FOLLOWERS

Showing posts with label aidilfitri 2013. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri 2013. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Hari Raya Pertama 2013

assalammualaikum =)

huahuahuahua...i know i know syawal dah lama berlalu hahaha
tapi apa kan daya, baru sekarang ada masa lebih nak update citer hahaha lantak tak tau kata hagemaru
kira2 nya ni sambungan dr ENTRY INI ok 
takpelah lambat asalkan ada catatan untuk tatapan anak cucu kelak insyaallah :-)

tema baju raya tahun ni ialah royal blue
alololo comel sgt tau muhammad amal hafiy ni.
sayang amal dunia akhirat

selepas sesi bermaaf-maafan yg gambor byk tapi semua blur sbb ada org tu shaking habis ambik gambo masa ni nape tah inilah aktiviti iman-amal. tang tang tu jugak dia sibuk mengumpul duit raya masuk dlm 1 envelope. kalau thn lepas amal tak berapa paham sgt pasal duit raya ni, tp this year dia yg paling excited. mama tau jer apa sebab nya..sbb dia ada 1 tujuan utama iatu nak beli b-daman! hahaha
 tgk abg iman tu apa tah dikiranya


 sesi bermaaf-maafan diadakan selepas balik dr solat sunat hari raya. then lepas tu terus sy melunaskan idea yg dah lama ada ni iaitu nak adakan outdoor raya photoshoot for our big family. alhamdulillah thn ni kami bertiga beradik dpt beraya serentak di rumah mak. abang atan jer takde sbb dia balik umah in law dulu.
saya tahu, emak sgt2 gembira masa ni walaupun dia letih di dapur.

ini lah rumah usang peninggalan arwah atuk tempat kami berteduh :-)
belakang tu plak rumah ucu

 hidangan untuk team baraan


 deco raya konon nya
eh dah kata pun raya kan...mesti lah kemas2 hehehe


ok itu dulu...bye semua!!

Monday, August 19, 2013

potret kami ber-4 di aidilfitri 2013

assalammualaikum =)
monday blues??
alar...jgn ler camtu. niat kerja kerana Allah SWT, insyaallah semuanya akan berjalan dgn baik :-)
actually ni auto-publish
masa u all baca entry ni, sy sedang mengelolakan pertandingan solar boat-kastek peringkat daerah di smka simpang 5. doakan team sbpisb juara ya.
selain solar boat, ada juga solar car, solar cooking, saintis muda dan rocket 
*intro lari dr tajuk hahaha*

ok ni citer tentang ptg raya pertama kami
gigih we all pi bukit melawati di kuala selangor semata2 nak dptkan view cantik utk potret raya kami.
ternyata usaha tidak sia2, walaupun terpaksa meredah traffic jam on the way balik dr sana.
sabor jer lar...
jom tgk sebahagian potret aidilfitri 2013 kami
4 keping je :p
kang banyak2 anda yg muntah hijo plak hahaha




amacam you all? gojes tak kami semua? hahaha...

gambar cun sgt banyak, taktau nak pilih yg mana utk diframekan 
apapun syukur alhamdulillah atas izin dari-Nya dgn bantuan dari:

#kamera canon s-95
#tripod kecil kami
#cuaca redup pada ketika kami di sini
#mood anak2 yg sgt baik setelah diumpan dgn nugget mcd hahaha
#picmonkey.com

ok itu dulu...bye semua!

Saturday, August 17, 2013

open house dan aeon manjung

assalammualaikum =)

sonok ek cuti lama2?  hihi...
kami baru jer smpi di vck. hari ni kami ke manjung menghadiri open house raya rumah sepupu di venice of perak. wahhhh gah sungguh nama taman tu ya. tapi mmg sesuai dgn namanya, rumah kat situ semua indah2 belaka. pulak tu kat manjung skang sgtler pesat membangun. dah ada aeon, giant, tesco. hospital pantai dlm pembinaan..dan lain2 tarikan utama. bestnya kalau dpt tinggal kat sana huhuhu...kat sabak ni apa yg ada? ayat mcm tak bersyukur plak ya huhu...best tinggal kat sabak bernam sbb takde traffic jam (kecuali waktu raya), pastu fresh seafood masih dgn harga berpatutan. emm...masih murah lar hikhik... 
intro tah apa2

kami keluar rumah kul 9.30am td, smpi di aeon manjung lbh kurang 10.30am. sejam jer, nak solat jamak pun tak blh. kira dekat lar kan? ni nak kena terjah selalu ni hahaha...
tujuan nak pi aeon tak lain tak bukan nak cari track b-daman. emm..hampeh. bayang b-daman pun takde. selamat duit raya anak2 hahaha...

tak dapat beli toys, diorang mintak main kat tempat game ni jap

abah pun layan... sambil2 tu mama pi usha kasut. kasung sarung utk jalan2 sy dah buruk sgt. weekend depan insyaallah sy dan hubby akan ke hatyai, thailand. tu yg beli kasut tu. pakai kasut raya je?? huhu...sy tak berapa suka jalan2 pakai sandal. sy lbh suka pakai kasut sarung ala2 sport shoes tu + jeans and tshirt. selesa bangat. 

tak banyak pun snap gambar kat umah my cousin tu. masing2 sibuk mkn dan bersembang
ni sy dgn my cousin yg paling kecik yg baju hitam putih tu. calom spm thn ni. yg baju biru tu anak kakak saya, calon upsr. baju kami bertiga ni sama saiz tau hikhik...ayat tak blh blah konon perasan muda lagi :p

cantik umah my cousin ni, 2 tingkat setengah. alhamdulillah tumpang gembira tgk diorang.

itu dulu untuk entry kali ni...bye semua!

Monday, August 12, 2013

menjelang hari raya

assalammualaikum =)

masih dlm mood raya ye? hikhik...raya jgn tak raya
now kami 4 beranak ada kat kuala kangsar. insyaallah esok pagi lepas breakfast kami pulang ke vck semula. rindu rasanya kat vck. sok kami nak pulun kemas vck ala2 malam raya. actually kemas dah...tp nak ambik mood raya kat umah sendiri punya pasal, so esok kenalar kerah tenaga sket bersihkan habuk2, buang sawang, betulkan kedudukan langsir, susun biskut raya dlm bekas, nak cuci laundry area, nak cuci cermin tingkap dan sliding door, nak cuci car posh. fuh byknya keje...mujur grill dah dibersihkan sebelum ramadhan hari tu. 
ok dlm entry ni nak citer kemeriahan menjelang hari raya, means sehari sebelum raya pertama tempoh hari. 

anak2 tetap mcm biasa main bdaman dgn sepupu sepapat

petang selasa kami dah start menganyam ketupat sbb rabu nak start rebus dah.
mak, wlupun keletihan tapi dia tetap bersemangat meneruskan tradisi keluarga kami ni.
jelas nampak dia happy sgt sbb semua anak cucu balik beraya serentak thn ni. dapat berkumpul ramai2, mmg meriah. 

banyak jugak ketupat yg sy anyam hehehe...sambil2 berborak, tak sedar dah siap. 
you all pandai menganyam ketupat?
TA teror hehehe..

sebahagian kanak2 yg memeriahkan suasana raya kami

mcm tahun2 sebelum ni, sy dan suami ditugaskan utk membeli barang2 keperluan dapur utk juadah pagi raya
biasanya kami akan tempah daging batang pinang awal2 dr kawan2. tp thn ni takde tempah awal. saja nak rasa kemeriahan beli daging hahahaha....rasakan tak dpt sbb stock daging habis awal. dpt jer daging biasa jer tu pun berebut. depa jual daging guna sistem kupon woooo mmg tak terduga. mujur kakcik dpt beli daging batang pinang kat org kampung. 
hari rabu tu jalan nak ke pasar basah sungai besar jam amat sgt. terasa benar kemeriahan menjelang syawal. 

