FOLLOWERS

Showing posts with label mari memasak. Show all posts
Showing posts with label mari memasak. Show all posts

Friday, April 01, 2016

perasaan bila dapat sediakan breakfast utk keluarga di hari bekerja

assalammualaikum =)

ni kisah semalam (khamis)
tapi rentetan kisahnya bermula dari rabu lagi.
rabu tu ada program kat sek.
Ya Allah...penat nya aku, taktau nak ckp camne. penat sgt.
di pendekkan kisah hari rabu, aku dan anak2 sampai rumah jam 6.15ptg tu.
husband ada meeting kat shah alam, aku harap sgt dia dpt smpi sblm maghrib.
6.50pm husband dah smpi..alhamdulillah dpt dia tlg handle anak2.
kul 7pm tu aku dah rebah, letih sgt ok.
lg 10min kul 8pm, en.suami kejut utk solat maghrib.
aku solat dlm keadaan nano-nano.
pastu rebah balik.
teruk gila huhuhuhu
aku btl2 dpt gurau senda borak2 dgn anak2 masa dlm keta otw balik umah tu je.
dgn irfan lama sket lar sbb ambik dia kul 5pm, pastu dok dlm keta depan sek tggu anak2 keluar.
so masa bergurau senda dgn irfan lbh sket hr tu.
aku tido tak sedar apa smpi ler kul 3am, terkejut irfan nak susu.
lepas irfan dah lena semula, aku rasa segar gila time tu. kira2 balik, oo dah cukup 8jam aku tido rupanya hahaha
solat isyak-solat tahajud-kemas rumah-bungkus mainan sket utk pos...dah kul 5.15am masa tu.
aku ke dapur, nmpk roti. timbul idea!!
ntah dr mana kerajinan aku dtg aku pun buat ler roti goreng salut telur siap letak madu hokay.
pastu buat teh.
aku mkn sekeping. en. suami sekeping. iman sekeping. iman kata sedap sgt mama..so balance 3 keping tu, en.suami bawak ke sek 2 keping, iman bawak 1. aku kerat 2 setiap kepingan roti tu.
dlm bekal iman, aku letak sekali twiggies dan mentos.
suka dia hokay.
hr tu dia cuma makan bekal aje kat kantin katanya..tak luak duit.
amal?
dia dah sarapan susu pekat (sbb letak 3 cedok besar haha) penuh sebotol susu hehehe
comel aje dah thn 1 masih susu botol :P

roti goreng salut telur cecah madu

ya Allah.. taktau nak ckp apa perasaannya bila dpt sediakan sarapan utk family pd hari bekerja.
padahal simple gila kot sarapan ni.
aku mmg teror buat ni sbb ni lah menu sarapan pertama yg aku belajar dlm hidup.
korang pun sama kan?
hahahaha
jgn buat2 lupa ya ni menu ert zaman sek dulu hahahaha
agaknya kalau aku dpt sediakan nasi lemak di pagi hari, lagi hebat perasaannya kan?
hahahaha

ok itu aje
bye semua!!

Wednesday, July 24, 2013

resepi mee bandung ASLI

Assalammualaikum =)

wahhhh teacher azimah nak pos resepi hari ni
serius 'HARI INI DALAM SEJARAH'
hahaha

mmg dah plan dr isnin semalam nak masak mee bandung utk berbuka puasa
alhamdulillah terlaksana juga
sedap ok!
eh kenapa ada ASLI?
sbb nak bezakan dgn mee bandung muar
dan resepi ni sy dpt dr my cousin yg teror masak kat kg tu
saya google jgk...tapi semua nampak tak kena

so saya share kan resepi mee bandung asli ni kat sini ya
senang je nak buat rupanya hikhik

kuah mee bandung saya semalam. agak oily. tapi rasa mmg marvelous!  sila kurangkan minyak masak yer.

materials needed:

mee kuning sebungkus (dicelur siap2)
1biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit minyak masak
sayur sawi diasingkan batang dgn daun
daun sup dihiris kecil-kecil
daging ayam dipotong kecil-kecil ( udang pun blh)
bebola ikan. (taknak letak pun takpe)
2 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
sos cili. (kalau nak pedas guna sos cili arnab. kalau taknak pedas sgt guna sos cili kimball)
cili kering yang dikisar. (takyah penat2, beli jer yg dah siap dikisar hehehe)
garam dan gula secukup rasa
air masak secukupnya

method:

1. tumbuk bawang besar dan bawang putih
(takyah penat2 menumbuk, blend jer senang muahaha)
2. tumis bawang td. minyak skte jer tau. nnt kuah jd oily sgt mcm sy punya ni. tp utk percubaan pertama kira lulus arr sebab sedap kehkehkeh
3. masukkan 4 sudu besar cili yg dikisar td. kalau taknak pedas sgt masuk 2 sudu besar cukup. kacau-kacau...
4. masukkan daging ayam dan bebola ikan. kacau-kacau...
5. masukkan garam dan gula secukup rasa. kacau-kacau..
6. masukkan sos cili secukup rasa. kacau-kacau...
7. masukkan batang sawi. kacau-kacau..
8. masukkan air + 2 sudu besar tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu. kacau-kacau sehingga mendidih. guna api perlahan yer you all
9. dah mendidih, masukkan telur 3-4 biji. kacau perlahan supaya telur tidak hancur sgt.
10. masukkan daun sawi dan daun sup. 
11. DAH SIAP!!



so kalau ada yg masih blur nak masak apa utk menu berbuka puasa hari ni
apa kata try masak mee bandung
senang jer hehehe

itu dulu...bye semua!

Thursday, July 18, 2013

masak lemak nangka muda dengan ikan masin

assalammualaikum =)

ahad baru2 ni, balik dr kuala sempat ler sy dan en.suami masak utk berbuka puasa kami
menu utama adalah seperti dlm tajuk di atas
sy btl2 ikut resepi dari blog Cahaya Cinta Ku
terima kasih ana kerana sudi berkongsi resepi
cuma bezanya sy hanya letak 3 biji lada besar, bkn 5. 


so hasilnya...alhamdulillah
siap bagi jiran semangkuk :-)
amal tak sempat pun makan masak lemak ni dia dah diarrhea alahai kesian dia

minggu ni sangat kalut
we all lansung tak pernah iftar kat luar lagi
sabtu ni sekolah ganti plak, pastu nak balik sekinchan berbuka puasa dgn mak
sian mak berbuka puasa sorang2

tgk ler weekend depan plak kalau dpt iftar kat luar
sebab weekend depan kan cuti 3 hari :-)

itu dulu ya...bye semua!

Tuesday, June 04, 2013

ikan masin talang masak lemak nenas

assalammualaikum =)

korang korang semua plzzz jgn gelak kan aku tau
muahahaha aku gelak dulu ya
dah 33thn hidup, ni 1st time aku masak menu ni
ikan masin talang masak lemak nenas
tu pun byk dibantu oleh en.suami tersayang
nasib baik ler dpt suami teror masak hehe
klu harap bini dia ni aduhai..tak berasap ler dapur
kuasa Allah SWT kan...setiap pasangan itu dijadikan untuk saling lengkap melengkapi :)

 agak drama lar bila time masak ni, tetiba gas plak habis
bergegas en.suami pi tukar tong gas baru kat kedai
patutlar my mom kat kg sentiasa ada tong gas extra kat rumah 

kitorang blm lunch lagi ni
tp td masa masak..layan dia punya aroma perghhhh mmg marvelous 
resepi? korang google lay yer hehehe
aku pun masa masak td ipad ada jer kat sebelah utk tgk cara memasak nya

balance nenas yg ada td campurkan dgn kicap dan gula and masuk dlm peti ais
kang dlm kul 3-4pm mkn ni perghhhhh skang pun dah terliur hahaha

ok aku masih blm punya kekuatan nak citer pasal percutian tempoh hari
baru habis citer pasal legoland jer
tu pun buat 1 entry jer
takpe2...sket masa nnt aku up citer lain plak yer
itu dulu...bye semua!

Sunday, April 01, 2012

penambat selera

assalammualaikum =)

selera kami utk lunch tgh hari ini ditambat oleh:



dan ia semakin berseri dgn ini:




silalah terliur hehehehe

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 04, 2012

lunch

assalammualaikum =)

burrppppp alhamdulillah dah kenyang. lps lunch td sy bantai tido hahaha mcm ular sawa ok! ni br bgn terus update blog. jom tgk apa hasil main masak2 td.

menu org tak reti masak. ok lar kan? bykkkk en.suami mkn td :D

ayamg grg kunyit dgn kacang panjang

sup sayur

menu wajib ada: sambal belacan kuini. diulangi KUINI ya, bkn mangga biasa. rasanya mmg superb! ptg smlm dpt beli buah kuini kat pasar huhuhu best!

cecah plak dgn ulam fresh petik dr pokok: kacang kelisa dgn pucuk gajus walalweiiiii byk sy mkn haha

sebagai pencuci mulut, buah betik manis ni. mmg sgt manis!

chaun chin chow!! bosan plak terperap kat rumah tak pi mana

Saturday, January 07, 2012

Main masak-masak lagi

assalammualaikum =)

errrkkkk alhamdulillah dah kenyang. kami sekeluarga baru lepas menikmati makan tgh hari. korang semua dah mkn? hari ni kbtln hubby tak jd ke kedai so sy ada assistant kat dapur utk main masak2 hehe.. jom tgk menu org yg tak reti masak ni :P

ayam masak kicap

sambal tumis petai ikan bilis. ni kalau mak mertua rasa mesti bergunung pujian aku dapat hahaha... mak sendiri sah2 tak percaya aku masak ni. btl mak ni gmah masak sendiri ni td.

ayam goreng garing. menu simple yg sy suka, sedap dicecah dgn sos cili

wajib ada klu main masak2 hehe.. sambal tempoyak

dan ulam pegaga segar...rahsia awet muda ni. ceh!

p/s makin lama rasa makin seronok plak bila berada di dapur :D

Saturday, December 31, 2011

hari terakhir

assalammualaikum =)

semalam jumaat terakhir dlm thn 2011. hari ni, hari terakhir tahun 2011. esok bermula tahun baru 2012. haruslah kita menanam azam untuk menjadi yg lebih baik dr yg sebelumnya...itu lumrah, kan? so apa azam teacher azimah utk thn 2012 ni? so azam sy adalah untuk bla bla bla bla bla (malas nak tulis, yg pasti semuanya nak jd yg lebih baik, nak improve kpd yg lbh baik dr thn 2011).


harini sy cuma dok rumah, main masak2 dgn hubby untuk tetamu yg akan smpi kejap lg. sy tak teror masak so menu kat atas ni mmg superb lar dah kan? kan? hahaha pang! wei jgn memain ingat senang ke nak menyediakan kari ayam, sambal belacan 2 jenis, tumis petola, telur dadar dan ulam-ulaman ni? susah tau.... huhuhu. sambil masak2 kat dapur, main jerit2 jgk kat anak2 kat ruang tamu. bila sesekali menjengah diorang, terperanjat beruk dibuatnya tgk keadaan rumah yg lintang pukang sedangkan bgn tido pg td sy dah berhempas pulas mengemas dan membersihkan rumah sblm yg lain bgn tido. itulah nasib seorang mama yg dah tiada bibik di rumah sob sob. eh tp ok apa, takyah susah2 mkn pil diet pelbagai jenis mahal2. ko main kejar2, main jerit2 jer dgn anak2 confirm kurus mcm sy hahaha... pang! sekali lg. dah habis merepek untuk hari terakhir 2011 ni. eh jap, mlm td sy dah tgk ombak rindu. takyah tgk wayang, nak jimat. tak yah order kat astro first, mahal. so download je then pasang kat tv beso, puas hati tengok 1 family. ok apa filem ni, best! ..tp jgn compare dgn novel lar ya. 1 jer tak puas hati. apsal klu dlm filem ada watak pompuan pki tudung, mesti sememeh jer cara pemakaian tudungnya?takleh pakai lawa2 ke? rosak imej wanita bertudung tau. ingat dok kg, pakai tudung, tak reti bergaya ke? *ter emo plak* bye semua!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, March 12, 2011

my first home-made cup cakes: oreo moist chocolate cake

dah dekat sethn microwave-oven sy tu tak berusik. sejujurnya sy tak reti guna haha...baca manual book pun still tak reti. mujur seorg kwn yg mmg marvelous bab2 memasak ni terutamanya kek, sudi nak jd tutor sy. so rabu lepas sy bertutorial dgn teacher mas, how to use the microwave-oven and how to bake cake. larrrrrrrrrrrrr baru tau takleh guna peralatan aluminium. patut time nak raya tu siap kuar api zas zas masa sy guna m-o ni huhu...ok2 blame on me. sy mmg tak teror memasak ok. but atleast sy nak belajar ;) idea nak buat oreo-chocolate cupcake ni adlh idea k.mas. kek paling mudah katanya. mmg mudah!!
k.mas just guide sy dr mulut jer suh buat itu ini... gigih sy buat semua sorang diri...ceh puji diri sendiri plak :P

kwn2 yg dtg tgk sy buat kek ni dok gelakkan sy sambil2 tiup semangat.
depa kata: nampak sgt tgn tak pandai masak, siap shaking smpi tumpah2 gula, susu...
hahaha...sy tak kecik hati pun mmg itu hakikatnya...

larrrr sng jer nak bg moist campurkan sket air rupanya. haa.....tgk ni masih comot lg.
patut kena guna acu piping tu supaya dia tak comot mcm ni.
sy ni udah ler guna sudu jer, shaking plak tu, dah tentu hasilnya agak comot.
tp yg penting sedap!

dah siap!! oreo-chocolate cupcake...the best!

zoom sket....pergh sedap tau.
tp honestly bab nak buat topping dia tu mcm leceh sket.

haaaaa tgk, sedap sy tak tipu punya!
dapat dlm 30 ketul cupcakes, tinggalkan 10 jer kat umah. balance sy bg kwn2 kat sek.
semua mcm tak percaya kek tu azimah yg buat hahaha...

SILA PERCAYA OK!!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH