FOLLOWERS

Showing posts with label Universal Studio Singapore. Show all posts
Showing posts with label Universal Studio Singapore. Show all posts

Wednesday, May 15, 2019

Day trip to Singapore - Universal Studio of Singapore

assalammualaikum =)

throwback to our day trip to singapore on 6 December 2017.
gambo gelap. biasalah gambo hset bila masuk laptop. tak lawa jadinya. 
ini kali ke-2 utk mama dan abah ke USS. kali pertama buat anak2. tapi semua pun excited mcm kali pertama jejak kaki ke sini. sape tak suka uss tak taulah kan...best sgt. destinasi pilihan terbaik jika travel bersama anak.

sebenarnya kami ambil pakej penginapan 3 hari 2 malam di JB + pemandu dan mpv sehari masuk singapore + ticket masuk uss utk 5 org. u all blh cari di internet byk service ni. pilih aje yg mana berkenan di hati. 

travel to singapore on december so org mmg ramai sbb school holiday for both malaysia and singapore. tp sbb bukan weekend so ok lg lah kot. 

its Christmas theme in USS. budak tecik ni byk jalan dgn mama lah kan pusing2 ambik gambo sementara abah dan iman amal naik pelbagai ride yg tak blh budak tecik ni naik.  


woody woodpecker! IAI tak berapa kenal character ni tp ni favo character mama abah masa kecik dulu hihi. tu yg nmpk sgt mama abah sengih lebih dlm pic ni.


best sgt. anak2 mcm tak tau penat berjalan seharian kat sini. tak sedar masa berlalu sgt pantas. and now waktu daku update story ni kat blog dah may 2019 pun so anak2 dah mula ajak repeat uss. byk kali dah sebut huhu. 

irfan favorite character: minions!

mama suka tgk pic ni. eh baru perasan abah dan minion tu sama color lah hahaha

my favorite spot! Madagascar ni best utk ride seisi keluarga.  

family photo of us!

rumah shrek




dinosaur ni bergerak2 mmg nampak real sgt. irfan masa ni percaya yg dino tu hidup.



berpusu2 manusia melangkah masuk ke kawasan egypt 



tempat paling anak2 suka.. transformers! 

teruja sgt dia dpt jumpa transformer beso mcm ni

optimus prime ni bergerak2...lagi lah anak2 suka. masa ni abah dan iman amal tgh naik transformer ride. daku dah pernah naik dulu, irfan tak lepas. dulu beratur sejam kot nak naik transformer ride ni.
alhamdulillah kali ni Q dalam 10 min aje. seronok benar anak2.



show pun banyak yg dpt kami tonton. ni antara favo anak2: sesame street show!

alhamdulillah..catatan ringkas buat kenangan mama di hari tua.
nnt ada masa daku update lg perjalanan seterusnya di singapore selepas keluar dr USS. 

itu dulu...jumpa lagi!

Monday, November 12, 2012

cenderahati dr JB dan Singapore

assalammualaikum =)

perghhhh tak habis2 lg citer sy pasal pi JB dan singapore tempoh hari hehehe
ni apa yg sy beli dr sana sbgi cenderahati buat diri sendiri, keluarga, anak2, kawan2...

 t-shirt singapore

 untuk tujuan decoration Villa Comel Kami

 fridge magnet

 key-chain

 ni pulah cenderahati dr USS

 koleksi FM yg menjadi kesayangan sy...bertambah lg koleksi FM alhamdulillah

 key-chain USS

chocolate beli kat the zone JB

beg beli kat pasar karat JB. backpack hitam tu sir rasyid belanja. tq tq...


dah habis...bye semua!

Thursday, November 08, 2012

Universal Studio Singapore -cerita 3

assalammualaikum =)

sy baru habiskan marking paper akhir tahun science T2 yeah!
lega...alhamdulillah.
rupanya ramai tak faham knp dah mggu last masih dok marking paper lg..
bkn patut dah bg result kat pljr ke?
oh no no no..
style sbp ni, result akhir thn ni akan dikeluarkan awal thn depan. majlis hari anugerah kecemerlangan thn ni juga akan diadakan thn depan iaitu selepas result pmr dan spm thn ni keluar.
dah faham?
pandaiiiiii....anak murid cikgu ni :D
lega wei...tp tak lega jgk
kerja2 pengurusan pbs byk lg huh mcm tak terasa nak cuti esok
key in isis dah...tinggal key in saps plak
kawan2 semua kata mcm siput
so tggu mlm2 sket lar baru key in saps plak
************

jom sambung tgk gambar dan cerita USS!
 sbnrnya haritu kami semua dpt sekali coupon makan tgh hari. 
pemandu pelancong tu kata coupon tu utk gerai di bhgn luar
so bila dah lapar, kami berempat pun keluar ler jap dr uss tu, blh masuk blk lepas tu tak kisah
masa tu hujan tgh lebat ok
tgk gerai kat luar tu, tak silap namanya Malaysian Street Hall (byk stall dlm ni)
masuk kat dlm tu...semuaaaaaaa cha ya nun alif huh?
halal ke tak?
kami keluar balik cr tmpt mkn lain...
non ado!
biar btl?
masuk blk ke malaysian street hall, ada satu gerai mamak, kami pun duduk tp hati penuh curiga
pastu bila nak order, barulah org yg jaga stall tu bgtau coupon ni utk semua tempat mkn di bhgn DALAM USS. huk alohhhhh tipah tertipu!
pastu masuk balik USS....sungguh buang masa ok. dah ler arahan dr ketua rombongan, kul 3pm dah nak keluar. masa ni dah kul 1pm. byk lg tak main ni huuuwwaaaaaaa!!!!
at last kami refer pamplet uss utk cari tempat mkn yg halal di bhgn dlm uss
tips ni sgt berguna sbnrnya.
nnt i share dlm next entry ok. 
kesimpulannya, kami mkn di marty's casa del wild di madagascar sbb tu confirm ada tanda halal!
tu yg penguin tu dok temankan kami mkn masa tu sbb dia pun tak blh nak keluar, hujan! nnt habis basah bulu gebus dia tu kekeke
ok lepas mkn...kami continue jalan.

akhirnya sy beli jgk plastic rain coat ni one piece for SD5. 
mahal? aah!
monster rock @ Hollywood ni pun x dpt tgk...ambik gambar pun jd ler.

dpt tgk daddy o's jer...tu pun x lama sbb mengejar masa

coming soon! it's sesame street yeah...i like! (blh jadi alasan nak pegi lg x? ngeh ngeh..)

masa ni dah masuk New York. lights, camera, action! hosted by steven spielberg ni pun x dpt tgk
nanges...semua dpt tgk dr luar jer hahaha
kat new york ni juga ada the rockafellas. sempat tgk kejap tp tak sempat ambik gambor

kenapa tergesa2 ni?
kami menggesa diri menuju ke sci-fi city!!
nak main roller coaster (battlestar galactica)? ...tak dpt! takut wei.
students dan cikgu lain ramai yg main. sy takut! kekeke
accelerator pun tak sempat
sbb ada yg lbh penting which is Transformers the ride: the ultimate 3D battle
terbaik! nak naik lg nnt yeah...

tp Q sgttttttt lar panjang masa ni huhuhu...
lbh setgh jam kami beratur
org sgttttt ramai

sepanjang Q, kita disajikan dengan semua benda pasal transformers
econ pun kuat
cuma bosan lar menuggu


ok citer sket pengalaman naik transformer ride ni
korang percaya tak sy tak menjerit lansung?
kekeke...en.suami cukup pelik
rahsianya....jeng jeng jeng...
setiap kali ride tu nak bergerak aku penjam mata! wahahaha...you can feel it but you cannot see it!
so aku rilex jer kekeke
bila time lawan baru aku celikkan mata
lawan2 dia....perghhhhhhh aku rasa aku dah jd robot wei!
terasa semuanya! segalanya! wallllaaaaahhhhh tak reti nak citer
tp teknologi diorang mmg hebat blh buat mcm tu
menumbuk pun rasa, kena tumbuk kena langgar semua rasa ok...
pendek kata ko adalah robot masa ni
mmg terbaik lah!
nape pejam mata plak masa dia bergerak?
sbb aku tau, pergerakan yg ala2 roller coaster tu yg akan buat aku pening and silap hari bulan blh muntah. ada yg sanggup tlg?
tu pun masa nak smpi turn naik ride tu, aku nyaris2 nak melarikan diri dah.
jantung rasa nak terkeluar dr dada wakakaka

apapun mmg best! tak sesia beratur panjang yeah :D

masa ni hujan dah berhenti dan org semakin ramai
maki petang makin ramai org sbb belah malam ada Halloween Day masa ni 

ini dia battlestar galactica
takmo aku nai...takut!

nampak tu? eeee ngeri!



staff dia yg tlg ambik gambar..klu tak beli gambar yg dr camera dia pun takpe
diorang tetap senyum

bila iman amal tgk gambar2 transformers ni, punyalar diorang bising nape tak bawak diorang dtg ke sini huhu

lepas naik transformers ride, sy pun jalan2 lg snap gambo puas2
wlupun dah kul 3pm, tp tgk ramai lg yg tak ke bas so kami pun jalan2 lg

sesuka hati aku jer panjat duduk kat montot dia kekeke















dlm rombongan kami, aku dan en.suami jer yg jumpa dgn colorful merlion kat uss ni tau hehehe
tersorok sket. pandai2 lar korang cari yer...
cari ala-ala benda tersembunyi ;-)

kul 4pm bas pun mula bergerak pulang.
kami selamat tiba di bumi sbpisb jam 12tgh mlm
terus ambik anak mlm tu jgk and kami tiba di rumah sekitar jam 12.30pagi
sekian cerita sy di uss
best sgt sgt sgt sgt!

itu dulu yer...jumpa lg nnt! 
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH