assalammualaikum =)
aci tak buat entry lumsum utk seminggu? hahaha
btw happy new year everyone!
alhamdulillah minggu pertama 2017 berjalan dgn baik utk aku.
semuanya baik.
eh, bagi yg taktau, aku dah bertukar sekolah.
sekarang aku mengajar di SEMESTI. back to alma mater! the feel is awesome!
sebelum masuk 1 jan 2017 lagi semua ni dah siap.
utk urusan menggosok dan melipat kain stock seminggu kebiasaannya aku ada pembantu yg aku upah utk dtg setiap weekend. dah lbh 3 thn kak fida bersama kami, alhamdulillah.
sepanjang cuti sekolah, dia tak dtg. aku buat sendiri semua. tapi utk urusan menggosok utk minggu pertama ni, dia yg buat semua. aku siapkan urusan persediaan utk sesi persekolahan 2017 ni awal sbb 1 hb jn tu kami outing.
*********************
1 January 2017 (ahad)
me on 1st january 2017. niat di hati nak berwajah baru dgn banyak memakai shawl tahun ni.
tapi aku tau kemampuan aku hahaha..so 4 hari sek dlm minggu pertama ni, takde sekali pun aku pakai shawl. tudung awning dan bawal simpul depan juga yg ku sarung.
korang tgk anak bujang aku tu. membesar bagai juara. baru thn 5 dah had bahu mama, sket lagi dia lg tinggi dr mama huhu...
lg 2 org anak bujang aku. bagi yg taktau kira, total aku ada 3 org anak bujang :p
jarang aku berkongsi cerita tentang family besar sebelah aku.
1st january 2017, ada jemputan dr sepupu aku dr.nazarina sempena meraikan perkahwinan kedua beliau dan juga house warming rumah baru.
alhamdulillah dapat berkumpul ramai2 dr keluarg arwah pakmok (arwah atuk aku. alfatihah)
terkebil2 aku tgk rumah nana, aku rasa 4x lbh besar dr vck hahaha
alhamdulillah i am happy for her and her family. dr. nana yg berdiri belakang mak aku tu, berbaju hitam dan bertudung putih.
sepupu sepapat cucu perempuan arwah pakmok. ramai lagi yg takde dalam gambar.
******************
2 january 2017 (Isnin)
aku bertugas untuk pendaftaran pelajar semesti yg pulang ke asrama.
adoi..teringat zaman2 aku bergelar pelajar di sini dulu.
****************
3 january 2017 (Selasa)
ralatttttttttttttttt sgt rasa hati mama sebab bermula tahun ni, mama tak dapat lagi hantar anak2 ke sekolah. anak2 aku tetap di sekolah lama mereka. pengasuh juga tidak bertukar. setelah ditimbang tara pro dan cont, kami upah pemandu utk hantar anak2 ke sekolah setiap pagi.
actually anak2 di bandar dah biasa kan pergi sekolah naik van/bas sekolah. tapi bagi kami agak luar biasa. tak pernah. ni ler 1st time huhuhu.
sebak juga lar mama 1st day ni. mujur irfan tido aje pagi2 tak sedar pun dia naik keta sape.
abg iman dah masuk tahun 5 manakala abg amal tahun 2.
belajar rajin2 nak...dan jaga diri baik2. mama abah jauh.
tak putus aku berdoa utk keselamatan anak2 aku huhu
moga semuanya baik2 aje ketika kita berjauhan
budaya di semesti, guru2 berpakaian warna maroon pada hari selasa.
so maroonlah kami pd hari pertama bertugas di semesti
meja guru TA di semesti.
gigih deco pd hari pertama ni utk keselesaan bekerja. aku ni jenis takleh buat kerja klu tempat tu tak selesa.
mmg jauh bezanya dgn meja guru di sbpisb tapi aku bersyukur sgt2. ini jauh lbh baik drpd ko dpt pengetua yg mcm Hitler. ops!
**************************
4 January 2017 (Rabu)
aku bertugas utk pendaftaran pelajar T1.
seriously ini sgt menggamit memory aku masa mula2 mendaftar masuk ke semesti dulu.
naik kereta sewa. sepupu aku, rudin yg drive. emak dan kak cho juga ikut. sebelum mereka balik, kak cho bagi aku hadiah. nangis? dah tentuuuuuuuu
setahun aku homesick masa form 1 huhuhu.
mlm pertama aku tido kat semesti, aku nangis teresak2 bawah selimut.
aku buka hadiah yg kak cho bagi. diary muslimah 1993. lagi laju air mata aku mengalir masa tu huhuhu
tangki air ni pun blh buat aku sengih sorang2. percaya tak aku dan geng pernah mandi berkemban kat tangki bawah tu. masa tu takde air kat asrama. kami beramai2 dtg mandi kat sini jam 4am. dlm keadaan gelap gelita di kelilingi pokok kelapa sawit, berani gila kami masa tu.
mujur tak kantoi dgn warden dan hantu huhuhu
ntahlah, zaman remaja ni mmg pelik kan?
********************
5 January 2017 (khamis)
aku masak utk dinner hari ni! ok mcm tak percaya aku masak on weekdays.
ni gara2 berwassap dgn bff dr kisas, wlupun dia smpi umah jam 5pm, dia gigih memasak utk anak2 dan suami. serious aku terpukul dgn cerita dia. lantas memasang azam utk lbh rajin ke dapur 2017 ni. aku smpi umah plg lewat kul 3pm, biasanya 2.30pm dah smpi umah. semesti balik awal i like hihi
bahan mentah byk dah habis kat dapur maka hari ni aku masak nasi goreng berlaukkan sotong goreng tepung. mujur semua makan dgn berselera.
anak2 buat kerja sekolah malam tu
actually tiap2 malam pun dah mula buat kerja sekolah.
*****************
6 January 2017 (jumaat)
ptg tu aku ambik anak2 dr sekolah. biasanya en.suami yg pi ambik.
alhamdulillah 4 hari di sekolah semuanya ok aje. mereka happy.
7 January 2017 (sabtu)
menu aku masak hari ni:
sup campur
ikan kembung goreng
ulam pucuk gajus dan sambal kelapa
sedap!
kejadian tgh hari ni.
alahai patah pulak. padahal baru je terbang rm200 tukar kain payung ni sebab dah koyak rabak.
ni tiang dia plak patah. en.suami kata dah reput. kebetulan angin kuat hari ni.
takpelah, tu tandanya kena pi ikea jugak takde alasan lain dah
muahahaha
hari pertama kerja tu, baby mama ni demam selsema. aiyoooo mana blh cuti baru mula kerja ni.
alhamdulillah dia ok aje di rumah pengasuh wlupun demam. dah besar pun kan. hujung bln 4 ni cukup 3 thn.
alhamdulillah 3 hari aje demamnya. khamis malam tak demam dah.
oh ya, sebelum buka sek hari tu kami dah simpan buaian dia. so now dia mmg tak tido dlm buai dah. tido celah ketiak mama aje. nmpk ok aje dia nak bila ajak masuk bilik utk tido.
anak ini, syukur sgt2 mudah di urus.
itu aje.
udah mcm catatan diary sungguh hahaha
bkn apa sekadar meninggalkan kenangan utk anak2 baca bila dah besar nnt, bila mama dah tiada di dunia ini.
bye semua!

