ramai yg berhenti tepi jlan utk beli lemang hj mansor ni. kami beli gak sebatang. tp TA tak sempat rasa dah habis... bercakap pasal lemang, byk plak isu lemang tahun ni ya. ular lar...katak lar...mcm2 teori dan versi cerita yg keluar hehehe..

mujur dpt jgk beli daging kat sini

ni lar suasana sepanjang jalan menuju ke pasar basah di sungai besar kat stadium tu
sgt meriah. 

dan sgt sesak huhuhu

menantu mak yg paling rajin menolong di dapur. 
ehemm...! laki saper lar tu ya hikhikhik..

tahun ni sy terjebak sama busy memasak di dapur hahaha...
blh lar dikatakan ni thn pertama TA bersungguh menolong di dapur dgn mak dan kakak
tak percaya?? sila lar percaya hahaha

takde pilihan lain sbb masa ni kak cik tak sihat sgt, selsema teruk. kak cho plak stuck kat klinik bawa anak dia yg terseliuh kaki. terseliuhnya dah lama tp time2 ni lar dia baru nak pi klinik. saja jer nak kenakan adik dia ya huhuhu..
so mustahil lar nak biar mak sorang2 kat dapur kan. maka TA azimah pun menyinsing lengan baju tlg apa patut :D. tak lama lepas tu kak cho pun balik..pastu kak cik pun joint sama kat dapur. abg haizad dan abg kamal pun ada...mmg havoc sgt suasana kat dapur masa ni. best!
masak ketupat, rendang ayam, rendang daging, redang kerang dan sup tulang. mmg meriah sgt2. semua org happy. syukur alhamdulillah...
thn depan blm tentu lagi kan..sob sob...
moga semuanya masih panjang umur dan sihat sejahtera utk bertemu semula dgn ramadhan dan syawal thn depan, amiinnn...

itu dulu cerita menjelang hari raya thn ni
bye semua!

potret raya ImanAmal 2013

assalammualaikum =)

amacam awesome tak?
tu blm tgk potret mak bapak dia lagi muahahahaha
sesekali masuk bakul angkat sendiri :P

itu dulu...bye semua!

Sunday, August 11, 2013

bunga api dan pelita

assalammualaikum =)
yeayy dah dpt semula my yes huddle tehehe...
semalam raya ke-3, kami beraya atas jalan raya uwwwaaaa!
keluar dr rumah mak di sekinchan dlm kul 10.30am dan kami sampai di rumah tok kat batu kurau jam 6pm
sadis ok. punyalar byk kenderaan kat jalan. takleh nak drive laju sket pun
pastu lg parah siap terjebak dalam beberapa kesesakan lalu lintas. kat pekan batu kurau pun jalan jem pheewww!
standard arr kot kan. semua org nak beraya.

ok nak citer pasal anak2 bermain bunga api di vck dan pelita yg kami pasang di sana
alar nak citer apapun kan, gambar jer lebih.
amal siap kena percikan bunga api kat celah jari kaki
since that terus trauma nak main bunga api huhu.
masa kat kg abg iman punya lar excited main bunga api dgn sepupu sepapat
amal blh rilex main bdaman hahaha tau trauma dia. 

 kami beli 10biji pelita utk letak keliling vck
selang 2 hari hilang 4 biji sabo jer la

 pastu beli lg 10 biji..puas hati

 sethn sekali utk mereka rasa kegembiraan bermain bunga api :-)



dpt ler 5-6 hari pasang pelita kat vck. pastu kami balik kg...pelita di simpan utk thn depan pula hahaha

oh ya. sekarang ni kami di potato hotel, simpang, taiping.
tak dpt nak tido kat umah tok sebab sedara mara ramai sgt kat sana. full house.
maklumlah hari ni ada kenduri kawin anak maklong kat rumah tok tu.
cari homestay di batu kurau pun semua dah full house.
so kami decide stay kat budget hotel jer. alar...utk tido mlm jer pun. siang hari kami kat umah tok.
so far puas hati sgt dgn condition hotel ni, sesuai dgn rate yg kami bayar. 
anak2 siap nyanyi mr.potato..mr.potato..masa kami check in hotel ptg smlm hahaha

blh tgk blog POTATO HOTEL ni ya.

kami nak bersiap2 utk ke rumah tok semula...
itu dulu...bye semua!

Sunday, August 04, 2013

persiapan raya :D

Assalammualaikum =)

you all dah balik kg ke?
sy blm lagi
paling cepat ptg ni or esok pagi kami gerak balik sekinchan
dekat jer hikhik
sabtu ahad ni kami just bermalas-malasan di vck
the boys pakat2 qada tido
and the only girl ni dok pulun kemas rumah + packing utk blk kg + lipat kain segunung + iron baju raya and the list goes on =(
tapi actually sy gembira jer hikhik...lain u all aura cuti sekolah dgn aura kerja ni 
lbh2 lagi thn ni raya kat sekinchan dulu :p
harap2 raya thn depan ada lagi cousin hubby kawen on raya ke-4 muahahaha
ok jom tgk persiapan raya kami yg kecil-kecilan ni :-)

oit??? persiapan raya apakah ini?
nononono....ni kertas trial pmr yg perlu ditanda
kita lepak tepi dulu ya hahaha
kita bagi laluan utk beraya dulu

sebahagaian barang2 yg perlu diangkut balik kg
baju2 pun dah pack
tinggal nak pack bakul susu anak dan ubat2 anak jer
isk..kalau blh nak angkut 1 vck ni bwk balik kg...senang.
tgk lar tu kasut raya TA bata ajer :D

 oren bodoh utk raya
i just wonder...kenapalah dipanggil oren bodoh wlupun dia sarsi?
why? why?
ni stock utk vck, hubby beli perisa sarsi jer
nnt i nak beli mix flavor plak
utk stock kg dah ada 4 dozen kot kak cik beli
dah hampir 10thn kami tinggalkan oren bodoh ni
masa tu dok pakat2 beli F&N botol besar tu sedozen
now kembalikan semula kenangan zaman kanak2 kami =)
sedap tau oren ni
emmm...lg satu yg sy pun tak faham, kalau raya tak sah klu takde beli air bikarbonat
sampaikan sarapan pagi raya pun minum air ni
nape tah?
ingatkan family sy jer
rupanya haritu borak2 dgn kwn2...depa pun mcm ni jgk hehehe
tradisi kawasan sabak bernam ni kot
ingat lg dulu 1st time balik beraya kat kuala kangsar
depa guna air sirap jer...uiks...sgt tak rasa feel nak raya masa tu
ptg sebelum raya tu i seret en.suami pi beli 3 botol besar F&N tu...
haaaaa baru ler rasa nak raya hahaha

 duit raya pun dah selesai

tinggal nak edar jer

baju raya pun dah siap iron
ada org taknak tunjuk lg baju raya depa ya?
hehehe

 walllaaaaa gambar blur
baju2 pun dah siap pack
baju raya + kasut raya anak dah hantar balik kg pun

 biskut raya pun dah
yg sikit2 tu pengasuh anak bagi
ada sebahagian utk bwk balik kg

dan yg paling penting zakat fitrah juga telah dilunaskan...alhamdulillah

mlm td sempat terjah bazar raya sungai besar
mak oi ramainya org!
sy tgk depa bukan beli apa pun...saja jer jalan2 mcm kami jugak hehe
kami cuma beli songkok raya utk abg iman

so rasanya dah selesai kot persiapan raya kami
ptg esok start tolong mak beli barang2 dapur kat kg plak
part ni pun best jgk...terasa sungguh nak raya
i tukang beli barang2 jer
tugas2 memasak diserahkan pada mak dan kakak2 hikhik...
apa guna ada 2 kakak kan muahaha
adik bongsu tlg sket2 jer :P

ok itu dulu cerita dr org yg gembira nak sambut raya...
bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH