FOLLOWERS

Showing posts with label cuti-cuti kuantan. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti kuantan. Show all posts

Monday, May 21, 2012

cuti-cuti kuantan: gambar santai sekitar hotel sebelum check out

assalammualaikum =)
hari ni sgt busy
nak online pun tak sempat apatah lagi nak blog walking
ini entry terakhir cuti-cuti di kuantan kami
tengok gambar jer lar, tak larat nak typing








lansung tak bagi chance mama nak bergambar berdua dgn abah cehhh







Saturday, May 19, 2012

cuti-cuti kuantan: Planet Seafood

assalammualaikum =)

sy dah mula letih buat entry pasal cuti2 di kuantan ni hahaha...tp mengenang kan kenangan indah di sana, sy gagahkan juga. dua mlm di sana, hujan turun selebat2nya sebaik saja azan maghrib berkumandang. sgt lebat ok! siang bukan main panas lagi. agaknya mcm tu lar cuaca di pantai timur ya. mlm pertama xde mslh sbb dinner kat hotel jer. mlm ke-2 kami redah juga sbb nak pi mkn seafood punya pasal. nak ke tanjung lumpur agak jauh dr hotel kami ni. so decide ke pantai batu hitam saja. tp apakan daya, hujan lebat plak. so seafood restaurant yg terdekat adalah PLANET SEAFOOD. tak dpt ambik gambo kedai mkn ni sebab hujan lebat ok. tp sy sgt sgt sgt sgt suggest this seafood pd anda semua yg bercadang nak ke kuantan. lokasi seafood ni ialah di Beserah. walaweiiiiii TERBAIK!! SUPER DUPER SEDAP sgt puas hati ok. rasa nak melompat2 kekenyangan sbb sedap sgt hahahah statement melompat itu adalah tipu. 

 laici kang utk mama. anak2 mcm biasa milo ice kurang ice. abah plak nescafe tarik

telur dadar utk anak *snap without flash*

sup cendawan tak pedas juga untuk anak *snap without flash*

sotong bakar super duper sedap!! rasanya dia jadi sedap sbb sambal cecah dia ni mmg marvelous ok

 ikar siakap bakar juga 10 bintang utk dia

 2 ekor ketam masak merah yg sy conquer muahahaha terbaik ni sgt sedap hingga tak pandang kiri kanansy dok ratah hahahaha sgt riang gembira ok. *snap without flash and malas nak edit*

tu dia haaaaa tekun ok!! 

total mkm mlm kami kali ini RM86.00 termasuk 2 nasi putih. masih lg lbh murah berbanding dinner di hotel mlm sblmnya. syukur alhamdulillah di atas rezeki dariMu ya Allah...

Friday, May 18, 2012

Cuti-cuti Kuantan: Penyu di Cherating

assalammualaikum =)

rupanya bukan terengganu jer yg ada penyu. pahang pun ada :D

 1st time ni nak tgk penyu secara live

 anak2 teruja nak tgk penyu. tp amal sedikit takut dgn haiwan ni huhu tah apa2. 

 penyu dlm kolam kekekeke...ingatkan dpt tgk penyu tepi pantai :p




tamat sudah kisah pendek sang penyu. 
sekian terima kasih
bye semua!

Cuti-cuti Kuantan: Teluk Chempedak

assalammualaikum =)

bersiaran ketika sedang jaga exam sorang2 selama 2jam 30minit. uhhhhhhhhh letih! mujur ada internet connection :-)
lepas keluar dr Club Med Cherating, kami singgah tgk penyu kejap (will strory later k). then terus menuju ke  Teluk Chempedak. harap tidak mengecewakan. otw ke sana, anak2 dah ngantuk sgt. tp amal mengada xnak tido dia pi lawan mengantuk dia tu. last2 tersengguk sendiri masa main ipad hahaha kelakar dia ni tau. 
kami tiba di teluk chempedak sekitar jam 2.45ptg. wahhhh sgt meriah!! ni baru best...pengunjung yang ramai, pantai yang cantik dan bersih. kedai jual cenderahati pun banyak. paling best ada kfc, McD and merry brown tepi pantai!! terbaik!! hahahaha... perut sgt lapar masa ni sbb blm lunch nasi lg. tapi anak2 tgh lena sgt. so kami lepak dulu dlm keta kat parking area sampai 3.15pm. bagi anak2 puas tido dulu. sambil borak2 kami dok mengunyah corn in cup, ayam goreng dan keropok. lps kejutkan iman amal, kami terus ke pantai. mood amal tak berapa ok masa ni. tak puas tido lar tu. td suh tido bkn main susah lagi. ok jom tgk Teluk Chempedak!

cer tgk pasirnya, sket punya tebal. pengunjung semakin ramai mejelang petang. cuba tgk belah kiri btl2 area batu tu. ada laluan untuk jungle tracking ala2 mcm jambatan gitu. tp kami tak pi lar sbb bawa anak kecik kan. klu berdua suami isteri, jalan kat sini sambil berpegangan tangan...oh mesti best!

 masing2 sedang merehatkan minda. ada screen beso jugak kat sini tp x on. maybe dia on pd waktu malam kot. 

 macam2 gaya manusia ada. kat deretan kedai tu ada satu tempat untuk traditional foot massage. RM20 per hour klu tak silap. tp sy jumpa masa kami dah nak balik alaaaaaaaaa menci tau. 

nampak tak ramai org kat atas tu duduk mengadap ke darat? depan diorang tu ada deretan gerai2 jualan yg best. merehatkan diri di tepian pantai sangat menyegarkan. menikmati deruan ombak sambil mensyukuri nikmat Allah SWT...tak semua orang dapat melalui peluang seperti ini kan :-)

 saya sukaaaaaaa sgttttttttttt pic ni tau. iman dgn gaya comelnya dgn latar blkng lautan yang membiru :-) ni gambar mentah. klu edit mesti lg cantik ni. tp x sempat lar huhu...

 why there are so serious looking at me??

 sila main pasir puas2 ok. 

 eh mana mama tak nak joint mandi pantai ke? best ni...

 this time mama tak joint lar ok..mama nak rest jer tepi pantai ni sambil snap gambar anak2 yg riang ria dgn en.suami. mama nak nikmati keindahan bumi Allah ni puas2. lepas ni, blm tentu dpt jejak kaki ke sini lagi. 

 masa ni amal dah mula merengek. dia ni dr dulu tak suka mandi kat pantai tau. geli kot kena pijak pasir. at last abah bawak amal mandi kat toilet then tukar baju semula. abah continue mandi pantai dgn iman, amal continue aktiviti dia seperti biasa...tak variety lar dia ni huhu... 

 tak lain dan tak bukan main ipad, nama jer ipad ni mama punya tp budak kecik ni jer yg selalu conquer. "abah belikan mama samsung galaxy tab pulak ok!!" 
buat nada mcm yg abg iman selalu buat bila gaduh berebut ipad dgn adik hahaha

 sonoknya!!! ikut hati mmg nak joint tp apakan daya sy tak bawa pakaian utk salin huhuhu

sekitar jam 5pm semua dah siap berpakaian kemas semula. dapatlar kami jalan2 jap kat area gerai jualan ni, beli cenderahati sket utk kenangan. then cepat2 naik innova semula balik ke hotel untuk solat. alhamdulillah...sempat lagi. syukur. bye2 Teluk Chempedak... panjang umur kami datang lagi ok. u r really awesome! jaga diri baik2... jgn kotor2...:D



Thursday, May 17, 2012

Cuti-cuti Kuantan: Pantai Cherating

assalammualaikum =)

masa kat sekolah busy menanda mid year exam paper. lansung tak sempat nak update blog. klu blh nak siapkan before school holiday akan dtg. alahai....blh ke?? banyak tuh. emm lupakan jap hal kerja. sambung lg story cuti2 saya :D
tgh hari ahad (13 May 2012) kami semua ke Pantai Cherating. 1st time nak ke sini. dgr khabar pantainya sgt cantik... excited! siap bawa salinan baju utk mandi-manda dan tikar utk picnic di tepi pantai. paling tidak blh lar bg anak2 main pasir...
tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya.. pantai cherating mengecewakan kami serius terkejut ok. kata.. cherating ni 'little Bali?' apakah???

bukti dah sampai kat Cherating hehehe

ini dia Pantai Cherating. kosong...kosong...kosong... sgt tak terurus dan tak terjaga. gerai jualan tepi pantai juga tak ok, kotor, tak terurus. ada juga tinggalan restoran yg terbiar tak berkemas. nampak x ada objek kecil belakang saya tu? ada sorang mat salleh ni pi mandi nun jauh ke tengah sbb masa ni air surut. hasil borak2 dgn penjaja kat sini, Cherating ni byk kes org mati lemas. tu sebab dah xde sgt org nak dtg. 1 lagi info yg menarik bg sy: kat sini hanya boleh mandi klu air surut. klu air pasang, bahaya utk mandi sbb paras air jd sgt dalam. klu pasang besar lagiiiii bahaya. emmm no wonder banyak chalet sekitar pantai cherating ni dah tutup. 

apapun saya percaya, suatu ketika dulu Cherating pernah melalui zaman kegemilangannya. ini dibuktikan oleh hasil tinggalan yg ada di tepi2 pantai ni. banyak kemudahan awam seperti tandas terbiar begitu saja lansung tak terurus...kesian Cherating...
then, sy dgn manis mulut bertanya pada seorang remaja yang menjual cenderahati di sini: "mmg sepanjang pantai cherating ni keadaannya mcm ni ke? xde yg cantik ke?" nak tau dia jwp apa? " oo klu nak yg cantik akak pergi ke pantai Club Med lar...mmg cantik kak. blh tgk penyu sekali. tapi x blh mandi lar kecuali yg stay kat Club Med Hotel"
ok jom pi jenguk Club Med Cherating. harap tak kena halau huhuhu...

MasyaAllah...serius cantik dan menakjubkan! tu Club Med Cherating Hotel yg sebelah kanan tu.. eeee teringin sgt nak bercuti kat sini huhuhu

will be here satu hari nanti insyaallah...

takde pengunjung lansung. maybe sbb bkn cuti sekolah. emm maybe Club Med Cherating kena bagi 80% Discount during non-peak session baru ada pengunjung hahaha

bestnya kalau dpt bercanda kat sini, menenangkan fikiran...

...riang gembira bersama anak2 dan suami...owh Club Med..

air yang biru....ini baru lar 'little Bali' hehehe...

bukti kekuasaan Allah SWT...

haaaa....yg ni pantai yg sama dgn yg td tp bkn di bawah Club Med. yg ni belah kiri saya. Club Med td belah kanan... nampak beza kan? tp tetap cantik. tetap xde orang...

bukti kami ke sini hehehe... curi2 jer ni ambik gambo pondok jaga dia.

kesimpulannya, klu anda bercadang nak bercuti ke Cherating, kumpul duit dan stay kat Club Med hotel. baru tak kecewa hehehe...tips yg hebat dr saya kan? ahaks..:P
bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH