 you. paling tak tahan dgn handbeg dia alolololo...cun2 ok. murah plak tu!
kami telah dimaklumkan oleh pemandu pelancong, makanan yg dijual di floating market ni adalah halal sebab yg menjualnya pun beragama islam. harga pula serendah rm1-rm3. wahhh best ni! dah ler td tak lunch. blh ler sy cuba mknn pelik2 kat cni hikhik

pengunjung sgt ramai. sesak jugak lar. org bertudung pun ramai

salah satu yg menarik perhatian di sini ialah air minuman dijual dalam bekas tembikar yg pelbagai bentuk ni. comel2 sgt! harga bergantung pada saiz tembikar tersebut. masih dlm lingkungan rm1-rm3. so wlupun cuaca panas, air tu tetap bertahan sejuk dgn lama. tembikar tu dpt terus tau. kat rumah blh jadi hiasan letak bunga cantik2. 

mcm2 jenis mknn yg dijual

nugget pun ada! tp mata sy tak tgk pada nugget tu tp sy dok stare lady yg jual nugget tu. awat cun sgt??? mcm patung ok. walaupun cuaca panas masa ni, dia blh maintain cun dok atas sampan tu 
jom kita zoommm muka dia sket

huyyoooo licinnya kulit dia. putih melepak. dah mcm patung. org punya ramai time ni tapi sy blh terpaku memandang pompuan ni. siap curi2 ambik gambo lg hahaha

ada 1 kedai atas darat yg menjual tembikar ni dgn harga rm2 seketul. so byk juga sy borong utk dihadiahkan pada sedara mara. emm...kenapa lar labu sayong tak buat design lawa2 comel2 mcm ni? asiklar btk yg sama dahulu kini dan selamanya huhuhu
tu yg colorful belah kiri tu adalah manisan yg tak saya beli. so taktau rasa dia camne

tetiba teringat keledek cameon highland yg manis tu hehehe

so agak2 mcm mana cara penjual ni nak hulur mknn pd kita yg membeli dr atas tanah ni?
ok begini caranya:

dia hulur guna galah tu ha. pastu nak bayar pun kita letak duit kat hujung galah tu. unik jgk kan? tp makcik tu serius comel hikhikhik

pelbagai jenis manisan

perghhhhh segar2 dan besar2 saiz dia

eh eh? nampak jagung kelapa tu? terus teringat dulu masa saya kecik2 mak selalu buatkan jagung rebus yg dihiris, campur dgn kelapa parut dan gula ni. susah nak jumpa dah skang ni. so sy pun beli...
emping tu pun sedap kan? tapi tak beli lar...byk sgt plak tak hbs nnt

masih diletak dlm bekas tembikar

tu dia dah hulur guna galah dah

kami beli 2 minuman dlm bekas ultraman ni. harus lar 2 kan...sebab anak lelaki ada 2. hasrat di hati nak bg diorang, kot2 blh jadikan bekas pensel. sekali tu iman amal lansung tak heran dgn bekas ultraman yg comel ni hahaha

ada yg kata teacherazimah pakai tshirt muslimah dgn skirting hahaha sabor jer lar :P

uiks tak ingat arr sy beli air apa. klu tak silap lemon dan laici

sedappppp sgt!

tak manis lansung. hanya rasa lemak. keledek rebus CH jauh lbh sedap dan manis.

yg ni suami yg beli. taktau arr nama dia apa. yg pasti campuran telur, tepung dan udang yg di goreng. en.suami kata sedap. 

ok dah habis ronda2 dan mkn2 di bhgn yg floating tu, so kita terjah pula gerai di bhgn darat.

mcm ni lar keadaan nya. tu en.suami tgh bawak seramik yg sy beli utk sedara mara

  best! best!

handbag yg sy pegang tu cun gila. tapi tak beli sbb harga dia rm120. paling kurang blh dpt rm100. mahal kot. kita beli yg murah2 jer lar. tp serius cun arr...beg ni sbb kulit tu tau. kulit kambing.

begitulah ceritanya di klonghae floating market
bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH